Saturday, December 20, 2008

SOKONG BAKAL PENGANTIN PERLU UJI HIV

Assalamualaikum,


Saya setuju dengan langkah untuk mewajibkan bakal pengantin menjalani ujian HIV.



Untuk kesejahteraan semua!

UPDATE PRK 036 KT

Assalamualaikum,


Sekarang kita dah tahu siapa dia calon BN, kita tunggu pula siapa calon PAS. Pada hari penamaan calon kita lihat siapa pula calon bebas.


Selagi kau tak kena tangkap, bebas le.

PARA PELAJAR BANGKIT AKTIF DI ALAM BLOG

Assalsamualaikum,

Alhamdulillah, seminar bloggers yang dianjurkan telah berlangsung dengan jayanya.


Yang menggembirakan ialah penyertaan para pelajar.



Dan juga para guru.


Terima kasih kepada Hasbullah Pit yang telah sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau.


Terima kasih kepada YB Dr. Che Rosli Che Mat, ahli parlimen Hulu Langat yang telah merasmikan majlis.


Terima kasih kepada Al Brangi yang mempengerusikan majlis.


Di masa akan datang, kita bertemu lagi, inysaallah.

Friday, December 19, 2008

SOALAN UNTUK JAGOAN KETUANAN MELAYU

Assalamualaikum,








Kepada semua pejuang ketuanan Melayu. Cuba jawab, peta apa yang ditunjukkan diatas?

GEMPAR!SERBAN MEMBIAK!

Assalamualaikum,


Selama suku abad aku sorang aja pakai serban di universiti ini. Macam macam la orang kutuk. Tapi aku buat dono aje.
Tiba tiba hari ni serban membiak.
Ada satu pensyarah pakai serban ke ofis.
Profesor Pelawat. Bertugas di jabatan aku.
Dari India.
Berbangsa Sikh. Sekarang di tempat aku kerja dah ada dua orang pakai serban.

Thursday, December 18, 2008

KAMPUNG CINA: YOU WIN THE BATTLE, YOU WIN THE WAR

Assalamualaikum




Kampung Cina yang didiami penduduk berketurunan Cina sejak hampir 300 tahun lalu itu juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu, dibina oleh empat orang kapitan Cina iaitu Law Kian Tee, Koo Swee Lin, Hin Khang Hoon dan Wee Teck Siew. Keistimewaan perigi ini bukan sahaja kerana usianya, namun dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ. Perigi itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana airnya didakwa tidak pernah kering malah masih digunakan sehingga kini



Dalam suasana PRK 036 KT, rekod menunjukkan Parlimen Kuala Terengganu telah di menangi oleh beberapa parti sebelum ini:

Tahun Parti Majoriti
1986 BN 3324
1990 S46 1880
1995 BN 4852
1999 PAS 14488
2004 BN 1933
2008 BN 628

Kalau anda perhatikan, sejak BN memenangi kerusi ini dalam tahun 2004, trend undinya semakin menurun.


DUN Bandar di Kuala Terengganu Toh Chin Yaw telah memenangi DUN ini dalam tahun 2004 dengan majoriti 1,612 dan dalam tahun 2008 majoriti beliau menurun kepada 1,142.


Peti Undi 2004 2008
Tok Ku 46 37
Cabang Tiga -257 37
Hiliran Masjid -657 -10
Lorong Masjid -79 0
Pulau Kambing 1251 -81
Kampung Cina 150 -217
Pejabat Bandaran 1047 142
Paya Bunga 232 -32
Pantai Terengganu 704 -1
Undi Pos -176 4
Jumlah 1991 -405





Peti Undi 2004 2008 %Cina
Pulau Kambing 1251 -81 40.8
Kampung Cina 150 -217 83.6
Pejabat Bandaran 1047 -142 69.2
Paya Bunga 232 -32 49.7



Dalam tahun 1999, PAS telah berjaya mendapatkan banyak undi daripada 4 peti undi yang majoritinya pengundi Cina, tetapi sokongan ini semakin kurang dalam tahun 2008.



