Showing posts with label MULTIPLE ERROR. Show all posts
Showing posts with label MULTIPLE ERROR. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....13 (ANGSA BERTELUR EMAS)

Assalamualaikum,

Pada 27 Mei 2010 aku dan isteri pergi pasar borong. Selalunya menantu yang jalankan tugas tersebut, tetapi ada hal yang tidak boleh dielakkan, maka terpaksalah aku pergi. Juga biasanya pergi pasar hari ahad atau sabtu, tetapi kerana sesuatu tersebut, hari khamis pun terpaksa dilakukan.

Semasa kami masuk ke lebuh raya Silk, aku terdengar bunyi kedebum dibelakang. Aku boleh dengar kerana tingkap semua diturunkan supaya bau barang barang pasar tersebut tidak tinggal dalam kenderaan.

Selepas kira kira 50 meter, aku bunyi krepek krepek krepek. Bunyi seperti pemecah batu digunakan. Aku jeling sebelah luar arah passenger kalau kalau ada orang sedang membaiki jalan. Tiada pula. Kemudian aku terbau bau hangit, seperti getah terbakar.

Bunyi krepek krepek krepek semakin kuat, dan aku dapat rasakan pemanduan aku semacam beralun. Aku sekarang tau ada sesuatu yang tidak kena. lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.

Bila aku lihat, rupanya tayar belakang sebelah  passengger telah pancit. Maka aku tahu, aku kena tukar tayar spare. Tetapi bila nak ambil tayar spare, aku tidak tahu di mana tayar spare tu. Alat jack untuk mengangkat kenderaan pun aku tidak tahu gunakan. Selama 7 tahun aku gunakan UNSER, semuanya aku tidak tahu.

Kemudian lihat owner's manual. Ooo, di sini rupanya tayar spare, tapi nak keluarkan tyre spare pula tidak tahu. Nasib baik berhenti satu pick up truck. Dia tanya tayar spare ada bang? Ada, aku jawab.


Yang pakai baju hijau tu bodo aje rupa, aku dengan yang pakai baju biru tu belek sana, belek sini untuk keluarkan tayar spare, tapi yang baju hijau tu selamba aje keluarkan. Ooo macam tu rupanya keluarkan! Dia orang dua orang ni memang kerja mereka cari kereta rosak untuk dibantu dengan dikenakan charge.

Bila dah keluar tayar yang pancit tu, naa, tu dia, besaqnya benda yang masuk dalamnya.

Nasib baik kau tolong aku. Bayau RM 50.00 aku tak ghalat.


Monday, December 20, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....12 (HAL NGV LAGI)

Assalamualaikum,



Sambungan....

Setelah kereta Vitara tu dihantar ke wokshop, aku kena bayau RM 600.00. Cina tu tukar itu, tukar ini, tukar bateri dan macam macam lagi. Kereta pun diambil bawa balik. Wah, dah boleh start dah. Apa yang si orang NGV tu bengap sangat, itu tak boleh, ini tak mau.

Selang dua tiga hari, kereta yang baru direpair ni tak mau start lagi. Stranded apabila aku parkir di sebuah surau. Nasib baik dekat dengan rumah. Kereta tu tersadai di tempat itu mungkin dua hari. Kemudian bila aku datang cuba start, tiba tiba  chet chet cheeet, vrooom injin hidup. Boleh pula dia start. Bawa balik ke rumah.

Bila aku parkir di luar rumah, matikan injin, nak start semula dah tak mau. Tersadai lagi dua hari. pada hari ahad, aku panggil seorang mekanik untuk repair kereta tu. Dia datang untuk start. Bila dia putar ignition key, chet chet cheeet. Injin tak hidup. Lepas itu dia pergi belakang kereta dan dia ketuk ketuk dengan tangan dia.
Kemudian dia start semula. Chet chet cheeet... vroom, injin hidup!

Aku tanya kau ketuk kat mana? dia kata kat sini. Aku tanya lagi, jadi apa yang rosak? Fuel pump.

Jadi selama ini yang aku hantar kereta pergi wokshop ini, pergi wkoshop itu, tukar ini dan tukar itu, semuanya tu auta saja. Habis aku kena kelentong. Bila mekanik yang ini betulkan fuel pump tu, sampai hari ini boleh start.

