السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tahun 1990, untuk menyelesaikan logistik fieldwork student, aku dan Luli ke mindef mohon pertolongan. Kerani sedang bertugas menjeling jeling aku, dan tanpa ku sedari membisikkan sesuatu kepada Luli. Kau jaga jaga orang itu, maksudnya suruh Luli berhati hati dengan aku, kerana aku berserban dan berjanggut. Luli beritau don't judge a book by its cover.
Pada masa itu FIS sedang berjuang melawan penipuan pemerintah di Algeria. Otak kerani tu dicetak oleh media untuk rasa takut, benci dan tidak mempercayai mereka yang mempamir unsur unsur keIslaman. Maksudnya, kalau tidak dilatih untuk berfikiran kritikal, otak ramai orang boleh dibentuk atau dicetak supaya setuju dengan pendapat yang mahu dipromosikan.
Dan perkara ini berlaku terus terusan. Kalau media kata mereka mahu guling kerajaan, maka otak yang mudah dicetak akan setuju, menerima dan mempertahankan pandangan sedemikian, walau apa kedudukan pun yang disandang.
Sebab itu kalau kau jengah dalam tong sampah, misalnya jenis roll on roll off, kemungkinan kau akan jumpa otak di situ