Friday, May 2, 2008

BANJIR DI ALOR GAJAH: PART I

Assalamualaikum
Pada 30 april 2008 yang lepas Alor Gajah telah dikejutkan dengan banjir besar. Sejak kebelakangan ini negeri Hang Tuah ini sering dilanda banjir. Pada awal 2007 dulu juga berlaku banjir yang menyebabkan kawasan-kawasan yang hampir dengan kampung saya ditenggelami air dengan teruknya. Begitu juga dengan Alor Gajah. Pekan Alor Gajah sendiri telah digenangi air setinggi paras pinggang, begitu juga dengan Masjid Tanah, Brisu, Taboh Naning, Simpang Ampat, kampung Ayer Pa'abas, Melekek Luar, Sungai Buluh, Kampung Ulu Ayer, Cerana Putih, Kampung Perling dan sekitarnya.
Kita baca juga berita yang mengatakan bahawa ketua menteri Melaka ingin memohon peruntukan RM 100 juta untuk membina Empangan di Sungai Jernih, yang mengikutnya akan menjadi usaha tebatan banjir, dan apabila empangan tersebut siap, Alor Gajah tidak akan lagi kena banjir.
Betul ke?
Sebenarnya Negeri Melaka sudah tidak mempunyai kawasan lagi yang boleh dijadikan kawasan tadahan untuk empangan. Kawasan yang diliputi oleh sistem anak Sungai Jerneh atau telalu kecil untuk dijadikan satu empangan, kerana keseluruhan kawasannya hanya meliputi stau kawasan seluas kira-kira 6 km persegi. Satu ukuran yang sangat kecil unutk sebuah empangan. Sistem Sungai Jerneh ini meliputi kawasan Hutan Simpan Ramuan China, yang sudah bertukar menjadi Felcra Ramuan China.
Sekiranya sistem Sungai Jerneh ini hendak dijadikan usaha tebatan agar Alor Gajah tidak lagi dilanda banjir, maka ia jelas menunjukkan perancangan yang tidak kena pada tempatnya. Sebabnya ialah sistem Sungai Jerneh ini akan menyalirkan air ke sistem Sungai Siput, dan Sungai Siput ini pula bertemu dengan Sungai Rembau dan mengalir ke Lubuk China.
Kalau ada kawasan yang boleh dibantu dengan siapnya empangan ini, kawasan tersebut ialah Ramuan China dan Lubuk China. Tetapi kawasan yang kena banjir pada 30 April yang lepas ialah Pekan Alor Gajah, Taboh Naning, Brisu, Kelemak dan lain-lain lagi. Banyak daripada kawasan yang kena banjir ini tidak ada kaitan dengan sistem saliran Sungai Jerneh.
Sistem saliran Pekan Alor Gajah sebenarnya dipengaruhi oleh saliran yang dikenali sebagai Tali Ayer Solok Tebat dan Tali Ayer Jelatang, yang tidak dipengaruhi oelh sistem Sungai Jerneh. Taboh Naning pula dipengaruhi oleh sistem Sungai Simpang Ampat. Brisu pula dipengaruhi oleh sistem anak Sungai Brisu yang mengalir masuk ke sungi Siput. Melekek dan Simpang Ampat pula dipengaruhi oleh sistem saliran Sungai Simpang Ampat yang juga mengalir masuk ke Sungai Siput, tetapi sistem Sungai Simpang Ampat ini adalah lebih besar lagi jika dibandingkan dengan sistem Sungai Brisu. Pekan Masjid Tanah pula dipengaruhi oleh sistem Sungai Batu.
Jadi apa yang berlaku ialah tempat-tempat yang dilanda banjir tempoh hari bukanlah dengan mudah sahaja diselesaikan masalahnya hanya dengan membina empangan di sistem Sungai Jerneh.
Faktor yang menyebabkan banjir tersebut ialah pertama faktor meteorologi, iaitu hujan yang turun dengan lebat dan diluar kebiasaan. Faktor ini adalah diluar kawalan manusia. Tetapi banjir atau kenaikan air yang teruk tersebut mungkin tidak akan berlaku sekiranya satu faktor lagi tidak beroperasi. Faktor ini disebut sebagai faktor antropogenik. Faktor ini ialah faktor aktiviti manusia, iaitu manusia telah merosakkan alam sekitar sehingga perjalanan unsur-unsur alam sekitaar tidak lagi mengikut keadaan aslinya. ia bermaksud banjir ini menunjukkan keadaan alam sekitar yang tekejut hasil daripada eksploitasi manusia.
Yang berlaku dalam banjir tersebut ialah permukaan bumi di Alor Gajah menghasilkan terlalu banyak air larian permukaan, iaitu air yang kita lihat menglir dipermukaan bumi sebaik sahaja hujan turun. Kalau air jenis ini dihasilkan terlalu banyak, maka sistem saliran yang sedia ada tidak mampu untuk menampungnya.
Disini tumbuhan, terutamanya hutan, memainkan peranan penting untuk menahan, menyederhana, menyerap dam melambatkan perjalanan air permukaan ini. Bukit-bukit yang saya sebutkan disini sepatutnya ditumbuhi oleh hutan hujan tropika, tetapi keadaan ini tidak lagi berlaku sekarang. Bagi Pekan Alor Gajah: Bukit Kukus berhampiran dengan Kampung Ulu Pegoh; Bukit Tunggal dan Bukit Putus berhampiran dengan kampung Kelemak dan kampung Ulu Kelemak; juga Bukit Tujoh...
Esok sambung lagi dengan part II

