Friday, October 29, 2010

MASJID ANNUR, PEKANBARU


Assalamualaikum,





Semasa ke Pekanbaru, Riau, Sumatra bulan September yang lepas, sempat juga menziarahi tempat tempat menarik. Antaranya ialah Masjid An Nur seperti gambar di atas.

Semasa menziarahi itu aku teringin sekali untuk solat sunat di dalam masjid tersebut, tetapi oleh kerana perut telah terlalu berkeroncong, dan taksi itu telah dijanjikan supaya menunggu sebentar sahaja, maka kami meluangkan sedikit masa sahaja di situ.

Perhatikan kubah masjid tersebut, berwarna hijau. Kubah masjid Nabi pun warna hijau. Kubah putrajaya pun hijau. Belum lagi aku jumpa kubah masjid warna merah.

Figur di foreground tu ialah Mak Hajjah

Pun lengan bajunya hijau


JAWAPANNYA HARUSS

Assalamualaikum,


Kau tengok gambar pun kau tau ini berlaku di negeri mana di Malaysia ni.
Ini cerita orang sedang pasang ancak. Kau tau ancak? Itu adalah amalan zaman orang Melayu beragama Hindu seperti orang Bali.






Kalau di negeri ini ditanya apa hukumnya beramal dengan ancak ini, kemungkinan besar jawapannya:
Harus





Thursday, October 28, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....9

Assalamualaikum,

.....sambungan daripada siri 8
Apabila Pak Muz... kata bakal TKI (merujuk kepada Tenaga Kerja Indonesia) semuanya dah kembali ke tempat masing masing kerana bulan puasa dan akan menyambut hari raya, aku dapat rasa duit aku akan terbang.
Tiba tiba si SITI Markona (bukan nama sebenar) memberi tahu bahawa anaknya ingin bekerja di sini. Maka si anak ini disuruh hubungi Pak Muz... untuk diuruskan paper work nya. Kenapalah dulu kau tak beri tau, kalau kau beritau nak kerja, tak perlu hantar RM 3,500.00 kepada tekong ni.
Si anak ni namanya WATIK. Dia perlu travel dari rumahnya di Banyuwangi, Jawa timur ke Surabaya, sama jaraknya antara KL dengan Kota Baru. Bila dah sampai di Surabaya, dia tidak bawa pula KTP (kad tanda pengenalan; macam ic kita). Balik semula ke Banyuwangi, dan kemudian kembali ke Surabaya. Kan ke multiple error tu.
Kemudian kami tunggu. Tunggu punya tunggu, tiada sebarang berita. Bila call Pak Muz... dia tidak boleh beritau si WATIK nak ke Malaysia berapa hari bulan, kapal terbang apa, flight no. apa.
Cuma dia sms, bila udah check in nanti dikabarin
Aku ingin tau, dia ni naik AirAsia ke? Si Watik ni kata MERPATI air. Turun di mana? LCCT ke, KLIA ke, Subang ke? Kalau tak tau di mana turun tak ke menjajau aku kena hayak nanti nak tunggu dia.
Tunggu punya tunggu, si WATIK ni sms emaknya SITI MARKONA yang dia akan datang 4 okt. Naik Merpati Air, turun di KLIA. Pada mulanya flight tu dijangka mendarat 2:00 ptg. Aku call KLIA, mereka maklumkan Merpati Air akan sampai jam 7:00 malam.
Bila dah dekat jam 7:00, call KLIA lagi, dia orang maklumkan, flight delay. Tak tahu bila sampai.
Lepas isyak bini aku dah siap sedia untuk pergi KLIA, aku relak lagi. Dia kata kenapa tak siap? Aku jawab percaya ke flight tu dah nak sampai?
Call KLIA lagi, dia orang bagi tau, flight merpati dijangka sampai jam 01:00 pagi. Mak datuk, dari asalnya 2:00 ptg jadi 01:00 pagi pulak daahh!
Akhirnya pesawat merpati tu mendarat jam 01:15. Kami tunggulah si WATIK ni keluar.
Tunggu punya tunggu tak ada. Tunggu lagi , tak ada. Sampai habis semua orang keluar, si Watik ini tak keluar. Emaknya sudah meleleh air mata. Jam dah 03:00 pagi
Aku tanya yang jaga information tu, dia tak layan, asyik bercakap telefon tak tahu dengan siapa. Selepas 20 minit aku paksa dia berhenti cakap telefon, dan tanya dia hal passenger tak keluar. Dia beri nombor imigresen yang didalam airport .
Bila aku call, pegawai perempuan yang sangat eksyen jawab: siapa nama pasenger? Aku Jawab WATIK HANDAYANI.
Watik kena tahan. Sekarang nak keluarkan dah lewat. Esok call boss saya di bangunan AMC no. tel 03-87763681
Puuh.