Lepas kereta tu boleh start, aku hantar repair NGV pula dibengkel lain. Bayar lagi dekat RM 500.00. Wah lepas repair ini, NGV boleh guna. Itu pada 16 Jun 2010. Boleh bawa pergi tempat kerja. Bila dah guna dua tiga hari, NGV dah tak mau jadi lagi.

Terpaksa guna petrol juga. Malas la aku nak betulkan kereta lagi.

Beli lah kereta baru. Si Hussein yang menjadikan vitara dia punya sekarang.

Wednesday, November 24, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....11 (PENANGAN NGV)

Assalamualaikum,

Maka aku pun setuju untuk pasang NGV pada kereta Vitara tu. Bila dah tunggu satu hari, malam tu operator ngv tu sms: tried to reach u. pls call me.yr car is ready.krisha

Wah aku pun rasa seronok, sebab kereta dah siap. Esoknya aku pun dudup dadap pergi ke kedai ngv tu untuk ambil kereta. Bila aku sampai, kedai tu masih tutup lagi. Pukul 9:00 barulah perempuan kerani dia terhegeh hegeh sampai dan buka sebahagian pintu kedai. Dia kata kenapa tak call dulu sebelum datang? Aku jawab aku call kau tak jawab. kau tidur lagi ye? Dia songeh.

Mana kereta aku? Dia tak boleh jawab. Dia call seseorang, lepas tu dia jawab ada satu wiring belum siap lah. Lu pigi minum dulu la, lepas tu call. Aku pun pergi minum. Lama kemudian aku call, tak ada yang jawab. Setelah penat call baru ada orang jawab. Dia kata ada sedikit problem. Kereta tak boleh start. Do you immobilizer installed? Aku kata no!

Kemudian nampak dia panggil mekanik india bikin kereta tu. Tak boleh. Mekanik nigeria. tak jadi juga. Habis kereta aku kena barai. Aku terus ambil kereta dia yang dia beri pinjam dan bawa balik. 3 hari kemudian, dia call dia kata kereta tu dia tak boleh bikin. Come here and tow your car out dia kata.

Aku datang. Kereta aku jadi tak tentu arah. Dia kata dia tak boleh buat apa. enjin tak boleh start. Dia suruh aku bawa ke mana mana workshop. Sebelum bawa ke workshop lain, duit pasang ngv dia minta dulu. kalau tidak kunci kereta aku dia tak beri. Oleh kerana tidak mau bergaduh. Aku bayar RM 3700.00

Lepas tu cari kereta tow. Tarik kereta tu ke satu workshop lain. NGV aku kena bayar. Kos tow kena bayar. Repair kereta kena bayar. Tapi NGV tidak boleh guna.




Thursday, November 11, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....10

Assalamualaikum,

Apabila dapat tawaran bertugas di tempat baru yang jauh dari kediaman, aku berkira kira macam mana transport ke tempat kerja baru. Beli kereta baru ke, atau apa ke. Mula mula berkira kira untuk beli satu kereta baru, kemudian tukar fikiran, kemudian nak beli, kemudian tak jadi beli.

Fikior punya fikior, aku rasa tak perlulah beli kereta baru, kereta Vitara bini aku yang pada masa itu aku gunakan untuk ke ofis dah cukup untuk jadi transport aku. Untuk jimatkan kos, aku terfikir untuk pasang NGV pada Vitara tu. Aku pun google NGV. Dapat satu NGV installer di Kelang. Aku pun call dia.

Dia kata what car? Aku jawab Vitara. Dia kata injection or carburator? Aku pun tak tau Vitara tu gunakan injection ke atau carburator, dah 12 tahun gunakan pun tak tau. Fikior punya fikior, aku jawab carburator. Dia jawab RM 2,700.00

Lepas tu aku shopping shopping lagi, tanya sana dan tanya sini, akhirnya aku pergi ke satu kilang install NGV di Bandar Baru Bangi. Dia bagi quotation RM 3,600.00. Wah, aku kata pada diri sendiri, kat Kelang 2,7 sini 3,6 lebih baik aku pergi Kelang, jimat RM 900.00

Selang lima enam hari, aku sampai di NGV installer di Kelang. Dia pun check Vitara. Dia kata you said carburator, but injection la. Aku jawab ye Kah? Dia kata, injection RM 1,000.00 more than carburator. Aku jawab RM 3,700.00. Yes, kata dia. Si dia ini India dari India kot yang tak tau cakap melayu.

