Saturday, January 31, 2009
UMNO KASIHKAN DAP, TETIBA JE
Tetapi tetiba aje UMNO ni diresapi rasa kasih dan rindu serta terliur terhadap DAP. Dan amat menyayangi DAP. Jelas talam 10 muka.
Ini adalah Nasarudin punya angkara.
Bila YB ini melompat ke PKR, maka sibuk lah UMNO nak pinda undang undang yang boleh menghalang lompat parti ini. Dulu, semasa PBS perintah Sabah, 1985-1994, PBS buat undang undang tersebut, UMNO kata tak boleh. Bila PAS buat, semasa kes Nordin Salleh ADUN Sungai Pinang dari Semangat 46 lompat ke UMNO, pun mahkamah tolah. Sebabnya ialah bercanggah dengan artikel 10 (1) (c) perlembagaan persekutuan yang membenarkan individu menganggotai mana mana pertubuhan.
Tetiba Fuad Zarkashi cadang pinda perlembagaan persekutuan . Anda tahu, negara yang paling banyak melakukan pindaan kepada perlembagaannya ialah Malaysia. Sikit sikit pinda perlembagaan. Nak naikkan umur bersara seorang jongos pun pinda perlembagaan.
Fuad cadang pinda artikel 10 (2) (c). Dia dah tahu BN tak punya majoriti 2/3. Tetiba aje rasa kasih, dan rindu dan asyik dan masyok dan terliur pada DAP menyusup ke dalam UMNO. Apabila diacah oleh Karpal Singh kononya kalau nak pinda hal lompat ini, beliau boleh tawarkan sekurang kurangnya 8 undi daripada DAP.
Tetiba aje DAP jadi ayu. Pada juling UMNO.
PILIHANRAYA DALAM MASA TERDEKAT?
Sedangkan pelbagai usaha sedang dijalankan agar gelongsoran ini dapat dibrek dan diberhentikan. Pada masa yang sama, masa terus berjalan, dan tarikh menggerunkan Mac, 2009 semakin hampir. Kenapa menggerunklan? Kerana tarikh tersebut adalah watershed yang mengukur kredibiliti banyak pihak .
Kredibiliti ini mesti dikembalikan. Tidak ada cara lain lain untuk mengembalikannya melainkan dengan mengadakan pilihan raya umum dan menang. Sekiranya menang, semua dosa dan masalah boleh disapu dan disorok bawah karpet.
Tetapi, katakan pilihanraya umum segera diadakan pada bulan Mei 2009, BN boleh menang ke?
Kalau kalah?
Friday, January 30, 2009
TEKA TEKI PALING MENGGEMPAR!
Saya kata teka teki tersebut ada sedikit unsur gender-biased.
Untuk menyelesaikan isu tersebut, di sini saya kemukakan satu teka teki kepada Pak Belalang, atau sesiapa yang minat.
Kalau anda ingin pertolongan, boleh minta di sini.
Ingat, Hang Tuah punyai kekasih.
Soalan: Di manakah letaknya lawanya Tijah?
MENUNGGU SOLAT JUMAAT: DI MANA ANDA?
Sekiranya anda bekerja di pejabat, saya jangka sekitar jam 12:00 atau 12:15 pagi, anda telah boleh pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Katakan anda sampai di masjid jam 12:30 tengahari, sekira kira 1 jam lagi untuk azan dikumandangkan. Di mana anda pada ketika itu?
Pergi gerai makan? Pergi gerai jual akhbar? Atau minum minum? Atau berbual kosong? Atau anda terus ambil air sembahyang dan masuk masjid?
Saya syorkan masa yang terluang itu dipenuhkan dengan amal ibadat. Masyarakat Nusantara ini telah terbiasa kalau hari atau malam Jumaat, baca Ya Sin. Kalau anda telah baca Ya Sin, baguslah.
Tapi saya cadangkan anda azamkan untuk masuk ke dalam masjid seberapa awal yang anda mampu. Masuk sahaja dalam masjid, saya cadangkan anda lakukan solat sunat tahiyyatul masjid.
