Saturday, December 13, 2008

KALAU TEMPAT LAIN PULA RUNTUH?

Assalamualaikum,





Dr. Benjamin George, seorang yang terselamat dalam kejadian Highland Towers berkata: there will be a stop-work order for two months but in the third month, the tractors will start work again. I have survived long enough to all this nonsense repeated.


Apa yang dikeluhkan oleh Dr. George ini mungkin ada betulnya, cuma kita lihat sahaja dulu apa yang akan berlaku seterusnya.



Sementara itu saya mengalu alukan sebarang tindakan proaktif yang boleh membantu mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang melibatkan tanah runtuh, samada kita guna pakai akta cerun yang telah berkuat kuasa di Hong Kong, atau kita hentikan kerja-kerja pembangunan di kawasan cerun yang curam.




Pengklasan cerun:


Klas 1 : kurang daripada 15 darjah
Klas II : antara 15 hingga 25 darjah
Klas III:antara 25 hingga 35 darjah
Klas IV: melebihi 35 darjah



Wilayah Persekutuan telah arah henti pembangunan di cerun klas III. Diharap itu membantu.



Tetapi cerun antara 4 hingga 6 darjah sudah dikira beralun, dan kalau melebihi 6 darjah, itu telah ditakrif sebagai curam.


Kalau tempat tempat macam ni pula yang runtuh?

UPDATE (3) PRK KT: UMNO TIADA MODAL BESAR

Assalamualaikum,



Bila BPR mengatakan yang mereka telah hampir selesai membuat penyiasatan terhadap isu rasuah dalam pemilihan UMNO, rata rata rakyat sudah tahu apakah kesudahan penyiasatan tersebut. Ia sama dengan tragedi Bukit Antarabangsa: apabila habuk yang berterbangan telah selesai hinggap di permukaan bumi, maka, teruskan agenda . Maksudnya, rakyat tidak mengharapkan mana mana nama besar yang telah masyhur menabur wang akan dihadapakan ke pengadilan.
UMNO tidak akan ada modal besar yang nak diketengahkan dalam PRK nanti. Sehabis habis besar ialah isu orang luar bertanding di Terengganu sekiranya Mat Sabu diangkat menjadi calon PAS, selebih daripada itu, mereka terpaksa memainkan isu perkauman.
Isu perkauman yang akan dimainkan oleh UMNO ialah isu berkulat ketuanan Melayu. Sekiranya UMNO beraani memainkan isu ini, maka, ia akan menjadi seperti PRK Permatang Pauh, cuma pada skala yang lebih besar. Kalau PRK permatang Pauh Ahmad Ismail yang terjelepuk dalam keranda mencetus isu perkauman, maka kalau UMNO beranbi memainkan isu ini, maka seluruh UMNO itu akan masuk ke dalam keranda yang sama.
Ini adalah kerana, di kalangan pengundi Melayu, keadaan adalah lebih kurang hampir sama kuat. Yang memberi lebihan nanti ialah keberkesanan jentera untuk menarik hati rakyat, dan UMNO Terengganu tersangat yakin, RM 400 juta wang royalti akan menjadi tonik mujarab untuk mewajakan jentera mereka. Jentera PAS nanti akan berusaha mematahkan usaha menipu dalam proses pilihan raya.
yang menjadi medan pertarungan yang paling sengit ialah mendapatkan undi Cina. Kalau isu ketuanan melayu dimainkan, walaupun di kalangan pengundi melayu, pengundi Cina akan menolak BN secara total. Sekiranya Mukhriz turun berkempen membantu jentera UMNO, ia akan memporak perandakan lagi peluang UMNO di kalangan pengundi Cina. Sekiranya ada big gun UMNO yang cuba berkempen di kalangan pengundi Cina, mereka semuanya akan membawa persepsi rasuah. Tidak boleh dipercayai.
Saya jangka pengundi Cina akan lebih yakin dengan Ong Tee Keat, Chew Mei Fun dan Koh Tsu Koon. Ini adalah personaliti yang mereka percaya dan mereka yakini. Kalau Chua Soi Lek berkempen, maka beberapa undi akan lari daripada kantung UMNO, kerana walaupun beliau kelihatan membela orang Cina dalam isu ketuanan melayu, tetapi imej pelakon p---o tetap kekal di minda pengundi.
tetapi PAS dan PR akan dibantu oleh big gun daripada kalangan orang Cina yang dihormati dan diyakini seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tetresa Kok dan Tian Chua. Ini adalah ahli politik yang buruk pada pandangan UMNO tetapi diterima oleh rakyat jelata. Apatah lagi Teresa Kok dilihat sebagai ahli politik yang dianiaya oleh UMNO, sehingga memerlukan beliau menyaman pihak pihak yang berkenaan.
Oleh itu, laluan UMNO adalah sukar di kalangan pengundi Cina. Sedangkan pengundi Cinalah yang menentukan siapakah yang akan menang dalam PRK KT.
Kan dah nampak berbalam UMNO kalah!