Sekiranya prestasi PAS di tiga DUN lagi dapat dikekalkan, maka pertarungan sebenarnya ialah di empat peti undi yang majoritinya pengundi Cina, dan Kampung Cinalah yang mempunyai pengundi Cina yang paling ramai.



Kalau PAS boleh memenangi Kampung Cina, PAS boleh memenangi P036




SEMINAR BLOGGERS 20 DEC 2008

Assalamualaikum,


Sekali lagi saya jemput semua bloggers, blogawan, blogawati, blogputra dan blogputri datang ke seminar yang kami anjurkan.

Anda UMNO, PAS, BN, PR tiada parti, tiada pendirian, ada pendirian tapi tiada parti dan semua yang berminat, dijemput.

Suasana: Santai Sentiasa

Tarikh : 20 Disember 2008 (Sabtu)

Tempat: Bilik Seminar, Masjid Jamek Hasanah,Bandar Baru Bangi, Selangor

Cara nak sampai: (kalau reti baca peta, rujuk peta)

1.Ikut lebuhraya PLUS, masuk tol UKM
2. Bayau tol.
3. Jumpa roundabout pertama, lencung jam 9:00
4. Jumpa traffic light 1, 2, 3 :traffic light kat Warta tak kira
5. Pada traffic ke 3, belok kiri.
6. Nampak dah masjid.
7.Parkir kereta
8. Cari Dewan Seminar masjid.

ATURCARA
8.00 pagi :Pendaftaran :yang jaga: Sdr. Md. Nor, Azlan dan Hj.Amir
8:20 Pembukaan- Master of Ceremony: Al Brangi
8:25 Perasmian [YB Dr. Che Rosli Che Mat; ahli parlimen Hulu Langat]



8:35 Sesi 1 [Prof. Dr. Hamirdin Ithnin]
Tajuk: Menajamkan Idea Anda
1. Bagaimana nak dapat idea. 2. Bagaimana nak tulis. 3.Etika menulis blog 4. Apa yang hendak ditulis
Q&A



9:30 Relaks-


9:35 Sesi 2 [Hasbullah Pit]
Tajuk: RSS dan Aliran Maklumat Blog Tempatan
Q&A


10:35 rehat & minum & berkenalan :Nasi lemak dan teh tarik


11:00 Sesi 3. Taaruf bagi semua bloggers
Perkenalkan diri, perkenalkan blog anda, bertanya khabar, sesi bergambar

11:30 Sesi 4 Sidang Pleno -Pengerusi Al Brangi
Tiga ahli panel, dipilih pada hari tersebut dikalangan anda yang hadhir
seorang ahli panel berucap 10 minit
Selesai ketiga tiga berucap, sesi diskusi


12:55 Resolusi
1:00 Penutup : tentatif: YB Dr. Shafie Abuk Bakar ADUN Serdang
dan Tamat

Solat Zuhur.
Restoren ada banyak. Pilih saja lah. Lepas makan, bayau.

MISKIN PUN TAK APA, ASALKAN.....

