Saturday, November 15, 2008

MANDI SAFAR

Assalamualaikum,


Almarhumah nenek saya bernama Hajjah Tijah Binti Haji Sadan. Saya dibelanya dari kecil, dan saya membahasakan beliau sebagi emak. Sebagai penoreh getah, rakan sejawatnya menggelar beliau TUN TIJAH, tetapi kemudian entah bagaimana gelaran tersebut menjadi singkat kepada TONTI.
TONTI pandai berpantun. Dalam diri beliau tersimpan ribuan pantun yang merangkumi semua topik yang mampu terfikir oleh anda. Anda juallah apa pantun pun, jawapannya telah tersedia dalam susunan yang sangat berseni. Saya mewarisi banyak pantun dari beliau, tetapi sebab minat saya telah berubah, hanya dua pantun sahaja yang saya kekal simpan: Pertama:
Anak itik terenang renang
Terenang renang dalam perahu
Duduk aku terkenang kenang
Orang benci aku tak tahu.
Pantun ini digunakan dalam dua situasi: (1) sekiranya anda menghiba diri sendiri, seperti anda nak tackel atau mengurat sesorang, tetapi orang tersebut tidak layan (2) Sekiranya anda hendak perli orang yang anda tidak suka.
Dalam kedua dua kes, anda cuma sebut bait yang pertama sahaja, iaitu anak itik terenang renang , maka orang yang ditujukan pantun tersebut dengan sendirinya tahu apakah bait bait seterusnya pantun tersebut, dan faham apakah yang tersirat.
Pantun kedua yang masih dalam memori saya ialah:
Sudah kau tahu peria tu pahit
kenapa disayur dari bunganya
Sudah kau tahu cinta tu sakit
kenapa dicebur dari mulanya
Semasa saya remaja, TONTI selalu perli saya kalau duduk termenung dengan melafazkan bait pertama: Dah kau tahu peria tu pahit.........., maka dengan ini saya pun tahulah apa yang beliau maksudkan.
Mereka yang seangkatan dengan almarhumah kebanyakannya telah tiada lagi, generasi pemantun selapis di bawah beliau juga sedang pupus sedikit demi sedikit, saya tidak tahu kalau ada lagi mereka yang mewarisi seni ini.
Pemantun di Melaka akan mempamirkan kehebatan mereka dalam satu temasya yang dikenali sebagai mandi safar. Saya pun tidak tahu, dari manakah asal temasya ini, sebab saya bila saya celik mata sahaja, temasya ini telah pun diamalkan.
Mandi safar ini diadakan dalam bulan Safar, mengapa saya tidak tahu. Temasya tersebut diadakan pada hari rabu dalam bulan Safar, bermakna kalau ada empat rabu, maka akan ada empat temasya, kalau lima, lima temasya. Tempat-tempat dimana temasya mandi safar ini diadakan ialah seperti, di Bukit Duyung, Kampung Duyung, di mana reservoir air berada; di Kampung Permatang Pasir, Kandang; di Batu Gajah, Merlimau, di takungan air, Ayer Keroh, Melaka (tetapi tempat ini tidak digunakan untuk temasya ini sejak saya kecil lagi); Pulau Besar, Melaka, dan puncaknya diadakan di Tanjung Keling, Melaka. Di Tanjung Keling ini temasya diadakan pada hari rabu terakhir dalam bulan Safar.