Thursday, May 1, 2008

I.S.A. DAN PERANG KHANDAQ

Assalamualailum,

Dalam perang Khandaq, Negara Islam Madina telah digugat oleh gabungan Ahzab yang terdiri dari Quraisy dari Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufian, kumpulan Ghatafan dan Bani Quraizah. Gabungan ini bertujuan untuk menghancurkan orang Islam dan negara Islam Madina.
Bani Quraizah adalah kumpulan orang Yahudi yang menjadi sebahagian daripada kumpulan yang telah menerima piagam Madina yang mana mereka setuju untuk bernaung dalam negara Islam Madina dan menjadikan Rasulullah sebagai ketua mereka. Tetapi dalam perang Khandaq, mereka telah belot dan bergabung pula dengan musuh dengan tujuan untuk menjahanamkan Islam, orang Islam dan negara Islam. Ini jelas menunjukkan mereka adalah bahaya bagi keselamatan negara Islam Madina, dan dengan itu Bani Quraizah ini adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.
Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini bukanlah dengan cara meyumbat mereka ke dalam penjara tanpa bicara seperti yang dilakukan oleh ISA.
Setelah Quraisy dan puak Ghatafan diporak perandakan oleh ribut besar yang menyebabkan mereka terus undur daripada menyerang Madina, dan setelah tentera Islam kembali ke Madina, Jibril telah memberi tahu Rasulullah s.a.w. supaya pergi ke kawasan Bani Quraizah untuk menyelesaikan isu ingkar perjanjian yang telah mereka lakukan. Kawasan dan kubu mereka telah dikepung selama 25 hari, dan akhirnya mereka menyerah diri. Setelah ini, Rasulullah s.a.w. telah mengadili mereka, dengan maksud dinyatakan pertuduhan terhadap mereka, dan disediakan mahkamah bagi mereka supaya mereka dapat diadili.
Perhatikan mutu keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kes ini: siapakah orang yang kamu ingin dijadikan hakim? sabda baginda kepada pemuka bani Quraizah. Menunjukkan di sini baukan mereka tertuduh diberi peluang untuk dihadapkan ke mahkamah, tetapi diberi peluang pula untuk menentukan hakim pilihan mereka sendiri; sebabnya ialah pertuduhan ini adalah pertuduhan yang berat, yang mengancam keselamatan negara, maka pihak yang dituduh itu hendaklah diberi peluang seluanya untuk mempertahankan diri di mahkamah.
Pemuka Bani Quraizah mengemukakan nama Sa'ad bin Mu'az , ketua Bani Aus. Sahabat ini adalah bekas sekutu Bani Quraizah semasa jahiliyah. Politik mereka ialah Sa'ad bin Mu'az akan menyebelahi mereka seperti kebiasaannya semasa jahiliyah.
Mengenai Sa'ad bin Mu'az pula dalam perang Khandaq seorang tentera musyrik telah memanah beliau dan mengenai lengannya dan menusuk hingga ke urat halusnya. Bahagian ini adalah amat sukar untuk diubati, dan kalau terkena panah, kemungkinan mati adalah tinggi. Darah Sa'ad mengalir setitis demi setitis menjumpai Allah.
Melihat ini, Rasulullah s.a.w. mendirikan satu kemah dalam masjid dan Sa'ad dibaringkan di dalamnya untuk mendapatkan rawatan. Sa'ad sendiri yang darahnya terus mengalir membasahi kemah menatap ke arah kiblat dan berdoa: Ya Allah, jika Engkau dan Rasul Mu s.a.w. bermaksud untuk meneruskan perang terhadap orang orang Yahudi, maka biarkan aku hidup untuk mengikuti perang itu. Jika tidak matikanlah aku ketika ini juga.
