Friday, February 18, 2011

BENGAP

Assalamualaikum,



Macam mana kau nak berak kalau toilet bowl tu satu inci dari dinding.



Macam mana kau nak makan kalau sinki kawasan tempat makan tu macam ni.


Tanjong Malim, Perak

ADAKAN REFERENDUM DI SELATAN THAILAND

Assalamualaikum,

Thailand adalah salah satu kelumpuk negara yang semakin mengecil yang masih menjadi kolonialis. Negara tersebut telah menjadikan wilayah umat Islam di bahagian selatan sebagai koloni mereka, dan akhirnya secara tidak sah telah menjadikan wilayah tersebut sebagai sebahagian daripada negara Thailand.

Dunia mestilah memaksa Thailand untuk memberikan kebebasan kepada rakyat selatan negara tersebut untuk menentukan samada mereka mahu kekal bersama Thailand, atau membentuk negara sendiri.

Kalau United Nations boleh memberi peluang kepada rakyat Timur Leste, rakyat selatan Sudan untuk mengadakan referendum  bagi menentukan masa hadapan mereka, mengapa UN tidak melakukan yang sama di selatan Thailand?

KURANG HAJAU KAU KETAWAKAN AKU YE!!!

Assalamualaikum,

Saya nak hapuskan ISA, tetapi polis halang saya....... audien meletup ketawakan si penutur

Itu yang aku lihat di tv secara tidak sengaja semalam.


Thursday, February 17, 2011

MENGAKU AKU TIPU, HANYA BILA RATUSAN RIBU ORG ISLAM DISEMBELIH

Assalamualaikum,

Hanya setelah ratusan ribu orang Islam kena sembelih di Iraq barulah si penipu mengaku bahawa dia memberikan fakta bohong dan tipu tentang persenjataan iraq semasa sadam.


Pun begitu dia selamba je

CEPAT! GEN SET DILELONG MURAH

Assalamualaikum,

Semasa saya berceramah di sebuah kawasan yang saya rasa rata rat penghuninya penyokong umno, kira kira beberapa belas tahun yang lepas, tiba tiba bekalan letrik putus.

Juga dalam ceramah politik yang kami anjurkan, adalah perkara biasa kalau bekalan letrik tiba tiba putus. Oleh itu sebagai langkah berjaga jaga, setiap kali ceramah kami menyediakan generator letrik mudah alih, yang dikenali sebagai gen set.

Oleh itu walau bagaimana nak disabotaj pun, majlis tetap dapat dijalankan.


Alangkah elok kalau mahkamah disediakan dengan gen set.

Wednesday, February 16, 2011

TAHNIAH WEE SOO YEN, TOKOH MAAL HIJRAH

 









Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu)


Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.


Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.
Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.
“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.
Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.
“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.
Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.
Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.





Monday, February 14, 2011

BUDAK U JGN BACA INI...... part 3

Assalamualaikum,

Kali ini dimuatkan lagi entry recycle. Bukan kekurangan idea, tetapi ia releven dan sesuatu mesti baca untuk mereka yang ingin mengikuti perkembangan semasa.


Pagi tadi (10/11/08) masih lagi kedengaran perbincangan yang belum selesai lagi pada perkiraan para nasionalis. Mereka terus mengupas dan menerangkan apa itu ketuanan Melayu. Nampaknya walaupun seluruh media dikerah, dan seluruh akademia ampu ampuan, seluruh pak menteri berbuih liur mereka menerangkan apa itu ketuanan melayu, namum nampaknya mereka merasakan penerangan itu masih lagi belum cukup. Sebab itu puak puak Gapena terus lagi menerangkan apakah itu sebenarnya ketuanan melayu.
Pada mereka Ketuanan Melayu ialah orang Melayu tuan rumah. Orang bukan Melayu tetamu, atau kalau nak ketuk sedikit, orang bukan melayu adalah pendatang, seperti yang dihamburkan oleh orang UMNO Bukit Bendera, Pulau Pinang. Dalam kata kata yang lebih tegas, orang Melayu ialah boss, orang bukan Melayu ialah kuli.
Asas hujah mereka ialah sebeleum kedatangan Inggeris, penduduk asal Tanah Melayu ialah orang Melayu, penduduk asal Sabah dan Sarawak ialah orang Melayu dan orang asli di sana dari pelbagai kumpulan etnik. Hanya setelah datangnya Inggeris, barulah datang orang Cina. Hanya setelah datangnya Inggeris, barulah datangnya orang India. Maka tuan rumah ialah orang Melayu. Dari sini terpancarlah status siapa sebenarnya tuan. Lahirlah ketuanan Melayu.

