Friday, February 4, 2011

SIAPA AKAN TERAJUI MESIR?

Assalamualaikum,

Merungkupnya mubarak adalah sesuatu yang tidak dihiraukan lagi pada saat ini, kerana semua pendapat didunia ini saya rasa menjangkakan bahawa mamat tersebut akan bungkus.

Memegang kuasa sampai mati, atau seperti istilah almarhum ustaz Fadzil, seperti kucing yang ditarik dari ekornya akan memanjangkan kuku supaya tidak terlepas daripada apa yang sedang dipegang, telah menjadi kebiasaan dan amalan banyak negara umat Islam.

Sebahgian pemimpin Arab  amat gemar mengisytiharkan Ana Sultan.Sehingga pemerintahan Islam dijadikan harta milik keluarga yang dipusakakan hanya dikalangan keluarga sendiri sahaja.

Sukar sekali untuk mendapatkan orang islam yang menilai pemerintahan itu sebagai satu amanah Allah.

Apabila mubarak berundur, siapa yang akan menerajui Mesir?

Dapatkan tokoh Ikhwanul Muslimin menerajui nya? Kau fikir barat, yahudi dan konco mereka akan membiarkan hal tersebut berlaku?

Tuesday, February 1, 2011

METEOROLOGI BUANG TEBIAT

Assalamualaikum,

Bila aku lihat gambar kampung Tehel, Melaka yang dinaiki air banjir semalam, maka ia adalah sesuatu yang dijangka berlaku . Sekitar waktu seperti ini angin timur laut yang mengaut lembapan di sepanjang Laut China dan Laut China Selatan meluahkan kautannya di kawasan yang dilalui.

Cuma kali ini trajektori laluan angin tersebut mungkin telah ke bawah sedikit dan kekuatannya juga agak berlebihan sehingga kawasan pantai timur johor ditimpa banjir besar. Samada banjir ini akan sama besar dengan apa yang telah berlaku pada Dis. 2006 dan Januari 2007 sama sama akan kita lihat nanti.

Sekiranya tumbuhan di negeri negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka kekal pada keadaan 30 tahun yang lepas, tempat tempat seperti Segamat, Gemas dan Asahan mungkin tidak dinaiki air setinggi sekarang. Tetapi disebabkan pembangunan berlaku dan ia menanggalkan tumbuhan dari tempat asal mereka, maka sebarang penyimpangan daripada tabiat meteorologi yang biasa dijangka di laluan ini akan membawa kesan yang sukar dijangka.

Apa yang penduduk perlu tahu ialah sistem saliran yang sedia ada telah ketinggalan zaman dan perlu di tambahbaik untuk mampu menampung keadaan hujan seperti yang dialami sekarang.

Monday, January 31, 2011

ILMU PENYERI MUKA

Assalamualaikum, 

Ini adalah ilmu penyeri muka. Bagi anak anak muda kalau nak serikan muka cuba lah. Bagi tok tok yang bangat tua, nak awet muda cubo la.

Ilmu ini diperturunkan kepada aku oleh almarhumah nenek aku namanya Tonti. Orang kata, kalau ilmu tu diturunkan oleh perempuan kepada lelaki bagus menjadinya.

Sekiranya anda ambil ilmu ini, dengan membaca blog ini aku ijazahkan ilmu ini.

Aku belajau dengan Utz. Haron Din, dia kata kalau ilmu yang gunakan bahasa melayu atau/dan bukan Qur'an atau hadis, lihat dulu jangan dia ada unsur syirik dan melanggar syariat. Aku teliti bacaannya boleh digunakan.

Apa yang kau perlu ialah sarang labah labah yang ada embun, biasanya didapati di tempat berumput seperti dalam gambar di atas.

Ambil sarang labah labah tersebut dengan memasukkan telapak tangan di bawahnya dan apabila sudah dapat, usap dengan kedua dua telapak tangan. Lepas tu baca ini:

Ular tedung pangkal tiang
Angkat mari tiga tiga
Embun turun pengarak nak siang
Seri naik ke muka aku 
Cahaya melimpah ke tubah aku
Cahaya Allah Cahaya Muhammad
Cahaya Baginda Rasullullah
Berkat aku memakai doa
La ila haillallah

Lepas itu usapkan sarang labah labah yang telah di usap usap di telapak tangan tadi, ke muka kau.
Kalau sekiranya ia menjadi, kau aku rasa meruap meruap di muka.

(Meruap tu sebab miang rumput ke, sebab ilmu manjadi aku pun tak tau)

Peringatan: Pada bacaan:      Cahaya melimpah ke tubah aku

perkataannya ialah tubah, bukan tubuh. Jangan ditukar!

Lakukan sebanyak yang mungkin

Selamat mencuba

SATU LAGI NEGARA UMAT ISLAM DIPECAHKAN

Assalamualaikum,



Selepas Palestin, Indonesia di pulau Timor, sekarang Sudan, negara umat Islam dipecahkan.

Sunday, January 30, 2011

HUJAN SEMBELIH MCA

Assalamualaikaum,

Hujan yang menyebabkan banjir semasa pilihanrayaTenang besar lemungkinan bertujuan untuk sembelih MCA. Hanya 1 jam sahaja lagi semasa entry ini dibuat keputusan pertama akan keluar.

Laporan yang diterima swing pengundi Cina kepada PAS adalah kuat, dan keadaan ini diperkukuhkan lagi oleh bantuan hujan yang menenggelamkan banyak tempat di sana. Usaha MCA untuk pulun pengundi warga mas agar mengeundi BN jelas telah terjejas.

Perhatikan sekiranya benar nanti sokongan orang Cina kepada BN di bilik tidur presiden MCA dan bilik tidur anak presiden MCA, redum.

Ini akan melongkangkan MCA selongkang longkangnya