Friday, November 4, 2011

ABU AHMAD KETAWAKAN TEH TARIK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Kawan aku yang bernama Al Hulail yang lebih suka dipanggil sebagai Abu Ahmad pernah mendaftar PhD di sebuah IPTA Malaysia. Semasa aku dan isteri mengerjakan haji pada 2009 dia dan keluarganya telah membawa kami berdua melihat lihat kota makkah di luar kebiasaan yang dapat dinikmati oleh jemaah haji. Gambar di atas kami berada di atas Jabal Qubais, atau Bukit Qubais. 

Bukan bukit kobis



Yang menjadikan Abu Ahmad tergelak mengenangkan Malaysia ialah teh tariknya diikat dalam plastik. Koman sangat la , katanya.

OBITER DICTUM?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apa ke benda tu. Baru hari ini aku belajau halnya. Kalok yang kecerdikannya defisit  seperti di sini lagi le tak tau.

Thursday, November 3, 2011

DR. ROHAYAH?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Siapa tu? Kau pernah dengau?

Wednesday, November 2, 2011

PAYUNG BESAU

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Musim musim hujan seperti ini payung memang berguna. Jadi sebelum hujan perlu disediakan payung. Tapi payung juga boleh digunakan untuk menahan panas, seperti di Masjid Nabawi di Medina.
Apabila cahaya matahari tidak lagi terik, maka payung besau di masjid ni dikuncupkan. Kau pun boleh lihat orang siau lantau lalu lintas di celah celah tiang payung tu


Bila hampir magrib lampu pada tiang tiang payung tu dinyalakan, sejuk sekali kelihatannya. Masa gambar ini diambil jemaah sedang berada di perkrangan masjid menanti waktu berbuka



Bila matahari mula mencarak, payung tu dikembangkan le. Baru le teduh

Monday, October 31, 2011

PROP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam permainan teater, prop selalu digunakan, tujuannya ialah untuk menambahkan keberkesanan persembahan berkenaan. Semalam aku jadi tetamu dalam majlis konvokesyen tadika aulad bandar baru bangi, dalam persembahan anak anak tadika tu ada juga yang menggunakan prop. Seperti dalam gambar di atas, pelakon dipakaikan semacam topi berdaun seperti helikopter.

Itu prop la tu.

Kadang kadang ada juga orang panggil aku

Assalamualaikum prop!