Showing posts with label DAKWAH. Show all posts
Showing posts with label DAKWAH. Show all posts

Monday, November 2, 2015

OTAK DI LUAR KEPALA?

Assalamualaikum

Nama besar di sebalik bendara

Yang gah nya masjid itu, Masjid Al Fatih


Dalam Masjid Al Fatih

Adakah benar berfikir luar kotak menghasilkan keajaiban seperti menifestasi di atas? Gambar di atas menunjukkan bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih mengarahkan tenteranya menolak kapal perang dengan menggunakan kayu yang telah diminyak supaya kapal kapal berkenaan boleh bergerak menaiki bukit dan kemudian menggelongsor ke bawah untuk memasuki kawasan perairan yang di kenali sebagai Golden Horn yang berada di dalam kawasan yang dilindungi oleh rantai yang direntang untuk menghalang kapal masuk dan menjadi sebahagian daripada strategi mempertahankan Constantinople.

Sekarang anda tahu selebih daripada cerita ini


Friday, October 23, 2015

Assalamualaikum


Masjid An Naim, Pengkalan Chepa, Kelantan. 
What a beautiful sight

Friday, October 3, 2014

IT'S RIDICULOUS

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semasa usrah seorang sahabat telah memainkan video mengenai seorang yang ku lihat wajahnya berupa wajah melayu, ku teliti namanya macam nama orang Islam, ke kenang zaman silamnya pernah aku dan dia di sekolah yang sama dan universiti yang sama.

dalam video itu dia kata: saya tolak hudud, it is ridiculous

Aku cadangkan kepada mamat ni, kalau dengar Al Qur'an dibacakan Maidah 38, kau terus beritau: it is ridiculous.

Nanti, bila di alam barzah, bila kau ditanya: ma rabbuka

Kau jawablah: it is ridiculous

Wednesday, July 9, 2014

TARANNUM FOR EXPORT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Teringat sebuah institusi pengajian tinggi menganugerahkan ijazah kehormat kepada seorang pemain biola ikonik yang sudah almarhum. Keahlian dan kejagohan penggesek biola tersebut tidak dapat disangkal lagi dan aku merasakan wajar almarhum dianugerahkan penghormatan yang sedemikan.

Dalam satu usrah beberapa tahun dulu, pernah kami bincangkan tentang kehebatan qari almarhum Ismail Hashim, yang memenangi pertandingan tilawah Al Qur'an sebanyak 8 kali. Kami bertanya, mengapa institusi pengajian tinggi memandang sepi keahlian beliau dalam bidang tilawah Al Qur'an. Mengapa tiada institusi pengajian tinggi yang mengambil beliau sebagai tenaga pengajar, atau fellow atau karyawan tamu sebagai mengi'tiraf keahlian dan kepakaran beliau dalam bidang berkenaan. 

Sekiranya diambil, tentulah beliau boleh mengembangkan ilmu beliau kepada masyarakat dengan lebih meluas lagi.

Tidak berapa lama selepas perbincangan tersebut, beliau kembali ke rahmatullah.

Sepanjang sejarah tilawah Al Qu'ran, Malaysia telah menjuarai sebanyak 30 kali. Kalau anda dengarkan bacaan qari Malaysia yang menang pada tahun ini, 2014,  Ahmad Tirmizi Bin Haji Ali dan qariah  Hanimzah Binti Jalaluddin, bacaan mereka memang sangat handal.

Mengapa Malaysia tidak mengekspot kepakaran ini ke seluruh dunia? Tubuhkan pusat pusat tarannum seluruh dunia, ajarkan seluruh dunia ilmu tarannum.

Tubuhkan badan mengawal selia tarannum di peringkat dunia. Seperti FIFA yang mengawal permainan bola sepak.

Kalau ini dilakukan, kepakaran membaca Al Qur'an bukan sahaja memberi pahala, melonjakkan imej, malah membawa masuk

fulus





Sunday, June 29, 2014

MATA SENGGUT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kami berdua aje. sewaktu dini masih lagi dia mampu menjadikan aku sedar, bangkit dan  join dia. Ku rasa mata ku hanya suku terbuka. tiga suku lagi tertutup. Ajaibnya aku nampak apa yang terhidang.

Aku tinggal hanya berdua dengan dia, meski usia masih belum bersekolah, dia telah mendidik aku untuk bangun dini.

Abe, katanya. Bangun sahur.

Nenek ku telah lama pergi.

Tetapi kenangannya tetap segar. 