Apa yang mereka buat dalam mandi safar?
1. Kereta lembu. Temasya mandi safar ini diadakan secara berpasukan yang wujud secara sendiri sendiri. Satu pasukan mesti mempunyai kereta lembu, yang akan dihias secantik mungkin
2. Pemuzik. Peralatan muzik terdiri daripada biola, gong, dan kadang kadang accordian.
3.Pemantun. Terdiri daripada lelaki atau perempuan, tua atau muda.
4. Ahli joget. Terdiri daripada muda mudi dan siapa sahaja yang nak tumpang sekaki.
Persiapan untuk bertemasya ini dilakukan mungkin sebulan dua sebelum tarikh yang ditetapkan. Perbelanjaan tanggung sendiri.
Katakan temasya tersebut diadakan di Pantai Rombang, Tanjung Keling:
Maka pada pagi selasa, pasukan kereta lembu akan mula bergerak menuju Tanjung Keling. Dalam kereta lembu tersebut di isi pemain muzik dan pemantun, bersama dengan dua tiga guni rumput untuk makanan lembu, disamping perbekalan makanan untuk manusia. Pasukan ini datangnya dari Bukit Lintang, Ayer Molek, Pengkalan Minyak, Duyung, Kandang, Alai, dan banyak lagi kampung kampung lain yang turut serta.
Katakan rombongan tersebut bermula dari Bukit Lintang. Sepanjang perjalanan, gong akan dipalu, biola digesek dan pemantun akan berpantun berterusan. Tetapi kalau lembu berak dalam bandar Melaka, tiada siapa yang mengaut tahi tersebut.
Sampai di Tanjung Keling, kereta lembu diparkir di tempat yang sesuai, dan sekiranya semua perkara telah selesai, maka gong dipalu, biola digesek dan pemantun mula menyanyi sambil berpantun, dan pejoget yang biasanya dimulai oleh yang perempuan berpasangan dengan perempuan akan mula berjoget lambak.
Kalau anda lelaki, yang ingin berjoget sama, maka semasa pasangan perempuan ini berjoget, anda boleh mencelah dan memotong joget yang seorang dan anda sekarang berpasangan dengan pejoget yang satu lagi. Dan teruskan.
Kalau anda pemantun, anda sambut atau balas pantun yang dijual, dan berbalas balas pantun ini boleh berterusan sampai ke malam, sampai ke pagi dan terus terusan. Semakin lama pasangan yang berjoget ini akan bertambah kerana lebih ramai muda dan mudi, teruna dan teruni, mak cik dan pak cik, datuk dan nenek yang turut sama terkinja kinja dalam temasya ini.
Jadi sepanjang pantai tersebut, anda akan dapati pasukan dari Ayer Molek sedang terkinja, kemudian dari Pengkalan Minyak, dari Bukit Lintang, dari Duyung, dari Alai, Dari Teluk Mas dan banyak lagi sehingga suasana menjadi meriah dari petang selasa, sehingga ke sepanjang malam, sampai hari rabu, dan hanya berhenti sekira asar hari rabu. Walau bagaimana pun, ada yang terlanjut sampai lepas magrib rabu malam kamis.
Itulah dia mandi safar. Sembahyang kemana, adab kemana, kerja kemana, yang dapat terkinja kinja.
Semasa umur belasan tahun, aku pun sama!