Friday, December 12, 2008

UPDATE (2) PRK KT

Assalamualaikum

Pada penilaian saya calon untuk PRK KT tinggal dua orang sahaja untuk bertarung.

1. Mustapaha Ali- out, takkan pj nak promosi diri sendiri. Lagi pun recently dah beberapa kali fumble

2. Wan Mutalib Embong - out, krisma tiada untuk meraih kemenangan

3. Khazani -out, langsung tak layak

yang tinggal

(a) Mat Sabu (b) Dr. Syed Azman

Pendapat anda?

CAMERON HIGHLAND SEMAKIN SEJUK?

Assalamualaikum,

Malam tadi (11-12-08) saya rasa suhu di Cameron Highlands adalah tersejuk yang pernah saya rasa. Mungkin dalam low teens oC. Sebab hujan ke, atau sebab climate change ke, tak tahu lah. Tetapi kira kira 15 tahun yang lepas Sham Sani kesan suhu di sini telah sedikit meningkat, mungkin daripada asal sekitar 16 oC kepada 18 oC. Tetapi dari March 2008 sehingga sekarang Dis. 2008, memang terasa ada perbezaan kepada lebih sejuk.

Tanah runtuh memang banyak berlaku di Cameron Highlands, asalkan tidak melibatkan kehilangan nyawa, orang boleh cover sikit. pembangunan di lereng bukit terus menerus dilakukan dengan giat. Maklumlah, fulus be!



Kau agak agak siapakah raja di Cameron Highlands?



Kawan tu kot?


KEPADA SELURUH PELAJAR IPT; KAU DIHINA

Assalamualaikum,

Kalau ada lagi pelajar IPT yang dagunya tersangkut pada UMNO memanglah mereka ni-------. Mengapa tidak, dengan komen yang dihamburkan oleh MP Pasir Salak yang terkenal dengan deragoritory remarknya yang menghina dan memperlekeh dan mempersenda dan memperbudak dan memperbodoh dan memperdungu dan memperbaghal dan memperbahalul para pelajar IPT dengan mengatakan mereka tidak rajin membaca dan macam macam persendaan lain lagi, bagaimana kah para pelajar seluruh Malaysia masih oleh lagi terpesona dengan UMNO?
Bacalah komen beliau semasa membahaskan pindaan AUKU.
Wahai para pelajar, samada anda di IPT, Maktab, sekolah atau apa jua tahap pendidikan anda, anda adalah orang yang bijak.
Orang yang bijak akan membuat pilihan yang betul dan tepat.
Orang yang bijak menyisihkan UMNO dan kerabatnya dalam BN
IQ anda jauh lebih tinggi daripada Pasir Salak.
Biarkan Pasir Salak terus menyalak.