MALAYSIA! BANTU LE MANGSA TSUNAMI & MERAPI, JGN MERAPU

Assalamualaikum,


Malaysia perlu cepat cepat bantu mangsa letusan gunung Merapi dan juga tsunami yang melanda kepulauan Mentawi di Sumatra Barat.
Bila cepat beri bantuan, barulah mat mat indon paham bahawa kita nak tolong depa. Yang seorang dua orang kena dera bukan perangai orang Malaysia, tetapi perangai sebahagian orang sakit, sama seperti orang yang bakar orang bila sudah dibunuh. Itu bukan perungkap orang Malaysia.
Merapi dan menyeburkan api.
Segeralah bantu. Jangan asyik merapu.















Wednesday, October 27, 2010

MASJID JAME' TG MALIM


Assalamualaikum,



Sering kalau solat zohor di Masjid Tanjung Malim, Perak kita akan diingatkan oleh bilal sebaik sebelum dimulakan solat: siapa siapa ada henfon, sila padamkan; saya ulangi, siapa siapa ada henfon, sila padamkan.
Dalam hatiku kata macam mana aku nak delete handphone aku
Hari ini, waktu zohor tadi bilal tersebut memaklumkan bahawa beliau akan berangkan ke tanah suci esok untuk mengerjakan haji. Hati saya sungguh sayu dengan pengumuman beliau itu.
Sebaik selepas solat, saya menemui beliau dan mengucapkan selamat mengerjakan haji, selamat pergi dan selamat kembali. Muga muga mendapat haji yang mabrur.
Beliau menghamburkan air mata, dan saya pun menghamburkan air mata.

WALAU BERCERAI JASAD & NYAWA


Assalamulaikum,




Walau bercerai jasad dan nyawa, walau berkecai tulang dan badan, namun Putrajaya tetap dipertahankan.



Ada orang dengar meremang roma, macam Fong Po Kuan Batu Gajah

Jongos UMNO kata tu ok la tu, macam Muhamad Aziz Seri Gading

Sebab Putrajaya kami yang punya, mana boleh lepas kat orang lain

MINORITAS JADI TUAN

Assalamualaikum,

Tetiba sahaja suara gah dan sombong akulah tuan di sini dan kau semua adalah pendatang merempat longlai dan layu di Galas.
Sekarang pengundi Cina, India dan Orang Asli dibelai dan diulit supaya mereka menyokong aku. Sampai saat membuang undi, kau tuan. Aku kuli. Kalau kau tak percaya ketua jentera pilihanraya kecil ini adalah kuli.
Lepas keputusan diumumkan, aku jadi tuan semula.
Kau kuli

Tuesday, October 26, 2010

KAU KOMUNIS

Assalamualaikum,

Semasa saya kecil, persepsi dunia saya dibentuk oleh apa yang dipaparkan oleh media. Pada ketika itu media memainkan rasa takut dan gerun penduduk negara ini mengenai komunis. Memang sebahagian daripada zaman kecil saya Malaya pada ketika itu dalam pemerintahan darurat, iaitu satu bentuk pemerintahan yang khas guna untuk menghancurkan gerakan komunis yang telah cuba untuk merampas pemerintahan negara pada ketika itu.
Ditambah pula dengan zaman konfrantasi daripada Indonesia, yang mana pada ketika itu PKI, atau parti komunis Indonesia sedang rancak dalam bidang politik negara tersebut, dan nama DN Aidid memang busuk di kalangan rakyat Malaya dan Malaysia, sama seperti nama Chin Peng.
Maka kalau hendak menjatuhkan atau mengenakan seseorang, cara mudah ialah dengan melabelkan orang itu komunis. KAU KOMUNIS!Lepas tu tangkap. Ada yang kena sebegini dan juga kena sumbat dalam penjara, termasuk orang kanan menteri.
Tiba tiba Tun Razak lawat China. Persepsi yang selama ini busuk dan hanyir dan jijik terhadap komunis hancur berderai kerana pemimpin kata itu tidak lagi bahaya. Kemudian Malaysia buat pula hubungan dengan Rusia, beli senjata Rusia, beli senjata Poland dan macam macam lagi. Maka persepsi yang komunis itu jahat dan jijik dan malaun terus berderai.
Apa yang ingin saya kaitkan di sini ialah persepsi kita dan masyarakat dibentuk oleh media dan pandangan politik pada ketika itu. Kalau angin politik suka sesuatu itu, samada orang, personaliti atau isu, maka kalau dulunya ia busuk, maka dengan mentera politik, ia ditukar kepada lunak dan menyelerakan.
Sekarang, kalau nak dilabel seseorang itu sebagai KAU KOMUNIS bagi menunjukkan yang ia berbahaya kepada politik pemerintah, label tersebut tidak laku lagi. Maka exercise rebranding terpaksa dilakukan. Maka brand baru sekarang ialah KAU DAP!
Sehingga terbit satu buku yang berjudul bahaya DAP kepada negara