Friday, November 14, 2008

SIAPA DAPAT HABISKAN PANTUN INI

Assalamualaikum,


Siapa dapat habiskan pantun ini:


Anak itik terenang renang
Terenang renang dalam perahu
Duduk aku terkenang kenang
Orang......... ..............................


Siapa yang berjaya memanglah dia pandai.

Thursday, November 13, 2008

DID YOU KNOW THAT SERIES IN ISLAM (2)

Assalamualaikum,


Did you know that the first verse of the Qur'an was the Iqra' verse? It says like this;
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Proclaim (or Read)
In the name
Of thy Lord and Cherisher,
Who created
Yusuf Ali's commentary:
  1. Iqra may mean read,or recite or rehearse or proclaim aloud. The object understood being Allah's message. For an account of the circumstances which the first revelation - the devine comission to preach and proclaim Allah's Message came to the holy Prophet, in the cave of Hiraa'. In the worldly letters he was unversed, but with spiritual knowledge his mind and soul were filled, and now had come the time when he must stand forth to the world and declare his mission.

DIDIHAN MERBAHAYA

Assalamualaikum,


Ronnie Liu ditahan polis atas alasan yang anda sendiri telah tahu. Tetapi apakah yang mencetuskan tindakan ini? Apakah pemikiran dan semangat yang membara yang menyebabkan tindakan tersebut dilakukan? Adakah kerana untuk menjaga rule of law, atau kerana ada sebab lain. Saya beritahu anda cetusan idea untuk mengambil tindakan kepada Ronnie Liu dipercikkan oleh ideologi ketuanan melayu.
Ketuanan melayu adalah satu bentuk didihan daripada nasionalisme melayu. Ideologi ini tergolong dalam ideologi ekstrim yang pernah wujud di dunia dan sejarah telah membuktikan bahawa ideologi seperti ini mambawa bencana kepada dunia. Antara adik beradik kepada idelogi ini adalah:
1. Nazisme. Satu semangat ketaksuban kepada bangsa Aryan yang hendak diangkat menjadi superhuman dan digabung dengan keangkuhan might is right menjadi pegangan dan idelogi party Nazi Hitler yang ceritaseterusnya telah anda ketahui.
2. Fascisme. Menjadikan the state mengatasi segalanya dan digabung dengan militerisme untuk membangkitkan rasa kecintaan kepada negara yang membahayakan.
3. Apartheid. Menjadikan warna kulit putih sebagai asas mengagungkan diri dan menindas mereka yang bukan tergolong dalam kumpulan tersebut.
4. Zionism- menjadikan ugama dan bangsa Yahudi sebagai asas menindas dan membenci semua yang bukan daripada golongan mereka. Pembunuhan, perampasan tanah dan harta untuk kepentingan zionis menjadi pegangan utama.
5. Ku Klux Klan . Menjadikan warna kulit putih sebagai asa mengagungkan diri dan menindas mereka yang bukan tergolong dalam kumpulan tersebut, bezanya denga apartheid ialah KKK tidak berjaya mendapat kuasa politik.
6. Hutu nationalism. Menjadikan etnik Hutu sebagai asas mengagungkan diri dengan menyembelih etnik lain terutamanya Tutsi dalam satu episod ethnic cleasing yang sangat dahsyat.
7. Serb nationalism. Menjadikan bangsa Serb sebagai asas mengagungkan diri dengan menyembelih kumpulan lain terutamanya orang Islam Bosnia-Hezergovina, dan Kosovo serta bangsa Croatia dalam beberapa siri episod ethnic cleansing yang maha dahsyat.
Ada banyak lagi ideologi yang wujud atas platform yang sama seperti di atas.
Lorong yang diambil dan diikuti oleh ketuanan melayu sama dengan lorong yang telah diambil oleh ideologi ganas, menindas dan mereng tersebut.