Thursday, December 11, 2008

MACHIAVELLI TEGAR

Assalamulaikum,

Semasa Mahathir Muhammad mengatakan bahawa bayaran wang petrolium kepada Terengganu bukan royalti tetapi wang ehsan, seluruh kapal UMNO dan BN mengatakan ia betul dan sungguh, tidak disanggah lagi dan terus dicarikan dalil dan nas bagi membenarkan tindakan Mahathir tersebut.
Walau pun mereka tahu, yang pada ketika itu Mahathir melanggar semua perjanjian dan semua undang undang dan semua etika, tetapi kerana itu nafas UMNO, ia tetap dipertahankan.
Sekarang Najib akan menjadi seorang santa klaus segera untuk menebarkan RM 400 juta kepada Terengganu, dan semua orang UMNO akan mengatakan memang betul, itu adalah wang royalti.
Bila Mahathir memaksakan pindaan perlembagaan yang menyentuh kekebalan institusi raja, semua orang UMNO sokong. Bila isu ketuanan Melayu memakan diri sendiri, maka institusi raja dilihat sebagai penyelamat mereka. Maka diusahakan pula supaya kekebalan itu dikembalikan.
Dan kalau anda hendak kaji satu persatu, terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh UMNO yang sebenarnya merugi, merugi dan merugikan orang Melayu.
Tetapi ada sebilangan kecil orang Melayu yang memang buta dan tuli, sebab itu mereka sokong secara membuta tuli seperti mereka yang memapangkan KEKALKAN ISA di dada mereka.
Ingin diperingatkan kepada orang UMNO, yang salah itu tetap salah, walau bagaimana disolek sekali pun. Mengapa orang yang seperti ini tidak beriman dengan apa yang diajar oleh Muhammad s.a.w.
Kepada kamu beriman dengan machiavelli?

SEKARANG DAH ROYALTI PULAK DAH

Assalamualaikum,

Terengganu akan dapat RM 400 juta sebagai royalti. Hari ni ke, esok dapat lah . Katanya Najib yang nak sampaikan.
Dulu sibuk kata wang ehsan. Sekarang royalti pula.
Cakap bersimpang tentulah datangnya dari orang yang lidahnya bercabang.
Apa n---ng yang lidah bercabang?
Orang Ganu 4 sen dapat ke?

Wednesday, December 10, 2008

P36. ARAHAN 1

Assalamualaikum,

Kepada semua orang PAS.

Korang semua pergi ke P36.

Buat ground truthing.

Pastu tulis dalam blog masing masing apa penilaian korang.

PAS boleh menang ke tidak.

Sekarang juga buat!

IKLIM. ORANG MALAYSIA, HORMATLAH DIA SIKIT!

Assalamualaikum,
Iklim bukan kumpulan rock. Ia adalah keadaan atmosfera dalam masa yang panjang. Iklim negara kita ialah tropika lembab. Hujan lebat. >2000 mm setahun. Suhu panas. 23-33 0C. Aktiviti kimia sangat aktif. Menyebabkan proses luluhawa sangat aktif.

Luluhawa ni dia hancurkan batu macam gambar atas tu, jadi macam ni.

Bila dah jadi macam ni, namanya regolith. Tanih pun boleh juga lah.


Tapi regolith atau tanih ni tidak kukuh duduknya. Sebab dia dah peroi. Kalau kat lereng bukit lagi le tak kukuh. Jadi Allah sediakan pokok untuk pegang dia supaya jangan gerak. Pernah tengok pokok? kalau nak tahu, macam ni: panggil tumbuhan pun juga boleh lah.

Kat lereng bukit, pokok tu cengkam regolit tu. tak de le dia runtuh. Kalau dia runtuh juga, walaupun ada pokok, berlaku, tapi jarang jarang. Pokok juga tahan air hujan supaya lambat sampai ke tanih, dan dalam kuantiti yang sedikit. Dia halang banjir, dia halang tanah runtuh. Bila kau gondolkan bukit daripada tumbuhan, proses asli kau dah kacau.

Iklim akan terus bertindak. Ada masa hujan lebat, ada masa hujan renyai. Bila kombinasi faktor cukup, lereng yang gondol boleh terkucil.
Kau rasa, kalau iklim marah, kondo macam ni berapa tahun lagi boleh bertahan?

















DI BUKIT, RUNTUH; DI LEMBAH, BANJIR

Assalamualaikum,

begitulah negara ku yang diperintah BN.

Buat rumah di atas bukit. Bukit runtuh.
Buat rumah di lembah. Banjir seluruh.

Ada rumah pangsa. Lift rosak.
Ada rumah teres. Sampah peghak. Bising pekak.