Assalamualaikum,


1. Hasil minyak banyak.

2. Dari royalti jadi wang ehsan kemudian jadi royalti kembali.

3. Duit banyak, cari jalan masukkan dalam poket sendiri. Kalau tak licik dikejar BPR.

4. Kejar aje.

5. Kalau tak pakai Merc, itu bukan ameno teganu namanya.


6. Mat Said kata dalam 3 tahun lepas RM 80 juta hangus.

7. Golden Pharos Sdn Bhd (kalau terjemah namanya jadi Firaun Emas Sdn Bhd) rugi kata Mat Said

8. Syarikat Percetakan Islam Terengganu; rugi kata Mat Said

9. Permint-Suterasemai Sdn Bhd; rugi kata Mat Said


10. Baru ni dapat RM 406 juta

11. Nanti dapat RM 10 billion atau RM 10,000,000,000.00


12. Berapa banyak sifar daaa.

13. Harap rakyat marhein Terengganu tidak dapat sifarnya saja

14. Sebab bila mulut terlopong, ia membentuk sifar.

15. Kan dulu dah dapat royalti.

16. Kenapa rakyat Terengganu miskin lagi?


17. Dari 1978 hingga Februari 2000, Teganu dapat royalti RM 7 bilion, atau RM 7,000,000,000.00


18. Tetapi team W Moktar tinggalkan hutang RM 700,000,000.00


19. Macam mana duit lesap?


20. Senang je. Tubuh anak syarikat. Lepas gasaklah bajet kat situ


21. Buat bangunan mahal mahal 1.Muzium Negeri 2.mahkamah syariah KT 3.Perpustakaan Negeri Terengganu 4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu 5. Bangunan Darul Iman


22. Dalam tenure Idris Jusuh 1. Masjid Kristal 2. Monsoon Cup 3. kau cari sendiri yg lain


23. Hingga 1998, Perwaja rugi RM 3,500,000,000.00


24. Kerajaan Negeri Terengganu punyai 19% saham. Rugi sebanyak RM 671,545,880.00 --sikit aje.


25. Senarainya panjang lah. Orang Teganu tahu lah sendiri. Ada banyak lagi kalau nak tulis. Nanti kau orang tak larat baca.


26. Rakyat Teganu tak mengeluh pun.


27. Kekal dalam kemiskinan pun tak apa.


28. Harga barang di Terengganu mahal pun tak apa.

29. Mundur dari segi tamadun pun tak apa.

30. Asalkan UMNO perintah.

Wednesday, December 17, 2008

SANTUN IS THE KEY

Assalamualaikum,


If PAS could maintain its performance in the Batu Burok, Wakaf Mempelam and Ladang constituencies in the coming by-election and wrest sizeable votes from the KT Bandar constituency, then rest assured, they are poised to win.



Terengganu folks may be a little rough at times, but if PAS workers can maintain their santun throughout the campaigns, they can pull it through.


Aggressive and unethical campaigning may spell disaster. For all parties.

Tuesday, December 16, 2008

KENAPA PERLU TAKUT TAKUTKAN RAKYAT?

Assalamualaikum,



Kenapa perlu takut takut rakyat dengan menghebohkan kononnya empang akan pecah? Macam mana pula sisa toksik boleh masuk dalam empangan sedangkan kilang kilang berada di bahagian hiliran?



Ini semua nak kena baling dengan kasut ni.

INTERNET EXPLORER ADA SECURITY BREACH?

Assalamualaikum,




Microsoft kata Internet explorer kena ceroboh ke? macam mana nak tukar browser lain hah. Siapa boleh ajar?

MUSYKIL MENGENAI P.A.S.T.I. TERENGGANU

Assalamualaikum,



Sudah lama saya ingin bertanya hal ini, tetapi tidak berkesempatan.



Dalam Harakah 1395, 3-6 Zulhijjah, 1-4 Disember 2008, mukasurat N28 dinyatakan sesi pengajian PASTI Terengaanu dilanjutkan. Waktu pembelajaran dilanjutkan dari 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah II PASTI Negeri, Ghazali Che Omar.
Musykil 1. Waktu pembelajaran 8:00 pagi - 5:00 petang - adakah laporan tersebut tepat? kerana kalau pendidikan pra sekolah sedemikian lama, semua teori pembelajaran pra sekolah habis disanggah.
Musykil 2. Waktu pembelajaran 2008: 8:30 - 11:45 (195 minit termasuk rihat), dalam tahun 2009 ia ditambah menjadi 8:00 - 5:00 (540 minit termasuk rihat). Perubahan ini melibatkan penambahan masa sebanyak 345 minit, tetapi diikuti oleh penambahan yuran sebanyak RM 5.00 sahaja ( 2008 RM 15.00; 2009 RM 20.00). Adakah ini dilaporkan dengan tepat?
Musykil 3. Dengan penambahan masa khidmat yang begitu banyak, adakah staf PASTI Terenganu bersedia mengharunginya?
Perbandingan
Saya perturunkan di sini amalan kami di Selangor. Ambil contoh PASTI yang saya kendalikan:
Negeri: Selangor
Kawasan: Serdang
Waktu belajar PASTI