Wednesday, November 12, 2008

RAFIDAH DAN MR X

Assalamualaikum,


Ketagihan dan keterliuran jawatan memang menjadi asam garam kepada mereka yang berkecimpung dalam politik. Melainkan anda berkecimpung dalam politik Islam yang diasaskan kepada taqwa.
Saya lihat kemelut yang sedang melanda Wanita UMNO sekarang ini adalah berpunca daripada ketagihan dan keterliuran jawatan politik. Seperti yang dibayangkan oleh mereka yang faham tentang perjalanan Wanita UMNO ini mungkin Rafidah masih ketagihan dan keterliuran jawatan politik yang menyebabkan timbalannya Sharizat berada dalam keadaan dilema sekiranya plan peralihan kuasa Rafidah dilaksanakan.
Kita tinggalkan mereka dengan kemelut itu.
Saya hendak menceritakan perihal bagaimana pengalaman setelah saya melepaskan jawatan politik. Saya pernah memegang jawatan YDP sebuah kawasan parlimen, yang kemudian saya lepaskan. Semasa memegang jawatan, ramai ahli yang hormat dan patuh dengan arahan yang diberi.
Suatu hari, setelah lama melepaskan jawatan, saya menghadhiri satu majlis kenduri kawin. Lalulintas ke kenduri tersebut dikendalikan oleh unit amal. Sebaik menghampiri majlis, saya ternampak seorang petugas yang memang berbakat menjaga lalu lintas. Kita namakan dia Mr.X.
Sesampai dekat Mr.X, saya memberi salam kepada dia sambil saya dalam kenderaan. Mr.X tidak menjawab salam saya. Saya berkata dalam hati, mungkin Mr.X, tidak dengar salam saya. Untuk lebih pasti saya gerakkan kenderaan betul betul depan Mr. X, dan memberi salam kepada dia. Dia tidak jawab juga. Saya beritahu isteri, mungkin dia tidak dengar sebab sibuk mengarahkan lalu lintas. Tetapi saya masih tidak puas hati.
Saya kemudian parkir kereta di satu sudut, dan keluar dari kenderaan menuju ke Mr.X. Saya berdiri betul betul depan Mr.X, dan kata assalamualaikum. Mr. X buat dek aje, dan terus mengarahkah lalulintas.
Lepas, itu saya ajak isteri: baiklah kita pergi makan! memang dia tak mau jawab salam!
Kalau anda pernah pegang jawatan politik, bila sampai masa melepaskannya, jangan pula timbul rasa ketagihan dan keterliuran!

ANALISIS PILIHANRAYA SEMASA

Assalamualaikum,


Dengan mengambil kira senario semasa, apakah peluang peluang politik yang boleh dijangkakan bagi menghadapi pilihanraya kan datang?
1. The final blow. Saya sentiasa percaya bahawa untuk menjatuhkan BN perlu kepada one-two punch. Tumbukan pertama telah mengena BN, dan dia telah goyah tetapi tidak jatuh lagi. Dalam keadaan sekarang adalah sukar bagi BN untuk memperkasakan diri sendiri bagi menghadapi pilihanraya. Sebabnya ialah selama ini BN ada tongkat sakti yang sentiasa menyelamatkannya dalam keadaan genting. Tongkat sakti tersebut ialah majoriti 2/3. Dalam keadaan sekarang BN perlu merobek robek kawasan pilihanraya dengan melakukan gerrymandering yaang telah terbukti menyelamatkan mereka dalam banyak piliharaya. Kalau sekiranya kedudukan kerusi kerusi parlimen kekal seperti keadaannya sekarang, maka pilihanraya akan datang menyaksikan BN bertarung tanpa 2/3 majoriti parlimen. Ini adalah satu keadaan yang belum pernah mereka alami.