Yang bijak si almarhum Datuk Z
Istana siap. langssung zzzzzzzzzzzz

Tuesday, December 9, 2008

17 JAN. 2009. APA AGAKNYA STRATEGI PAS

Assalamualaikum,



Sebelum memulakan tulisan saya awal awal lagi menyusun jari kerana tulisan ini bukan untuk menyinggung mana mana pihak, terutamanya rakyat Terengganu dan pengundi Kuala Terngganu. Apa yang paling jelas ialah UMNO/BN telah jelas akan menurunkan anak tempatan, atau orang Tranung, tetapi PAS belum pasti lagi menurunkan ayam sabungnya bernama Mat Sabu, bukan orang Tranung.



Faktor samada Mat Sabu akan menjadi calon atau tidak akan membentuk taktik dan strategi kedua dua pihak. Seperti yang telah saya sebut dalam beberapa posting yang lepas, sekiranya Mat Sabu diangkat menjadi calon, maka strategi UMNO/BN menjadi sedikit mudah kerana sebab sebab yang telah disebutkan sebelum ini. Perbincangan selanjutnya akan disentuh dalam posting akan datang.



Saya rasa pada peringkat ini, ada dua perkara penting yang perlu ditekankan oleh para perancang strategi, iaitu, pendekatan yang paling baik untuk mempengaruhi pengundi, dan mengenal pasti serta mempengaruhi kelumpuk penentu.



Pendekatan yang paling sesuai nanti tentulah akan ditentukan oleh target group itu sendiri, dan di sini para perancang strategi perlu melakukan ground truthing dan mengarahkan persilatan sesuai dengan fakta daripada ground truthing tersebut. Saya nampak ada tiga faktor penting yang mesti diperolehi daripada ground truthing tersebut:


1. Ganu centric. Ini adalah istilah saya untuk menunjukkan kecederungan pengundi kepada faktor kekitaan. Sekiranya sesuatu kawasan itu mempunyai perasaan ganu centric yang tinggi, maka faktor calon tempatan dan calon impot akan memainkan peranan. Pengundi yang mempunyai ganu centric ini akan bersifat samada boleh dipusingkan atau kekal dengan pilihannya. Untuk memusingkan perasaan ganu centric ini akan memerlukan kemahiran mantiq yang tinggi, tetapi untuk mengekalkan perasaan ini cukup dengan mengapi api kan sahja. Saya percaya jentera pilihanraya kedua kua pihak dapat mengenali kawasan yang seperti ini.



2. Level of sophiscation. Walaupun parlimen ini adalah parlimen Kuala Terengganu yang mengandungi pengundi bandar, tetapi level of sophiscation secara keseluruhan adalah tidak sama dengan tempat tempat lain yang jauh lebih maju. Oleh itu, penceramah dan perayu undi yang datang dari kawasan yang lebih tinggi level of sophiscationnya perlu melaraskan taktik mereka agar cocok dengan kehendak tempatan. Malah mungkin ada sebahagian daripada pengundi langsung tidak bersifat urban, tetapi sebalik rural, dan dengan itu taktik akan berubaah sma sekali. Jadi penceramah penceramah yang telah berbiasa dengan isu besar, akan mendapati diri mereka mesti mengubah nada supaya sesuai dengan kehendak tempatan.



3. Sway tendency. Samada pengundi mudah digula gula dengan pelbagai janji atau gertakan juga mesti dikenal pasti oleh jentera pilihan raya dan segara mencari ubat untuk memperbaiki keadaan, atau melawan apa yang telah sedia ada. Masalahnya sway tendency ini bijak disorokkan , dan dengan itu seseorang boleh tertipu dengan mempercayai bahawa pengundi tersebut telah condong kapada pihaknya, tetapi apabila sampai masa membuang undi, pengundi akan mengundi sebaliknya.


Sekiranya ketiga tiga faktor ini dapat dikenalpasti, maka strategi yang sesuai mudah dirancang.



Tetapi yang paling penting saya rasa ialah perana yang dimainkan oleh kumpulan pengundi penentu. Kumpulan tersebut ialah pengundi Cina dalam parlimen ini. mengikut statistik terkini, terdapat 14,441 orang pengundi Cina, dan angka ini mungkin berubah apabila pihak SPR memuktamadkan senarai pengundi nanti.