 
Konsep ketuanan Melayu inilah adalah satu amaran kepada bangsa bangsa lain di Malaysia, jangan cuba cuba hendak melebih lebih, apa yang telah ada pada anda sekarang sebenarnya lebih daripada cukup. Kamu hendaklah tahu erti bersyukur, iaitu makna bersyukur ikut kehendak puak ini ialah enggeh sahaja apa yang dibuat oleh UMNO. Jangan banyak soal.

 
Mereka juga mengungkit semula apa yang disebutkan sebagai kontrak sosial. Yang dimaksudkan dengan kontrak sosial ini ialah perjanjian lisan antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC semasa merundingkan kemerdekaan Malaya. Intipati kepada kontrak sosial ini ialah isu kewarganegaraan. Samada disebabkan kebijaksanaan, atau kelebaian, atau kebebalan,atau dipulas Inggeris, UMNO telah menganugerahkan kewarganegaraan kepada non Melayu secara jus soli pada ketika itu. Ini sekali gus menaikkan jumlah rakyat yang bertaraf warganegara hampir menyamai bilangan orang Melayu. Untuk mengimbang kembali keadaan ini, UMNO meminta kedudukan istimewa orang Melayu yang akhirnya termaksub sebagai artikel 153(1) perlembagaan persekutuan. 153(1) inilah asas ketuanan Melayu.

 
Cuma puak nasionalis ini terlepas pandang ialah mereka telah menganugerahkan status warganegara kepada mereka yang diperlekeh sebagai pendatang ini. Apabila mereka diberi status warganegara, maka kedudukan mereka dijamin oleh perlembagaan, dan dengan itu mereka mempunyai rights and priviledges dan tanggung jawab. Rights adalah seperti misalnya mereka mempunyai hak mengundi, mempunyai hak untuk pemilikan harta, hak kepada pelajaran dan apa jua hak yang diberi oleh negara kepada orang Melayu. Itu yang disebut sebagai samarata dalam artikel 8 perlembagaan Malaysia. Priviledges adalah seperti kalau bukan warganegara kena bayar fee hospital berbeza dengan warganegara. Tanggung jawab adalah mereka memberi ketaatan kepada Yang Di Pertuan Agung dan akur dengan undang undang Malaysia.

 
Jadi ketuanan Melayu adalah satu keangkuhan kepada gelagat mengangkat misai menjulang ke langit sambil menghunus keris telanjang. Konsep tersebut telah lebur dengan penganugerahan kewarganegaraan secara jus soli semasa merundingkan merdeka. Yang tinggal adalah 153(1) yang dipersetujui oleh semua warganegara negara ini.

 
Yang tercabar sekarang bukan 153(1), tetapi kewibawaan UMNO. UMNO tidak mewakili semua orang Melayu. UMNO memang bersifat nasionalis, tetapi tidak semua orang Melayu bersifat nsionalis. Yang jelek dan jijiknya ialah nasionalisme itu boleh mendidih kepada bentuk yang berbahaya, seperti Nazi, Ku Klux Klan, Apartheid, Zionism, Serb nationalism dan lain lain bentuk nasinalisme ekstrim yang sememangnya berakhir dengan keganasan ,pergaduhan, pertelingkahan dan pelbagai konflik.

 
Ketuanan Melayu kalau dibiarkan akan menjurus kepada gelodak sedemikian.



Sunday, February 13, 2011

BUDAK U JGN BACA INI....part 2

Assalamualaikum,


THURSDAY, 03 FEBRUARY 2011 02:04 EDITOR


-Kenyataan Media Tok Guru Nik Aziz

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.



Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :



يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24



Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.



Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.



Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :



الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ



Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)



Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?



Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.



Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :



وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ



Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)



Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :



فرقت به جماعتهم!



Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!



Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.



Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.



Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?



Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!



Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?



Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab :
 اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)



Sekian.



HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011





MUBARAK MASUK IPTA

Assalamualaikum,



Setelah kena halau dari negaranya, pemimpin yang dicemuh dengan perkataan irhal itu masuk ke IPTA pula dan dengan segera melaksanakan polisi keras dan menindas.