Apabila Bani Quraizah memilih Sa'ad bin Mu'az untuk menjadi hakim, maka Rasulullah s.a.w. mengutus orang untuk menjemput Sa'ad bagi menyelesaikan masalah negara yang sangat penting ini.
Menurut Abdullah Yusuf Ali, penterjemah Al Qur'an ke Bahasa Inggeris dalam komentarnya mengenai ayat 26 Surah Al Ahzab (nota kaki no. 3703), beliau menulis bahawa Sa'ad bin Mua'z menggunakan Undang-Undang Yahudi dari Kitab Taurat, yang mana undang undang ini tidak membawa hukuman seberat yang layak bagi jenayah yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah.
Dalam kes seperti ini, undang-undang Yahudi dalam Taurat menyediakan dua pilihan:
1. Dalam Deut xx 10-18: the treatment of a city which is very far off from thee
2. the treatment of a city of those people which the Lord thy God does give thee for an inheritance iaitu cukup hampir untuk merosakkan ugama Yahudi.
Kalau diambil pilihan nombor 2, maka hukumannya ialah penghapusan menyeluruh, seperti dalam Taurat Deut xx 16: thou shall ave alive nothing that breatheth.
Mengikut standard atau piawai Yahudi pada ketika itu, kesalahan Bani Quraizah melayakkan mereka dikenakan hukuman penghapusan menyeluruh, samada lelaki, perempuan atau kanak kanak. Mereka pada ketika kesahalan dilakukan berada di bumi Madina dan telah ingkar perjanjian serta membantu musuh untuk memusnahkan negara Islam Madina.
Sa'ad bin Muaz telah memilih pilihan pertama yang lebih lembut yang termaktub dalam undang undang Yahudi: Taurat; Deut 13-14 : thou shall smite every male thereof with the edge of the sword: but the women and the little ones, and the cattle, and all that is in the city, even all the spoil thereof, shalt thou take unto thyself; and thou shalt eat the spoil of the nine enemies, which the Lord thy God nath given thee.
Sa'ad bin Muaz memutuskan: Aku putuskan bahawa setiap yang ikut dalam perang Khandaq diantara mereka (orang-orang Bani Quraizah), mesti dibunuh sekarang juga, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan, dan harta benda mereka dirampas.
Selang beberapa hari selepas itu Sa'ad bin Mu'az kembali ke rahmatullah.
Jadi Sirah Rasulullah dan Al Qur'an sendiri (Al Ahzab:26) telah menetapkan sekiranya ada pertuduhan, samada yang mengancam keselamatan negara atau sebagainya, maka yang tertuduh hendaklah dihadapkan ke muka pengadilan. Sekiranya bersalah, jatuhkan hukaman. Sekiranya tidak bersalah, bebaskan.
Menangkap dan memenjara tanpa perbincaraan seperti dalam ISA adalah zalim.
Kaitan dengan post yang berkaitan dengan Hidayatus Salikin ialah: Imam Al Ghazali mengatakan tidak boleh makan harta orang yang jelas zalim. Jadi sebelum anda menerima belanja orang, tanya orang itu dia sokong atau tidak ISA. Kalau dia sokong, jelas zalim, tak boleh makan harta dia.
Moral of the story: jangan bersekongkol dengan orang zalim

Wednesday, April 30, 2008

BAHAN RENUNGAN: HIDAYATUS SALIKIN PART II

Assalamualaikum,

Dari kitab yang sama, bacaan yang kami lakukan malam semalam berbunyi: (mula m.s 178, baris 4 dari bawah; akhir m.s. 181 baris 3 dari atas):