Selama ini mungkin pengundi Cina terbahagi kepada kumpulan yang tegar MCA dan yang bukan MCA. Persatuan persatuan Cina memainkan peranan penting untuk mencorakkan pemikiran pengundi Cina. Mengikut Emile Kok-Kheng Yeoh, dari Institut pengajian Cina, U. Malaya, terdapat 21 persatuan yang berasaskan kepada clan atau tempat asal datang, 10 persatuan perdagangan dan 4 alumni di Terengganu. Persatuan persatuan inilah yang perlu didekati untuk diberi fahaman kepada mereka tentang calon mana yang perlu diberi undi.


MCA memang sejak azali lagi telah menakut nakutkan pengundi Cina tentang PAS:

karikatur diatas diambil dari The Guardian, satu mouth piece MCA Feb. 2004. Kata akhbar tersebut: under PAS, non-Muslim will be totally denied their roles not only in the Cabinet but also in the judiciary, legislative and security forces. in the decision-making process of the PAS-led government, non Muslims have virtually no say at all, for they can only be led and ruled by PAS leaders in a theocratic state. Military services will be strictly confined to PAS supporters or believers and non Muslims are mandatory to pay 'jizyah'. The role of women in PAS government will be strictly confined to household keeping as well as nurturing and moulding the next generation. Women have no place in government and the Cabinet. Free enterprise will be severely curbed and PAS also aims to enhance the usage of the Arabic language. No temples or churches will be allowed to be built in Muslim areas.
Perlu ingat, masih terdapat ramai lagi pengundi Cina yang patuh dengan dakyah MCA ini, walau pun keadaan sekarang telah berubah dengan isu ketuanan Melayu yang cuba dihidupkan semula oleh UMNO. Oleh itu, dengan mengekalkan prestasi pengundi Melayu seperti pilihanraya umum, dan memenangi undi Cina dalam piliharaya kecil ini, maka PAS boleh menang.
Kita lihat bagaimana pasang dan surut bermain sehingga hari penamaan calon nanti.

KHAZANI?

Assalamualaikum,


Pemuda PAS Terenganu mencadangkan Dr.Khazani?

Monday, December 8, 2008

SELAMAT MENYAMBUT EID UL ADHA

Assalamualaikum,


SELAMAT MENYAMBUT EID UL ADHA



10 Zulhijjah 1420
8 Disember 2008

Sunday, December 7, 2008

HARI WUKUF 2003

Assalamualailum,

Hari ini adalah hari wukuf. Esok 8/12/08 kita akan menyambut Eid ul Adha.
Teringat saya kejadian hari wukuf pada 2003. Pada hari tersebut UMNO dengan segala paraphenalia the state telah merobohkan Surau Jublee Perak di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Saya masih ingat, peguam kami, saudara Khairudin Osman memperingatkan semua mereka yang merobohkan Surau tersebut, beliau berkata:
Pada hari ini, sedang para hujjaj wukuf di Padang Arafah, kamu meruntuhkan rumah Allah.
Selepas daripada itu kami saksikan seorang demi seorang daripada yang bertanggung jawab meruntuhkan surau tersebut dan surau surau serta masjid lain, dihina Allah.