Sekiranya anda ingin sambung dengan solat sunat yang lain, silakan. Disamping itu, membaca Al Qur'an juga amat digalakkan. Hari Jumaat, amat digalakkan baca surah Al Kahfi. Biasanya surah Al Kahfi ini ada gandingannya. Surah Ad Dukhan. Subuh Jumaat imam digalakkan kalau mampu bawa surah As Sajadah. Gandingan surah ini ialah surah Al Insan. Pada malam Jumaat, selain daripada baca surah Ya Sin, elok juga baca surah Al Jumaah. Elok juga dibaca gandingan kepada surah ini iaitu Surah Al Munafiqun.
Selain daripada itu, gandingan surah As Sajadah ini juga ialah surah Al Mulk. Elok juga dibaca. Selain daripada itu amat elok kalau surah Ar Rahman dan surah Al Waqiah dijadikan amalan harian.
Imam As Syafie mencadangkan supaya umat Islam menzikirkan Ya Allah pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat sesiapa yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekali, Allah akan menselawat ke atasnya sebanyak 10 kali. Kalau anda selawat sebanyak 1000 kali? Kalau sekiranya Allah menselawat ke atas anda, itu adalah petanda baik untuk kehidupan di akhirat.
Hari Jumaat juga elok kita minta ampun dari Allah s.w.t dengan mengucapkan astaghfirullah sebanyak mungkin. Katakan 1000 kali.
Kalau ini yang anda cari di pagi Jumaat, anda tidak punya cukup masa untuk lihat orang jual ubat di perkarangn masjid.
Thursday, January 29, 2009
A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 44
..............continued from part 43
THE ISLAMIC STATE
The Legacy
What transpires here is surely there is clear distinction between khilafah and imamah; between a khalifah and an imam. The Al Qur'an says:
Behold, thy Lord said to the
angles:"I will create
a khalifah on earth
Al Baqarah 2:30
on earth. So judge thou
What is extricated from these two verses is that the realm of jurisdiction of the khilafah is the world.
On the other hand, the Al Qur'an says:
And remember that Ibrahim
Was tried by his Lord
With certain Commands
Which he fulfilled.
He said: I will make thee
An Imam to the Nations
Al Baqarah 2:124
..............to be continued
SADAQAH
Saya beli akhbar Sinar harian RM1.00. Dalam poket saya tinggal RM101.00. Dua keping RM50.00 dan satu keping RM1.00.
Waktu zohor, saya pergi solat, masukkan RM 1.00 dalam tabung masjid. Dalam poket saya tinggal RM100.00 dalam bentuk 2 keping RM50.00.
Sebaik sahaja start enjin kereta selepas solat, datang seorang menghampiri saya. Tersongeh songeh, dan buat muka sadin. Dia kata: encik, tolong saya, saya perlu ini....... sambil menunjukkan kertas kertas yang nampaknya menyokong apa yang ia dakwa.
Saya sudah 36 tahun berjemaah di masjid ini. Dah tahu sangat hal hal seperti ini. Memanglah orang ini datang minta duit. Kadang kadang anda unsur kedekut dalam diri manusia. Saya rasa saya tidak terkecuali. Kalau hendak menderma, kita, termasuk saya, akan cari wang tukaran yang paling kecil sekali untuk diderma atau disedekahkan.
Tetapi saya sudah tahu, dalam poket saya yang ada hanya dua keping not RM 50.00. Tanpa melihat hamba Allah ini, dan tanpa memeriksa surat surat yang cuba ditunjukkannya, saya pun seluk wallet, keluarkan satu not RM 50.00, beri pada dia, masuk gear, dan jalan.
Saya berkata pada diri sendiri, itu adalah duit yang tidak boleh aku pertahankan. Tinggal 1 keping RM 50.00 lagi, sebab lunch saya bawa bekal.
Saya di ofis sampai magrib. Solat magrib di masjid yang sama. Selesai solat, hari mula hujan. Cepat cepat pergi ke kereta. Sebaik start engine, entah dari mana datang seorang, rupanya macam orang dari India atau Bangla. Meminta minta dalam bahasa yang saya tidak faham, tetapi orang ini boleh cakap satu perkataan: makan! sambil mengisyaratkan menyuap mulut dengan tangannya.
