Saturday, July 5, 2008

KURAP DAN BALA

Asslamualaikum,

Selepas membaca blog yang menyiarkan sidang akhbar mengenai akuan bersumpah Balasubramaniam pada 3 Julai, saya berkata pada diri saya sendiri, jangan Bala ni pekene Anwar Ibrahim (DSAi), sudah! Juga dalam satu sebelum daripada ini saya ada menyatakan minggu-minggu kehadapan ini adalah menyeronokkan. Sedikit demi sedikit ia sedang tersingkap.
Semasa DSAI diserkupkan dengan tuduhan liwat pertama(L1) dalam tahun 1998, seorang rakyat Malaysia berketurunan India bernama Datu Nilakurapan dikaitkan dengan isu tersebut. Orang ini diancam dengan hukuman mati kerana dituduh memiliki senjata api secara tidak sah, melainkan ia bersetuju bekerjasama dengan pihak menuduh. Ia bersetuju, dan lepas dari ancaman mati, dan sekarang telah masuk BN.
Dalam siri liwat kedua ini, DSAI telah dihampiri oleh Balasubramaniam dan telah membuat sidang akhbar mengenai akuan bersumpah yang dibuat oleh orang tersebut. Semalam orang ini menarik balik akuan bersumpahnya. Dan perjalanan isu liwat kedua ini (L2) mengambil satu selekoh lagi yang mendebarkan.
Yang nak saya kaitkan di sini ialah dalam kedua dua L1 dan L2, seorang rakyat Malaysia keturunan India memainkan peranan. Dalam L1, orang tersebut telah menjadi lawan kepada DSAI walaupun masa glamour DSAI mereka adalah kawan. Dalam L2, muncul satu lagi karektor yang memain peranan yang sama, dan kelihatan DSAI juga termakan oleh umpan awalan yang diberi oleh orang ini.
Anda jangan risau. Perjalanan cerita ini masih jauh, dan simpang serta selekoh yang perlu dilaluinya masihlagi banyak. Saya nampak DSAI mengatasi segala halangan tetapi tetap calar dan luka.
Cuma bala akan menimpa kepada pembawa bala dan kurap akan hinggap kepada pembawa kurap.

Friday, July 4, 2008

POLITIK SEMASA YANG KIAN MENDEBAR

Assalamualaikum,
Perkembangan politik pada hari ini semakin mendebarkan, tetapi ia boleh dianggap menyeronokkan kerana ada pihak yang berani tampil kehadapan untuk memberi makluman kepada rakyat Malaysia perkara-perkara yang dulunya akan bersemadi di bawah karpet. Seperti yang saya tuliskan beberapa hari lepas, selekoh dan simpang yang diambil oleh perkembangan politik semasa kelihatan seperti sebuah skrip yang telah disediakan, dan perkembangan politik ini mengikut apa yang telah diskripkan.
Pelbagai pihak telah membuat komen dan ulasan, tetapi ulasan dari mufti Perlis, yang sekarang ini seolah-olah Malaysia mempunyai seorang mufti sahaja, agak melucukan.Selain daripada itu, saya juga melihat kesamaan antar Ezam dengan nakhaie. Kedua-duanya telah melompat dari parti lain masuk UMNO. Semasa Nakhaie mula masuk UMNO, dia dipromosi begitu hebat, tetapi akhirnya sekarang melukut. Ezam juga sekarang dipromosi begitu hebat. Akan sampaikah masanya bila dia berada di tepi gantang?

Thursday, July 3, 2008

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE (Part 12)

Assalamualaikum,

.....................continued from part 11

The second part of the kalimah reads:

