Thursday, April 26, 2012

SUJUD DI DALAMNYA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kalau ada peluang mungkin kau nak dirikan solat dan sujud dalam mehrab Nabi s.a.w. di masjid Nabi s.a.w. di Medina

Tuesday, April 24, 2012

UMRAH DAN HAJI KU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengapa aku suka buat posting tentang haji atau pun umrah? Sebabnya ialah haji dan umrah adalah wajib. Ada hadis yang menyebut sekiranya seseorang muslim itu mati tanpa mengerjakan haji, maka matinya adalah mati yahudi.

Aku mengharapkan, dengan memuat posting tentang haji dan umrah, mudah mudahan Allah buka kan hati mana mana insan yang membacanya dan belum lagi mengerjakan haji. Kalau dalam ribuan yang baca, dan sekian ribu minit yang terluang di blog ini, hanya seorang sahaja yang tertarik untuk mengerjakan haji atau umrah, maka itu adalah lebih baik pada penilaian aku daripada aku buat analisis atau cerita cerita sensasi yang semata mata mencari hits tinggi.

Soal buat haji atau umrah bukan semata mata tertakluk kepada ada duit atau tidak. Sebab orang yang ada duit pun, sekiranya Allah tidak bukakan hatinya untuk mengerjakan haji dan umrah, maka duit dan hartanya tidak menghalakan dia ke baitullah. 

Yang utamanya ialah orang tersebut hendaklah ada rasa keinginan untuk mengerjakan haji dan umrah. Rasa keinginan ini, yang dalam istilah orang kampung disebut seru, akan datang kalau individu tersebut duduk dan belajar dalam majlis ilmu Islam, berkawan dengan orang orang yang taat dan rapat dengan Islam, dan mendampingkan dirinya dengan Islam, seperti membaca literatur mengenai Islam.

Apabila Allah campakkan dalam qalbunya rasa ingin mengerjakan haji dan umrah ini, maka barulah berdoa untuk mengerjakan haji dan umrah. Apabila anda telah berdoa untuk mengerjakan haji dan umrah, maka itu petanda bahawa Allah telah mencampakkan ke dalam qalbu anda rasa keinginan tersebut. Telah datang seru kepada anda.

Kalau semasa timbul keinginan untuk mengerjakan haji dan umrah, anda tidak punya wang secukupnya untuk ibadat tersebut, maka anda minta juga dengan Allah supaya dicukupkan keperluan material anda. Juga semasa berdoa, anda sebutkan tahun yang mana anda ingin mengerjakan haji dan umrah.

Sekiranya anda berdoa: Ya Allah, aku ingin mengerjakan umrah; maka lebih baik kalau anda berdoa: Ya Allah, aku hendak mengerjakan umrah dalam tahun 2013. Dan tambah lagi: cukupkan lah semua keperluan supaya boleh aku mengerjakan haji dan umrah pada tahun 2013.

Dan percayalah, rezeki anda akan mengalir masuk dari sumber yang tidak anda jangka!





Monday, April 23, 2012

MEDIA ON LINE PUN SEMPUT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila dah dekat pru ini, media online yang biasanya menyiarkan berita impartial sekarang telah mula tukau hangin. Semua dah naik semput nampaknya, mula menyiarkan berita berita atau analisis yang membodek.

MULA BERTUGAS SETELAH UMRAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mula bertugas setelah selesai mengerjakan umrah.

Browse news. Nampak berahem tibai gambar di bunting.

Nanti kau pulak yang bunting,berahing