Saya kata ma fi. Dia tak paham pula. Sambil saya mengikat tali kasut, dia terus merenget renget: makan, makan. Kemudian dia baca Surah AL Waqiah. Saya tahu itu surah Al Waqiah sebab tiap tiap hari saya baca surah itu. Saya tahu apa fadhilat surah tersebut, iaitu Allah akan memberi rezeki kepada pembacanya dari sumber yang pembaca tersebut tidak menjangka. Sebab itu Abdur Rahman bin 'Auf, walau pun kaya semasa hayatnya, tidak risau meninggalkan anak anaknya. Kerana beliau bekalkan anak anak beliau dengan Surah Al Waqiah, dan bukan dengan harta yang beliau punyai.
Tiba tiba hati saya terbuka untuk menghulurkan kepada peminta ini. Seluk poket. Ambil wallet. Beri dia RM 50.00. Di hujung kerlingan saya, kelihatan macam dia antara percaya dengan tidak. Saya kata dalam hati, itulah kelebihan surah Al Waqiah.
Masuk gear. Jalan. Dalam poket aku sekarang ada RM 00.00
SOLAT
Masa yang diambil untuk solat tidak lama. 5 minit paling maksima. Tetapi ia bersifat berulang ulang 5 kali sehari sepanjang hayat.
Saya seru kepada semua orang Islam sedunia, atau kalau ada muslim di angkasa lepas sana, untuk mengerjakan solat seperti yang diajar oleh Muhammad s.a.w.
Tetapi ibadat solat inilah yang paling banyak ditinggalkan oleh umat Islam. Ada yang meninggalkan 1 solat. Ada yang 2. Ada yang 3. Ada yang 4. Ada yang 5.
Ada yang meninggalkan solat 1 hari. Ada yang 1 minggu. Ada yang 1 bulan. Ada yang 1 tahun. Ada yang bertahun tahun. Ada yang berdekad.
Dalam kebanyakan keluarga di dunia ini, bukan semua, ada sahaja ahli keluarga yang meninggalkan solat. Kalau tidak anaknya, bapanya. Kalau tidak bapanya, emaknya. Datuknya. Neneknya. Cucunya.
Perhatikan keluarga anda. Saya berdoa janganlah ada diantara ahli keluarga kita yang meninggalkan solat. Latihlah mereka dari kecil untuk mengerjakan solat. Peringatkan mereka untuk mengerjakan solat sehingga ke liang lahad.
Saya berdoa semua muslim yang membaca tulisan ini tetap teguh mengerjakan solat.
Kalau ada yang tertinggal, saya berdoa agar Allah mencampakkan hidayahNya, inayahNya, rashadNya serta rahmatNya kepada anda.
Semuga tulisan ini menusuk qalbu kita semua untuk tunduk kepada Allah.
Wednesday, January 28, 2009
AZAN PERTAMA
Sampai di surau saya lihat jam menunjukkan waktu subuh telah masuk. Azan perlu segera dikumandangkan. Saya pun on sistem p.a. dan terus azan.
Selepas azan, saya solat sunat. Selesai solat sunat, saya tunggu jemaah lain yang akan sampai. Sementara menunggu itu, saya beramal dengan amalan biasa sebelum iqamat subuh diseru.
Saya tunggu. Tetapi lebih 10 minit jemaah lain belum sampai. Pagi ini lain benar damainya. Syahdu sekali suasananya. bening sekali sekitarannya.
15 minit berlalu. Saya sambung amalan amalan tersebut. 20 minit berlalu. Kenapa pagi ni orang tidur nyenyak sangat. Mengantuk sangat ke semua orang?
Sambil bergerak saya jeling jam yang tergantung di dinding surau. Ha, waktu solat dah lama masuk ni. Tiba tiba teringin pula lihat jam sekali lagi.
Jarum panjang dah melebihi nombor 12, sehingga ke angka 2. Maknanya sudah 10 minit melebihi had waktu 6:00 pagi. Tiba tiba teringat pula nak lihat jarum pendek. Saya pun perhatikan jarum pendek jam tersebut.