Fikior punya fikior, kat Bangi 3,6 sini 3,7 tapi aku dah sampai sini. Nak sampai tadi dudup dadap aku sesat. Aku beritau dia, ok lah buat.

Ingatkan aku save RM 900.00, rupanya rugi RM 1,000.00

Thursday, October 28, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....9

Assalamualaikum,

.....sambungan daripada siri 8
Apabila Pak Muz... kata bakal TKI (merujuk kepada Tenaga Kerja Indonesia) semuanya dah kembali ke tempat masing masing kerana bulan puasa dan akan menyambut hari raya, aku dapat rasa duit aku akan terbang.
Tiba tiba si SITI Markona (bukan nama sebenar) memberi tahu bahawa anaknya ingin bekerja di sini. Maka si anak ini disuruh hubungi Pak Muz... untuk diuruskan paper work nya. Kenapalah dulu kau tak beri tau, kalau kau beritau nak kerja, tak perlu hantar RM 3,500.00 kepada tekong ni.
Si anak ni namanya WATIK. Dia perlu travel dari rumahnya di Banyuwangi, Jawa timur ke Surabaya, sama jaraknya antara KL dengan Kota Baru. Bila dah sampai di Surabaya, dia tidak bawa pula KTP (kad tanda pengenalan; macam ic kita). Balik semula ke Banyuwangi, dan kemudian kembali ke Surabaya. Kan ke multiple error tu.
Kemudian kami tunggu. Tunggu punya tunggu, tiada sebarang berita. Bila call Pak Muz... dia tidak boleh beritau si WATIK nak ke Malaysia berapa hari bulan, kapal terbang apa, flight no. apa.
Cuma dia sms, bila udah check in nanti dikabarin
Aku ingin tau, dia ni naik AirAsia ke? Si Watik ni kata MERPATI air. Turun di mana? LCCT ke, KLIA ke, Subang ke? Kalau tak tau di mana turun tak ke menjajau aku kena hayak nanti nak tunggu dia.
Tunggu punya tunggu, si WATIK ni sms emaknya SITI MARKONA yang dia akan datang 4 okt. Naik Merpati Air, turun di KLIA. Pada mulanya flight tu dijangka mendarat 2:00 ptg. Aku call KLIA, mereka maklumkan Merpati Air akan sampai jam 7:00 malam.
Bila dah dekat jam 7:00, call KLIA lagi, dia orang maklumkan, flight delay. Tak tahu bila sampai.
Lepas isyak bini aku dah siap sedia untuk pergi KLIA, aku relak lagi. Dia kata kenapa tak siap? Aku jawab percaya ke flight tu dah nak sampai?
Call KLIA lagi, dia orang bagi tau, flight merpati dijangka sampai jam 01:00 pagi. Mak datuk, dari asalnya 2:00 ptg jadi 01:00 pagi pulak daahh!
Akhirnya pesawat merpati tu mendarat jam 01:15. Kami tunggulah si WATIK ni keluar.
Tunggu punya tunggu tak ada. Tunggu lagi , tak ada. Sampai habis semua orang keluar, si Watik ini tak keluar. Emaknya sudah meleleh air mata. Jam dah 03:00 pagi
Aku tanya yang jaga information tu, dia tak layan, asyik bercakap telefon tak tahu dengan siapa. Selepas 20 minit aku paksa dia berhenti cakap telefon, dan tanya dia hal passenger tak keluar. Dia beri nombor imigresen yang didalam airport .
Bila aku call, pegawai perempuan yang sangat eksyen jawab: siapa nama pasenger? Aku Jawab WATIK HANDAYANI.
Watik kena tahan. Sekarang nak keluarkan dah lewat. Esok call boss saya di bangunan AMC no. tel 03-87763681
Puuh.