Kata Imam Al Ghazali di dalam kitab Arbain fi Usuluddin ketahui olehmu bahawasanya manusia itu pada hukum enam bagi (pertama) tiada engkau ketahui akan hal orang itu adakah soleh atau fasik maka harus memakan harta pemberian mereka itu dan tiada wajid menjauh akan dia tetapi bagi orang yang wara' itu sunat menjauh akan dia itu pun jika tiada membawa kepada menyakitkan akan hati mereka iitu maka jika engkau jauh akan yang demikian itu nescaya jadi sakit hati mereka itu atau jadi liar hati mereka itu maka yang demikian itu tiada sunat bagi orang wara' menjauh akan dia terkadang lazim menerima akan dia kerana menyukakan hati manusia itu terlebih afdhal pada orang wara' itu daripada menjauh akan yang demikian itu (kedua)bahawa engkau ketahui akan orang itu soleh maka iaitu halal memakan akan harta pemberian mereka itu dan tiada sunat menjauh akan dia maka orang yang menjauh akan yang demikian itu semata-mata waswas jua bukan wara' dan terkadang menjauh akan yang demikian itu ma'siat lagi haram jika membawa ia akan menyakiti akan hati mereka itu atau membawa kepada jadi liar hati mereka itu kerana menjauh akan yang demikian itu membawa kepada jahat sangka kepada orang yang soleh dan yang demikian itu derhaka seperti firman Allah ertinya bahawa setengah daripada sangka itu jadi dosa (ketiga) bahawa engkau ketahui akan orang itu masyhur dengan zalim dan masyhur ia berjual beli dengan riba' hingga engkau ketahui bahawa segala harta mereka itu haram atau kebanyakan harta mereka itu haram seperti kebanyakan daripada orang yang zalim maka haram memakan harta pemberian mereka itu (keempat) bahawa engkau ketahui akan kebanyakan harta mereka itu halal tetapi tiada sunyi daripada harta yang haram seperti ada harta mereka itu dapat daripada pusaka atau dapat daripada berniaga dan serta yang demikian itu ada ia berkhjidmat kepada raja-raja yang zalim maka pada ghalib haarta mereka itu halal tetapi tiada sunyi daripada bercampur dengan harta yang haram, maka sugianya bagi orang yang wara' menjauh daripada harta mereka itu tetapi pada syara' tiada haram memakan harta mereka itu (kelima) bahawa orang itu tiada engkau ketahui akan halnya tetapi ada engkau lihat atas mereka itu 'alamat orang zalim seperti ia memakai pakaian asykar atau pakaian hamba raja yang zalim [kalau pakai badge BN amacam? kalau pakai topi BN dan seterusnya dan seterusnya?]maka alamat ini menunjukkan akan harta orang itu haram maka wajib menjauh akan dia dan jangan engkau makan akan harta mereka itu melainkan jika sudah engkau periksa akan dia maka jika engkau dapat akan harta mereka itu 'alamat menunjukkan akan halalnya maka harus engkau makan harta mereka itu (keenam) bahawa engkau lihat akan orang itu 'alamat yang membawa kepada fasik bukan 'alamat zalim seperti ia melihat perempuan yang hilat atau ada ia kebanyakan memakai (ada sesuatu yang hilang atau terlupa catit di sini) orang atau ia memakai emas atau kain sutera atau ia meninggalkan sembahyang semuanya ini 'alamat fasik bukan alamat zalim itu dan 'alamat zalim itu seperti mencuri dan berjudi dan menyabung dan merampas dan menganiaya akan harta orang dan barang sebagainya maka tilik olehmu akan orang itu jika engkau ketahui akan hartanya itu dapat daripada berniaga atau dapat daripada pusaka atau dapat daripada berbendang atau barang sebagainya daripada segala usaha yang halal maka harta mereka itu halal tiada haram memakan daripada harta mereka itu.
Dalam post lain nanti, kita lihat antara ISA, zalim dan Perang Khandak, insyallah. hamirdin@blogspot.com