Monday, October 25, 2010

SIRI MULIPLE ERROR.....8

Assalamualaikum,

Apabila pembantu rumah sudah tiada ni hal hal yang berkaitan dengan house keeping menjadi beban kepada isteri. Dan memang rumah aku seorang pembantu rumah tidak terkendali segala kerja yang pelbagai.
Telah cuba iklan untuk cari pekerja. Namun respon sangat tidak membantu. Yang dapat ialah panggilan lucah dan virus yang serang hp. Kesihan isteri aku yang kadang kadang diganggu oleh pengilan lucah setiap kali menyiarkan iklan untuk mencari pekerja. Begitu juga aku kesihan terhadap sorang AJK P.A.S.T.I. yang bila diiklankan no hp nya untuk cari pekerja P.A.S.T.I., sering diganggu oleh panggilan lucah. Begitulah rosak dan hodohnya masyarakat kita pada hari ini.
Nak ambil pekerja dengan menggunakan khidmat agensi pula mereka tekan, hendak RM 7k. Itu pun tidak ada gerenti. Bila dah dibawa masuk, ada yang lari, ada yang buat macam macam problem.
Lama berfikir aku pun teringat untuk menggunakan saluran lama. Ia itu dengan menggunakan khidmat seorang tekong di Surabaya yang hanya aku kenali melalui telefon dengan nama Pak Muz...
Pak Muz... kata hantar RM 3,500.00. Dia sambung lagi, baru hari tu saya hantar 11 orang. Bila mendengar katanya itu hatiku kembang. Ada agaknya pekerja yang boleh dihantar.
Sekarang pekerja Indon boleh diambil sekiranya datang dengan tourist visa. Aku pun segera hantar RM 3,500.00 kepada Pak Muz..., dan kemudian tunggu.
Tunggu punya tunggu tiada jawapan. Bila aku call Pak Muz... dia jawab hari tu dia bawa seorang untuk medikal. Mengandung pula si minah tu.
Nantilah, kata, ada seorang lagi. Tunggu lagi. Pak Muz... sonyap aje. Aku call lagi, dia jawab, yang ini pula ada kencing manis.
Masa berjalan, sehingga masuk bulan puasa. Pak Muz... sonyap aje. Aku call lagi. Dia jawab semua calon yang nak ke Malaysia dah balik kampung sebab puasa dan nak menyambut raya.
Aku taulah keadaan yang sebenarnya. Di Indon pun nak cari pekerja yang mahu ke Malaysia sudah sukar didapati.
Dalam kepala aku tergambar RM 3,500.00 siap berkepak dan terbang di awangan.

SATU ARTIKEL TERTINGGAL

Assalamulaikum,

Sepatutnya semasa merangka perlembagaan, satu artikel yang maha penting hendaklah dimasukkan, dan oleh kerana ia telah tertinggal, samada dengan sengaja atau tidak, maka padahnya sekarang kita rasai. Ia itu kita yang memperjuangkan asobiyah kepuakan dan ketuanan melulu dan mendiskriminasi mereka yang tidak sebulu dengan kita.
Dalam perhimpunan UMNO presiden kita telah pun sebut bahawa hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat dan telah terkunci dengan selamat dalam perlembagaan. Ia tidak boleh diubah oleh sesiapa pun melainkan dengan persetujuan raja raja. Jangan ada mana mana pihak yang cuba persoal ketuanan kita.
Tetapi , kalau ,mengikut logik presiden kita, kalau 153 dah selamat terkunci, maka maknanya tidak ada pihak yang mampu mengubahnya. Oleh itu, kalau sesiapa pun , atau parti mana pun membentuk kerajaan, 153 akan tetap selamat dan terjaga.
Kalau parti lain dan bukan UMNO membentuk kerajaan, 153 tetap selamat.
Ini kita dah tersilap ini. Sepatutnya dimasukkan satu artikel lagi.
Hanya UMNO sahaja yang boleh membentuk kerajaan.