Saturday, May 22, 2010

BUDAK KAMPUNG PEGHAAK.....2

Assalamualaikum,

Elaeis guineensis

Saya kira ia berlaku dalam tahun 1960 atau 1961. Saya berjalan kaki ke sekolah bersama kawan kawan. Saya tidak ingat lagi siapa kawan kawan tersebut, tetapi biasanya kalau ke sekolah saya sering berjalan kaki dengan Jantan, Saini, Husin dan Md. Yasin.

Dalam perjalanan ke sekolah kami melalui bawah pokok elaeis guineensis. Kau orang tahu tak pokok apa tu? Kalau kau orang tak tahu, kau orang sama peghaak dengan budak kampung ni. Nak lihat pokok tersebut, lihat gambau di bawah:




Ada buah elaeis guineensis ini yang jatuh, dan kami kutip. Buang kulit luarnya, tinggalkan tempurung sahaja. Buah yang tinggal tempurung ini digosok pada simen agak ia licin, tidak berserabut. Lepas itu cari ceramic yang telah terbuang, pecahkan dan ambil debunya.

Debu ceramik ini dilekatkan dibahagian bawah telapak tangan dan digosokkan kepada buah elaeis guineensis tadi. Kalau lama lama digosok, tempurungnya akan berkilat. Semasa dalam kelas, orang sibuk belajar, kami sibuk gosok buah elaeis guineensis dengan debu ceramik.

Bila sudah berkilat, tebuk lubang pada mata buah tersebut, dan ia boleh dijadikan key chain.


Key chain tersebut saya simpan sampai sekarang, sejak 1960 atau1961.

DULU MASAK GUNA KAYU, SEKARANG GUNA GAS

Assalamualaikum,

Nampaknya Samy Vellu akan kena GAS. Bukan sahaja mereka yang berdemonstrasi dihantam dengan gas pemedih mata, tapi Samy pun orang mau hantam kasi GAS.

Mugilan (left) showng this sack letter. With him MIC Central Committee member G. Kumar Aman.
PETALING JAYA, May 22 — Sacked MIC Youth deputy chief V. Mugilan today announced he will start an anti-Samy Vellu Movement (GAS) on May 30 to force the party president to step down.

He said today some 7.000 people will attend the launch in Kuala Lumpur against Datuk Seri S. Samy Vellu, who had disclosed last Sunday he will step down sometime in 2011.

This is Mugilan’s first step three days after receiving his expulsion letter from Samy Vellu for asking the president to step down sooner than later. He gave Samy Vellu a final deadline of Dec 31.

Mugilan, 35, who was the Hulu Selangor MIC Youth chief until he was sacked, said the movement has the support of current and former party leaders.

“In fact, this effort has the support of other races,” said Mugilan, who refused to reveal the names of the “top man” supporting the movement.

“GAS is people power and the day for MiC to face a better future, and remain relevant,” he told The Malaysian Insider after a press conference.

“We want to show to the BN-led government that the Indian community is serious to have leadership change with Samy Vellu stepping down,” he added, referring to the Barisan Nasional of which MIC is a senior member.

Samy Vellu had used his presidential powers to sack Mugilan despite saying he will be referred to the disciplinary panel for acting against party and BN interests in last month’s Hulu Selangor by-election.

Mugilan said GAS will go on a roadshow to demand Samy Vellu, 74, step down from the post he has held since 1979, adding he will issue a CD detailing the president’s leadership over the past 31 years.

He also said he will put up a “Support GAS” page on social networking site Facebook to elicit more support.

“We used to use wood to make fire, now time has changed and we use gas ... Efforts must be made to get Samy Vellu to step down. I am not acting against MIC interests but I want Samy Vellu to quit,” he added.

Mugilan also defended his move by citing history where Samy Vellu had once asked then MIC president Tun V.T. Sambanthan to step down.

“At that time, Samy Vellu was in his 30s and I am now 35. So if Samy Vellu can do it then, can’t I do it now?” he asked, questioning the expulsion order from the president.

The youth leader’s relationship with Samy Vellu has cooled since he gained Umno’s attention as a possible candidate for the Hulu Selangor vote.

Asked if he can succeed in toppling Samy Vellu, Mugilan said he had moral support for his efforts.

“We have to do it now otherwise it will give a bad effect on MIC and BN in the next general elections,” he said.

[Malaysian Insider]


E = mc2

Assalamualaikum,

Hamirdin setuju tenaga nuklear diguna untuk menjana letrik

OFIS HAMIRDIN

Assalamualaikum,


2008



2010

Move on to new adventures and challenges

Friday, May 21, 2010

LAWAN AKU YA? TERIMA KAU!