Monday, October 25, 2010

SIRI MULIPLE ERROR.....8

Assalamualaikum,

Apabila pembantu rumah sudah tiada ni hal hal yang berkaitan dengan house keeping menjadi beban kepada isteri. Dan memang rumah aku seorang pembantu rumah tidak terkendali segala kerja yang pelbagai.
Telah cuba iklan untuk cari pekerja. Namun respon sangat tidak membantu. Yang dapat ialah panggilan lucah dan virus yang serang hp. Kesihan isteri aku yang kadang kadang diganggu oleh pengilan lucah setiap kali menyiarkan iklan untuk mencari pekerja. Begitu juga aku kesihan terhadap sorang AJK P.A.S.T.I. yang bila diiklankan no hp nya untuk cari pekerja P.A.S.T.I., sering diganggu oleh panggilan lucah. Begitulah rosak dan hodohnya masyarakat kita pada hari ini.
Nak ambil pekerja dengan menggunakan khidmat agensi pula mereka tekan, hendak RM 7k. Itu pun tidak ada gerenti. Bila dah dibawa masuk, ada yang lari, ada yang buat macam macam problem.
Lama berfikir aku pun teringat untuk menggunakan saluran lama. Ia itu dengan menggunakan khidmat seorang tekong di Surabaya yang hanya aku kenali melalui telefon dengan nama Pak Muz...
Pak Muz... kata hantar RM 3,500.00. Dia sambung lagi, baru hari tu saya hantar 11 orang. Bila mendengar katanya itu hatiku kembang. Ada agaknya pekerja yang boleh dihantar.
Sekarang pekerja Indon boleh diambil sekiranya datang dengan tourist visa. Aku pun segera hantar RM 3,500.00 kepada Pak Muz..., dan kemudian tunggu.
Tunggu punya tunggu tiada jawapan. Bila aku call Pak Muz... dia jawab hari tu dia bawa seorang untuk medikal. Mengandung pula si minah tu.
Nantilah, kata, ada seorang lagi. Tunggu lagi. Pak Muz... sonyap aje. Aku call lagi, dia jawab, yang ini pula ada kencing manis.
Masa berjalan, sehingga masuk bulan puasa. Pak Muz... sonyap aje. Aku call lagi. Dia jawab semua calon yang nak ke Malaysia dah balik kampung sebab puasa dan nak menyambut raya.
Aku taulah keadaan yang sebenarnya. Di Indon pun nak cari pekerja yang mahu ke Malaysia sudah sukar didapati.
Dalam kepala aku tergambar RM 3,500.00 siap berkepak dan terbang di awangan.

Friday, October 8, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....7

Assalamualaikum,
FATIMAH AZZAHRA pula...

Entah apa dosa yang aku lakukan sehingga Allah tidak putus putus menguji aku dengan pelbagai musibah dan multiple error. Bermula dengan kereta anak Muhammad Basyir dicuri sebaik kami dalam perjalanan pulang dari Tanah Suci setelah selesai menunaikan haji dihujung 2009.

Kemudian diikuti pula dengan Mak Hajjah dimasukkan hospital, dan diikuti dengan itu dan ini. Kalau anda ingin tahu apa seterusnya ikutilah siri multiple error ini.

Selepas anak bernama Ahmad Izzuddin dimasukkan ke hospital dalam bulan Ramadhan yang lepas, aku sentiasa berharap agar itu adalah musibah terakhir yang Allah ujikan kepadaku. Selalu aku berdoa kalau Allah uji juga aku dengan musibah, aku bermohon seperti yang Rasullullah lakukan, iaitu apabila kelihatan seperti satu batu akan menghempap baginda, baginda mengelak supaya tidak terkena hempap. Abu Bakar bertanya adakah baginda lari daripada Qada' Allah. Baginda menjawab yang baginda mengelak daripada Qada' Allah kepada QadarNya.

Maknanya kalau Allah telah tentukan bahawa satu musibah itu akan mengenai seseorang, ia tetap akan kena. Apa yang boleh kita lakukan ialah berdoa agar musibah itu menimpa pada qadar yang paling minima. Seperti kalau telah ditentukan anda akan kena langgar oleh sebuah kereta, tetapi dengan doa anda, anda tetap kena langgar, tetapi hanya dicalit sahaja oleh kenderaan itu.


Semasa aku sedang dalam kursus di UPSI semalam, isteri telpon (istilah indon), Fatimah pengsan dan kaki tidak boleh angkat. Kemudian dengan ambulan swasta dibawa ke hospital pantai, KL.

Aku bergegas ke hospital pantai untuk uruskan kemasukannya. Sekarang dia recovering. Kena lung infection sehingga susah bernafas dan hilang sense of balance.