BAHAN RENUNGAN: HIDAYATUS SALIKIN PART I

Assalamualaikum,

Semalam (Selasa malam rabu, 29/4/08), saya dan sahabat sepertimana aktiviti mingguan kami, mengadakan usrah. Salah satu daripada teks yang kami gunakan ialah sebuah kitab lama namanya Hidayatus Salikin, karangan Syeikh Abdus Samad Al Falembani, yang diterbitkan oleh Cahaya Purnama, Al Madrasah Al Diniah Al Bakriah. Tiada pula tarikh cetak kitab ini. Kitab ini adalah salah satu kitab agung di Nusantara ini, dan walau pun umur kitab ini mungkin sudah mencecah 200 tahun, namum isinya masih tetap relevan dan terkehadapan untuk kita semua jadikan panduan. Juga oleh kerana kumnpulan usrah ini telah lebih 20 tahun beraktiviti, maka penggunaan kitab ini kami rasa sebagai timely.


Kami telah sampai kepada bab yang ke 3 pada muka surat 151 dalam naskhah cetakan ini, yang menyatakan Menjauh Segala Maksiat Yang Zahir. Dalam bab ini, penulis bermula dengan ayat AlQur'an dalam Surah Ya Sin yat 65 yang berbunyi: Pada hari yang kami tegahkan atas segala mulut mereka itu daripada berkata-kata (iaitu hari qiamat) dan bertutur akan kami oleh segala tangan mereka itu dan naik saksi segala kaki mereka itu dengan suatu ma'siat yang ada diperbuat dan diushai oleh mereka itu.


Kata Syeikh Abdus Samad: Syahdan saugianya engkau pelihara akan segala badanmu istimewa pula segala anggota mu yang tujuh daripada segala ma'siat yang ditegahkan akan dia oleh Allah Taala iaitu memeliharakan mata dan telinga dan lidah dan perut dan faraj dan tangan dan kaki kerana neraka jahanam itu ada baginya tujuh pintu dan tiada masuk ke dalam tiap-tiap satu daipada pintu yang tujuh itu melainkan sebab berbuat ma'siat dengan anggota yang tujuh ini.


Maka Syeikh Abdus Samad menghurai setiap satu anggota itu. Kami mulai bacaan mengenai anggota mata ini pada 11/12/07, dan malam tadi kami sampai ke anggota perut. Dalam part II saya perturunkan nanti apa yang ditulis oleh Syeikh Abdus Samad mengenai bahan yang kami bincang malam tadi.

Monday, April 28, 2008

KOTORNYA TEMPAT TINGGAL KITA

Salah satu daripada cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah kebersihan kawasan kejiranan. Semasa pentadbiran kerajaan yang lepas, perkara ini walaupun sering dilaungkan, namun ia seolah-olah tidak diperdulikan, atau, kalau ada tindakan sekali pun, tindakan tersebut jelas tidak mencukupi dan kelihatan seperti melepas batuk ditangga.




Oleh kerana kehidupan sekarang lebih berbentuk kepada kehidupan dan suasana kejiranan taman-taman perumahan, maka kawasan-kawasan ini biasanya jatuh kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Segala bentuk senggaraan adalah dalam bidang kuasa mereka. Juga oleh kerana mereka memungut cukai dari rakyat, maka semestinyalah mereka, PBT ini, bertanggung jawab untuk menyenggara prasarana yang diperlukan oleh rakyat.




Kalau saya ambil contoh di Selangor, saya rasa keadaannya hampir sama dengan keadaan di negeri-negeri lain, atau Selangor berada pada keadaan yang lebih baik, kerana ia lelbih maju lagi. Apa yang ingin yang lontarkan di sini ialah keadaan kawasan-kawasan perumahan adalah kotor, tidak terurus dan dibiarkan begitu oleh pihak berkuasa tempatan. Cuba perhatikan gambar di bawah.