Mula 8:20 pg Akhir 11:35 pg Hari Isnin-Khamis
8:20 pg 11:05 pg Jumaat

Yuran belajar ialah RM 80.00 . Memanglah harga di tempat saya tidak sama dengan harga di Terengganu, tetapi harga tersebut sangat kompetitif dengan saingan yang ada di sini, kerana rata rata tadika lain mengenakan bayaran sekali ganda lagi.
Tetapi selepas habis waktu belajar, khidmat yang ditawarkan bukan lagi khidmat akademik, ia bertukar kepada khidmat penjagaan. Dan untuk khidmat ini, charge berlainan dikenakan. Juga bidang kuasa PASTI negeri terhad pada masa akademik sahaja.
Oleh kerana ramai diantara pelajar kami yang ibu dan bapa mereka bekerja, maka khidmat penjagaan sangat diperlukan. Dengan itu khidmat day care disediakan.

Mula 6:30 pg Akhir 6:00 ptg
Tiada OT hingga 6:15 ptg OT RM 2.00 6:16 - 6:30OT RM 6:31 - 7:00 ptg
Caj Overstay 7:01 ke atas

Bagi mereka yang memerlukan khidmat day care ini, charge tambahan dikenakan ialah RM 170.00. Jadi yuran bulanan bagi seorang anak yang belajar beserta dengan penjagaan ialah RM 80.00 + RM 170.00 = RM 250.00
Khidmat ini termasuk: 1. Pelajaran akademik. 2. Penjagaan. 3. Makan 4. Pelajaran ko-kurikulm 5. Asas fardhu 'ain 6. overtime 7. overstay (6 dan 7 dikenakan bayaran tambahan)
Memanglah suasana di Selangor tidak sama dengan di Terengganu. Tetapi ada satu yang sama. Cikgu sering merungut kalau disuruh kerja lebih.
Cikgu Azrin nak komen sikit?

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 38

Assalamualaikum,

...............continued from part 37


Betrayal of Islam by the Nationalists: Pakistan


In an interview given to the press in 1940 Jinnah stated that Pakistan would embrace two autonomous states or provinces, one comprising of the North West Frontier Province, Sind and Punjab, and the other Bengal and Assam. It would be an Islamic State, with constitutional democracy (Wiber, 1964; pp. 106).
In 1942, the British offered the Cripps Mission which was rejected by both The National Congress and the All-India Muslim League for different reasons. The Congress launched Quit India resolution which demanded that British rule in India end immediately, which resulted in open rebellion and break out of disorders.
In 1944, the Muslims and Hindus of India went seperate ways due to the failure of talks between Gandhi and Jinnah. In 1945, a general election was held in which the Muslim League won convincingly in the Muslim dominated areas. On May 16, 1946, the Cabinet Mission issued a statement proposing a Union of India to include both British India and the Indian (Native) States. The League did accpet the plan while the National Congress rejected it, but however, instead of forming a government from the League, the British set up a caretaker government. In August 1946, the Congress suddenly accepted the Cabinet Mission, and Nehru took office of the interim government on September 2, 1946.
On August 16, 1946 the All-India Muslim League decided to observe a Direct Action Day, for the purpose of explaining to the Muslim public all over India the resolutions that were passed by the League Council at Bombay. The day was observed peacefully throughout India except in Culcutta where communal rioting took place (Saiyid; op. cit. pp. 418). Sir Francis Turker who was in charge of the military operations during the riots held the Congress, the Muslim League and the Sikhs responsible for what was dubbed as the Great Culcutta Killing (Sayeed; 1968, pp.155)
.............to be continued

Monday, December 15, 2008

KENAPA BUKIT ANTARABANGSA RUNTUH, BUKIT PANTAI TIDAK?