Terutama semasa sahur

yang mata ramai orang senggut

Tuesday, June 10, 2014

94 TAKBIR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kata Nawawi dalam tiap tiap sembahyang yang dua rakaat itu sebelas takbir dan iaiitu takbiratul ihram dan lima takbir pada tiap tiap rakaat. Dan pada tiap tiap sembahyang tiga rakaat itu tujuh belas takbirnya dan iaitu takbiratul ihram dan takbir berdiri pada tasyahud awwal dan lima takbir pada tiap tiap rakaat. Dan pada sembahyang empat rakaat itu dua puluh dua takbir. Maka jumlah takbir sehari semalam sembulan puluh empat takbir.

Sumber, Al Marbawi (1933). Bahrul Mazi. Juzu' 2, masalah 321, ms.157

Thursday, May 8, 2014

RATAPAN TAK BERSAHUT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sejak jatuhnya khilafah uthmaniyyah di Turki, menjadi amat sukar bagi umat Islam di dunia ini untuk mengembalikan hukum Allah agar berkuasa dan dikuat kuasakan. Bila naik Taliban di Afghanistan, pmerintahan tersebut dipersepsi sebagai menakutkan serta kolot lagi ketinggalan zaman. Dan ia dirobohkan.

Naik Morsi di Mesir. Beliau digulingkan dengan rampasan kuasa yang amat kejam dan penuh dengan penipuan. 

Pejuang gerakan Islam yang berjuang di Syria, pada mulanya menunjukkan tanda tanda mungkin boleh mencapai kemenangan, namun apabila gaabungan Assad, Hizbullah dan Iran mengasak, mereka juga sedang mengalami kekalahan dan mungkin akan dihamput dari bumi Syria.

Mungkin begitu juga nasib hudud di Malaysia?

Friday, May 2, 2014

INGIN DENGAR CERCA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apabila PAS secara ex parte ingin mengemukakan hudud kepada parlimen Malaysia pelbagai cercaan dan hinaan serta makian yang dihamburkan kepada PAS dan kepada hudud itu sendiri. Herdikan, cacian, makian serta hamput yang semborkan kepada PAS dan kepada hudud bukan sahaja datangnya dari non Muslim, tetapi dari mereka yang mengaku Muslim.

Apabila Brunei mengisytiharkan akan melaksanakan hudud, maka gempitalah wakil PBB mencercanya.

Tetapi sekarang Benjamin Netanyahu, perdana menteri Israel sedang dalam rangka untuk menjadikan israel sebuah negara Jewish, bermaksud undang undang yang akan berkuasa dan dikuatkuasakan di negara haram itu berasaskan kepada kitab pegangan mereka.

Aku ingin dengar dunia cerca mereka

Tuesday, April 22, 2014

TAHNIAH, PAS

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hanya yang betul betul kental dan jitu keimanan mereka akan menyokong mengenai memperkenal dan perlaksanaan hudud. Tabik seribu kali tabik kepada Tuanku Sultan Brunei yang secara insaf dan gigih serta sedia menerima apa juga risiko untuk memperkenal dan melaksana hudud di negara Baginda.

Di Malaysia iklim politik sangat jauh berbeza dengan negara  Brunei dan dengan mana mana negara lain di dunia. PAS secara ex parte dijangka membentangkan usul perlaksanaan hudud di Kelantan Jun ini. Siapa yang menyokong, siapa yang pura pura menyokong dan siapa yang menentang sudah ada bayangannya sekarang kalau usul ini di bawa ke parlimen Malaysia.

PR, Pakatan Rakyat, satu gagasan longgar yang mana PAS adalah salah satu ahlinya telah pun menyatakan pendirian mereka mengenai isu ini. Anwar Ibrahim menyatakan hudud hendaklah diberi penerangan secukupnya dahulu, sementara Lim Guan Eng mengatakan memang bukan menjadi persetujuan dalam PR tentang perlaksanaan hudud.

Jadi PAS dalam keadaan terkontang kanteng. Mungkin ada sekoq dua ekoq keris yang sokong sekiranya dibentangkan nanti, itu pun kerana muslihat politik. Yang lain tu telah diketahui pendirian mereka: biaq pii laa...

Benarlah kata kata mu Tuan Guru Haji Hadi, sekiranya ia tidak berlaku dalam zaman mu, ia pasti menjadi realiti di masa akan datang.

Itu lah yang aku nak kata:

Tahniah PAS

Thursday, April 17, 2014

TAKZIAH KPD KELUARGA KARPAL



Diucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh atas pemergian beliau.

Monday, March 17, 2014

KALAU AZAN?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kira kira 15 tahun lepas, rumah seorang ustaz terbakar semasa satu kumpulan usrah sedang berusrah di tempat kami. Seorang daripada ahli usrah menelefon Ustaz Rashid, minta pandangan. Lantas Ustaz Rashid beritau: Azan!

Seorang anak buah kepada isteri hilang seharian, juga kira kira 15-20 tahun yang lalu. Orang kampung yang mencarinya melaungkan azan, dan akhirnya dia ditemui di pangkal sebatang pokok dalam semak berhampiran rumahnya.