Saya perhatikan betul betul. Kemudian double check dengan jam lain yang juga tergantung di sudut lain dinding surau.
Jarum pendek menunjukkan nombor 4.
NIZAR MENGGAMIT STATUS STATESMAN
Kita dapat baca duduknya beliau dikerusi menteri Besar tersebut bukanlah kerana kekuatan PAS, tetapi oleh faktor lain. Hakikatnya Allah menghendaki beliau menduduki kerusi tersebut.
Menganugerahkan tanah kepada penduduk kampung baru Cina di negeri Perak telah ditentang oleh pelbgai pihak, kononya membelakang Kanun Tanah Negara. Tetapi beliau terus dengan keputusannya. Menganugerahkan title tanah 999 tahun kelihatan seolah tangan beliau dipulas oleh DAP, tetapi beliau teruskan keputusannya. Kerana beliau ingin memberikan status kekal kepada penerima.
Sara bara dan duka nestapa serta susah payah masyarakat Cina yang dibura dan diherdik British di zaman darurat tidak banyak didokumentasikan dalam penulisan berbahasa Melayu. Seolah orang Melayu sengaja tidak peka dengan nestapa yang telah menimpa masyarakat tersebut. Nizar membela keperitan mereka setelah lebih 60 tahun mereka diazab dan disisih.
Mengapa perlu mereka dibela? sebab mereka adalah warganegara Malaysia. Pemerintahan sebelum ini tidak memberi peruah langsung kepada mereka. Dan kepentingan Orang Melayu langsung tidak terjejas dengan pembelaan ini.
Ada pihak yang menggunakan saluran tertentu untuk membantutkan usaha Nizar menukarkan Pengarah Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Dato' Haji Jamry Sury. Beliau telah akur, dan dengan penuh santun dan rendah diri merombak semula arahan terdahulu. Peristiwa ini sahaja sebenarnya telah cukup untuk menurunkan beliau dari kerusi menteri besar, walaupun dari segi undang undang arahan awal beliau adalah betul.
Tetapi beliau terus bertahan.
Masuknya Dato' Nasarudin ADUN Bota ke PKR telah membenihkan spekulasi baru. Sama seperti kongelomerat RENONG memakan syarikat ibunya dalam satu maneuver bisnis yang dikenali sebagai reverse takeover, kelicik politik yang ini juga cuba dikaitkan dengan reverse takeover Kerusi Menteri Besar Perak.
Saya baca ini tidak akan berlaku. Pertama maneuver ini bukan dalam bisnis. Kedua implikasi politik terlalu besar dan tidak menentu sekiranya ia dilakukan, sedangkan PR, terutama PKR dan PAS sedang menonggang gelombang populariti yang tinggi sekarang. Mengapa perlu rosakkannya?
Maneuver RENONG tidak akan berlaku di sini.
Cuma Nizar masih belum lincah berpolitik high profil. Belum perlu lagi dimasyhurkan sekian ramainya ADUN/MP BN yang akan lompat ke PR.
Nizar perlu belajar hal timing.
BATERI AJAIB
Kalungan butir tasbih ini adalah sejenis counter atau pembilang untuk membilang zikir yang dilakukan.
Semasa membeli tasbih ini untuk dijadikan hadiah saya sering terfikir, kadang kadang tidak ada manfaat menghadiahkan seseorang itu item ini. Sebab zikir itu sendiri telah ditinggalkan oleh ramai manusia Muslim.
Tasbih ini hanya layak bagi orang orang tua, orang yang menghampiri kubur, dan tidak seiring dengan perkembangan semasa.
Zikir adalah bacaan bacaan , kata kata dan kalimah kalimah yang diajar oleh Rasullah s.a.w dan diajar oleh Al Qur'an untuk menjadi pengisi bagi rohani orang Islam.
Iman seseorang ada turun naik. Ada masa ia rajin beribadat, kebanyakan masa ia malas. Kadang kadang orang Islam lebih membenci Islam dan merendahkan Islam berbanding orang bukan Islam. Ini menunjukkan power dalam dirinya kurang atau tiada langsung. Seperti bateri rohaninya telah kehabisan.
