Saturday, July 12, 2008

DUA RAMADHAN YANG LEPAS

Assaalamualaikum,
Sebaik sahaja saya dan isteri sampai ke rumah usang yang kelihatan daif itu, saya melihat seorang gadis sunti sedang menyapu sampah. Menyedari kami ingin menziarahi keluarganya, si gadis kecil terus memanjat tangga dengan tujuan yang saya faham, untuk memanggil ibunya. Sebelum itu, saya telah telah nampak si ibu juga sedang menyapu sampah di laman rumah tersebut, namun apabila menghidu ada tetamu yang mungkin singgah, maka ia menghilang diruang dapur.
Saya dan isteri telah melilau mencari rumah ini, dan setelah beberapa kali ditunjukkan rumah yang salah, akhirnya sampai juga kami ke rumah yang kami hajati. Kami dijemput naik ke rumah, dan semasa kaki saya melangkah naik mata tangga saya nampak si gadis sunti tadi menyapu air yang mengalir dari mata, walaupun ia cuba menyurukkannya.
Si ibu tadi mempersilakan kami datang, tetapi tidak merasa hairan dengan kedatangan kami, sedangkan kami berdua adalah orang asing bagi keluarga ini. Saya tahu, mereka telah biasa menerima tetamu yang tidak dikenali dan tidak diundang.
Kami berbual dan bertanya khabar dan sambil memperkenalkan diri serta menyatakan tujuan kami ke rumah usung itu. Semuanya diterima dengan satu lentuk dan lengguk yang menunjukkan suatu kebiasaan. Kami diperkenalkan dengan kakak kepada si gadis sunti tadi, dan juga adik atau abangnya.
Setelah berbual lebih kurang 15 atau 20 minit, kami sampaikan apa yang ingin kami sumbangkan kepada keluarga tersebut, dan lepas itu kami pun pulang. Peristiwa ini berlaku dalam bulan ramadhan 2006, sekira-kira 4 atau 5 hari lagi menjelang hari raya.
Sebenarnya semasa isteri saya sedang berbual-bual dengan si biu tadi, hati saya terus merintih, mengenangkan nasib keluarga ini. Saya sebenarnya menangis semau-maunya dalam hati, dan walaupun saya tahan dan control sekuat mungkin, namun genangan air mata saya terkeluar juga dari kelopak mata. Saya berpura-pura mengambil tisu untuk mengesat muka, tetapi sebenarnya saya mengesat air mata supaya ia jangan meleleh ke pipi saya. Dan sebenarnya saya tak tahan duduk lama di rumah tersebut kerana terlalu sedih dan terlalu sebak, risau kalau-kalau terkeluar pula suara tangisan saya.
Dalam keluaran HARAKAH 16-31 Julai 2008, saya terbaca kisah keluarga ini lagi. Tempat yang kami ziarah itu ialah Kampung Sungai Serai, Batu 14 Hulu Langat. Si ibu yang melayani kami itu ialah Fatma Masrum. Keluarga yang kami ziarah itu ialah keluarga Shahrial Sirin, seorang tahanan ISA. Si gadis sunti yang menyapu sampah itu ialah Izzatul Zahrah, dan masih terbayang lagi dengan terang sekali gadis sunti ini menyapu lelehan air matanya semasa kami sampai di rumah itu. Rupanya.....
Rupanya air mata gadis ini terus mengalir dan mengalir, kalau dua Ramadahan dulu saya nampak air matanya mengalir, sekarang, dalam bulan Rajjab, saya nampak dalam fikiran saya air matanya terus mengalir. Betapa kan tidak, ayahya telah sekian kali hari raya merengkok dalam tahanan tanpa bicara, dan belum pun sempat bertemu dengan ramadahan yang baru suatu kesedihan baru menimpanya.
Kakaknya, Aina Mardiah Binti Shahrial telah dijemnput Allah terlebih awal untuk menemuiNya pada usia yang begitu muda.
Dan air mata terus mengalir

Thursday, July 10, 2008

ADEA 2330

Full lecture notes are now available
tq

ADEA 1112

Dapatkan makmal 1

tq

ADEA 2330

Please log to geografi website and get your Lab 1. Proceed as instructed.

