Saturday, July 9, 2011

TANGKAPAN PALING BESAU

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Daripada sejumlah tangkapan yang dilakukan , yang paling besau dan paling berharga ialah yang di bawah ini



betulkan? Sebab dia duduk kat rumah aje. Jongos dia ade ke?

CHECK LATEST DEV ON MY FB

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

YEAH, JUST THAT

Thursday, July 7, 2011

LUCUTKAN KERAKYATAN IBRAHIM ALI?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada cadangan daripada kerabat BN supaya kerakyatan Ibrahim Ali dilucutkan, seperti di sini



Pandangan kau macam mana?

Wednesday, July 6, 2011

BN TUMBANG?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Ini adalah keputusan survey yang dilakukan oleh Malaysian Insider mengenai nasib BN. Ia dilakukan di Johor, tempat menetasnya umno, dan kubu kuat bn






Apa yang boleh kau simpulkan di sini?

GUNTING MAHA AJAIB

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Semasa usrah last night kami sambung cerita kenturkey. Diberitakan sebelum ini ada orang yang mengambil video seorang penjual air beancurd meludah ke dalam balang airnya. Mungkin itu petua dia untuk melariskan jualan. Berita dirakam di bandar baru bangi, selangor



Beberapa hari lepas seorang rakan menunggu anaknya untuk diambil dari sekolah. Di situ juga ada penjual aiskrim homemade. Penjual ini juga adalah rakan kepada kawan ini. Penjual ini menyediakan satu gunting, biasanya digunakan untuk memotong hujung plastik pembungkus aiskrim supaya mudah terbuka, dan memudahkan anak anak yang beli memakan aiskrim tersebut.

Juga penjual menyediakan satu towel kecil, gunanya untuk mengelap cebisan air pada plastik aiskrim tersebut.



Kawan ku ini perhatikan penjual aiskrim ini, sementara menunggu anak anak sekolah keluar dari sekolah, dia menggunting gunting bulu hidungnya dengan menggunakan gunting yang ada padanya.


Selepas itu, diambilnya towel kecil tadi dan menyapu nyapu hidungnya menggunakan towel ini.


Kemudian anak anak keluar sekolah setelah tamat sesi belajar dan berkejar beli aiskrim homemade ini. Penjual selamba aje potong bungkusan aiskrim dengan gunting tadi, dan selamba aje menyapu aiskrim dengan towel tadi.

Berlaku di bandar baru bangi. Sekolah rendah jalan 2

Tuesday, July 5, 2011

KENTURKY FRIED KASUT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kembang juga tekak bila tengok utiub pekerja kenturkey menyapukan ayam yang telah disalut tepung ke kasutnnya bahagian tapak.


Sebenarnya masa aku berumur sekitar 8,9 tahun dahulu pernah aku lihat satu peristiwa. Semasa orang sedang bekerja untuk menyiapkan makanan bagi sebuah jamuan kenduri kawin, anak muda pada ketika itu bertugas memarut kelapa dan memerah santan.


Aku masa itu budak budak menyebuk saja.


Sambil orang muda muda ini menyiapkan santan, mereka saling cabar mencabar antara satu sama lain, siapa berani ludah dalam santan tu.

Seorang daripada mereka lantas khaaaak.... ptuihh ke dalam besen santan tu. Lepas tu diikuti pula oleh seorang lagi. Aku tidak ingat berapa orang yang khaaak ptuiih ke dalam besen santan tu.


Orang yang buat kerja tu sampai hari ini aku ingat namanya. Tidak tahu masih hidup lagi ke atau x

Monday, July 4, 2011

SUKU JUTA BABI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kau ingat lagi musibah JE yang melanda Malaysia hujung 90an dulu? Satu tempat yang paling teruk dilanda oleh musibah tersebut ialah Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Pada ketika memuncaknya serangan musibah tersebut, tempat ini terdapat suku juta babi yang diternak. Terbesar di Asia Tenggara dari segi bilangan.


Sekarang tiada lagi. Tiada babi dan tiada JE


Gambar adalah masjid jame' bagi kariah tersebut. Maaf mutu gambar kurang bagus kerana kamera hp tidak sebagus kamera biasa.

Tapi kenapa kubahnya biru?

Sunday, July 3, 2011

SIAPO NI?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته









TKI keno upah buat demo ko?

MASJID TERAPUNG DARUL QUR'AN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ada juga anak perempuan mencuba cuba untuk belajar di Tahfiz Darul Qur'an, Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor. Namun apa kan daya.


Masjid di sini di bina berhampiran lombong lama. Empang yang pecah tu dulu dah dibiarkan, sekarang ada empangan lain yang lebih besar berhampiran.

Gambar dirakam 2004