Untuk berada dalam keadaan bateri itu sentiasa berkuasa, zikir adalah jalannya. Zikirlah dengan apa yang diajarkan oleh Rasullullah, seperti: subhanallah, alhamdulillah, allahakabar, lahaulawala quataillabillah dan lain lainnya.
Semua makhluk sentiasa berzikir. Termasuk anda sendiri. Kalau anda tidak zikir dengan zikir yang diajar oleh Islam, anda akan berzikir dengan zikir yang diajar oleh hiburan terkini.
Sebab itu anda bernyanyi sendirian. Itu adalah zikir anda.
Sebab itu anda bercakap sendirian. Itu adalah zikir anda.
Sebab itu anda tersenyum sendirian. Itu adalah zikir anda.
Sebab itu anda berangan sendirian. Itu adalah zikir anda.
Gantikannya dengan zikir yang diajar oleh Islam, dan jadikan rohani anda sentiasa ada kekuatan dengan di charge oleh bateri ajaib ini. Dan kalungan tasbih itu akan membawa makna kepada anda.
Tidak lagi ia hanya hiasan digantung dalam kereta.
Tuesday, January 27, 2009
APA INI?
........Tompang.
Itulah antara nama nama ori orang Melaka......
PAS MELAKA BOLEH JAWAB SOALAN INI?
Tetapi masih ia menjadi satu cubitan kepada PAS Melaka. Banyak suara telah kedengaran berbentuk rungutan dan ringitan serta kadang kala berdehem tentang hambarnya prestasi PAS Melaka, semalam dan hari ini. Esok, kepada suara suara ini, hendaklah lebih baik!
Mereka menyuarakan suatu perubahan besar perlu dilakukan kepada PAS Melaka. Kalau di Johor yang dari rahimnya UMNO lahir pun PAS boleh memang, tak kan lah di Melaka tidak boleh!
Suara suara ini mahukan suatu perubahan besar dilakukan di Melaka.
Tahu apa perubahan tersebut?
GELONGSOR TANPA BREK
Teknologi mencekik UMNO. Media arus perdana telah hilang sesuatu yang sangat penting iaitu public trust. Dulu rakyat Malaysia mempercayai apa sahaja yang dihamburkan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO. Teknologi telah mengubah semua ini. Saluran berita telah bercambah dengan banyaknya, dan dengan itu liputan yang dipersembah oleh media arus perdana kuasaan UMNO menjadi hambar, lesu dan telah dijangka. Lebih pilu lagi ialah apabila media ini membuat putar belit, yang mana maklumat lebih awal telah diperolehi oleh audien melalui internet, sms atau channel berita lain. Apabila putar belit ini dipersembahkan kepada rakyat, bukan rakyat yang berjaya dibelit. Tetapi mereka yang sembelit.
Kesannya ialah media arus perdana kehilangan public trust. Apa sahaja yang mereka persembahkan menjadi bahan cemuhan dan lawakan. Tiada yang ingin percaya lagi.
Sebab itu mereka cuba menjenamakan semula TV1
Personaliti yang menggelongsorkan UMNO. Mengapa UMNO beriya sangat membela beberapa personaliti yang melajukan gelongsor mereka ?Ada personaliti yang bersumpah laknat yang tidak dipinta, dan kemudian menjadi badut yang sarkasnya ialah UMNO. Ada personaliti yang menyimpan kotak rahsia dan surat rahsia. Juga akhirnya menjadi badut yang tidak diperdulikan.
Rasuah. Gambar seorang pemimpim UMNO dihadap ke mahkamah terpampang dimuka akhbar beberapa hari yang lepas. Itu baru seorang. Rakyat tahu beribu ribu lagi mereka yang aktif memegang pelbagai jawatan samada dalam UMNO atau negara, yang rasuah, tetapi tetap bebas dan berkuasa. Rasuah ini telah menjadi seperti dense inert metal explosives yang digunakan oleh Israel di Gaza, merosakkan negara. Tetapi UMNO kelihatan condone perkara ini. Ini yang menjadikanUMNO memualkan.