محمد رسول الله
Transliteration: Muhammadur Rasullullah
Translation: Muhammad is the messenger of Allah
In this kalimah, the affirmation is made of the Divine Apostleship of the Prophet Muhammad s.a.w. By this the Muslims submit that Muhammad s.a.w. was not only a human being but was also exalted as a prophet for all mankind from the moment of his exaltation till the Day of Qiamat (The Last Day).This implies the Muslim accept his message or Risalah as the one and only true teachings for all mankind.Whatever taught, revealed or preached by Muhammad s.a.w. was hundred percent true and authentic. All things that he taught to the world, all the truths he revealed to mankind were based on Divine inspiration (wahyu) based on special and authoritative knowledge vouchsafed to him by Allah, and so they were absolutely correct and beyond dispute. There is not the least excuse, the slightest reason for doubting or questioning his words.
When the Muslim testifies to the second kalimah it simply means he holds every word of Muhammad s.a.w. as true, to regard his teachings and guidance as the teachings and guidance of Allah, and to decide once and for all to lead one's life according to the precepts he taught.
وَمَاأَرْسَلْنَامِنرَّسُولٍإِلاَّ لِيُطَاعَبِإِذْنِاللّهِ
We sent not an Apostle, but to be obeyed in accordance with the Will of Allah (iv:64)
A covenant
The Muslim must realise that once the syahadah is testified, it is in fact a covenant. It embodies the pledge and the vow that Muslims believe in Allah as the Only Lord Sovereign, Master and Creator, and regard everything that exists in this world and the Hereafter to be exclusively in His control, and that, since they do so, they will worship Him alone and carry out His commands the way a servant or a slave carries out the commands of his master; and love Him and adore Him above all else.
The Muslims further accept Prophet Muhammad as the true Apostle of Allah and will abide by his guidance as loyal followers and fashion their lives acording to the holy laws laid down by him.
......to be continued.....

SIFAT ORANG MELAYU

Assalamualaikum,
Semasa saya menghadhiri satu persidangan dalam siri Malaysia-Singapore Forum yang diadakan setiap tahun antara Fakulti Arts & Social Science U Malaya dengan fakulti yang sama National University of Singapore, saya kira dalam tahun 2002, saya merasa satu kelainan dalam pendekatan yang digunakan oleh pemerintah Singapura terhadap sumbangan orang Melayu terhadap Singapura. Pemerintah Singapura telah mula mengiktiraf sumbangan orang Melayu kepada Singapura. Dalam satu program, kami telah dibawa makan malam berselerak di atas Bukit Chandu. Di sini kami telah dihidangkan dengan klip filem yang menunjukkan bagaimana Ashkar melayu mempertahankan Singapura daripada serangan tentera Jepun. Yang tidak boleh saya lupakan ialah kenyataan dalam filem tersebut seorang bekas asykar Australia yang sama-sama berjuang dengan Asykar Melayu. Beliau mengatakan the Malays wouldn't move an inch bagi menunjukkan keberanian orang Melayu semasa berjuang.
Orang Melayu juga terkenal dengan sifat lemah lembut, berbudi bahasa, sopan dan santun dan lain-lain lagi. Tetapi kalau anda rajin membaca hikayat-hikayat lama mengenai orang Melayu, terdapat juga sifat-sifat lain dalam diri orang Melayu itu, dan sifat-sifat ini adalah hodoh. Juga dipunyai oleh orang Melayu, dan masih lagi dipunyai dan terpancar dalam diri orang Melayu hingga ke hari ini.
Kalau kita ambil sejarah Singapura tadi, tentu kita telah dengar cerita Singapura di langgar todak. Dalam cerita ini, Hang Nadim, yang menunjukkan ciri-ciri keintelektualan, yang berjaya mengeluarkan orang melayu dari sifat bebal mereka dengan membentengkan betis apabila ikan todak melompat ke pantai Singapura, telah menimbulkan rasa iri hati di kalangan orang Melayu yang hampir dengan istana. Dengan itu satu konspirasi telah dicipta untuk menjatuhkan Hang Nadim, agar dia tersingkir, dan mereka yang berhajat untuk menjawat jawatan penting di istana tidak punyai sebarang pencabar. Maka satu fitnah telah dicipta, dan akhirnya sultan menerima cerita memburukkan Hang Nadim sehingga dia dibunuh.
Percayalah. Cerita Hang Nadim ini akan berulang sepanjang zaman. Saya pernah berbincang dengan Prof. Sanat, bekas pensyarah Akademi Pengajian Melayu, U Malaya di mana beliau menceritakan dalam Misa Melayu, bagaimana orang yang di benci Sultan itu dihalau dari tempat tinggalnya, rumahnya dirobohkan, dan sehingga tanah tempat dimana rumahnya didirikan digali dan dibuang jauh agar sekelumat pun bekas bekas nya tidak kelihatan lagi. Begitulah sifat pendendam orang Melayu. Dalam sejarah Hang Tuah, kita baca cerita tentang sekian kalinya Hang Tuah difitnah, tetapi disebabkan sifat bebal dan taat tak ketahuan arah, Hang Tuah masih lagi menyokong pemerintah, walau apa pun.
Dan ada banyak lagi, dan ada banyak lagi yang anda dan saya sama-sama tahu. Cuma yang ingin saya ketengahkan di sini ialah, kalau dalam hikayat dahulu kala ia berlaku, maka dalam hikayat sedia kala pun ia terus berlaku.