Si Fatimah ni baru minggu lepas konvo. Sekarang buat chambering. Kau taulah, bila buat chambering, syarikat akan lanyak dia ke sana ke sini. Sekejap pergi court itu, sekejap pergi court ini.

Lepas tu buat pula diploma syariah law. Assignment tak siap, maka tidak tidur malam. Itu yang sebab kena infection agaknya. Satu lagi kesukaan Fatimah ini ialah dia suka jadi driver.

Aku belikan kereta untuk mudahkan dia pergi kuliah dan balik rumah dari asrama. Tetapi pantang ada kawan yang ajak pergi sana dan pergi sini, dengan rela dan senang hati dia sedia berkhidmat jadi driver.

Sehingga sanggup jadi driver pergi mandi sungai dekat tempat Altantuya kena letup.

Di doa kau cepat sembuh

Friday, October 1, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....5

Assalamualaikum,

Poning kepala aku memikirkan medical si ROS gagal. Pergi hubungi FOMEMA di Seremban. Aku buat urusan fomema di Seremban sebab orang tidak ramai berurusan di situ dan ada doktor panel yang menyediakan khidmat x-ray. Dulu berurusan di Pusat Bandar Damansara. Serik aku.
Fomema Seramban suruh aku buat rayuan. Tetapi katanya, hanya doktor sahaja yang boleh buat rayuan. Doktor sudah buat error, patient tak sihat dibenarnya buat medical. Yang aku si majikan ini pun buat error, pekerja tidak sihat pun suruh buat medical.
Pergilah aku dudup dadap merafak ke Dr. Chen Man Hin. Dia kata dia akan buat rayuan.
Beberapa hari dia suruh si ROS datang sebab nak ambil urin test dia lagi. Aku bawa si Ros buat urin test. Bayau lagi.
Kau orang tau tak si Ros ni janda muda. Baru 24 tahun. Sama baya dengan anak perempuan aku yang paling junior.
Oleh kerana tidak ada news lepas tu, aku merafak lagi ke Fomema Seremban. Kali ini jumpa orang lain pula. Orang ini kata hal drug tidak boleh rayu. Lagilah buat hati aku susah.
Aku telefon pula Fomema Pusat di Pusat Bandar Damansara, bercakap dengan seorang namanya Aminah. Dia dengan gah dan sombong tak tentu fasal kata MOH (ministry of health) telah buat pekeliling perkara yang berkaitan dengan drug dan pregnancy tidak boleh rayu.
Aku tidak puas hati, pergi lagi dudup dadap ke Pusat Bandar Damansara, jumpa dengan si Aminah ini, dia cakap, kan saya dah kata, hal drug dan pregnancy MOH arah tidak boleh rayu.
Aku rayu macam mana pun dia tak layan.
Teringat pula seorang kawan bekas driver bas U Malaya. Menantu dia timbalan menteri kesihatan (kabinet yang lepas, kabinet sekarang aku tidak pasti jawatan si menantu ini). Dudup dadap aku merafak tempat driver bas U Malaya lepak, akhirnya dapat nombor hp kawan ini.
Syeikh, kataku masa telefon kawan ni, minta jasa baik guna anta punya kabel, ....ceritanya macam ni........ boleh tolong?
Habuk pun tarak.
.......akan sambung..... kalu ada foto si Ros nanti aku upload

