سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa menjelajah masuk kawasan rumah awam Ayer Molek, aku terserempak dengan satau pemandangan yang sangat biasa. Iaitu bangunan yang dikenali sebagai balai raya, atau balai rakyat yang dihias dengan bendera umno, kadang kadang dengan bendera bn.
Apabila dipacak bendera parti pada bangunan tersebut, maka ia membawa maksud bahawa bangunan tersebut adalah milik atau hak kepunyaan parti yang berkenaan. Dan rata rata di Malaysia, keadaan ini berlaku serta tidak dicabar.
Sebagai pelajar universiti, anda tidak sepatutnya menerima keadaan ini tanpa mempersoalkan betul atau tidak tindakan seperti ini. Anda sepatutnya memikirkan betul atau ke salah sekiranya papan tanda pemakluman projek pembangunan yang dilakukan oleh negara Malaysia atau JKR di bubuh satu ayat tambahan: satu lagi projek kerajaan barisan nasional. Tahukah anda perbuatan itu salah dan menyalahi undang undang kerana mengatakan projek negara sebagai projek parti?
Sebagai satu contoh kecil, sekira kira 2 bulan sebelum pilihanraya 2008, sebuah bangunan seperti sebuah balai raya didirikan di seksyen 4 Bandar Baru Bangi, dan siap dibina dalam masa 2 atau tiga minggu. Bajet dari mana datangnya tidak diketahui, kelulusan untuk mendirikan sebuah bangunan di atas lot tanah kosong itu entah bila diluluskan oleh PBT, toptop telah berdiri sebuah bangunan yang menjadi markaz kerja kerja pilihanraya umno.
Tiba tiba umno kalah dan tidak membentuk kerajaan di Selangor, maka dalam masa beberapa hari sahaja unit unit air cond telah tiada lagi, aku percaya dicuri, dan banyak benda benda lain yang di vandalise. Sekiranya bangunan tersebut milik umno, tentulah umno dan orang umno akan tetap menggunakan bangunan tersebut, tidak kira umno membentuk kerajaan atau pun tidak. Tetapi kerana bajet yang diguna untuk membina bangunan tersebut bukan milik parti, tetapi aku percaya milik negara, maka mereka cabut lari apabila kalah pilihan raya.
Pernah engkau dengar wang ehsan mengganti royalti minyak berkepuk tersorok di bawah katil seorang orang kuat umno. Siapa yang mengendalikan pemberian wang BR1M? rata rata orang umno, kerana mereka mempunyai persepsi duit negara itu adalah duit umno.
Pernah dengar peruntukan untuk Parlimen dan DUN hanya untuk kawasan yang bn menang sahaja, yang bn tidak menang, tidak diberi peruntukan, bermaksud duit negara adalah duit bn. Pelajar universiti mesti faham dan menerima perlakuan ini adalah salah dan salah dan mesti ditolak.
Menggunakan dan mengambil wang negara untuk kegunaan persendirian dan parti adalah salah dan sama seperti merompak negara. Menafikan pemberian royalti minyak kepada mana mana negeri yang layak menerima royalti tersebut adalah salah. Menafikan pemberian royalti kepada mana mana negeri yang bukan diperintah oleh bn adalah satu kesalahan.
Mencuri wang negara adalah salah.
Jangan kau bersikap seperti orang kampung: kalau umno yang buat tak apa!