Dalam perang antara para mujahid dengan Basyar Al Assad, aku lihat video seorang mujahidin melaungkan azan semasa pertempuran.

Mengadakah solat hajat dalam isu MH370 ini adalah sangat dianjurkan.

Cuba kita tambah satu lagi usaha dengan ramai ramai melaungkan azan

Wednesday, February 19, 2014

SEHARI KHATAM QUR'AN 2 KALI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Antara mu'jizat Nabi Muhammad S.A.W. ialah baginda dijalankan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, kemudian dimi'rajkan ke langit, dan turun kembali ke bumi sampai ke Makkah. Semuanya itu berlaku antara lepas waktu isya' hingga ke waktu subuh.

Tentulah di sini perspektif masa telah diubah oleh Allah dengan kuasa dan izinNya hanya untuk hambanya yang terpilih.

Apabila aku tulis tentang reservation aku terhadap cerita yang mengatakan ada imam yang bersembahyang sunat 1000 rakaat antara lepas isya' dan subuh, ada hamba Allah yang mempertikaikan tulisan ku, katanya, bagi sesetengah orang, waktu itu diubah perspektifnya kalau Allah mengizinkannya. Tak caya telefon nombor ini, tulisnya. Aku tidak ingin mempertikaikan apa apa. Mungkin ada orang yang dianugerahkan sesuatu yang spesial untuknya, seperti seorang imam mazhab yang boleh nampak jenis dosa yang gugur apabila seseorang mengambil air sembahyang.

Baru baru ini aku baca sebuah buku yang memuatkan cerita seorang imam besar yang mujtahid mengkhatamkan Al Qur'an sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan, maknya beliau mengkhatamkan Qur'an 2 kali sehari selama 30 hari bulan Ramadhan. Kalau Allah mengizinkannya tentulah masa yang panjang boleh dicompact kan nya supaya imam ini boleh khatam 2 kali sehari.

Tetapi aku lebih senang dan lebih mudah terima cerita Al Marhum HAMKA dalam kitab tafsirnya, Tafsir Al Azhar yang mengatakan beliau khatam membaca Qur'an lebih 100 kali selama 2 tahun semasa dalam tahanan.

Thursday, February 6, 2014

TRAFEL YG KENA LOG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته








Kalau tidak di log kan, tak pula yang di luar tu dapat ceritanya



Monday, January 6, 2014

RABI'UL AWWAL DLM KENANGAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته










25 Disember aku dan Kassim pergi ziarah sahabat lama Cikgu Muhammad Jamil di Bukit Rambai. Seperti biasa, ketiga tiga kami yang sudah sampai umur pencen wajib mencerita segala ailment yang masing masing hadapi. Biasa la tu.

Ramadhan lepas, aku minta jasabaik Kassim menunjukkan kubur Almarhum Lajim, satu watak penting dalam autobiografi aku yang sedang dalam penulisan. Rupanya kubur Almarhum Lajim tidak berjauhan dengan kubur Almarhum ayahanda ku.

Almarhum ayahanda meninggal dunia dalam bulan Rabi'ul Awwal. Sekarang kita berada dalam bulan yang sama.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, ayahanda ku berpesan: pakat baik baik.

Adakah sibling aku pekak badak




Thursday, December 19, 2013

APA ITU MAQAM YG TERPUJI?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Al Marbawi, dalam kitabnya Bahrul Mazi mengenai syarah hadis Tarmizi, Juzu' 2, m.s. 89, masalah 184, menerangkan maksud doa selepas azan pada patah perkataan maqam yang terpuji:

Intipatinya, semasa huruhara di hari akhirat, manusia meminta syafaat daripada Nabi Adam, beliau tidak mampu kerana telah engkar perintah Allah agar tidak menghampiri satu pohon di syurga. Mereka beralih kepada Nabi Nuh, beliau tidak boleh memohon syafaat kerana telah mendoakan kaumnya agar diturunkan bala. Mereka beralih ke Nabi Ibrahim, beliau tidak boleh kerana telah berbohong 3 kali (mengaku sakit -Asshaffaat 37:89; mengatakan patung besar memecahkan berhala lain-Al Anbiya 21:63; mengatakan Sarah isterinya sebagai saudaranya, untuk mengelak dirampas oleh raja zalim). Mereka beralih ke Nabi Musa, tetapi beliau telah membunuh satu orang yang tidak disuruh bunuh. Mereka beralih ke Nabi Isa, juga beliau tidak boleh memberi syafaat, tetapi mengsyorkan mereka pergi ke Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila Nabi Muhammad diminta memberi syafaat, baginda bertelut di bawah arasy dengan segala puji kepada Allah sehingga ada suara yang memerintah baginda bangkit dan minta apa yang dikehendaki.

