Thursday, March 8, 2012

BUKAN PENGIKUT MUAWIYAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat lepas 2/3/2012 berpeluang solat jumaat di masjid ini. Namanya ialah Masjid Al Muhajirin, Jalan Swadaya Raya 1A, Larangan Indah, Tangerang, Jakarta. Kiranya masjid ini mempunyai ruang yang agak luas bagi sebuah masjid di Jakarta, kerana biasa aku perhatikan kalau masjid yang kecil, ruang memang agak terhad.

Aku rasa imamnya juga bertindak sebagai khatib juga sebagai pengerusi masjid juga sebagai pengerusi jawatan kuasa naik taraf masjid. Sebelum azan masuk waktu beliau menerangkan collection jumaat lepas sekian banyak jutanya.


Bila beliau berkhutbah, tiada teks yang dirujuk, tetapi aku rasa telah ada persetujuan mengenai  apa yang dibolehkan untuk disentuh, dan apa yang sensitif.

Khutbah kedua diisi dengan doa biasa. Tiada doa terkhusus bagi sesiapa.

Mereka mungkin bukan penganut fahaman muawiyah

FLIP YG SENTIASA FLOP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila dah dekat PRU ni, yang flip memang flop.

Wednesday, March 7, 2012

DATUK IR AMIRUDDIN HAMZAH MB KEDAH?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sambungan daripada cerita sebahagian orang dan pimpinan PAS yang ketagihan lazatnya kemenangan, ada yang mengatakan bahawa punca kemelut di Kedah adalah kerana MB Utz Azizan mahu menganugerahakan projek RM 600 juta kepada syarikat yang ada kaitan dengan pemimpim umno Kedah. Ir Amiruddin kata, kerajaan negeri Kedah mana ada dana nak anugerah projek 600 juta. 60 juta ada la.

Walau apa pun belit yang cuba dibelitkan, Pahrolrazi telah buat satu kesilapan besar. Beliau telah mengarahkan Ir Amiruddin supaya bersekongkol dengannya dengan menolak perlantikan exco yang telah dicadangkan oleh MB utz Azizan. Beliau tidak punya locus standi untuk berbuat demikian. Itulah kesilapan yang akan mengkhatankan Pahrolrazi.

Jadi,  sekiranya MB Utz Azizan ditakdirkan masih memegang jawatan PJ Kedah, dan PAS bersama PR memerintah Kedah, bila sampai masanya untuk PJ memilih saf pimpinan Kedah, aku percaya TPJ 1 ialah Ir Amiruddin Hamzah.

Sekiranya juga, ditakdir, Utz tidak lagi menjadi MB, Amiruddin lah MB

Melopong la pahrolrazi

Monday, March 5, 2012

JUMPA KAABAH DI JAKARTA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mula mula aku lihat ada arah penunjuk ke Bukit Marwah. Kemudian ada pula penunjuk arah ke Bukit Safa. Aiik. Macam mana ni.
Lepas tu aku ternampak Kaabah pula

Barulah aku tak tau, yang ini adalah untuk latihan praktikal haji bagi jemaah haji Indonesia
Kalok cenggini punya lengang, sonanglah nak kucup Hajarul Aswad

Islamic Centre, BEKASI, Jakarta