Wednesday, July 2, 2008

BIARKAN NC UNISEL DITAMAT KONTRAK

Assalamualaikum,

Banyak suara yang menyatakan tidak puas hati apabila kerajaan negeri Selngor yang sekarang tidak menyambung kontrak perlantikan nai cancelor Universiti Selangor. Itulah mentaliti yang dipunyai oleh mereka yang berkarat dengan otak keris. Perkara ini sering berlaku dan tidsak perlu dihebohkan sangat.
pertama apa perlu diketahui ialah perlantikan NC UNISEL adalah perlantikan yang mempunyai roh politik. Selagi parti yang melantik itu memegang tampuk pemerintahan, maka selama itulah jawatan pemegangnya selamat. Tetapi sekiranya tampuk pemerintahan berubah, maka sebagai orang yang waras, maka hakikat akan berlaku perubahan dalam hal perlantikan jawatan perlu di terima. Sama seperti BUSH yang jadi presiden Amerika sekarang, apabila ia tidak lagi menjadi presiden, maka segala juak yang dikeliling pinggangnya juga akan kehilangan jawatan. Begitu juga kes KUSZA di Terengganu. Apabila PAS memerintah Terengganu, jawatan tertingginya institusi tersebut ditentukan oleh pimpinan PAS. Apabila PAS tidak lagi memerintah negeri tersebut, maka hak melantik atau melucutkan jawatan beralih pula kepada pemerintah yang baru.
Samalah seperti perlantikan penghulu atau apa jua jawatan yang ada kaitannya dengan the state. Maka sekiranya berlaku perubahan kepada pemerintah the state tersebut, maka mereka yang dilantik oleh team the state sebelum ini mesti bersedia menerima perubahan.
Jadi, kalau NC UNISEL hilang jawatannya, maka terimalah hakikat tersebut. Tulisan Rahman Shaari dalan akhbar Sinar baru-baru ini sepatutnya fokus kepada perkara ini.
Bukan fokus kepada yang tidak releven.

KONONNYA MENCINTAI BAHASA MELAYU

Assalamualaikum,

Sekarang kita terdengar suara-suara yang mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda jalan raya setelah ada permintaan di kalangan ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk menambah bahasa lain seperti Mndarin dan Tamil pada papan tanda di kawasan pendadbiran majlis tersebut. Yang saya maksudkan mempertahankan di sini ialah suara-suara tersebut tidak membenarkan bahasa lain digunakan selain daripada Bahasa Melayu kononnya berdasarkan artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.
Benarkah mereka ini mempertahankan Bahasa Melayu? Mengapakah apabila penggunaan Bahasa Melayu di flush ke dalam jamban dan kemudian digantikan dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan metamatik di sekolah-sekolah di Malaysia mereka tidak bermatian menentangnya. Kenapa pemegang jawatan dalam Persatuan Linguistik Malaysia tidak menghunus keris melawan peraturan tersebut?
Apabila ada menteri yang semasa berucap di tv negara menggunakan bahasa rojak yang digaul antara bahasa Melayu pasar dengan bahasa Inggeris broken, tidak ada suara ini menentang dan memperbetulkannya? Tetapi mengapa apabila ada permintaan yang datangnya dari negeri yang dikuasai oleh pemerintahan politik yang tidak sealiran dengan kerajaan persekutuan maka terdengar suara yang begitu lantang mempertikaikannya? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini memang secara turun temurun bersifat racist.
Kalau anda ke bandar Melaka, jambatan yang menghubungkan Stadhuys dengan Jonker Street dibina di zaman British. Label untuk jambatan ini ditulis dalam Bahasa Melayu tulisan jawi serta Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, selain daripada Bahasa Inggeris. Begitu juga jambatan yang menghubungkan Jalan Bunga Raya dengan Jalan Kilang. Jadi tradisi itu telah sedia ada dalam Masyarakat Malaysia sejak zaman British lagi. Saya baru sahaja balik dari Saudi Arabia. Saya dapati penunjuk jalan di negara tersebut telah mengalami evolusi mengikut keperluan pengguna. Bahasa Inggeris telah digunakan pada papan tanda dan penunjuk jalan. Ini banyak membantu pengguna, kerana tidak semua pengguna tahu membaca tulisan Arab.
Penggunaan pelbagai bahasa pada papan tanda di Malaysia adalah satu perkara yang baik. Bersikap racist itu adalah satu tabiat hodoh.