2. Gerrymandering makan tuan. Asas gerrymandering dalam pilihanraya 2004 ialah pengundi bukan Melayu akan memberikan undi mereka kepada BN, dan tekaan ini menjadi dalam pilihanraya tersebut. Tetapi dalam pilihanraya 2008, strategi tersebut telah bertukar dan menikam BN. Sekiranya mood pengundi yang ditunjukkan dalam pilihanraya 2008 kekal sehingga pilihanraya 13, maka satu pukulan cukup hebat akan membelasah BN.
3.Ketiadaan unsur shrewdness. Sekiranya perdana menteri pada pru 13 ialah Najib, saya tidak nampak unsur shrewdness ini ada. Ini akan melonjakkan maneuverability PR untuk menhadapi pilihanraya, kerana unsur menekan dan menindas habis habisan seperti dalam era Mahathir tidak akan wujud. Saya menjangkakan juga kalau Najib perdana menteri, beliau akan dilanda oleh pelbagai masalah imej dan persepsi. Sekiranya bukan Najib yang jadi perdana menteri pada ketika itu pun, unsur ini juga saya rasa tidak ada. Oleh itu PR boleh menghadapi pru 13 dari position of strength.
4. Anwar Ibrahim. Sekiranya Anwar Ibrahim masih hidup dan bergerak bebas untuk menghadapi pru13, ini akan menjadi aset PR yang paling penting dan paling berpengaruh. Swing pengundi yang besar akan disaksikan sekiranya keadaan ini wujud semasa pilihraya berlangsung.
5. UMNO mungkin dapat bertahan di tempat tradisi mereka, tetapi di tempat tempat di mana kekuatan PAS tinggi, kemenangan UMNO akan bergantung kepada sejauh mana mereka dapat membangkit kebencian pengundi kepada PR, terutamanya PAS. Isu babi, Teresa Kok, papan tanda jalan, non Melayu pendatang, ketuanan Melayu dan pelbagai isu lain yang menjadi pembakar semangat nasionalisme Melayu akan terus dimainkan dengan harapan ia akan diterjemah menjadi undi kepada UMNO.
6. Sehingga hari ini, kedudukan PAS sebagai junior partner dalam PR terus kekal sehingga pru 13. Kedudukan tersebut boleh berubah sekiranya PAS memperbaiki prestasinya dalam pru 13. Paling minima PAS perlu rampas Terengganu dan kekalkan negeri negeri yang diperintah sekarang. Menteri besar Perak yang sekarang hanya bertahan satu penggal sahaja kerana sudah pasti DAP akan menyediakan calon Melayu yang sekiranya mereka mengulangi prestasi pru 12 atau meningkatkan prestasi tersebut dalam pru 13, orang Melayu DAP itulah yang diangkat menjadi menteri besar mereka. Melainkan PAS menawan kerusi terbanyak di kalangan rakan PR.
7. Dengan pergolakan dalaman di kalangan kerabat BN, sekiranya pru 13 diadakan hari ini, BN akan tumbang.

