Assalamualaikum,
Untuk anak anak muda Islam, perlu anda ketahui anda telah dimuliakan dengan satu pegangan yang sangat kudus berteraskan sesuatu yang dikenali sebagai TAUHID. Ajaran ini mensyaratkan sesuatu yang layak diperhambakan diri kepada nya adalah Allah dan Allah semata. Tiada ada yang lain lagi. Tidak ada ruang untuk yang lain lagi.Apabila anda mengucapkan لا إله إلا الله iaitu tansliterasinya La ila ha illal lah (tiada ilah melainkan Allah) maka anda telah mengisytiharkan bahawa tiada sebarang bentuk peng'abdian diri, penyembahan, kepercayaan, pegangan, perjuangan kepada yang lain selain Allah. Inilah pegangan Tauhid anda, dan inilah asas kepercayaan dan perjuangan anda.
Pegangan Tauhid ini juga telah menjadi peangan ugama ugama samawi sebelum kedatang Islam yang syariatnya dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, untuk mereka yang hidup semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w. maka maka Tauhid ini diperkukuh dengan perisytiharan kerusulan Muhammad itu: محمد رسول الله : Transliteration: Muhammadur Rasullullah (Muhammad itu pesuruh Allah) apabila anda mengaku tentang ketauhidan Allah, dan anda menerima kerusulan Muhammad s.a.w. maka anda telah mengisytiharkan keislaman anda. Ini dikenali sebagai aqidah anda.
Aqidah ini diperkukuh lagi dengan satu lagi ajaran yang dikenali sebagai al akhirah. Mengenai alam ghaib, hari akhirat, syurga dan neraka, dosa dan pahala dan yang berkaitan dengan nya. Maka untuk mempercayai al akhirah ini, anda perlu ambilnya dengan iman, tidak boleh diambil dengan logik.Maka anda perlu yakin dengan apa yang diajar oleh Muhammad s.a.w. Untuk mendapatkan keyakinan ini, anda perlu yakin dan percaya dengan beberapa perkara asas yang dikenali sebagai rukun iman atau arkanul iman. Rukun iman ini perlu diperkubu dengan perlakuan fizikal yang dikenali sebagai ibadat yang tergolong dalam rukum Islam.
Maka tauhid dibungkus oleh aqidah, kemudian aqidah ini dibungkus oleh iman. Jadilah ia Islam.
Perlu diingat, aqidah ini juga kadang kadang dirasakan sebagai pegangan, kepercayaan, dan juga ideologi. Memang aqidah ini juga sama sifatnya dengan ideologi, kerana ia duduk dalam otak, atau dalam minda atau dalam dada. Ideologi dan aqidah mempunyai persamaan yang banyak, tetapi aqidah bukan ideologi. Yang perlu diperkubukan ialah jangan sampai jadi ideologi yang dikutip dilongkang longkang menjelma menjadi aqidah.
Oleh itu, aqidah boleh disalah anggap sebagai ideologi. Mengapa? Sebabnya ialah aqidah adalah satu pegangan. ideologi juga sama. Aqidah diyakini. Begitu juga ideologi. Aqidah diperhambakan diri penganut kepadanya. Begitu juga ideologi. Aqidah diajar dan disebarluaskan. Begitu juga ideologi. Aqidah diperjuangkan. Begitu juga ideologi. Aqidah dijadikan asas untuk menzahirkan syariat. Ideologi dijadikan asas untuk diterjemah kepada kuasa politik. Sama.
Bezanya ialah aqidah diajarkan oleh Allah. Ideologi diajar oleh manusia.
Nasionalisme adalah satu ideologi yang diajar oleh revolusi Perachis. Ajaran ini mementing satu elemen yang dikenali sebagai: my country, right or wrong.
Dalam diri orang Islam hanya satu sahaja aqidah yang boleh duduk atau berada di situ. Iaitu tauhid.
Apabila anda telah ambil tauhid sebagai pegangan anda, tidak boleh lagi mana mana pegangan menempel dalam diri anda. لا إله إلا الله bermakna anda meleburkan sebarang bentuk pegangan lain dan anda ambil hanya Islam dan Islam sahaja sebagai kepercayaan dan keyakinan anda. Anda percaya, yakin, mengimaninya, mempelajarinya, mengajarkannya, memperjuangkannya, menyebarluaskannya, dan anda mati kerananya.
Kalau ada pegangan, kepercayaan, ideologi, atau ajaran lain yang ingin berdamping dengan tauhid, maka ajaran tersebut adalah ajaran sesat.
Pastikan hanya tauhid sahaja yang wujud dalam diri anda,buangkan semua ideologi lain yang cuba menempel, samada idelogi tersebut dikenali sebagai sosialisme, komunisme, nasionalisme atau apa isme sekali pun, kerana kita hanya berpegang kepada:
لا إله إلا الله
محمد رسول الله