Assalamualaikum,



Mugilan

Ooo, ko berani lawan tokeh hah? Terima pancung satu kali. Lagi mau ka?

Thursday, May 20, 2010

PENJARA PUN OK

Assalamualaikum,

Penjara kerana berdakwah, OK!

DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."


Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.

Lelaki berusia 40 tahun yang mengakui beliau adalah ahli PAS berkata 'kata-kata' itu diletakkan di Facebook halaman perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya. Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu. "Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok. "Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.




Bagi yang ini, penjara kira OK!

Wednesday, May 19, 2010

ORANG INI PUNCA CINA TOLAK BN

Assalamualaikum,

Apabila Yang Di Pertuan Agung mencium keris semasa pertabalan, ia melambangkan kuasa kedualatan negara yang disokong oleh semua lapisan masyarakat dan semua bangsa dan kumpulan etnik di negara ini. Ia menjadikannya dikasihi serta dihormati oleh rakyat.

Tetapi sekiranya orang lain mencium keris, ia tidak membawa mesej perpaduan untuk seluruh rakyat, kerana gelagat ini memabawa mesej rasism yang sangat menebal yang menjadikan sebahagian daripada masyarakat negara ini takut. Bukan sahaja takut, tetapi gerun. Bukan sahaja gerun tetapi benci. Buka sahaja benci, tetapi meluat.


Gelagat ini menular ke dalam pemikiran sub-concious orang melihatnya sehingga terbayang keris itu digunakan untuk menikam orang yang melihat gelagat tersebut. Ini sungguh sungguh menggerunkan. Ini sungguh sungguh menjadikan orang meluat.

Mengapa mesti kita angkat dan pilih orang yang akan menikam kita ? Inilah lintasan yang bermain dalam fikiran sebahagian daripada pengundi. Dengan cemuhan dan gertakan rasis yang sangat tebal, masyarakat menjadi sangat meluat dan rasa menolak arus bahaya seperti ini membuak dan membara dalam fikiran pengundi.

Ditambah lagi selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor orang yang mencium keris ini memberi amaran keras kepada sebahagian pengundi, seolah berkata kamu ni memang layak ditusuk dengan keris keramat ini. Untuk melihat orang ini sila lihat gambar di bawah.



Nampak tak wajah dia? Kalau tak nampak, mengikut firasat P.Ramlee itu tandanya.....

Tetapi dalam fikiran anda gambarnya dah ada kan?
Dalam gambar dibawah pula orang ini sedang mencium keris. Kali ini anda betul betul nampak wajahnya kan?
Inilah punca UMNO dan BN ditolak oleh sebahagian masyarakat.
















KAPAL SAMA, LAYAR LAIN LAIN

Assalamualaikum,

Ada dua serban. Di universiti Malaya. Di Jabatan Geografi.


Kapal mungkin sama. Tapi layar lain lain.

Tuesday, May 18, 2010

HOI DAP, SEKOR AYAM KOKOK, BELUM TENTU HARI MAU SIANG

Assalamualaikum,

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kemenangan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu kelmarin bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.

Abdul Taib yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, takrifan DAP dan pakatan pembangkang terhadap keputusan itu merupakan soal lain.

Sarawak akan mengadakan pilihan raya umum negeri dipercayai dalam waktu terdekat dengan mandat semasa akan berakhir Julai 2011.

“Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.

[Malaysian Insider]

Monday, May 17, 2010

KARPAL KATA NAJIB MERASUAH SIBU

Assalamualaikum,

Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan menawarkan ganjaran bagi mendapatkan undi malam kelmarin.
Katanya, Najib melakukan kesalahan ketika kempen pilihan raya kecil Sibu apabila pada Sabtu lalu mengatakan “saya membantu, anda membantu saya.”
Karpal berkata kenyataan Najib itu sesuatu yang tidak wajar dan harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Satu hari sebelum hari pengundian, Perdana Menteri telah berada di Sibu dan ini adalah apa yang kelihatan gagal.
“Beliau berkata ‘saya membuat perjanjian dengan anda... bolehkan kita buat satu perjanjian atau tidak? Perjanjian ini sangat mudah, anda membantu saya, saya membantu anda.
Ini satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, mendorong pengundi pada malam menjelang hari pengundian, membuat perjanjian dengan mereka,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menyiasat Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Malaysian Insider]