tq

MASJID DAN SURAU DI SELANGOR

Assalamualaiku,

Seperti ketagihan candu, UMNO Selangor dengan memperkudakan beberapa individu telah merafak sembah kepada Sultan Selangor mengenai PR mempolitikkan Masjid dan Surau. Dan yang mengepalai usaha ini pun diketahui latar belakangnya yang sedia terpalit.
Bukankah UMNO yang telah menguasai masjid dan surau untuk sekian lama di Selangor sehingga pengaruh politik UMNO telah berakar umbi ?Siapakah yang telah merobohkan masjid dan surau di Selangor kalau tidak UMNO semata-mata supaya pengaruh politik mereka dapat dipaksakan terhadap kariah yang tidak mahu tunduk kepada mereka?
AJK masjid dan surau selama dalam cengkaman UMNO tidak dipilih mengikut proses demokrasi, tetapi dilantik secara kuku besi dan senarai AJK sebelum diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mestilah terlebih dahulu direstui oleh wakil rakyat UMNO. Kalau tempat berkenaan tiada wakil rakyat UMNO, restu mesti juga didapati dari kuasa UMNO yang berkenaan.
Tak perlu saya sebutkan masjid mana dan surau mana, tetapi inilah mekanisma yang dipakai oleh UMNO. Demokrasi hanya dalam masa pilihan raya umum, tetapi dalam proses pemilihan jawatan lain yang melibatkan orang awan, sistem kuku besi yang digunakan.
Mereka adalah pencuri yang apabila terdesak nenjerit: tolong, saya kena curi

MUFTI BERKALIBER

Assalamualaikum,
Kita mesti bersyukur kepada Allah kerana ramai diantara mufti yang dilantik di Malaysia ini terdiri daripada mereka yang sangat tinggi ilmu agama Islam mereka dan berkaliber, dan tetap berdiri mempertahankan kebenaran.
Pendapat yang diberikan oleh beberapa mufti, seperti mufti Perak sekarang, mengenai serahan borang siasatan Nombor 5 (aduan) kepada Pengarah J.A.W.I. oleh Anwar Ibrahim, menunjukkan kematangan dan ketenangan pemikiran mereka. Kita mesti bersyukur dengan nikmat ini di mana Allah telah mengurniakan negara ini dengan sejumlah mufti yang bertaraf sedemikian.
Anwar pada 9 Julai 2008 membuat aduan mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559 yang dipanggil Qazaf) bagi meminta bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melakukan siasatan segera berhubung tuduhan liwat terhadap beliau.
Kadang-kadang ada juga yang menjadikan diri mereka kambing hitam. Yang ini elok disembelih sahaja.

Wednesday, July 9, 2008

DUNG tu TAHI

Assalamualaikum,

saya setuju dengan tindakan unit amal, dengan kenyatan pemuda PAS Kedah dan suara-suara lain dalam PAS yang tidak setuju dengan perjalanan demo PROTES. Apaabila saya baca blog Dr. Hatta Ramli nampaknya beliau merasa apa yang telah berlaku sebagai sesuatu yang ringan, tetapi ia sebenarnya lebih dari itu. Pertama Dr. Hatta jelas hilang kawalan terhadap perjalanan program. Item yang tak ada, tiba-tiba jadi ada. Kedua, penganjur melakukan multiple error. saya tak mahu untuk mendetailkan di sini. Ketiga, demo tak menjadi, walau seramai mana yang datang. Yang jadi ialah pesta.
Anda ingin tahu kesannya yang sebenar? dalam keadaan semasa, PR telah hilang banyak undi.

Tuesday, July 8, 2008

GHAIBNYA BALA

Assalamualaikum,

Dah sekian harinya Balasubramaniam ghaib. Dan ramailah orang yang tertanya-tanya ke manakah perginya si Bala ni. Saya harap anda tidak terpesona dengan silap mata ini dan sepatutnya anda telah menduga ini akan berlaku. Cuma saya ingin tarik perhatian anda kepada beberapa insiden yang mungkin ingin anda renungkan.
Pernah dengar nama Prof. Zulkifli Muhammad? Almarhum adalah bekas Yang Di Pertua PAS yang mati dikatakan kerana kemalangan jalan raya. Kajian di Universiti Malaya menunjukkan kepada arah kemungkinan beliau bukan mati kerana kemalangan jalan raya. Apakah punca sebenar kematian beliau?
Mat Sabu ditangkap khalwat. Peristiwa ini berlaku dlam tahun 1995. Cara Mat Sabu diperangkap ada mirip cerita dalam mission impossible. Dan perancangan itu menjadi, cuma yang tak menjadi ialah Mat Sabu dibebaskan oleh mahkamah.
Dato' Abu Hassan Omar, bekas menteri besar Selangor, dijatuhkan dari tahta kerajaan negeri Selangor dengan cara yang sangat memalukan. Artikel memburukkan beliau diterbitkan di sebuah akhbar di Indonesia bernama Java Post, yang mana dalam artikel tersebut telah diberikan pelbagai detail yang tidak termampu dikeluarkan oleh orang biasa.
Pilihan raya kecil Lunas yang mana Saifudin Nasution bertanding atas tiket parti Keadilan dan menang adalah disebabkan penyandang kerusi tersebut dari kerabat BN telah mati ditembak semasa dalam kenderaan di jalan raya. Sampai hari ini berita selanjutnya tidak kedengaran.
Pejabat peguam Raja Addruce, salah seorang peguam yang mewakili Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan palsu liwat yang pertama, telah dipecah masuk. Peti besi dipecah, dan dokumen penting hilang.
Dan Bala hilang. Dan banyak lagi. Tetapi jalan ceritanya hampir sama.