Tuesday, November 11, 2008

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 33

Assalamualaikum,


.......................continued from part 32

Betrayal of Islam By the Nationalists


The Pancasila, An Unforgivable Crime Against the Muslim Ummah


One of the most treacherous and deceitful crimes perpetrated against the Muslim ummah by nationalism is found in Indonesia. It is the formulation and tormentation of the state ideology called pancasila, which is in Javanese, meaning five principles. This bewildered and animistic ideology was tormented on to the Muslim ummah of Indonesia with the all-approving seal of dense ulama.
The five silas are:
1. Tuhan yang Maha Esa (Oneness or Unity opf God)
2. Perikemanusiaan (Huminitarian)
3. Kebangsaan (Nationalism)
4. Demokrasi (Democracy)
5. Keadilan Sosial (Social Justice)
Many Indonesian writers , defended this man-made ideology as in fact Islamic and in full conformity with Islam (El Muhammady, 1969; Bakry, 1984; Nataatmadja, 1985).
But the Muslim ummah of Indonesia, and of the world are not to be fooled, for this ideology is clearly a deviation of the Tauhid, the acceptance of which means the nullification of the syahadah. For the unsuspecting Muslim mind, the silas of the ideology look innocent and acceptable, but the ideology is full of catches and traps.
The biggest catch is the first sila, tuhan yang maha esa (oneness of god). This is not the Tauhid of Islam; for the Tauhid in Islam consists of three parts: (i) Tauhid rububiyyah - which is to have iman that Allah is the Creator of all creations; (ii)Tauhid uluhiyyah - rejection of all other forms of ilah (godship) and submitting only to Allah; (iii) Tauhid asma wa sifat - to have iman in the names of Allah and His attributes (Yasin, op.cit.; A. Hadi Awang, op. cit. pp 71-76)
The first sila is partially Tauhid rububiyyah, and it is clearly and explicitly not Tauhid uluhiyyah, which is the rejection of all other ilah but Allah. A Muslim's tauhid must consist of all the three components to make it valid and consonant with the kalimah at tauhid
لا إله إلا الله
Transliteration: La ila ha illal lah
Translation: There is no God worthy of worship but Allah
But the first sila is clearly animistic in nature and essence, as Bakry (op. cit. pp. 33) puts it:
Pancasila adalah satu pandangan hidup yang semua pengikut agama di Indonesia menganggapnya sesuai dengan ajarannya, termasuklah kita umat Islam.
(Pancasila is a view of life which adherents of all religions in Indonesia perceive it as compatible with their teachings, including us, the Muslim ummah.)
This is clearly and explicitly a partial Tauhid rububiyyah, present naturally ia all creations, including the animists. It does not contain Tauhid uluhiyyah, which calls for the rejection of all other ila, and Allah has the only rights for creations to submit to.
For the practising Muslim, this pledge is renewed at least 17 times a day and night, that is in each rakaa' in their five fardhu daily prayers they pledge:
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
Thee only do we worship;
And Thine aid only we seek
1:5
This is the basis of the rejection of all other ila. the pancasila does not reject all other ila, it merely acknowledges oneness of god, which is totally unacceptable to the basis of kalimah-at-tauhid which begins with the rejection of all other ila, and then pledging Allah is the Lord.
......................to be continued