BAHAS HAL KETUANAN LAGI

Assalamualaikum,


Perbahasan hal ketuanan ini masih belum selesai lagi. Sekurang kurangnya terdapat tiga bentuk ketuanan yang diketengahkan dan diperbahaskan. Setiap satu ketuanan itu saya sertakan advocatenya. Nama yang saya pilih bagi setiap advocate ini adalah pendapat saya sendiri. Anda boleh tukar kalau anda mahu.
Ketuanan Melayu: Zainal Kling. Definisi: Orang Melayu adalah orang yang pertama sampai di bumi (Malaya?Malaysia?) ini. Oleh itu orang Melayu memegang hak sebagai empunya kepada negara ini.
Ketuanan Rakyat. Hishamudin Rais. Definisi: Meritokrasi adalah asas kepada konsep ini. Siapa yang tertinggi meritokrasinya, dia lah tuan.
Ketuanan Islam. Nasarudin Tantawi. Definisi: Islam menjadi asas kepada pengangkatan sebagai tuan.
Ketuanan Melayu
1. Mengapa baru sekarang hebat dibincangkan hal ketuanan ini? Sebabnya ialah UMNO telah kekurangan kuasa politik kerana telah kalah dengan teruk dalam pilihanraya 2008.
2. Apabila UMNO telah kehilangan sebahagian daripada kuasa ini, maka timbul kerisauan pada mereka di suatu hari nanti, mereka akan kehilangan kuasa itu secara total. Ini adalah satu malapetaka kepada UMNO.
3. Pemikiran dalam UMNO ialah UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Oleh itu kalau UMNO lingkup, maka orang Melayu juga akan turut lingkup.
4. Maka, sesuatu cara mesti dilakukan supaya rot ini, slide ini dibrek dan gelongsornya itu dapat dihentikan.
5. Maka formula mereka ialah tiupkan semangat nasionalisme semula
6. Tetapi semangat nasionalisme yang ingin mereka tiupkan tidak sama dengan nasionalisme yang ditiupkan semasa menuntut kemerdekaan. Semasa menuntut kemerdekaan, semangat nasionalisme pada ketika itu ialah untuk mewujudkan satu nation, yang di dalam nation tersebut terdapat warganegara terdiri daripada berbilang kaum.
7. Semangat nasionalisme yang ditiupkan oleh UMNO sekarang ialah nasionalisme yang berwajah buruk, berperangai buruk dan telah ada rekod buruk. Ini bukan nasionalisme biasa, ia adalah satu jelmaan sifat kekitaan yang sangat agresif. Ia sama setanding dengan zionisme, nazisme, fascisme, apartheid, nasionalisme serb dan yang seganas dengannya.
8. Saya namakan ini satu precipitate yang membahayakan daripada nasionalisme.
9. Oleh itu sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh parti lawan menjadi helah kepada puak ketuanan Melayu ini untuk menuduh bahawa mereka si parti lawan ini ,mencabar ketuanan Melayu, mencabar artikel 153 perlembagaan persekutuan, mencabar kontrak sosial.
10. Sedangkan kontrak sosial itu sendiri telah tergumpal dalam artikel 153 dan semua warganegara Malaysia setuju dengan artikel 153
11. Oleh itu apabila nasionalis ultra superlatif tegar dalam UMNO menimbulkan isu ini, ia dengan sendirinya menimbulkan ketegangan kaum. Tetapi media menyalahkan orang bukan Melayu yang menimbulkan ketegangan.
12. Jadi tidak hairan kalau Chua Soi Lek dipanggil oleh pihak polis kerana membuat kenyataan menentang ketuanan Melayu ini. Begitu juga Chew Mei Fun, Koh Tsu Koon , M. Keyveas, walaupun tidak dipanggil polis, tetapi pada mata nasionalis ultra superlatif tegar, orang seperti ini adalah berdosa kerana derhaka kepada Ketuanan Melayu.
13. Sekiranya parti lawan UMNO menolak ketuanan Melayu, maka ia mudah difahami. Tetapi apabila parti parti komponen juga turut mempersoalkan isu ini, maka UMNO rasa terhimpit. Maka lorong yang terpaksa mereka masuki ialah mengheret institusi kesultanan dalam kegawatan ini.
