Saturday, September 7, 2013

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diucapkan selamat menunaikan fradhu haji kepada semua jemaah haji yang akan berangkat ke Tanah Suci. Didoakan semuga sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana, sentiasa sabar dengan segala cabaran dan dugaan, dan ikhlas serta tekun mengerjakan semua ibadat.

Didoakan anda dapat haji yang mabrur



Wednesday, September 4, 2013

QALAM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ku lihat anak itu turun menyusuri mata tangga. Aku kira umurnya 6 atau 7 tahun. Mungkin ofis ibu atau ayahya terletak ditingkat atas ofis aku ini. Dia memegang sesuatu, yang walaupun tidak perlu aku menelitinya dengan cermat, secara sepintas lalu aku tahu anak itu sedang memegang sebuah I pad. 

Imej tersebut terus menerobos memori aku yang berkeupayaan jutaan giga bytes. Teringat dalam tahun 1959. Aku hampir sebaya dengan anak kecil yang aku lihat tadi. Pada ketika itu aku sudah pun masuk ke darjah 1, di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, di negeri Antah Berantah.

Masih ku ingat, bilik darjah yang mula mula aku masuk berbentuk seperti sebuah kandang yang dindingnya terdiri daripada papan yang ditindan setinggi pinggang orang dewasa. Atapnya dibuat daripada daun, aku percaya daun rumbia. Lantainya tidak bersimen, tetapi cukup dengan permukaan tanah yang sudah licin dan season disebabkan dilacak oleh pelbagai kaki.

Guru yang aku ingat lagi pada masa itu ialah guru besar bernama Cikgu Hashim, orang Duyung yang datang ke sekolah memandu kereta Austin berwarna hitam dengan nombor plat M 1551. Ada guru lain yang aku ingat namanya Cikgu Che Wa.

Aku dibekalkan dengan sebuah I pad dan satu stylus untuk kegunaan belajar. Bukan aku sahaja, malah semua murid darjah 1 hingga darjah 2 menggunakan I pad dan stylus masing masing.

Cuma ada perbezaan yang sangat sangat kecil sahaja,

I pad pada masa itu dikenali sebagai papan batu, manakala

stylus pula dikenali sebagai qalam.