Sunday, September 26, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....4

Assalamualaikum,

Janurai 2010, Apabila isteri discharge daripada sebuah hospital swasta di sebuah negeri utara Semenanjung, dia dibekalkan dengan satu botol ubat batuk yang tidak habis dimakan semasa dalam hospital.
Ubat batuk ini sangat berkesan. Isteri saya batuk mungkin jangkitan daripada berada di Tanah Suci semasa mengerjakan haji. Bila makan ubat batuk ini, cepat sembuh.
Maka si isteri ini pun rekomen ke sana rekomen ke sini mengenai ubat batuk ini. Semua ahli keluarga yang batuk, maka ubat batuk hospital ini, baik belaka semuanya.
April 2010. Faris, cucu,batuk. Tetapi kerana ia baby, tidak diberi ubat batuk yang ini, cukup dengan ubat batuk dari padeatrician dia.
Oleh kerana si ROS, seorang pembantu rumah tenaga kerja Indon (TKI) menjaga si Faris, dia pun dijangkiti batuk juga.
Maka sang isteri pun rekomen kepada ROS. ROS kau makan ubat batuk ibuk ni.
Si ROS pun makan, tetapi sebab batuknya kuat, sehari makan belum sembuh lagi. Pada masa yang sama, pemeriksaan medical tahunan si ROS telah sampai masanya, walaupun ada 2 bulan lagi sebelum permitnya mati.
Jadi, seperti yang saya telah jadualkan, saya bawa dia untuk pergi medikal di Seremban. Dr. Chen Man Hin. Si ROS pula oleh kerana nak medikal, pagi tu sebelum pergi dia tonggang lagi ubat batuk tu.
Dua minggu selepas medikal tu, keluar keputusannya. Klinik Chan Man Hin telefon.
ROS gagal medikal.
Dalam urine ada dadah.
Morphine.

Saturday, September 4, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....3

Assalamualaikum,

Pada 30 Jan. 2010, sebaik sekira kira hilang penat daripada menunaikan haji, saya dan isteri pergi honeymoon ke Cameron Highland. Kami tinggal dua malam do hotel Cosa de la Rosa, yang terletak antara Tanah Rata dengan Brinchang.

Saya buat booking hotel termasuk melalui internet dengan menggunakan satu service yang dipanggil Agoda. Saya buat pembayaran juga melalui internet.

Pada 1 Feb. 2010, saya dan isteri check out. Saya terus buat urusan di kaunter.

Setelah agak seminggu atau dua, baru saya perasan iaitu semasa saya dalam proses check out, saya telah buat pembayaran di kaunter tersebut. Sepatutnya tidak perlu buat pembayaran, dan kerani kaunter itu pun sepatutnya mengingatkan saya mengenai hal tersebut.

Saya berlengah lengah bagi membuat tuntutan bayaran balik sehingga ke hari ni.

Burn duit aku

Friday, September 3, 2010

HAL ANAK MASUK HOSPITAL

Assalamualaikum,

Semasa mengerjakan umrah 2008, ibu saya jatuh sakit serius dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Annur, Makkah. Dudup dadap saya menguruskan hal ibunda, tapi tak apa, itu memang tugas si anak.

2009, Mei, anak bernama Hussein terpaksa dimasukkan hospital kerana kena denggi kali ke dua.

2010, Januari, isteri masuk hospital di Alor Star. Demam.

2010, Julai, anak bernama 'Abdurrahman masuk hospital kerana demam typhus.

2010, Julai, cucu bernama Faris masuk hospital kerana viral fever

2010, Ogos, Anak, Ahmad Izzuddin masuk hospital kena seizure.


Akan menyejukkan hati kalau ada orang yang datang visit.

Keluarga aku ni tak dak siapa pun nak visit.

Izzuddin dijangka kena discharge rabu 1 sept, tapi sebab virus count belum turun lagi, kena stay lagi 2 hari.

Tiba tiba si Midon timbul. Terubatlah hati aku bila ada ipar yang menziarah anak aku.

Yang lain habuk pun tarak. Nasib baik lepas tu bini si Midon pula sampai.

3 anak aku masuk hospital, 1 cucu masuk hospital. sedara mara tak hapik pun

Wednesday, September 1, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....2

Assalamnaualaikum,

Sebalik daripada menunaikan haji, setelah berihat dua tiga hari, dan sementara cuti masih ada, saya, isteri dan anak Fatimah serta pembantu (TKI) Ros pergi menziarahi seorang lagi anak yang baru dua bulan melangsungkan perkahwinan dengan orang Kedah.

Dalam perjalanan pergi, isteri demam dengan kuat. Saya rasa ini demam yang dibawa dari Tanah Suci. Kami buat keputusan untuk admit kan dia ke Kedah Medical Centre.

Saya tanya; kad insuran ada bawa?

Dia kata ada.

Mana? Ini.

Tapi mungkin tidak boleh guna!

Di kaunter, kerani minta kad.

Aku hulurkan Visa.

Bila isteri sudah didischarge, dia tanya:

Guna kad insuran?

Tak.
Kenapa tak guna?

Kata tak boleh guna.

Akhirnya bayau sendiri