Taman-taman perumahan dipenuhi oleh sampah sarap yang tidak terurus, dirimbuni oleh semak samun yang di trim entah bila-bila sekali, dan sisa pepejal yang dibuang merata-rata tempat. Kalau ada diantar kita yang tinggal di kawasan rumah pangsa atau flat, keadaan ini semakin menyakitkan mara lagi. Ini adalah kerana kawasan-kawasan flat merupakan kawasan yang paling sedikit menerima senggaraan oleh pihka berkuasa tempatan. Ada yang berhujah banyak diantara flat ini yang diusahakan oleh perbadanan ekonomi negeri, kalau Selangor oleh PKNS. Jadi bidang kuasa untuk menyenggara diserahkan kepada PKNS, sedang badan tersebut pula ada helahnya yang lain. Yang menjadi mangsa ialah rakyat.
Sebab itulah, antara kawasan-kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk dan dengan itu merekodkan kes denggi yang tinggi. Saya punya banyak gambar yang boleh dijadikan bukti untuk menunjukkan perkara ini, tetapi dalam post kali ini saya masih belum pandai lagi nak insert gambar. Cuba tapi tak jadi. Dalam post yang lain nanti insyallah kita sambung perbincangannya.
Juga saya dan student saya akan membuat liputan yang meluas mengenai hal ini dan akan membuat sebanyak proposal yang mungkin untuk diberikan kepada YB yang bertanggung jawab. Sekurang-kurangnya di Selangor.

Sunday, April 27, 2008

BEKALAN AIR

Sslah satu daripada sumber penting yang kita rakyat Malaysia selalu menganggap sebagai sesuatu yang amat mudah didapati ialah air. Kita sentiasa beranggapan bahawa setiap kali kita membuka paip air di rumah, air akan keluar mengalir dari paip tersebut. Ini adalah kerana iklim negara kita adalah iklim tropika lembab yang mempunyai ciri hujan yang banyak sepanjang tahun. Dengan ciri ini kita sentiasa mempunyai persepsi atau anggapan bahawa sumber inimudah didapati. Apatah lagi kalau kita di Kuala Lumpur ini, seperti misalnya minggu lepas, menyaksikan hujan turun hampir setiap petang. Hujan yang turun itu juga adalah lebat, dan menghasilkan air yang banyak yang mengalir di permukaan bumi tanpa direbut-rebut oleh manusia, untuk menunjukkan yang sumber tersebut terlalu mudah untuk didapati.

Tetapi baru-baru ini kita dapat berita mengatakan tender untuk membina terowong yang menghubungkan Empangan Kelau di Pahang dengan Empangan Langat di Selangor telah pun dibuka untuk pembidaan. Terowong ini adalah satu usaha untuk menambahkan sumber air di Lembah Kelang, yang semakin lama semakin sukar untuk boleh dibekalkan kepada semua pengguna. Ini menunjukkan bahawa sumber air yang kita sangkakan mudah untuk didapati sebenarnya bukanlah semudah yang kita tanggapkan. Untuk membekalkan air kepada pengguna sebenarnya merupakan satu cabaran yang cukup besar dan sukar ditangani.

Kalau sekiranya pembangunan sumber air ini tidak berlangsung seiring dengan perkembangan pembangunan negara, maka Lembah Kelang dijangka akan mengalami masaalah air pada tahun ini, dan terdapat beberapa tempat lain lagi di Semananjung yang keadaan sumber airnya sentiasa dala keadaan yang tidak menentu.

Selagi hujan turun, seperti dalam keadaan sekarang, maka sumber air mungkin mudah didapati. Tetapi keadaan meteorologi dan juga klimatologi yang mengawal penghasilan hujan di sesuatu kawasan adalah sesuatu yang sukar diramal dan berada di luar kawalan manusia. Biasanya keadaan meteorologi dan klimatologi ini boleh diramal, tetapi kadang-kadang apa yang diramalkan itu tidak menjadi. Itulah sebabnya dalam bulan Mei 2005, Empangan Terip di Seremban menjadi hampir kering disebabkan hujan yang dijangkakan turun, tidak turun.

Cabaran yang dihadapi dunia, dan termasuklan kita di Malaysia ialah keadaan meteorologi dan klimatlogi ini sedang mengalami perubahan, yang dikenali sebagai climate change. Perubahan ini membawa pertukaran yang besar terhadap perjalanan sistem di atmosfera, dan dengan itu, ia akan memberi kesaan kepada hujan.

Dalam keadaan sekarang, kita sebenarnya tidak tahu, sejauh manakah kesan climate change ini akan mempengaruhi negara kita. tetapi yang boleh kita jangkakan ialah fenomena ini pasti akan membawa kesan besar kepada sumber air.

Adakah ini bermakna sumber air negara kita akan menjadi semakin sukar untuk didapati pada masa akan datang?