AGIHKAN SEMUA KUTIPAN ZAKAT

Assalamualaikum,



Kita sering dengar lembaga lembaga zakat mempunyai lebihan kutipan yang banyak sehingga tidak tahu bagaimana nak dihabiskan dana yang terkumpul. Saya rasa apa yang berlaku ialah mentaliti takut atau kedekut untuk membelanjakan dana kutipan zakat itulah yang menghantui bukan sahaja lembaga zakat, tetapi banyak institusi ummah yang lain yang mempunyai dana yang banyak.
Kalau diambil lembaga zakat Selangor sebagai contoh: Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS mengagihkan zakat kepada golongan fakir dan miskin di Selangor menjelang Ramadan dan hari raya 2008 ini sebanyak RM11,759,950.00 (juta) kepada 15, 913 keluarga fakir dan miskin.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4,302,900 (juta) diagihkan kepada golongan miskin, manakala RM7,457,050.00 (juta) diagihkan kepada golongan fakir dengan masing-masing menerima di antara RM550 hingga RM1,000 setiap keluarga dalam bentuk wang tunai bergantung kepada jumlah tanggungan.
Di Selangor terdapat seramai 5,985 keluarga asnaf miskin berbanding 8,780 keluarga tahun lalu, manakala bagi asnaf fakir pula terdapat seramai 9,928 keluarga berbanding 672 keluarga fakir sahaja tahun lalu. Peningkatan jumlah fakir yang tinggi ini berpunca daripada penggunaan haddul kifayah (garis kecukupan penentuan kemiskinan) yang telah dinaikkan bermula tahun ini.
Daerah Sabak Bernam mencatatkan bilangan paling ramai menerima bantuan iaitu kira-kira 3,432 keluarga dengan nilai bantuan sebanyak RM2,498,700 juta. Ini diikuti daerah Hulu Langat seramai 2,482 keluarga (RM1,838,950), Kuala Selangor 2316 keluarga (RM1,688,300), Petaling seramai 1,698 keluarga (1,316,950), Hulu Selangor seramai 1,481 keluarga (1,097,550), Gombak 1,379 keluarga (RM1,034,000) dan Kuala Langat seramai 1,378 keluarga (RM969,950). Manakala bagi daerah Klang dan Sepang masing-masing seramai 1,174 keluarga dan 573 keluarga dengan nilai bantuan sebanyak RM899,600 ribu dan RM415,950.
Apa yang ingin saya cadangkan di sini kepada semua institusi yang diamanahkan mengagih dana kepada umat Islam supaya menghabiskan semua dana tersebut dengan cara pengagihan adil dan telus sebelum habis tahun perkiraan.
Digembarkan bahawa kutipan zakat di Selangor dijangka melebihi rm 200 juta dalam tahun 2008. Kalau angka rm 200 juta digunakan sebagai contoh bagi kesemua 8 asnaf, maka setiap asnaf akan layak menerima rm 25 juta. Kalau digunakan angka jumlah keluarga miskin di Selangor, maka setiap keluarga akan layak dapat rm 4177.00, sementara keluarga fakir pula akan dapat rm 2518.00. Apabila agihan sedemikian diberikan sewaktu menyambut ramdahan atau hari raya, alangkah lega mereka yang menerima jumlah sedemikian.
Kalau hendak bersifat lebih saksama semasa pengagihan, kriteria per kapita boleh digunakan, seperti untuk asnaf fakir, terdapat 9928 keluarga, dan jumlah isirumah kesemuanya katakan 69496. Jadi kelayakan penerimaan per kapita ialah rm 359.73. Sekiranya satu keluarga fakir itu mempunyai 6 orang isirumah, maka kelayakan zakat ialah rm 2158.38, atau sekiranya keluarga fakir itu mempunyai 3 orang isi rumah, maka kelayakannya ialah rm 1079.19.
Maka apabila pengagihan dilakukan, semua peruntukan bagi asnaf berkenaan sepatutnya habis diagihkan.
Dengan demikian, semua mereka yang layak menerima zakat, akan dapat bahagian masing masing dalam pengagihan. Jadi, kalau ada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran, maka peruntukan dalam asnaf yang berkenaan dibelanjakan sepenuhnya. Begitu juga dengan asnaf asnaf yang lain. Kriterianya ialah wang zakat hendaklah habis diagihkan dengan betul mengikut syarak.
Sering terdengar keluhan bagaimana susahnya hendak menagih peruntukan zakat daripada lembaga lembaga zakat. Saya nasihatkan lembaga lembaga zakat supaya lebih bersedia melakukan type I error, berbanding dengan type II error.
Type I error ialah orang yang tidak layak menerima zakat, tetapi berpura pura layak dan akhirnya dapat agihan zakat.
Type II error ialah orang yang layak menerima zakat, tetapi kerana kerenah birokrasi tidak menerima agihan zakat.

