Friday, February 10, 2012

LEMBU MELINTAS MRR

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Nyawa memang sudah tinggal hanya di halkum sahaja. Sebab itu Mahathir mengeluarkan titah agar pru 13 ditangguh sehingga BN berada dalam keadaan yang kuat. Apa petunjuk yang cuba disampaikan oleh mahathir? tak lain dan tak bukan ialah kalau pru 13 diadakan sekarang, besar kemungkinan bn bungkus sebungkus bungkusnya.

Ong Tee Keat pula kata MCA sekarang berada dalam keadaan yang tenat, dan Chua Joo Ming meramalkan Chua Soi Lek akan bertanding di kawasan Malay majority. Apakah petanda ini? Mudah sahaja jawapannya. bn berada dalam keadaan yang sangat lemah sekarang bagi menghadapi pru 13.

Kau lihat sambutan thaipusam baru baru ini? Hindraf dengan lantang menuntut dilaksana tuntutan 20 perkara mereka, tetapi tuntutan melantun di telinga pekak, sebab di sana ada gambar ah jib gor besar (boleh,) gambar ah wa gor (tak boleh) di Batu Caves. Hindraf akan deflect undi yang sepatut ke bn, tetapi melencong ke tempat lain.

Petanda lain yang menunjukkan bn tenat ialah ada para kartun yang menghadiahkan Lim Guan Eng kek hari jadi berbentuk tahi. Aku nampak tu macam tahi jin aje. Ada kartun yang menggolek golek merayu agar Anwar saman, saman lah please! umi hafilda, eskay dan wsj. Ada yang upah samseng nganggur pi lempaq kepala babi kat pintu masjid.

umno cheras tunjuk sedikit cerdik bila minta isu NFC diselesai sebelum pru 13. Itu petunjuk, kalau isu itu dibiar berlarutan, bn bungkus sebungkus bungkusnya.

Ada juga kartun nak tunjuk pandai jaja imr. Lebih baik kau jaga lembu,

yang melintas di MRR

Thursday, February 9, 2012

PEROMPAK MATI TERKINCIT DUIT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Entiti yang paling banyak dan paling teruk kena rompak ialah Malaysia itu sendiri. Kalau nak habaq kat orang kampung, walau punya ijazah yang digulung pun, hotak mereka tak kesampaian nak bayangkan hal ini.

Nak buat satu cerita bodo mudah mudahan senang dipaham. Semasa BN perintah sebuah negeri yang sekarang diperintah PR, ada seorang eksko yang dah nampak tanah negeri dan terliur. Dia dok pikiaq pikiaq lagu mana tanah ni boleh jadi tanah aku.

Lalu aidia melintas dalam hotaknya. Suruh sebuah syarikat mohon tanah tu, kemudian lulus, dan syarikat tu dapat tanah tu. Lopeh tu syarikat tu jual pula tanah ni kepada eksko ni, dengan harga yang telah dipersetujui.
Tapi bila sampai masa nak bayau, eksko ni tak mau bayau. Syarikat ni saman eksko ni ke mahkamah.

Bila cerita keluar di mahkamah barulah kita rakyat jelata dapat imbasan macam mana orang merompak Malaysia.


Yang pandai simpan dan jaga duit adalah seperti Selangor hari ini. Cerita di sini

Aku tertarik ada satu orang buat senarai setakat yang dapat aje, macama mana Malaysia kena rompak:


Tuesday, February 7, 2012

TEMASUK.....4

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




KEMBARA MENCARI PUTERI GUNUNG LEDANG

Semasa aku bujang teruna orang kampung memang suka buat rombongan. Iaitu menyewa bas untuk bersantai di tempat tempat peranginan yang terkenal. Semasa aku menunggu kemasukan ke universiti, kalau aku tidak silap sekitar 1973, aku ada mengusahakan satu rombongan untuk bersantai di air terjun Sagil, di Tangkak, Johor.

Maka aku mencarilah mat mat dan minah minah kampung untuk bersama sama dengan rombongan ke Sagil ini, dengan bertujuan bersantai di kaki gunung Ledang, kalau kalau dapat bertemu dengan puteri gunung ledang.

Apabila bas kami berhenti sebentar di perhentian bas Jasin, aku perhatikan seorang mat kampung dalam rombongan aku yang bernama Manap, tergesa gesa turun dari bas dan langsung meninggalkan bas. Aku panggil dia buat tidak peduli sahaja, rupanya aku diberi tahu bahawa si Manap ini telah temasuk setelah bertikam lidah dengan seorang lagi mat kampung yang dikenali sebagai Mat Todin.

Setelah selesai bersantai di Sagil, kami kembali dan sampai di Banda Hilir, Melaka sekitar jam  8:00 malam. Semua orang turun di situ, dan setelah kira kira 40 minit berehat, dan apabila semua orang telah ada dalam bas, aku pun suruh bas bergerak balik.

Setelah dua tiga tahun daripada peristiwa itu berlalu, seorang kawan yang sekarang telah almarhum memberi tahu aku semasa bas kami bergerak meninggalkan Banda Hilir, dua orang passenger tertinggal.

Dua orang remaja anak Muit.

Sunday, February 5, 2012

BINCANG NORMAN TOHA?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti maulidirrasul ni kalau diisi dengan analisis politik semasa memang bagus. Dan bini aku dengan penuh enthusiasm seawal 5 pagi dah bersilat menyiapkan nasi lemak PAS.




Dengan cuaca yang diberikan Allah begitu baik dan ceria, maka kami pakat pakat buat breakfast maulidurrasul sambil sembang politik.
Topik perbincangan meliputi dari utara sampai ke selatan
Bila selesai topik selatan pusing pula ke timur sampai ke barat

Dari barat luncur pula ke angkasa
Sekira kira 3 jam perbincangan masih lagi ada topik yang belum dikupas.
Walau bagaimana pun mengikut albrangi, 3 jam tu cukup untuk qadha perbincangan yang tidak dapat diadakan selama ini.