ADEA 1112

Anda dikehendaki mendaftar kumpulan tutorial mulai hari ini. sila log ke website geografi
T kasih

ADEA 2330 HYDROLOGY

Please take note that you can register for your tutorial groups as of today. Please log on to Geografi website and register on -line.
Thank you.

LEGA

Assalamualaikum,
Sekiranya satu-satu pendapat itu bebal, walau dari mana pun ia datang, atau dari siapa pun ia datang, kalau ia bebal, ia tetap bebal. Sekiranya idea saya pun pada pandangan anda bertaraf begitu, dan anda ada alasan untuk mengatakannya sedemikian, saya sedia terima.
Dengan itu saya berasa amat lega apabila Tuan Guru Nik Aziz mengatakan dalam kes Anwar dan Saiful ini, proses undang-undang hendaklah berjalan dahulu, atau disempurnakan, sekiranya tiada jalan lain, maka mungkin mengadakan pendekatan bersumpah boleh ditimbangkan. Maknanya pendekatan yang mesti diambil ialah pendekatan undang-undang, dan sekiranya all means are exhausted, maka barulah pendekatan yang heboh dibincangkan sekarang boleh dicongak-congak untuk digunakan.
Saya harap laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata demikian adalah tepat.
Sekiranya anda ingat, atau anda melakukan sedikit research (sebab peristiwa yang saya nak sebut ini berlaku mungkin pada waktu sebahagian daripada pembaca blog ini belum dilahirkan) di penghujung 1960an, berlaku satu isu yang menggawatkan Malaysia. iaitu isu kafir mengkafir antara dua parti politik utama, UMNO dan PAS. Ketua Parti Perikatan yang memerintah pada ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman, Ketua Parti PAS pada ketika itu ialah Datuk Mohamad Asri.
Untuk menyelesaikan kegawatan tersebut, pendekatan bersumpah telah digunakan. Maka bersumpahlah Tunku Abdul Rahman dan Datuk Mohamad Asri. Yang saya tahu tempatnya ialah di Masjid Zahir, Kedah.
Selepas peristiwa bersumpah itu, Malaysia telah dilanda satu Malapetaka besar, iaitu rusuhan kaum pada 13 mei 1969.
Akhirnya, Tunku Abdul Rahman telah meninggal, tetapi tidak sebagai ahli UMNO. Datuk Asri pun turut meninggal, tetapi sebagai ahli UMNO.
Ingat mubahalah ni main-main ke?

Monday, July 7, 2008

MUBAHALAH

Assalamualaikum,

Dari mula lagi saya memang tidak setuju kalau upacara ini diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang, walau siapa pun yang berkata. Sebabnya ialah hukum Islam itu telah jelas, seisapa yang membuat pertuduhan, maka proses pengadilan mengikut hukum Islam hendaklah dilaksanakan.
Kalau sekiranya mubahalah ini hendak diadakan, ia ,mesti melibatkan banyak pihak lain yang berkepentingan, bukan sahaja Saiful dan Anwar, tetapi juga Najib dan begitu juga Mahathir, maka Mahathir perlu ditinggalkan?
Mubahalah ini berlaku pada zaman rasulullah s.a.w. apabila kumpulan Nasrani dari Najran datang menemui rasulullah s.a.w. untuk berhujah mengenai konsep ketuhanan yang menjadi asbabun nuzul bagi banyak ayat dalam surah Ali Imran. Akhir pihak Nasrani Najran tidak dapat mematahkah hujah rasulullah s.a.w. dan dengan sebagai jalan penyelesaian, rasulullah s.a.w. mengajak mereka bersumpah, seseiapa yang berada dipihak yang salah akan diturunkan bala kepada mereka. Pihak Nasrani Najran tidak berani untuk bermubahalah.
Kes diatas bersifat philosofikal. Maka ia layak diselesaikan secara mubahalah. Kes Anwar ini adalah kes jinayah syar'iyyah, yang termasuk dalam hukum hudud, maka hendaklah dilaksanakan tatacara hukum hudud.
Walaupun dari segi kelayakan untuk membincangkan hal ini, banyak lagi yang berwibawa, tetapi saya mengenangkan pesan rasulullah s.a.w. sampaikan dariku walaupun satu ayat, maka saya kemukakan juga pendapat saya di sini.
Saya buat rujukan pada kitab Qanun Jinayah Syar'iyah ddan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadith yang ditulis oleh Haji Said Haji Ibrahim, bekas Mufti Negeri Sabah yang diterbitkan oleh Darul Ma'rifah, Kuala Lumpur, 1996.
28. (1) Kesalahan zina (juga liwat) adalah suau kesalahan jinayah syar'iyah yang wajib dikenakan hukum hudud ke atas mereka yang melakukan kesalahan zina itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam 15 ceraian (2) dan (3) yang berdalilkan firman Allah Taala dalam Surah An Nur ayat 2 yang disebut dalam perkara 15 (1) dan ditahsiskan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud yang disebutkan dalam perkara 12 (4)
(2) Untuk mensabitkan seseorang itu dalam kes zina yang wajib dikenakan hukum hudud mestilah dibukti dengan salah satu perkara-perkara berikut.
(i) Perzinaan itu hendaklah disaksikan oleh empat orang saksi. Firman Allah Taala:
وَاللاَّتِييَأْتِينَالْفَاحِشَةَمِن نِّسَآئِكُمْفَاسْتَشْهِدُواْعَلَيْهِنَّأَرْبَعةًمِّنكُمْ

Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi diantara kamu (yang menyaksikannya).
An Nisa': 15
(ii) Iqrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Iqrar ini hendaklah dibuat dihadapan Imam (ketua negara) atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
(iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil (mengandung) bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.
29. (1) Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) Saksi-saksi itu mestilah empat orang yang semuanya terdiri daripada orang laki-laki - tidak diterima penyaksian orang perempuan.
(ii) Baligh, iaitu orang yang telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh sayara'.
(iii) Berakal, iaitu yang orang yang mempunyai akal fikiran yang yang waras dan yang cukup sempurna akal fikirannya.
(iv) orang yang adil, iaitu orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar, dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
(v) Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya masuk kemaluan lelaki itu ke dalam kemaluan perempuan itu seperti lidi celak masuk ke dalam tabungnya, atau sepereti keris masuk ke dalam sarungnya.
(vi) Keterangan saksi-saksi itu mestiolah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku - bukan secara qiyasan
(vii) Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa)
(2) Seseorang yang mendakwa bahawa seseorang perempuan melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki, dakwaan itu adalah dianggap sebagai qazib, iaitu menuduh seorang berzina secara melulu yang wajib dikenakan hukuman hudud (disebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Firman Allah Taala.
وَالَّذِينَيَرْمُونَالْمُحْصَنَاتِثُمَّ لَمْيَأْتُوابِأَرْبَعَةِشُهَدَاءفَاجْلِدُوهُمْثَمَانِينَجَلْدَةً
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera
An Nur:4
30. (1) Seseorang lelaki atau perempuan yang mengaku bahawa ia telah berzina tidak boleh disabitkan kesalahan mereka berzina dengan hanya pengakuan itu sahaja, kecuali cukup syarat-syarat pengakuan mereka, iaitu:
(i) Pengakuan itu mestilah dibuat dan dikemukalan di mahkamah di hadapan hakim atau wakilnya.
(ii) Pengakuan itu mestilah datang dari orang yang mempunyai pemikiran yang waras dan siuman.
(iii) Pengakuan itu mestilah dibuat oleh orang yang telah dewasa mengikut perhitungan syara'
(iv) Pengakuan itu mestilah dibuat secara lisan, iaitu dengan mulut dan lafaz, kecuali orang yang bisu boleh diterima pengakuannya dengan tulisan atau isyarat yang dapat difahami.
(v) Pengakuan itu mestilah dibuat dengan cukup terang dan jelas mengenai perbuatan zina yang dilakukan oleh mereka, tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan kesamaran.
(2) Seseorang yang mengaku bahawa ia telah berzina hendaklah dibuat pengakuan itu di mahkamah dihadapan hakim. Tidak sah pengakuan itudibuat dihadapan orang lain selain daripada hakim atau wakilnya. Syarat ini adalah merujuk kepada kes Ma'iz bin Malik yang diriwayatkan daripada Abi Said Al Khudri bahawa rasulullah s.a.w. telah menyuruh sahabatnya merejam Ma'iz yang telah mengaku di hadapan Rasulullah s.a.w. bahawa ia telah berzina.
.......dan anda boleh rujuk sendiri kitab tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Untuk menyelesaikan kekusutan ini biar hukum syara' dijalankan. Mubahalah tidak menyelesaikan isu ini.