BUDAK KAMPUNG PEGHAAK.....1

Assalamualaikum,

POK 5 SEN POK, POK 5 SEN POK

ini nak cerita hal diri aku le. Peghaak ini maksud aku macam inggeris kata naive. Saya lahir tahun 1952, jadi cerita yang ini aku rasa semasa aku berumur 4 atau lima tahun, belum bersekolah lagi. Katakanlah 1957.
Semasa kecil, aku dibela oleh nenek, bernama Tijah. Tapi nama glamor dia TONTI, iaitu singkatan daripada Tun Tijah, perawan terkenal melaka zaman Hang Tuah.
Tonti bekerja sebagai penoreh getah. Aku pernah lihat dalam cakerol gajinya, dia berpendapatan sekitar RM 30.00 sebulan pada masa itu.
Dia menoreh getah disatu estet namaya Estet Kong Guan. Hampir seluruh penduduk solok kampung aku tinggal tu berkerja dengan estet ini.
Bila menoreh, ada bahagian getah yang dikenali sebagai getah segerap, yang berbau sangat busuk. Sepatutnya, getah segerap ini dipulangkan semuanya kepada pihak estet setiap hari menoreh, tetapi rata rata penoreh estet ini membawa balik sebahagian getah segerap ini. Termassuk Tonti. Sebahagian lagi dipulangkan ke estet.
Apabila petang nanti ada peraih segerap yang akan masuk kampung untuk membeli segerap. Ditempat aku tu ada 3 orang peraih. Pau Boon Tau, dikenali sebagai Cetau, Pau Boon Chan, dikenali sebagai Achan, dan seorang lagi Pau Boon Pok yang dikenali sebagai Lapok.
Segerap Tonti hanya dibeli oleh Lapok.
Apabila Lapok sampai dan siap menimbang segerap, dia akan keluarkan tin kecil bekas simpanan tembakau yang digunakannya untuk menyimpan coin. Apabila Lapok keluarkan tin ini, aku akan pergi kepada dia sambil berkata Pok 5 sen Pok, Pok 5 sen Pok, Pok 5 sen Pok....berulang ulang dan terus merenget, sampai dia beri aku 5 sen.
Bila dapat 5 sen, ... yahu, sukanya hati. Boleh beli nasi lemak.
Masa itu nasi lemak dalam bungkus daun pisang berharga 5 sen satu.

BN BOLEH DITUMBANGKAN

Assalamualaikum,

Keputusan pilihan raya kecil Sibu jelas menunjukkan BN boleh ditumbangkan. Cara BN mengekalkan kuasa ialah dengan memain dan menjadikan orang Melayu seracist yang mungkin dan menaburkan RM kepada non Melayu.

Kedua dua cara ini boleh dipatahkan. Perlu masa, kesabaran dan perancangan

Sunday, May 16, 2010

DAP MENANG

Assalamualaikum,

DAP menang

DAP 18845
BN 18447

majoriti 398

SPR KURANGKAN MAJORITI POS DAP SEBANYAK 17

Assalamualaikum,

SPR kurangkan majoriti yang didapati oleh DAP daripada undi pos sebanayak 17. Walaupun DAP protes, tetapi pengurangan itu masih membolehkan mereka menang, mereka terima

Secara tidak rasmi DAP menang

DAP TERIMA KEPUTUSAN POS, SEBAB BERBEZA KECIL

Assalamualaikum,

wakil DAP terima keputusan undi pos walau pun terdapat ketidak tepatan. Namun dengan beza kecil mereka terima dengan protes.

300 POS KPD DAP; SPR ENGGAN MAKLUM

Assalamualaikum,

diberitakan 300 undi pergi ke DAP, tetapi SPR masih belum iystihar keputusan

SPR LAMBATKAN KEPUTUSAN UNDI POS

Assalamualaikum,

SPR belum keluarkan keputusan undi pos.

DAP 18775
BN 16124

undi pos belum dicampurkan

BOLEH MENANG

Assalamualaikum,

UNOFFICIAL DAP 18570 BN 15980 IND 201 majority 2590. Postal votes not counted. 109 out of 110 boxes counted.

seminit lalu

TPM TANGGUH PRESS CONFERENCE; TANDA KALAH LA TU

Assalamualaikum,

DPM has postponed scheduled press conference to tomorrow.

BOLEH MEMANG

Assalamualaikum,

Terkini dari Sibu:

DAP 16476 BN 13375 majority 3101 unofficial. 2809 postal votes not counted 95 of 110 boxes counted

update:

DAP 15493 BN 13425 with 95 of 110 boxes reported. Maj 2068

Update:
  • SIBU - unofficial 103 of 110 boxes counted DAP 18211 BN 14267 majority 3944
  • UNOFFICIAL DAP 18570 BN 15980 IND 201 majority 2590. Postal votes not counted. 109 out of 110 boxes counted.