Saturday, April 10, 2010

YOU CAN WIN 2

Assalamulaikum,

Make the correct decisions on the candidates of the coming two by-elections can see PR taking both parliamentary seats. BN has already started on the downward slide in Hulu Selangor when they had no choice but to tread on old shoes.

Let DAP contest in Sibu and a voter-attracting Malaysian Indian to stand for PR in Hulu Selangor.

Then you can win both

Friday, April 9, 2010

PEKERJAAN HAJI.....47

Assalamualaikum,


Kursus Haji


Diberitakan Tabung Haji sedang mengusahakan agar tempoh menunggu bagi mereka yang telah mendaftar untuk menunaikan haji dikurangkan kepada 10 tahun. Itu pun lama menunggu tu, tetapi lebih baik daripada menunggu selama 20 tahun.

Bagi anda yang telah terpilih sebagai jemaah haji, bagi anda yang terpilih sebagai calon simpanan, dan bagi yang berminat dengan pekerjaan haji, sekarang telah mula siri kursus haji.

Hadhirkan la diri.

Thursday, April 8, 2010

BIBIH MELAH MATA PUN MELAH

Assalamualaikum,

Orang yang berperinsip, kalau kata resign, bila tepat seperti yang dijanji, maka dia resign.

Kalau jenis pariah, dah kena solat hajat pun, seperti kucing mencengkam tikau. Tunggu bala sampai baru nak sadau.

ACCOLADES MENUNGGU

Assalamualaikum,

Yang pergi Washington tu baru hampas cungkil gigi je. Ada lagi habuan besar in store.

Tidak lama lagi, sebagai mengenang jasa, akan dianugerah pelbagai

accolades

Wednesday, April 7, 2010

ATAS BAGI CLEAR

Assalamualaikum,


Semasa Tentera US masuk Baghdad, saya baca laporan bagaimana satu unit menghubungi HQ dan minta izin untuk tawan lapangan terbang Baghdad.


Dalam kes pembocoran video bagaimana tentera US dalam helicopter Apachee membunuh wartawan Reuters di Baghdad, juga HQ dihubungi untuk minta izin tembak target.


Bila atas bagi clear, barulah ambil tindakan. Nak tembak ke. Nak bom ke .Nak letup ke. Semua organisasi military atau yang beruniform, modus operandinya sama.


Ambil tindakan,


Bila atas dah bagi clear

UTZ AHMAD AWANG: KAMI SOLATTHON

Assalamualaikum,

Menyahut seruan Ustaz Ahmad Awang. Minta solat hajat berterusan. Solat hajat kami masih terus ustaz. Mungkin ustaz sendiri dah stop. Tapi kami terus terus menerus non-stop.

Usahanya atas kami

Hasilnya atas Allah

Tuesday, April 6, 2010

LIVISTONIA ROTUNDIFOLIA

Assalamualaikum,

Hal orang dah bercucu. Cucu mula membesar. Risau pergi ke kolam ikan. Cadang punya cadang, buat pagar. Haprak punya pagau tak mau. Yang cengal baru terasa puas.



Tokeh landscaping kata you punya rumah tada pokok ma. Manyak panas oo. You tanam palm aa, maintenance mulah.

Pilih punya pilih, berkenan Livistonia rotundifolia.

Lepas tu rasa berkenan pula pada si payung tu.


Order payung dan Livistonia rotundifolia

Poket aku pun ranapfolia

Sunday, April 4, 2010

BAJA CAP....

Assalamualaikum,

Beberapa tahun ada seorang menteri memerintahkan baja yang dibekalkan oleh negara kepada petani petani miskin dan susah dibubuh cap dacing. Kebanyakan baja tersebut dibekalkan kepada petani di Kelantan, kerana usaha ini bertujuan untuk menjinakkan mana mana petani yang kononya tidak berterima kasih dan tidak mengenang jasa BN supaya mesra dengan BN.

Seorang kawan saya yang membuat design dacing tersebut.

Dalam keghairahan pilihanraya kecil Hulu Selangor, BN telah pun mula menabur janji, dengan menjanjikan sekian banyak juta kepada tempat ini, sekian banyak juta di tempat ini. Mereka ini mungkin tidak belajar daripada kekalahan di Manik Urai. Menjanji hanya RM 7 juta bagi sebuah jembatan tidak mampu untuk membeli undi pengundi.

Mengapa mereka tidak janjikan seperti yang biasa dijanjikan oleh seorang bekas TPM yang sudah almarhum. Di sana sekian bilion, di sini sekian bilion.

Sebab itu saya setuju dengan kenyataan menteri besar Selangor yang mencabar BN supaya membina universiti di Hulu Selangor. Boleh lah namakan universiti tersebut universiti Cap Dacing.

Yang kepada orang Terengganu Cap Dacing tu sinonim dengan cap ayam.