Ketuanan Melayu. Konsep yang diketengahkan oleh beberapa ahli akademik yang hendak dijadikan senjata oleh UMNO bagi mengembalikan semula sokongan pengundi kepada UMNO ternyata memualkan. Generasi muda telah selesa dan menerima konsep warganegara, yang mana semua warganegara mempunyai hak yang sama tetapi menerima artikel 153 perlembagaan persekutuan. Mereka lebih memahami politik berbanding dengan UMNO.
Babi sebagai modal menaikkan kebencian. UMNO menjangka dengan menggunakan isu babi, kebencian rakyat kepada lawan mereka dapat dibangkitkan. Tetapi apabila kepala babi digantung dipagar rumah orang, dan dicampak dalam surau, ditambah dengan balutan menggunakan bendera PAS, rasa loya rakyat kepada UMNO membuak buak. Beribu ribu undi yang lari daripada UMNO hasil daripada perlakuan ini.
Deraan terhadap tahanan. Telah terlalu banyak cerita yang timbul tentang tahanan didera dengan teruk sehingga ada yang mati. Tetapi cerita ini disapu dan disorokkan bawah karpet. Sehinggalah ia tidak boleh disorokkan lagi. Kesemua perlakuan ini walaupun bukan dilakukan oleh UMNO, tetapi rakyat melihatnya sebagai UMNOlah yang mesti memperbetulkan keadaan. Kalau UMNO tidak mahu atau tidak perduli untuk membetulkan keadaan, mengapa mereka perlu beri undi kepada UMNO?
Malaysia perlu diselamatkan. Apabila ahli ahli UMNO berebut rebut menfaraidkan harta negara seperti harta mereka, rakyat melihat ini sebagai sesuatu yang merosakkan negara. Negara mesti diselamatkan. Harta negara mesti diselamatkan. Bukan selamatkan UMNO dan jerung jerung yang bernaung dibawanya. Mengapa negara mesti membayar harga tinggi tak masuk akal apabila sesuatu projek dijalankan? Kenapa negara mesti menanggung pelbagai kerugian yang disebabkan oleh ruginya institusi dan syarikat perniagaan kepunyaan negara? Kenapa bail-out syarikat kroni boleh, tetapi sediakan biasiswa pelajaran bagi anak anak yang deserving tidak boleh? UMNO tidak dilihat sebagai penyelamat Malaysia, tetapi penjahanam Malaysia.
Perubahan citarasa. Pengundi, terutama yang muda, sedang berubah citarasa mereka. Kegerunan terhadap lawan UMNO yang selama ini ditanam oleh UMNO sekarang menjadi bahan lawak mereka.
UMNO sedang menggelongsor ke bawah. Dengan laju. Tanpa brek.
Monday, January 26, 2009
TV1: DARI OVERKILL KEPADA SELFKILL
Setiap lepas berita akan diulang pita yang telah diedit untuk menunjukkan betapa jahatnya PAS. Sesuatu isu dicipta dan kemudian dibuat temuramah yang mana kesemuanya menghentam dan menghina PAS.
Oleh kerana kerja menghentam PAS dilakukan secara keterlaluan, maka LIM KIT SIANG pada ketika itu melabelkan usaha tersebut sebagai overkill. Pilihanraya 2004, PAS kalah teruk.
Tetapi kerja yang bersifat overkill tersebut memakan masa untuk menunjukkan kesan buruk kepada sipelaku. Sekarang media utama yang dikuasai oleh UMNO telah hilang public trust, sehingga memerlukan mereka membuat perubahan kepada TV1.
Idea menggunakan media milik negara untuk menghentam PAS dan parti pembangkang lain dicetuskan oleh seorang yang apabila diinterview oleh AL Jazeera dalam tahun 2007 beliau mengatakan Malaysia has an erection every five years....never fail!
Media arus perdana yang buat overkill sekarang mencari nafas baru kerana terbukti ia adalah selfkill.
A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 43
..................continued from part 42
THE ISLAMIC STATE
The Legacy
The father of any
of your men but (he is)
The Apostle of Allah
And the Seal of the Prophets
Al Ahzab 33:40
While a nabi receives devine teachings from Allah, a rasul or messenger has the duty to propagate them. A rasul is always a nabi. Even though the offices of nubuwwah and risalah had ended, the messages or the teachings have to continue to reach the people and their propagation is a continuous process.