14. Konsep ini menimbulkan kecurigaan kepada non Melayu, kerana mereka terasa kalau orang Melayu tuan, mereka adalah hamba.
15. Ada juga pendapat dangkal yang mengaitkan ketuanan Melayu ini dengan pemilikan harta. Oleh kerana pemilikan harta orang Melayu sedikit dan orang Melayu mungkin boleh merempat di negara sendiri, maka orang Melayu mestilah ditabalkan sebagai tuan. Jangan banyak soal lagi.
16. Tidak semua orang Melayu menerima konsep ketuanan Melayu ini. Sebabnya ialah UMNO bukan MELAYU dan MELAYU bukan UMNO. Pada ramai orang Melayu yang bukan ahli dan penyokong UMNO, parti itu dianggap sangat jijik, terutamanya apabila pemimpin UMNO sendiri mengakui UMNO mengamalkan rasuah.
17. Selain daripada itu, ramai orang Melayu melihat UMNO telah merompak harta Malaysia. Mana dia Bank Bumiputra Malaysia Berhad? Siapa yang rompak bank tersebut sehingga bankrap?
18. Malaysia kaya dengan hasil balak. Banyak kawasan balak sekarang telah gondol. Siapa yang rompak?
19. Negeri Terengganu kaya dengan minyak. Rakyat Terengganu miskin. Siapa yang rompak?
20. Dan banyak lagi.
21. Oleh itu, bukan sahaja non Melayu curiga dengan konsep ketuanan Melayu, tetapi orang Melayu juga curiga. Kerana ia adalah satu smoke screen untuk ketuanan UMNO.
Ketuanan Rakyat
22. Konsep ini berdasarkan semata mata kepada meritokrasi. Siapa yang score markah paling tinggi, dialah yang terbaik, maka dialah yang diangkat.
23.Soal akhlak, berpegang kepada ugama tidak penting di sini. Sebab itulah, telah timbul satu keraguan terhadap pelajar pelajar dari sebuah negara Afrika yang belajar di sebuah IPT di Malaysia.
24. Pelajar pelajar ini mempunyai gred yang baik untuk diterima masuk ke IPT Malaysia tersebut. Tetapi kalau gred mereka baik, kenapa mereka tidak belajar di Oxford atau Cambridge?
25. Bila dicungkil ternyata gred atau sijil mereka adalah tipu. Jadi meritokrasi boleh disolek, sekiranya tidak disertai dengan taqwa.
26. Jadi ketuanan rakyat per se tidak mampu menyelesai masalah. Apatah lagi sosialisme telah runtuh dalam zaman glasnost dan perestroika, janganlah kerana kapitalisme telah runtuh sekarang, maka apa yang dicanang oleh sosialisme itu terbukti betul.
27. Kedua duanya adalah lintah, cuma darah yang dihisap dari bahagian badan yang berlainan
Ketuanan Islam
28. Adalah satu konsep yang mudah ditutur tetapi sangat sukar dilaksana. Sebabnya ialah kerosakan akhlak dan intelektual telah begitu menebal dan membarah sehingga sebarang cubaan untuk mengenengahkan idea ini akan menerima tentangan bukan sahaja daripada non Muslim, tetapi orang Islam juga.
29. Oleh itu, sebarang cadangan itu mengenengahkan konsep ketuanan Islam mestilah terlebih dahulu disertai dengan perkara perkara ini:
30. Kekuasaan politik.
31. Fiqh baru yang menghurai konsep ini secara terkini dengan mengambil kira waqi' dan suasana Malaysia hari ini dan 50 tahun akan datang
31. Retorik. Pemilihan kata kata yang tepat, lembut dan menimbulkan impak penolakan paling minima. Perkataan ketuanan itu sendiri secara semula jadi boleh menimbulkan rasa kurang selesa sebahagian masyarakat Malaysia
32. Accomodation. Sekiranya diambil kira dalam memformulasikan fiqh baru dalam (31), maka pandangan pendapat semua kelompok masyarakat diambil kira, kawan atau pun lawan.
33. Timing. Saya rasa timing untuk ketuanan Islam bukan hari ini.

