Saturday, December 26, 2009

PEKERJAAN HAJI .....1

Assalamualaikum,

Posting ini adalah terutamanya bagi mereka yang belum lagi menunaikan fardhu haji, tetapi kalau telah menunaikannya, kita berkongsi pengalaman.

Perkerjaan Haji adalah suatu siri ibadat yang memerlukan kekuatan kudrat, atau tenaga fizikal. Jadi pada zahirnya, mereka yang muda biasanya akan mempunyai kudrat yang lebih, dan tua pada kebiasaannya akan mempunyai kudrat yang kurang atau terhad. Walau pun dalam keadaan tertentu, jika dikehendaki Allah, orang yang muda akan kurang kudratnya, sebaliknya orang tua lebih pula kudratnya.

Jadi nasihat saya kepada sahabat sahabat yang belum lagi menunaikan haji, tunaikanlah ia semuda yang mungkin. Untuk menunaikan haji, anda perlu mendaftar sebagai jemaah haji di Tabung Haji dengan meletakkan wang pendaftaran sebanyak RM 1,300.00. Sekiranya anda telah ada akaun tabung haji, tetapi tidak mendaftar untuk menunaikan haji, anda masih lagi belum dikira sebagai calon jemaah haji.

Dalam pekerjaan haji, ada 3 perkara besar yang dilakukan:

1. Mengerjakan haji
2. Mengerjakan umrah
3. Sembahyang berjemaah di Masjid Haram dan Masjid Nabawi

Semasa saya dan isteri menunaikan haji baru baru ini, jarak antara bilik hotel saya dengan pintu Masjid Haram yang terdekat, iaitu pintu yang berdekatan dengan marwah, saya jangka tidak kurang daripada 1,500-1,700 m [iaitu 1.5-1.7 km]. Sekali pergi masjid 1.5km, balik ke hotel tambah 1.5 km lagi, jadi satu kali pergi masjid kami berjalan 3km! Kalau 5 kali sehari?

Kalau kami pilih untuk masuk masjid melalui Bab-ul Fatah pula, sekali pergi 2km, balik tambah lagi 2km, jadi 4km. Ada juga kami pilih untuk masuk melalui Bab-ul Umrah, jadi 2.5 km+2.5km =5km.

Melalui Bab-ul Fahd: 3km sehala, pun kami cuba sekali sahaja. Kami tidak masuk melalui Bab-ul Abd. Aziz.

Lama kelamaan kami settle masuk masjid melalui pintu Marwah, dan biasa kami stay dalam masjid dari Asar, Magrib dan Isya'. Selesai isya' barulah balik ke hotel.

nanti sambung lagi............

UPDATING

Assalamualaikum,

Berpeluang bertemu dan berbincang dengan YB Dr. Che Rosli Che Mat, MP Hulu Langat. Dapat buat updating mengenai politik semasa terutama politik semasa PAS Selangor.


Friday, December 25, 2009

POST HAJ RECUPERATION

Assalamualaikum,

Now that my wife and I are safely back at home, and we feel at ease.

I was fairly healthy while in Makkah and Medina, and so was my wife. Coughing was the common ailment experienced by almost every hujjaj, us included.

But once I get the comfort of home, my body begins to ache all over. Running nose started to develop, slight temperature, and I feel very very tired and I just want to rest.

Friends and relatives who wish to pay us a visit, you are most welcome. But give me time to recuperate.


Gambar kenangan: Yang belakang tu unta. Yang depan tu aku. Jangan kau paham terbalik lak




Thursday, December 24, 2009

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR

Assalamualaikum,

Telah selamat sampai ke tanah air, dan berada bersama keluarga.

Semalam flight delay di Medina 8 jam.

Lepas hujan rahmat pula turun di Medina semasa kami menunggu di balai berlepas.

Segalanya selamat. Alhamdulillah

Sunday, December 20, 2009

Kubah Hijau


Masjid Nabawi ada kubah hijau. Di Malaysia ada satu tempat juga ada kubah hijau. Anda tahu di mana?