Friday, June 11, 2010

AKU MEMANG PENDENGKI

Assalamualaikum,

Kelantan dipinggirkan, dulu dan kini. Aku memang tidak suka kalau negeri yang rakyatnya pilih pembangkang dimajukan. Biarlah rakyat negeri tersebut rasa. Padan muka mereka. Tak mau pilih kerajaan barisan nasional, sekarang kau rasa padahnya. Melayu pun melayulah. Tapi Melayu yang tolak barisan nasional mesti didiskriminasikan.

Sekarang aku tambah lagi satu negeri. Selangor. Diskriminasikan dia dalam Rancangan Malaysia ke 10. Padan muka dia. Siapa suruh pilih pembangkang?

Lain kali pilih barisan nasional.

Itu pun tak boleh paham?

Thursday, June 10, 2010

HARGA MERDEKA

Assalamualaikum,

Kita bersyukur kerana negara kita telah merdeka, sudah lebih setengah abad. Semua kita tahu bahawa kemerdekaan itu kita kecapi bukan dengan cara yang free dan mudah, tetapi juga dengan beberapa harga yang kita bayar. Merdeka daripada cengkaman penjajah tidak semestinya membebaskan kita daripada segala belenggu, tapi merdeka itu juga kadang kala memerlukan kita membelenggu diri sendiri dengan belenggu baru.

Sebabnya ialah apabila kita merdeka, kita telah menerima pakai konsep konsep yang dimajukan oleh revolusi Peranchis. Antara konsep yang kita terima pakai, ialah konsep warganegara. Dalam konsep ini mereka yang dikira berhak diberi satu pengiktirafan iaitu mereka dikira sebagai warga atau ahli kepada negara yang berkenaan. Apabila mereka dikira dan diterima sebagai warga, maka akan bergayut bersama dengan mereka hak hak yang dijamin oleh negara.

Sebelum merdeka, penduduk negara ini adalah rakyat. Tuan kepada negara ini ialah sultan sultan. Tetapi oleh kerana kuasa sebagai tuan ini telah diserahkan kepada penjajah, maka tuan ialah penjajah. Orang Melayu adalah penduduk teramai di Tanah Melayu, tetapi mereka adalah rakyat sehinggalah ke tarikh merdeka.

Apabila rakyat meminta semula status tuan kepada penjajah, maka harga yang telah ditetapkan oleh penjajah ialah mesti menerima pakai konsep warganegara. Apabila tok tok yang merundingkan kemerdekaan ini setuju dengan konsep tersebut, maka dengan sendirinya orang Melayu surrenderkan gelaran tuan tadi kepada gelaran warganegara. Dalam konsep warga negara ini, semua yang diiktiraf sebagai warganegara mempunyai hak yang sama yang ditentukan oleh perlembagaan. Artikel 153 perlembagaan Malaysia tidak mengubah sedikit pun konsep warganegara ini, ia hanya menyatakan beberapa keistimewaan orang Melayu.

Sebab itu dalam pilihanraya umum 1955, jumlah pengundi Melayu sangat tinggi, tetapi dalam pilihanraya selepas merdeka statistik ini berubah secara drastik.

Perlembagaan Malaysia tidak mengiktiraf siapa tuan Malaysia. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf siapa warganegara Malaysia.

Yang ini pun tak boleh paham?

Tuesday, June 8, 2010

JGN MEMANDAI TANYA 1MALAYSIA

Assalamualaikum,

Kan aku dah kata konsep 1Malaysia ini abstrak lagi teoretikal serta hipotetikal. Korang jangan sibuk sibuk tanya itu tanya ini hal 1Malaysia ni. Kau orang angguk saja sudah. Ada paham?

Question on 1Malaysia rejected


Twitter @limkitsiang :

My Q 2PM how many Ministers regard themselves Msian 1st race 2nd rejected 4offending rule agnst asking 4opinion abstract hypothetical matter
Monday, June 07, 2010 9:40 AM

How sad. Despite all publicity abt 1Malaysia PM dare not answer Q how many Ministers believe in it as 2rgd themselves as Msians 1st race 2nd

SAYA SOKONG ISRAEL

Assalamualaikum,



Joe Biden, Naib presiden US kata dia sokong tindakan Israel membunuh aktivitis kemanusiaan ke Gaza.

Biden said last week that Washington backed Israel’s right to board ships bound for Gaza .

Tu gambar macam dia suruh tembak lagi dan lagi.

Monday, June 7, 2010

SENYUM DUIT

Assalamualaikum,
Kalau nak tau inilah namanya senyum duit.

Rasanya macam RM525 juta

1 MALAYSIA HANYA UTK YG BUAT PhD

Assalamualaikum,

Semasa zaman nenek saya, anak anak diajar satu mata pelajaran ugama namanya Sifat 20. Sesiapa yang tamat pelajaran ini akan dikhatamkan dengan membuat satu majlis khas. Tetapi ramai diantara yang telah khatam matapelajaran ini langsung tidak faham apa itu tauhid, malah ramai pula yang melakukan syirik.


Sebabnya ialah Sifat 20 adalah pelajaran tauhid yang sifatnya sangat abstrak dan teoretikal. Kalau kurang mahir mengajar, dan tidak clear dengan apa yang diajar, maka ia tidak memberi kefahaman. Malah boleh pula terterobos ke bidang filosof, iaitu masalah ketuhanan yang menjalar kepada filosof Yunani dan macam macam lagi.

Sampai hari ini, kalau orang belajar sifat 20, anda tanya semula hal hal tauhid, ramai yang terus terpinga. Bagi saya oleh kerana sifat 20 ini sebenarnya bersifat sangat teknikal, abstrak dan teoretikal dan sangat akademik, ia seeloknya diajar kepada yang di universiti, dan dikaji oleh mereka yang buat PhD.

Kalau yang belajar disurau surau dan di kampung, ajarlah seperti mana Rasullullah ajar Saidina Bilal, iaitu bersandar kepada surah Al Ikhlas.

Begitu juga dengan 1Malaysia. Masyarakat tidak faham konsep yang abstrak, teoretikal dan akademik ini, sehingga TPM sendiri pun tak faham. Jadi yang mengaku faham tu adalah untuk membodek semata mata. Kalau diajar teori fizik terkini pun, yang dalam kedai kopi akan mendabik dada kata Faham!

Apabila komando Israel bunuh aktivis pembawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, maka konsep 1Malaysia semestinya menyokong tindakan Israel tu. Kerana itu adalah buluh betong di mana 1Malaysia dilahirkan.

Seperti mereka sokong 1Malaysia, mereka juga sepatutnya kata terhadap tidakan kejam Israel ini: sokong!