Thursday, October 15, 2009

KALAH B. PINANG: ADA P/JAYA BAKAL HILANG JAWATAN?

Assalamualaikum,

Semasa kami bermati matian mencari kemenangan bagi PAS di zaman PAS belum mencapai kemenangan, menghadapi kekalahan dalam pilihanraya itu adalah sesuatu yang lumrah dan bersahaja. Saya masih ingat satu senario di mana kami berkumpul di sekeliling api yang dihidupkan untuk membakar poster PAS yang pada ketika itu telah menjadi sampah, kerana pilihanraya baru sehaja selesai, dan seperti biasa PAS menerima kekalahan. Kami berbual mesra dan bersenda kerana kekalahan tidak menjejaskan apa apa semangat dan kobaran yang ada. Malah ia semakin menjadikan semangat juang kami lebih membara.

Berbeza dengan senario di mana PAS telah mengecapi lebih banyak kemenangan dan telah berjaya mendapat mandat mentadbir lebih daripada satu negeri, saya nampak jelas perasaan lazat terpancar di wajah aktivitis PAS yang dulunya seorang jongos, tetapi sekarang seorang ahli majlis PBT. Kalau dulu selepas pilihanraya, wajah kami bersahaja kerana tenang menghadapi kekalahan, tetapi sekarang saya nampak cahaya lazat memegang jawatan terpancar di wajah orang PAS yang terpilih memegang jawatan kerana parti sudah menang.

Sebab itu sebaik sahaja kalah dalam prk Bagan Pinang, bermacam macam sms yang bertebaran menyalahkan itu dan menyalahkan ini. Ini silapnya, itu silapnya, ini tidak betul, itu tidak betul.Sebabnya ialah mereka tidak terbiasa dengan berhadapan dengan kekalahan.

Begitu juga, apabila telah lazat dengan kemenangan dan ghanimah yang datang bersamanya, maka banyak perkiraan yang dilakukan menjadi pincang. Ada pesuruhjaya yang bertindak bukan memantapkan PAS tetapi meloyakan persepsi pengundi kepada PAS.

Well, kalau kau nak terus menang, buang orang seperti ini. Kalau kau nak orang seperti ini, jangan mengeluh bila kalah.

Wednesday, October 14, 2009

AKU PERANGKAP KAU AJE

Assalamualaikum,


Bila aku suruh kau tabur janji pilihanraya bilion bilion dan bukan juta juta seperti yang kau buat di Manek Urai di mana kau janji jambatan harga 7 juta, sebenarnya aku suruh kau masuk perangkap.

Siapa suruh kau ikut cakap aku dan buat janji pilihanraya berbilion bilion di Bagan Pinang? kan ke BN menang besar akibat daripada janji kau tu. Apa yang aku mau ialah kau buat janji berbilion bilion, tetapi bagi BN kalah la , bukan menang.

Tapi tak apa le. menang tu pun nak bagi orang BN sempat tarik nafas sedikit. Kalau tidak habis menggelupur semua orang BN.

Bila aku suruh kau tabur janji berbilion bilion, macam almarhum bekas TPM, sebenarnya kalau kau buat, kau akan masuk lorong yang dilalui oleh almarhum bekas TPM tersebut. Beliau telah diserang oleh tentera Allah setelah berkempen dalam satu pilihanraya. Tentera Allah tu tu lah gambar yang kau boleh tengok tu. Lepas kena sengat beliau terus cabut dan redum. Beliau mati dalam keadaan jawatan tertinggi hanyalah TPM saja.

Oleh kerana kau pun dah masuk lorong itu, tunggu sahajalah tentera Allah serang kau.
Kalau lebam ke, terhincut ke, terimo je la.

Setakat TPM la kau mampu capai.

TO LOSE, EXPECTED. TO BE ROUTED?

Assalamualaikum,

Semasa saya mengepalai jentera pilihanraya PAS bagi satu kawasan parlimen, tugas yang paling sukar untuk dilakukan ialah mendapatkan undi kaum India di estet dan undi Orang Asli.

Pendekatan yang perlu digunakan adalah sangat berbeza dengan pendekatan yang digunakan untuk komuniti lain. Ringkasnya, kami gagal mendapatkan undi mereka.

Di Bagan Pinang, isu menghina masyarakat India dengan kepala lembu nampaknya tidak memberi kesan kepada undi yang mereka pilih. Begitu juga dengan gembar dan gembur yang menunjukkan sokongan kaum India kepada PR tidak menjadi di N31.

Apakah sebabnya?

Untuk undi masyarakat India di N31 saya rasa Makkal Sakti memainkan peranannya. Komuniti ini adalah amat taat dengan apa yang diarahkan oleh kumpulan agama mereka, dan apabila kumpulan terssebut mengarahkan pangkah BN, maka mereka merasakan tiada apa halangan arahan tersebut dipatuhi. Saya percaya apabila Makkal Sakti masuk BN, isu kuil di Shah Alam disensasikan di kalangan komuniti mereka di N31 sehingga menterbalikkan kecenderungan mereka.

Dua komuniti yang saya sebutkan tadi juga amat mudah dipengaruhi dengan habuan wang dan material. Dalam pilihan N31, hamburan yang diberikan adalah tersangat menggunung.

