Friday, December 23, 2011

TG NIK AZIZ MASUK HOSP?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berita mengatakan TGNA dimasukkan ke hospital di Kota Bharu

Semuga segera sembuh

Tapi Harakahdaily lapor tu routine check up aje

Gendang p/raya ke?

Thursday, December 22, 2011

BECAUSE I LOVE YOU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku menghadhiri satu kursus di Pangkor mei lepas, hanya satu sahaja yang menyentuh sanubari aku. Iaitu satu slot menunjukkan komersial tv yang lepas lepas. Komersial yang dimaksudkan adalah hasil produser almarhum/almarhumah yasmin ahmad. Ia mengenai seorang anak sekitar 8-9 tahun yang malas untuk menjalankan suruhan ayahnya.
Lalu semasa budak tersebut tidur, si ayah menulis senarai perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh si ayah untuk si anak sepanjang umurnya, termasuk kos susu bayi, kos lampin dan bermacam macam kos lagi. Dipendekkan cerita, si ayah memberi tahu bahawa semuanya dia tidak charge kepada si anak kerana kata ayah itu dalam suratnya...

.....because I love you

Semasa aku masih mempunyai anak kecil, isteri ku bangun malam untuk menyediakan susu untuk si kecil. Waktu pagi aku lihat serpihan susu berterabur di sekitar raga termos dan susu. Aku tahu, isteriku menyediakan susu bayi dalam keadaan mata separuh tertutup kerana mengantuk, itu sebab bila dituang susu ke dalam botol susu, tidak semua susu yang masuk ke dalam botol, sebahagiannya berterabur di sekitar raga.

Semuanya yang dibelanjakan untuk si anak tidak di charge dan tidak diminta balasan...

..........because we love you

Wednesday, December 21, 2011

EKSPEDISI CARI HATI NYAMUK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku berdiri di satu pagi yang cerah di tingkap sebuah hotel di Banda Hilir Melaka beberapa tahun yang lepas, cuaca amat baik sekali. Pemandangan memang clear dan Gunung Ledang jelas kelihatan dari tepi tingkap tersebut.

Maka teringatlah aku aku penglipur lara yang mengatakan Sultan Melaka pada masa itu sanggup membina jambatan emas dan perak dari Melaka, agaknya dari Bukit Senjuang ke Gunung Ledang. Pooorah, mana kau nak cari emas dan perak sebanyak itu.

Dan baginda juga sanggup mencari hati nyamuk satu tempayan. Poorah, kena denggi baru tau.

Tu, yang dalam gambar di atas, cari hati nyamuk, sekelumit pun tak jumpa.

Durian orang adalah depa jumpa. Nasib baik tuannya beri izin suruh ambil.

Tuan tu ada sebut pada aku,

Derian tu mangkor

MAY HE UNITE BOTH OF YOU IN GOODNESS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Almaklumlah, aku sebagai orang yang sentiasa ketinggalan zaman dalam bidang nyanyi nyanyian dan kegilaan semasa dalam hal hiburan semasa, tidak tahu siapa tu maher zain. Lepas tu bila aku call staff aku, ringing tone nya menyanyi lagu tu, bila radio ikim yang aku dengar mainkan lagu, juga lagu tu.

Semua yang maher zain sebut tu aku tak berapa dapat nak tangkap, cuma yang aku dapat tangkap dengan sahih ialah kata kata bainakuma bermaksud antara kedua kamu. Aku tanya si Hajjah isteri ku, ini lagu pengantin ke? Dia pun blur macam aku juga.
Itu kira kira setahun lalu. Sekarang baru aku faham, lagu tu untuk pengantin baru




May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.’

Dan sekarang doa ini membawa makna yang lebih kepada yang berkenaan