Assalamualaikum,


Siapa dapat jawab!




Kenapa Bukit Antarabangsa runtuh, sedangkan Bukit Pantai dekat Restoran Amjal, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur tidak runtuh?



Siapa beri jawapan yang betul nanti aku belanja kat Restoran Amjal.

Sunday, December 14, 2008

UMNO ULANGI STAIL TUN GHAFFAR

Assalamualaikum,


Gempita luruhnya wang di Terengganu sedang gegak diperkatakan. Dengan pendahuluan wang royalti yang dulunya diseranah sebagai wang ehsan, yang bernilai lebih RM 400 juta, dan dengan wang lain untuk penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu yang dimodalkan sebanyak RM 10 billion, terlalu banyak wang yang ingin ditaburkan di Terengganu dalam masa yang terlalu singkat.
Yang pandai terbang dan hinggap sambil membawa karung wang berbilion lion ringgit semasa pilihan raya adalah almarhum Tun Ghaffar Baba. Ketiadaan Tun mudah diganti santa klaus baru.
Track record menunjukkan pemimpin UMNO Terengganu tidak punya mental capacity untuk membelanjakan wang yang banyak bagi kesejahteraan rakyat. Dari zaman petrolium mula ditemui di Terengganu sehinggalah PAS memerintah Terengganu, wang hasil daripada petrolium tidak berjaya melonjakkan tahap ekonomi rakyat Terengganu. Pada waktu mereka kalah pilihanraya 1999, rakyat Terengganu kekal antara termiskin. Rakyat Terengganu masih jauh tertinggal dari segi ketemadunan.
Kekangan yang dijerut dileher PAS tidak memungkin PAS buat satu magic menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu dalam masa yang sangat terhad, tetapi dalam tenure Idris Jusuh, dengan wang ehsan yang melimpah ruah, masih lagi rakyat Terengganu masih lagi membawa tagging miskin. Masih lagi rakyat Terengganu dilihat sebagai kolot dari segi ketemadunan.
Ketiadaan mental capacity inilah yang menyebabkan negeri Terengganu ada masjid kristal, yang tidak diperlukan oleh rakyat Terenganu. Ada temasya Monsoon Cup, yang tidak difahami oleh rakyat Terengganu. Pada masa yang sama juga cengkaman kemiskinan dan kemunduruan ketemadunana pada rakyat Terengganu masih terus menerus mendera mereka.
Dalam tenure Idris Jusuh, dengan wang ehsan 1 bilion, rakyat Terengganu masih tidak mendapat titisan wang tersebut, kenapa? Sebabnya ialah UMNO tidak tahu macam mana nak jadikan wang yang begitu banyak masuk ke poket rakyat. Yang mereka sangat arif ialah bagaimana nak masukkan wang yang banyak ke poket mereka.
Dengan wang RM 400 juta untuk dibelanjakan sebelum 17 Januari 2009, adakah anda kira Ahmad Said punyai mental capacity untuk mencari cara bagaimana rakyat boleh menerima manafaat daripada wang tersebut? Paling bergeliga caranya nanti ialah dengan mengangkut wang tunai berkilo kilo dan diagih secara tunai kepada kononnya rakyat. Perkataan rakyat adalah smoke screen merujuk kepada kroni UMNO.
Oleh itu, wahai rakyat Terengganu, dan wahai pengundi parlimen Kuala Terengganu, anda akan saksikan nanti, pelbagai bangunan yang tidak membawa faedah kepada rakyat dibina di Terengganu. Pelbagai temasya dianjurkan dengan harga berjuta ringgit kononnya untuk mempromosi Terengganu. Pelbagai pelaburan luar negara akan diisytihar dan dimasyhurkan di seluruh pelusuk jajahan Terengganu.
Selepas itu anda akan dengar, projek itu gagal. Pelaburan ini rugi. Anak syarikat rugi. itu rugi dan ini rugi. Diikuti oleh kata kata hikmat: kerajaan tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan.....
Dan setiap kali UMNO menang pilihanraya, segala onar ini akan terampun dengan sendirinya.
Melainkan rakyat Terengganu ini bingkas daripada kemiskinan ini. Bingkas daripada penipuan ini. Bingkas daripada kemunduran ketemadunan ini. Melainkan rakyat Terengganu menghukum si pelaku onar. Melainkan anda hentikan hobi menjadikan rakyat Terengganu miskin.
Dengan itu pengundi Terengganu, khasnya Kuala Terengganu, kena bingkas menolak UMNO.
Seperti almarhum Tun yang bingkas meninggalkan Terengganu apabila disengat tebuan semasa berkempen pilihanraya.