MENGANIAYA RAKYAT PULAU PINANG

Assalamualaikum,
Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio IKIM yang membincangkan hal pengangkutan awam di Malaysia, saya berasa simpati dengan keluhan seorang penduduk Pulau Pinang. Beliau menyatakan rasa tidak fahamnya dengan tindakan kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek Pulau Pinang Outer Ring yang dijangka mampu mengurangkan masaalah pengangkutan di Pulau tersebut.
Mengikut penduduk tersebut, keadaan trafik di Pulau Pinang adalah sangat teruk, terutamanya di waktu peak hours dan di tempat-tempat tertentu. Rakyat Pulau Pinang memang sangat mengharapkan satu usaha dilakukan untuk mengurangkan atau menyelesaikan masaalah tersebut. Tiba-tiba kerajaan persekutuan membuat pengumuman yang projek tersebut akan dibatalkan. Dan yang menyakitkan hati ialah UMNO Pulau Pinang, yang selama ini melaungkan slogan membela rakyat terus menyokong keputusan kerajaan persekutuan tersebut. Inilah yang dinamakan tripod to the highest degree.
Isu pengangkutan awam adalah satu isu yang masih belum lagi dapat diselesaikan oleh kerajaan persekutuan. Sistem pengangkutan awam kita tidak membangun sepesat pembangunan fizikal negara. Selain daripada itu, unsur kemanusiaan yang tidak profesional juga turut menjadikan sistem pengangkutan awam kita sesuatu yang menakutkan dan tidak menyeronokkan. Banyak aduan yang diterima daripada orang ramai yang mengatakan unsur kemanusiaan itu masih lagi di peringkat primitif. Contoh 1. Seorang pemanggil pagi tadi memberi tahu mengenai pengalamannya menaiki bas di Kuala Lumpur untuk ke pejabat. Apabila beliau menukar bas di Jalan Raja Chulandi Kuala Lumpur, pemandu bas tersebut tidak mahu meneruskan perjalanan kerana penumpang belum cukup ramai. Beliau perlu menunggu jumlah bilangan penumpang yang pada perkiraannya cukup, baharulah perjalanan disambung, sedangkan penumpang tadi perlu sampai ke pajabatnnya pada waktu yang ditetapkan, dan kalau bas tersebut meneruskan perjalanannya sebaik sahaja sampai waktu bergerak, maka tidaklah orang ini tadi lambat sampai ke pejabatnnya.
Contoh 2. Tiga empat tahun yang lepas, terdapat pekhidmatan bas ekspres dari Bandar Baru Bangi ke Kuala Lumpur. Sistem yang digunakan oleh operator bas ekpres ini ialah membuat kutipan bayaran semasa bas mula bergerak. Yang membuat kutipan ialah konduktor dan juga pemandu bas. Salah seorang daripada pekerja isteri saya menaiki bas tersebut. Sebaik sahaja melepasi tol Kajang ke Kuala Lumpur, pemandu bas ini bising kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan pungutan bayaran, mungkin, tiada tukaran untuk mengembalikan lebihan bayaran. Dalam keadaan marah dan menyumpah penumpang, pemandu ini mengambil selekoh yang menghubungkan tol dengan lebuhraya. Dalam keadaan ini, dia tidak cermat sehingga menyebabkan bas tersebut terhumban dan terbalik. Ramai yang cedera. Pekerja ini tadi dirawat sebagai pesakit luar, tetapi seorang pekerja Bangla meraung kerana patah tangan.
Contoh 3. Kita sering mendengar dan membaca berita tentang bas ekspres terlibat dalam kemalangan jalan raya. Biasa berlaku pada waktu malam. Punca utama yang menyebabkan berlaku kemalangan tersebut ialah kerana pemandu tersebut mengantuk. Tetapi kalau ditanya dan disiasat, pelbagai helah akan dikemukakan untuk memberi penjelasan. Mereka tidak sekali-kali akan memberi tahu bahawa mereka mengantuk. Jadi tahap kecergasan para pemandu pengangkutan awam ini amatlah disangsikan, dan di sini sikap profesionalisme dalam sistem pengangkutan awam negara ini masih lagi di peringkat yang primitif.
Pembangunan fizikal sistem pengangkutan awam tidak diiringin dengan pembangunan insaniah. Macam mana masalah nak selesai?