TANAH RUNTUH KALI YANG KESEKIANNYA

Assalamualaikum,


Kejadian tanah runtuh yang melanda Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor sekitar jam 4:00 pagi 6-12-08 merupakan salah satu siri kejadian tanah runtuh di negara ini. Ia bukan pertama dania bukan terakhir. Semasa menghadhiri satu conference antarabangsa pada 3/12/08, saya ditanya oleh seorang wartawan bagaimana nak menghalang tanah runtuh dengan beliau merujuk kepada kejadian yang baru berlaku di Ulu Yam. Saya katakan tanah runtuk tidak boleh dihalang daripada berlaku. Dia heran.
Mengapa berlaku tanah runtuh? Sebabnya ialah bahan dicerun, samada tanih, regolit atau batu terkucil daripada kedudukannya disebabkan samada oleh beratnya bertambah, atau terdapat pengairan dalam tanih yang menjadikannya mudah terkucil, dan ada beberapa faktor yang sedikit teknikal untuk disebutkan, seperti angle of repose, angle of dip, shear stress dan shear strength.
Faktor paling penting yang ramai orang tidak respect ialah faktor iklim. Iklim negara kita ialah iklim tropika lembab. Iklim ini memberikan hujan yang lebat sepanjang tahun, sehingga 2032 mm, dan suhu yang tinggi. Bila suhu tinggi, antara 23-33 0C, maka aktiviti kimia akan giat, dan ini akan menggiatkan proses luluhawa. Proses ini menghancurkan batuan daripada keadaan pejal kepada keadaan terurai dikenali sebagai regolit. Regolit ini keadaan tidak stabil, maksudnya ia mudah bergerak.
Luluhawa ini bertindak dengan giat dalam alam sekitar kita, dan ia mereputkan batuan kepada regolit sehingga sampai 90m ke bawah permukaan bumi. Regolit yang berada di kawasan berbukit yang mempunyai cerun antara 4-6 darjah, adalah sudah mula menunjukkan keadaan mudah terkucil, apatah lagi kalau cerun lebih curam, katakan 20 o. Secara asli, kedudukan regolit ini pada permukaan bukit dan tanah dicengkam oleh akar tumbuhan. Jadi mereka saling memerlukan, tumbuhan perlu regolit untuk bertapak, dan regolit perlu akar tumbuhan untuk mencengkamnya.
Sekiranya ada tumbuhan dan pokok pokok, proses proses hidrologi pula beroperasi sehingga air hujan masuk ke dalam tanih secara beransur dan pada kuantiti yang telah dimoderasikan oleh pokok pokok. Dengan itu, cerun menjadi stabil dan kukuh.
Tetapi manusia dengan sikap rakus dan pelahap mereka menggondolkan kawasan yang hendak dibangunkan. Langsung tidak ada tumbuhan. Disertai pula dengan sikap eksyen serta ego melangit inginkan citarasa mereka dipenuhi dengan sengaja memilih tebing bukit untuk dijadikan tempat kediaman. Apabila tebing bukit ditarah serta diteres, dan apabila tumbuhan tidak lagi memainkan peranan asal mereka, maka kawasan yang seperti ini terdedah sepenuhnya kepada amukan iklim tropika lembab.
Apabila hujan lebat, kekuatan hentakan butir butir hujan akan menyebabkan kawasan yang terdedah menjadi terhakis dengan kuat. Tumbuhan yang sedikit, atau langsung tiada tumbuhan akan menyebabkan air hujan yang sampai di kawasan tersebut menghasilkan kuantiti yang terlalu banyak untuk ditampung oleh kawasan berkenaan. Ini akan menyebabkan regolit itu terlalu bengkak dengan air dan bahagian bawah permukaan mudah menjadi licin atau slippery. Seliranya kawasan ini bercerun curam, ia akan memberi kesan kepada angle of repose dan ini akan mempengaruhi kemungkinan regolit terkucil. Kalau nasib lagi tidak baik, angle of dip pula menjurus ke arah mudah menggelongsor, maka ini biasanya akan memudahkan lagi berlaku keterkucilan.
Hujan lebat tidak semestinya menyebabkan tanah runtuh, tetapi hujan lebat adalah satu faktor penting. Air hujan yang terinfiltrasi keadalam regolit akan menyebabkan regolit bertambah berat. Sekiranya shear stress dan shear strength nya tidak dilebihi, mungkin sesebuah cerun itu boleh bertahan, tetapi biasanya kalau hujan lebat secara berterusan, maka kombinasi faktor faktor seperti berat butir tanih bertambah, bahagian bawah permukaan menjadi slippery, cerun yang curam, keadaan dipping dan mungkin ada faktor faktor lain akan bergabung untuk menghasilkan tanah runtuh. Atau seperti dalam kes di Bukit Antarabangsa ini, walaupun hujan telah berhenti selama dua tiga hari, namun sekiranya berat butir tanih mengatasi shear strength dan shear stress nya, regolit tersebut boleh menggelungsur. Maka berlakulah tanah runtuh.
Cara hendak mengatasinya? Jangan majukan tebing bukit. Biarkan ia dalam keadaan asli ditumbuhi hutan. Kenapa manusia terlalu cemburu kepada hutan dan pokok dan tumbuhan? Sehingga ada yang mati pun mereka masih mahu membina petempatan di lereng bukit. Saya punya banyak gambar untuk menerangkan apa yang dibincangkan di atas, tapi aku maleh nak upload dan download. Korang iamgine la sendiri.