Monday, November 10, 2008

DID YOU KNOW THAT SERIES IN ISLAM (1)

Assalamualaikum,


Did you know that the Qur'an is the most read book in the world? It is read and recited at least 17 times a day by the practising Muslim. How is that so?
A Muslim prays 5 times a day. Each prayer has segments, called rakaat. In each rakaat the opening verse of the Qur'an, the Al Fatihah must be recited.
Name of Prayer (Rakaat in parentheses)
1. Fajr (dawn) (2)
2. Zuhur (past midday)(4)
3. Asar (late afternoon) (4)
4. Magrib (dusk) (3)
5. Isya' (night) (4)
Total (17)
Once you pray with utmost sincerity solely to submit to Allah, you are alway at ease and tranquil.

Sunday, November 9, 2008

KONSEP GOYAH KETUANAN MELAYU

Assalamualaikum,


Pagi tadi masih lagi kedengaran belum selesai lagi mengupas dan menerangkan apa itu ketuanan Melayu. Nampaknya walaupun seluruh media dikerah, dan seluruh akademia ampu ampuan, seluruh pak menteri berbuih liur mereka menerangkan apa itu ketuanan melayu, namum nampaknya mereka merasakan penerangan itu masih lagi belum cukup. Sebab itu puak puak Gapena terus lagi menerangkan apakah itu sebenarnya ketuanan melayu.
Pada mereka Ketuanan Melayu ialah orang Melayu tuan rumah. Orang bukan Melayu tetamu, atau kalau nak ketuk sedikit, orang bukan melayu adalah pendatang, seperti yang dihamburkan oleh orang UMNO Bukit Bendera, Pulau Pinang. Dalam kata kata yang lebih tegas, orang Melayu ialah boss, orang bukan Melayu ialah kuli.
Asas hujah mereka ialah sebeleum kedatangan Inggeris, penduduk asal Tanah Melayu ialah orang Melayu, penduduk asal Sabah dan Sarawak ialah orang Melayu dan orang asli di sana dari pelbagai kumpulan etnik. Hanya setelah datangnya Inggeris, barulah datang orang Cina. Hanya setelah datangnya Inggeris, barulah datangnya orang India. Maka tuan rumah ialah orang Melayu. Dari sini terpancarlah status siapa sebenarnya tuan. Lahirlah ketuanan Melayu.
Konsep ketuanan Melayu inilah adalah satu amaran kepada bangsa bangsa lain di Malaysia, jangan cuba cuba hendak melebih lebih, apa yang telah ada pada anda sekarang sebenarnya lebih daripada cukup. Kamu hendaklah tahu erti bersyukur, iaitu makna bersyukur ikut kehendak puak ini ialah enggeh sahaja apa yang dibuat oleh UMNO. Jangan banyak soal.
Mereka juga mengungkit semula apa yang disebutkan sebagai kontrak sosial. Yang dimaksudkan dengan kontrak sosial ini ialah perjanjian lisan antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC semasa merundingkan kemerdekaan Malaya. Intipati kepada kontrak sosial ini ialah isu kewarganegaraan. Samada disebabkan kebijaksanaan, atau kelebaian, atau kebebalan,atau dipulas Inggeris, UMNO telah menganugerahkan kewarganegaraan kepada non Melayu secara jus soli pada ketika itu. Ini sekali gus menaikkan jumlah rakyat yang bertaraf warganegara hampir menyamai bilangan orang Melayu. Untuk mengimbang kembali keadaan ini, UMNO meminta kedudukan istimewa orang Melayu yang akhirnya termaksub sebagai artikel 153(1) perlembagaan persekutuan. 153(1) inilah asas ketuanan Melayu.
Cuma puak nasionalis ini terlepas pandang ialah mereka telah menganugerahkan status warganegara kepada mereka yang diperlekeh sebagai pendatang ini. Apabila mereka diberi status warganegara, maka kedudukan mereka dijamin oleh perlembagaan, dan dengan itu mereka mempunyai rights and priviledges dan tanggung jawab. Rights adalah seperti misalnya mereka mempunyai hak mengundi, mempunyai hak untuk pemilikan harta, hak kepada pelajaran dan apa jua hak yang diberi oleh negara kepada orang Melayu. Itu yang disebut sebagai samarata dalam artikel 8 perlembagaan Malaysia. Priviledges adalah seperti kalau bukan warganegara kena bayar fee hospital berbeza dengan warganegara. Tanggung jawab adalah mereka memberi ketaatan kepada Yang Di Pertuan Agung dan akur dengan undang undang Malaysia.
Jadi ketuanan Melayu adalah satu keangkuhan kepada gelagat mengangkat misai menjulang ke langit sambil menghunus keris telanjang. Konsep tersebut telah lebur dengan penganugerahan kewarganegaraan secara jus soli semasa merundingkan merdeka. Yang tinggal adalah 153(1) yang dipersetujui oleh semua warganegara negara ini.
Yang tercabar sekarang bukan 153(1), tetapi kewibawaan UMNO. UMNO tidak mewakili semua orang Melayu. UMNO memang bersifat nasionalis, tetapi tidak semua orang Melayu bersifat nsionalis. Yang jelek dan jijiknya ialah nasionalisme itu boleh mendidih kepada bentuk yang berbahaya, seperti Nazi, Ku Klux Klan, Apartheid, Zionism, Serb nationalism dan lain lain bentuk nasinalisme ekstrim yang sememangnya berakhir dengan keganasan ,pergaduhan, pertelingkahan dan pelbagai konflik.
Ketuanan Melayu kalau dibiarkan akan menjurus kepada gelodak sedemikian.