GEMPAR! REKOD DUNIA AKAN DICIPTA DI PRK KT

Assalamualaikum,



Sekiranya Lim Kit Siang turun berkempen untuk PAS dalam PRK KT ini, ia akan menjadi satu rekod dunia kerana sebelum ini pemimpin politik tersebut belum lagi pernah berkempen secara langsung untuk PAS.


Ini akan memberi kesan besar yang sangat membantu kepada jentera pilihanraya PAS.
Walau bagaimana pun, sekiranya Karpal Singh turun berkempen untuk PAS dalam PRK KT ini, ia akan menjadi rekod dunia yang lebih besar lagi, dan juga akan menjadi aset yang lebih besar lagi, kerana Singh ini sangat kritikal terhadap PAS.
Remember over my dead body?

MENGANGKAT CAMERON HIGHLANDS KE TARAF DUNIA

Assalamulaikum,






Satu anugerah yang tidak dipunyai oleh negra lain seperti yang dipunyai oleh Malaysia ialah iklim tanah tinggi yang nyaman seperti yang dipunyai oleh Cameron Highlands. Tetapi kemajuan yang ditunjukkan oleh pusat percutian dan peranginan ini tidak membawanya ketaraf dunia.












Hanya iklim sahaja yang dipunyainya yang unik dan menjadi satu aset besar, yang lainnya bersifat keterbelakangan serta kemajuan yang terlalu lembab. Setiap musim cuti sekolah Cameron Highlands akan dikunjungi oleh ramai pelawat dn pelancung, tetapi prasarana yang disediakan tidak melonjakkan pusat peranginan ini ke taraf dunia. Hanya sekadar taraf kampungan.






Barangan yang dijual oleh peniaga peniaga di Cemeron Highlands tidak menunjukkan apa apa keunikan, dan mereka saling bersaing antara satu dengan yang lain menawarkan barangan yang sama.









Keadaan gerainya sama seperti mana mana gerai di Malaysia, barangan yang sentiasa bergantungan, kemah yang lusuh dan seberang seberut. Kekotoran sampah sarap sama seperti mana mana pekan atau bandar di Malaysia.






Semasa musim cuti sekiolah ini ramai orang yang datang berduyun, dan dengan itu berlaku kesesakan jalan raya. Sama seperti kesesakan di mana mana bandar di Malaysia. Tempat meletak kereta yang tidak tersusun dan simpang siur serta sentiasa tidak mencukupi menjadikannya sama bertaraf kekampungan seperti tempat tempat lain di negara ini.








Mencari tempat buang air atau toilet juga sama seperti tempat tempat lain di Malaysia. Sekiranya toilet berbayar yang diusahakan oleh pihak perendirian, keadaanya boleh tahan, walaupun ada juga yang tidak memuaskan, tetapi kalau yang dikorporatkan oleh pihak PBT, memang tidak memuaskan langsung.

Bilakah pihak berkuasa tempatan ingin menaikkan taraf Cameron Highlands ini kepada taraf dunia. Adakah mereka telah puas hati dengan pencapaian pusat peranginan ini yang masih lagi bertaraf kekampungan? Sedangkan ia berpotensi untuk menjaguhi dunia?