Pengundi atas pagar juga telah berubah angin daripada memberikan undi mereka kepada PAS, kepada BN. Dengan itu, kemenangan sederhana BN yang telah dijangka yang disebabkan oleh undi POS, menggemuk disebabkan oleh faktor di atas.

Dan majoriti ini terus menggemuk ditambah dengan faktor SPR, hari cuti sebagai hari membuang undi, janji janji pembangunan yang main bilion, tidak lagi main juta, dan ketotokan pengundi N Sembilan terhadap UMNO , serta penipuan yang pelbagai lagi, maka, PAS dan PR were routed.

Tuesday, October 13, 2009

KALAH P/RAYA, GI BULAN MADU

Assalamualaikum,

Bagi mereka yang kalah dalam pilihanraya kecil yang lepas, terutamnya para petugas, bolehlah ikut saranan kerajaan Terengganu agar berbulan madu lagi. Kalau orang pergi haji pun, yang banyak sangat songel semasa di tanah suci, Tabung Haji sediakan satu bilik khas untuk mereka menyelesaikan sebarang ketegangan.


Malaysian beaches (file image)
Crystal-clear waters and palm trees may help couples stave off divorce

Terengganu says it will offer free second honeymoons to couples on the brink of divorce.

Ashaari Idris, a government official in Terengganu, said troubled couples would be allowed to spend two nights at one of the state's scenic island resorts.

He said those who wished to take part would have to apply, undergo an interview and also commit to marital counselling.

He said the programme was aimed at building family ties.

"After marriage, some are unable to cope with the new challenges," Mr Ashaari told the AFP news agency.

Couples faced issues like financial problems or difficulties with their in-laws, he said.

"I want to strengthen family ties. If a marriage breaks down, it will hurt the children and it will have serious implications on society," he said.

The Muslim-majority state had already carried out a pilot project involving 25 couples, he said.



Monday, October 12, 2009

MENANG ITU PERANGKAP

Assalamualaikum,

Kemenangan BN dalam pilihanraya kecil (prk) Bagan Pinang adalah sesuatu yang dijangkakana. Apa yang BN dan penyokong mereka perlu faham ialah kemenangan tersebut bukanlah suatu cahaya dihujung terowong untuk mereka. Ia sebenarnya adalah satu jerangkap samar yang sedia membaham BN pada bila bila masa.

Sekiranya dibuang undi pos, maka BN akan tergapai untuk meraih kemenangan. Ditambah lagi sekirannya SPR bertindak secara profesional, iaitu dalam beberapa prk, hari membuang undi diputuskan pada hari berkerja, sedangkan di Bagan Pinang ia diadakan pada hari ahad, hari cuti. Ini menunjukkan SPR ada perkiraan sendiri dalam pemilihan hari untuk membuang undi. Tentunya kriteria itu ialah apakah yang terbaik untuk BN.

PAS tidak kalah. PAS hanya tidak menang. Dan memang Bagan Pinang bukan milik PAS, jadi tidak ada apa yang PAS rugi di sini.

Yang akan membaham BN ialah persepsi rakyat terhadap parti tersebut. Jelas, BN tidak mengira integriti atau cacat cela calon atau pemimpin, asalkan dikira boleh menang, samada busuk atau bertembelang, maka itulah yang diketengahkan.

Ini akan mengelumangkan BN ke dalam satu kancah yang tidak ada penghujungnya. Ia adalah kotor, kotor dan kotor. Tetapi BN dan segala media dan jentera yang dipulas untuk mengipas akan mempromosikan cantik, cantik dan cantik. Memang, sebahagian rakyat akan menerima manipulasi sedemikian, seperti yang ditunjukkan dalam prk Bagan Pinang, tetapi tetapi rakyat umum akan menolak permainan kotor ini secara total.

Dalam BN leka dilamun kemenangan yang disolek ini, bahana sedang menunggu mereka kerana mereka telah mengesahkan sekali lagi bahawa kumpulan mereka adalah kumpulan yang kotor serta keji yang secara magis menjadi bersih bila menang pilihanraya.

JABAL OMAR DIBANGUN

Assalamualaikum,

Jabal Omar, atau Bukit Omar adalah sebahagian daripada kawasan sekeliling Masjidil Haram di makkah yang sedang di bangun melibatkan kawasan seluas 24 hektar.


Tujuan utamanya ialah at providing better housing facilities for pilgrims, would have 92 multi-storey buildings, 27 five-star and four-star hotels, parking for 12,000 vehicles, commercial centres, 4,500 shops and 3,000 showrooms, a central transport station and prayer facilities for 202,000 worshippers. The land and infrastructure part of the project, is scheduled for completion next year.

Rupa Jabal Omar bila siap.

Sunday, October 11, 2009

ARGENTINA MENANG

Assalamualaikum,

Argrentina menang, tapi BN sebenarnya kalah kalau semua undang undang dipatuhi.



Argentina boss Diego Maradona
Maradona's team had lost their last three matches

Argentina kept their World Cup qualification hopes in their own hands with a dramatic 2-1 win over Peru.

Debutant Gonzalo Higuain, starting ahead of Carlos Tevez, nodded them in front in the second half before Hernan Rengifo headed a last-minute equaliser.

But in added time, Martin Palermo, back after a 10-year absence, tapped in to put Diego Maradona's team fourth, the last automatic place, with a game left.