Wednesday, March 2, 2011

RAKYAT LIBYA HURUHARA

Assalamualaikum,





Rakyat Libya mengalami huruhara apabila cuba menyeberangi ke Tunisia

Monday, February 28, 2011

BUDAK U JANGAN BACA NI.....5

Assalamualaikum,

Anda semua tahu bahawa asas perjuangan umno ialah nasionalisme, yang kononya nasionalisme Melayu. Iaitu bertujuan untuk membela orang melayu supaya orang melayu naik mertabatnya sehingga setanding atau melebihi bangsa bangsa yang telah maju di dunia. Dalam tulisan yang lepas (....4), saya telah timbulkan syak dalam diri anda benarkah nasionalisme umno memperjuangkan orang Melayu.

Untuk itu saya petik laporan media virtual mengenai apa yang dikatakan oleh Ali Rostam semasa kempen pilihanraya kecil Merlimau yang sedang berlangsung sekarang. "Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN..."

Perungkap ini menjelaskan apa itu nasionalisme yang diperjuangkan oleh umno dan bn. Yang diperjuangkan ialah nation mereka, iaitu sesiapa yang masuk dalam kumpulan mereka, dan mereka akui bahawa orang tersebut memang dalam kumpulan mereka. Jadi dalam konteks ini, nation mereka adalah sesiapa sahaja yang menyokong , menganggotai , bersama sama dengan BN itulah nation mereka. Bukan Melayu. Kalau sekiranya seluruh orang melayu tidak menyokong BN dan seluruh bangsa lain bersatu menyokong BNsehingga menang BN dalam pilihanraya, maka yang dibela dan dipertahankan oleh nasionalisme ini ialah mereka yang menyokong, dan bukan melayu.

Oleh itu, padanlah dengan orang Kelantan yang memilih PAS untuk mentadbir negeri tersebut, dan padan muka orang Terengganu yang memilih PAS untuk mentadbir Terengganu dari 1999 hingga 2004. Apabila mereka melakukan perkaran terlarang ini, iaitu memberikan undi mereka bukan kepada umno atau BN, maka dengan sendiri mereka terkeluar daripada nation umno. Walaupun mereka melayu, namun mereka layak untuk didiskriminasi.

Perhatikan lagi apa yang dilaporkan...."Apabila membabitkan rumah kos rendah atau agihan makanan, kita tidak diskriminasi... Umno ikhlas (memberi bantuan) ..." maksudnya di sini ialah mereka menngakui ada tempat yang sengaja dilakukan diskriminasi, dan di mana mengutungkan, mereka gemburkan kononnya mereka tidak diskriminasi.
Ini adalah ciri nasionalisme yang diperjuangkan oleh umno. Ia penuh dengan diskriminasi, kepincangan dan tipu belit. Kalau anda mencari cari satu ideologi perjuangan, saya ajak anda kepada Islam yang dijadikan pegaangan dalam perjuangan.

..........Akan sambung dengan ketuanan vs warganegara