Tuesday, July 1, 2008

MINGGU-MINGGU YANG MENYERONOKKAN

Assalamualaikum,
Rentetan daripada fitnah yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, beberapa nama telah tertonjol dalam media, yang sedikit sebanyak, benar atau tidak benar, telah mempalitkan kredibiliti mereka di mata rakyat. Apatah lagi kalau mereka berjawatan menteri atau pegawai paling tinggi dalam kerajaan. Kesemua permainan politik terkini akan terungkai sedikit demi sedikit dalam minggu-minggu yang akan datang ini.
Ia juga akan membawa beberapa perkembangan politik yang mengejutkan dan menyeronokkan untuk kita sama-sama perhati dan buat analisis. Yang paling penting ialah perjalanan politik negara akan mengambil satu selekoh yang penting, atau kalau tidak selekoh, akan mengambiol satu persimpangan yang penting. Selepas daripada ini politik Malaysia akan berubah kepada keadaan yang tidak pernah kita fikirkan selama ini.
Dari sekarang hingga ke hujung minggu ini adalah masa-masa yang anda ingin mengikuti setiap perkembangan yang berlaku. Sama-sama kita nantikan.

Monday, June 30, 2008

THE FINAL PUNCH

Assalamualaikum

Dalam politik Malaysia, saya mempunyai teori sendiri yang saya namakan teori one-two punch. Apa yang dimaksudkan oleh teori saya ini ialah untuk menjatuhkan kerajaan BN dan menggantikannya dengan kerajaan lain, kita tidak akan mampu menjatuhkannya dengan sekali tumbuk sahaja, seperti dalam sukan tinju. Dalam sukan ini, kalau lawan itu hendak dijatuhkan, maka sekiranya satu tumbukan padu dapat dilepaskan dan tepat mengenai sasaran, lawan tersebut boleh jatuh. Tetapi teori saya ini mengatakan, kalau kita hendak tumbangkan BN, ia tidak boleh dilakukan dengan satu punch sahaja. Ia mesti dilakukan dengan tumbukan kombinasi one-two, bermaksud tumbukan pertama mengegar dan memamaikan lawan, dan diikuti dengan killer punch yang menumbangkan terus lawan.
Selama ini, BN amat sukar untuk digugat. Tetapi dalam pilihan raya yang lepas, BN telah pun kena tumbukan pertama dari kombinasi tumbukan tersebut. Apabila BN hilang 2/3 majoriti, itu adalah petanda yang ia telah terkena satu daripada dua tumbukan tersebut. Apabila seorang peninju terkena tumbukan seperti ini biasanya ia akan terhuyung hayang, apa yang diperlukan sekarang ialah melepaskan satu tumbukan padu di kepala untuk menamatkan penentangannya.
Sekarang BN telah membuka pertahanannya untuk membolehkan tumbukan padu tersebut dilepaskan, atau boleh juga dikatakan bahawa BN telah buat satu kesilapan yang membolehkan satu tumbukan padu dilepaskan kepadanya sebagai satu killer punch. Kesilapan tersebut ialah dengan fitnah terancang dengan mengatakan Anwar Ibrahim meliwat seseorang. Inilah dia kesilapan yang dilakukan oleh BN. Dan Anwar berjaya memesongkan perancangan jahat ini dengan meminta perlindungan di kedutaan Turki. Kesannya ialah Anwar mendapat perhatian awam dan mendapat simpati serta belas kasihan awam. Belas kasihan inilah yang akan menjadi killer punch untuk menjatuhkan BN.