When Muhammad s.a.w. controlled a territory called Yathrib, (what is Madina now), he actualized the teachings of Islam, and thus the office of wilayah was convened. There was a bit of confusion among Muslim scholars regarding this issue, due to the fact that the office was not explicitly expressed in the Al-Qur'an or the sunnah (Thaib, 1990, pp.28-37).
But contemporary ulama of Shia had brought the concept to the limelight, such as Khomeini's wilayah e faqih and Tabataba'e 's treatise of Al wilayah. Islam's ulama of old seemed to have mixed the concept of khilafah and imamah; for example, Al Mawardi talked about imamah when he referred to governance while Ibn Khaldun talked about khilafah when referring to the same concept.
............to be continued
TO THE OBLIVIOUS AND NAIVE MUSLIM, THE SUNNAH IS A JOKE
A safe serban?
In this case madrasah student Ahmad Nasir Darus disagreed with the court and insisted that he qualified to be called a lebai and thus should not have been charged with the offence. The report said others exempted from the law are those who have performed their pilgrimage in Mecca. That left me stunned.
In the first place how do you define a lebai? Secondly, it is not obligatory for a haji to wear a serban. It is just another headwear, more cultural, similar to what the tarbush means to a Moroccan or a skull-cap to many Muslims in Malaysia and Indonesia especially when going for prayers.
I remember a few years ago when some Muslims argued that the serban they wore was good enough to protect their head in case of an accident while riding a motorcycle. That was a most laughable and preposterous claim. I wonder who decided when to bend backwards to give the exemption to the lebais, hajis and hajjahs.
The serban story is just like the songkok. It's not a Muslim headwear but rather a nusantara one, worn by Malaysians as an official national headwear, by Bruneians and Indonesians of every religious preference, including the satay seller who could be peddling his satay babi in the neighbourhood. If the Moroccans have their tarbush then the Saudis and the Kuwaitis have their kaffiyah.
In actual fact Islam is very simple and straight-forward but somehow the believers in Malaysia tend to confuse things a bit, so much so that what is a culture to the Malays is confused with something required by religion. Just like the robe worn by our imams and other appointed Islamic officials to adhere to protocol. How I wish that one day they would all be wearing something Malay instead of something more at home in the Arab world.
A serban good enough to prevent serious injuries to the head in the event of an accident? Definitely not a new one but my foot, what a joke.
Sunday, January 25, 2009
KELUAR UMNO MASUK PKR?
Nak dengor sendiri dia kate kat sini
Orang Bote memang suke
MEDICAL REPORT KATA PARU PARU BERAIR:BETUL LA TU!
Pneumonia is a general term that refers to an infection of the lungs, which can be caused by a variety of microorganisms, including viruses, bacteria, fungi, and parasites.
Often pneumonia begins after an upper respiratory tract infection (an infection of the nose and throat). When this happens, symptoms of pneumonia begin after 2 or 3 days of a cold or sore throat.
Tanda tanda pneumonia
Signs and Symptoms
Symptoms of pneumonia vary, depending on the age of the child and the cause of the pneumonia. Common symptoms include:
- fever
- chills
- cough
- unusually rapid breathing
- breathing with grunting or wheezing sounds
- labored breathing that makes a child's rib muscles retract (when muscles under the rib cage or between ribs draw inward with each breath)
- vomiting
- chest pain
- abdominal pain
- decreased activity
- loss of appetite (in older kids) or poor feeding (in infants)
- in extreme cases, bluish or gray color of the lips and fingernails
Siapakah yang mudah terkena pneumonia? Kalau anda berumur 65 tahun ke atas dan 2 tahun ke bawah. Kalau anda kuat merokok dan alcoholic.
Kalau dalam kes yang melibatkan loporan medical, kalau laporan tu kata pneumonia, terima ajelah.
Kalau dia kata slipped disk. Terimalah.
Kalau dia kata. Kena arsenik. Terimalah.
Kalau dia kata tak kena liwat. Terima lah.
Kalau paru paru berair. Terima lah.