Friday, November 25, 2011

PERANGAI BURUK BBB

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekarang kan ke musim orang buat kenduri kawin. Bila ada dua tiga tempat nak dipenuhi jemputan, ada tempat yang kita tidak berkesempatan makan hidangan. Hulur envelop dan lepas itu beredar.

Tuan tuan rumah yang buat kenduri kawin dengau sini. Bila orang hulur envelop sebagai sumbangan kepada kau punya majlis, kau pula hulurkan buah tangan untuk jemputan yang tak berkesempatan makan tu.

Jangan kau biau kan jemputan balik tangan kosong, tapi tangan kau disumbat envelop.

Untuk kesekian kalinya aku memenuhi jemputan kawin di bandar baru bangi. Oleh kerana perlu berkejar ke jemputan jauh, jemputan di bandar baru bangi aku jumpa tuan rumah, salam yang dikepil envelop.

Tuan rumah cakap terima kasih ye

Ptui, aku balik tangan kosong je

Wednesday, November 23, 2011

GADANG GODANG GADONG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku dah cerita tentang Jam Gadang di Bukit Tinggi, Sumatra Barat. Orang Negeri 9 pula tidak reti nak sebut besar. Dia tau godang je.

Kira kira sebulan setengah aku bertemu seorang sahabat, ana nak kawinkan anak, katanya. 20 hb sebelas, tapi kad belum hantar lagi. Tambahnya. Kami buat majlis di kampung Dia sambung. Kampung anta di mana, tanyaku. Gadong, jawabnya.

Apabila hampir dengan tarikh tersebut, aku beranggapan Gadong ini ialah Pulau Gadong di Melaka. Pulau ini termasuk keajaiban dunia, seperti Pulau Melaka di Kelantan, kerana pula ini terletak di daratan.

Pulau Gadong ini mengingatkan aku kepada satu peristiwa.. Aku dijemput memenuhi kuota rombongan pengantin lelaki ke satu majlis pernikahan di Pulau Gadong. Sampai di majlis tersebut. tuan rumah sedang melayan reception nya. Mundar mandir dia menjemput orang makan.

Rombongan kami sampai sekitar 8 malam. Masa tu perut sudah keriut dan keriuk kerana sudah time makan, dan di hadapan kami orang sedang makan. Tuan rumah tidak jemput kami makan. Pak imam yang hendak menjalankan majlis akad nikah juga tidak datang datang, diberitakan kerana ada majlis di masjid.

Rombongan kami dibiar cari tempat duduk dan kerusi sendiri. Duduk melangok tunggu dijemput makan yang tak dijemput jemput. Tunggu di sapa yang tidak kunjung datang sapaannya. Hati aku mula merubuk. Darah mula menyengau, Aku mula pheh.

Aku merungut rungut dalam gelap tempat kami serombongan tu tersadai. Tuan rumah buat tak peduli aje, Hai, kau hantau le kuih ke, air ke, tekak aku dah kering la. Aku merungut sepanjang peristiwa tersebut.

Esoknya aku dijemput lagi untuk mengiringi rombongan pengantin lelaki untuk majlis bertandang di tempat itu. Aku refuse. Bapa pengantin sahaja yang menjadi kepala rombongan tersebut.

Tengahari itu, sebaik dimajlis, rombongan tersebut kena lagi seperti peristiwa semalamnya. Di biar kebulur tanpa sebarang sapaan dan layanan. Bapa penganti lelaki menjadi sangat marah sehingga mencapai tahap pheh, terus meninggalkan majlis. Stat kereta, cabut balik rumah meninggalkan rombongan melangok tunggu dijemput makan.

Sampai di  rumahnya, bapa pengantin lelaki raba poket untuk cari kunci rumah. Waduh pheh nya, kunci tertinggal pada bini yang terus berada di majlis tersebut.

Mau tidak mau, Pheh tak Pheh, tebalkan muka balik semula ke majlis tersebut untuk minta kunci. Satu perjalanan one way 25 km, 4 perjalanan jadilah 100 km

Kawanku yang buat majlis kawin anak pada 20/11/11 tu bila aku check semula kadnya, majlis diadakan di Kg. Jeram, Kota, Negri Sembilan. Tu kampung bini dia. Kampung dia sendiri bernama Gadong, sebelah sahaja dengan Jeram.

Nasib baik aku dan bini tak pergi Pulau Gadong

Kalau tidak kebuloq aku