Baginda mengatakan: Ya Allah, umatku, ya Allah, umatku, ya Allah, umatku.

Inilah yang dinamakan Maqam Mahmud, maqam yang terpuji.

Monday, December 2, 2013

BERSERBAN DLM KUBUR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apabila sampai masanya semua makhluk akan menemui tuhannya. Semuanya akan tinggal, melainkan tiga perkara: Amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapa.Ku lihat sepintas lalu jasad yang sedang disempurnakan kafannya sebelum didirikan solat untuknya. Juga semasa aku meninjau ninjau tempat permandian si arwah, aku melintasi peralatan pengkafanan yang telah disediakan terlebih dahulu sebelum mayat dimandikan.

Dari jauh ku teliti apa yang telah disediakan, oo, sama seperti pada kebiasaannya. Cuma yang aku masih tertarik ialah turut disediakan serban bagai tujuan dipakaikan kepada mayyit tersebut. Aku telah lihat serban untuk mayyit beberapa kali sebelum ini.

Mengapa dipakaikan serban apabila sudah arwah? adakah itu satu pengiktirafan bahawa serban itu perlu bagi seseorang di alam akhiratnya?

Mengapa kau tidak pilih menyerbankan kepala mu semasa kau hidup, tetapi diserbankan ketika kau dalam kubur?



Thursday, November 21, 2013

BELAJAR HAL AZAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Membaca sehelai atau seperenggan kitab hadis setiap hari bekerja menjadi amalan ku. Sampai bab azan atau bang. Banyak kelebihan bagi mereka yang menjadi muazzin



Saturday, November 9, 2013

SURAU MASJID PERLU AUDIO ENGINEER?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tempat di mana aku tinggal terdapat banyak surau. Mungkin sekarang angkanya sudah melebihi 20 buah.. Ada diantara surau surau ini saiznya menyemai masjid, atau mungkin lebih baik daripada masjid di setengah tempat.

Juga ada diantara surau surau ini yang dapat tauliah untuk mendirikan solat jumaat.

Yang musykil dihati aku ialah orang Islam telah hilang ilmu mengenai design atau architecture, hilang ilmu mengenai pencahayaan, hilang ilmu tentang ventilation, hilang ilmu tentang pendengaran.

Ada surau, yang didirikan solat jumaat, binaannya terlalu rendah, dipasang cermin gelap yang menjadikan ruang solatnya gelap dan samar. Ada surau yang sistem pembesar suaranya bukan membantu jemaah mendengar, tetapi lebih kepada membantu jemaah tidak mendengar.

selain imam, bilal dan muazzin. surau surau di sini mungkin memerlukan audio engineer.

Tuesday, November 5, 2013

SELAMAT MA'AL HIJRAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1435 kepada semua warga dunia.

Happy new hijriah year, begitulah lebih kurang kata Sulaiman, dari Kuwait kepada kami. Dia juga mengingatkan yang setiap satu abad baru akan muncul seorang mujaddid. 

Pada masa itu kami berada di Penn State University, Pennsylvania USA. Mujaddid pad ketika itu mungkin Khomeini.

Tahun itu ialah 1400 hijriah

Monday, October 21, 2013

WORRY?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa bergiat dengan satu badan siasah, suasana pada masa itu amat mudah ditelah. No worry, mesti betul punya telah kau tu, iaitu, bertanding, kalah. Apabila ada jawatan yang hendak dipertandingkan, maka masing masing akan mengelak diri daripada dilantik atau terlantik, kerana jawatan itu pastinya akan menggayutkan diri anda dengan pelbagai bebanan dan tugas yang tidak penting dan tidak membawa sebarang pulangan.

Suasana berubah, apabila berkat dan hasil daripada penat jerih tadi, keadaan kalah bertukar kepada menang, walaupun menang  bukan dalam erti kata boleh menjadi raja dalam urusan keduniaan, namun ghanimahnya tetap ada. Sekurang kurangnya boleh dilantik jadi ahli majlis. Itu sudah cukup bosar, kerana yang bergayut dengan perlantikan tersebut ialah kuasa, yang dulunya sangat elusif.

Pernah ku sebutkan dalam usrah dan pertemuan kami yang sudah otai ini, dalam kes perempuan, 100 orang yang terdapat dalam badan ini, 10 adalah yang terlibat, seperti beristeri lebih daripada satu. Kalau judi, atau arak, dalam 100 adalah sorang. Tapi kalau hal duit, sama saja dengan yang diseberang pantai nuu.

Percikcokan ini bukan lagi rahsia. Bukan lagi tertutup, tetapi telah menjadi tayangan perdana dan ditonton oleh semua.

You worry? I no worry