Sesuatu yang mungkin tidak dibaca oleh para strategis UMNO/BN ialah betapa mendalam dan meluasnya karisma Anwar. Apabila Anwar mengajak rakyat Malaysia bersatu padu, rakyat mendengar dan menerima saranan beliau, dan ini akhirnya diterjemah menjadi undi dalam pilihan raya. Dengan seruan ini, orang bukan Islam, samada Cina atau India atau lainya, tidak keberatan memberikan undi mereka kepada PAS, dan orang Islam, termasuk orang PAS tidak keberatan memberi undi mereka kepada calon bukan Islam. Ini sudah sekian lama digerakkan oleh PAS, tetapi tidak mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Apabila Tuan Guru Nik Aziz, atau Tuan Guru Haji Hadi menyeru orang bukan Islam untuk memberikan undi mereka kepada PAS, tidak ramai yang mahu menerima atau tertarik dengan seruan tersebut, walaupun kedua pemimpin ini mempunyai kedudukan yang cukup tinggi dalam pandangan politik di Malaysia. Tetapi apabila Anwar Ibrahim memacu gerakan politik di Malaysia, ramai orang dari setiap lapisan masyarakat dan setiap kaum percaya dan menerima ajakan beliau. Penduduk Malaysia mempunyai trust kepada beliau. Trust atau kepercayaan inilah yang menjadi penyebab beralihnya undi sebahagian besar pengundi Malaysia kepada Pakatan Rakyat. Dan peralihan ini belum selesai, malah semakin menambah momentum yang menggandakan kekuatannya.
Tiba-tiba UMNO/BN membuat satu kesilapan besar dengan cuba mengimplikasikan Anwar dengan satu perlakuan tidak bermoral. Tujuan asalnya ialah untuk menjatuhkan Anwar, tetapi mereka tergelincir dan pantulan kegelinciran tersebut menghentam muka mereka sendiri. Mereka yang memberi peluang kepada killer punch itu dilepaskan. Dan sememang, ia akan dilepaskan, dan kali ini UMNO/BN akan jatuh tersungkur.
Sehebat mana pun Mike Tyson, akhirnya dia tersembam mencium kanvas gelanggang. Sekuat mana pun UMNO/BN, akhirnya ia akan tersembam di persada politik Malaysia.

ANWAR DITUDUH MELIWAT LAGI

Assalamualaikum,

Perkembangan politik negara sekarang sedang mengambil satu selekoh yang penting, dengan wujudnya satu tuduhan baru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertuduhan ini adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan, tetapi akan memberi kesan yang penting. Ini adalah sesuatu yang penting utuk kita sama-sama perhatikan perkembagan seterusnya.
Apa yang tidak memeranjatkan daripada episod ini ialah skripnya seolah-olah telah disediakan, dan tanpa perlu membuat kajian yang mendalam pun, kita telah boleh baca siapakah pelakon-pelakon dalam permainanan wayang ini. Jalan ceritanya pun sangat mudah dibaca dan kita boleh mengagak apakah langka-langkah seterusnya yang akan diambil oleh anak-anak wayang dalam permianan ini.
Akhir permaianan wayang ini tidak sama dengan permainanan wayang episod pertama apabila DSAI dituduh meliwat, sebabnya ialah keris yang digunakan dalam permainan ini tumpul, dan pahlawan yang digunakan dalam permaianan ini tidak mencapai maqam panglima berantai.
Diakhir episod ini nanti DSAI akan tampil lebih kuat dan lebih berpengaruh, sebabnya satu unsur penting yang tiada dalam episod ini. Shrewdness di pihak menuduh.