Friday, October 28, 2011

RAK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa mula mula menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, antara benda benda yang menarik perhatianku ialah rak yang disediakan untuk meletakkan naskhah al Qur,an. Aku perhatikan pada ketika itu, rak rak tersebut begitu berkilat dan gemerlapan sekali, sebab mungkin ia diperbuat daripada tembaga dan sentiasa digilap oleh bangla yang bekerja dalam masjid tersebut. Maka timbullah keinginan dalam diriku kalau kalau aku dapat rak yang seperti ni untuk menempatkan al Qur'an di rumah aku.
Bila aku punyai rumah sendiri ada juga aku berkira kira untuk mencari rak yang sama seperti yang terdapat dalam Masjidil Haram ini, namun lama kelamaan terfahamlah aku bahawa maqam aku ni tak sampai untuk memiliki rak yang seperti ini. Aku terimalah haqiqat ini.

Semasa menunaikan umrah ramadhan yang lepas, aku dapati rak Qur'an dalam Masjidil Haram bahagian yang sering ku kunjungi tidak gemerlapan seperti dahulu. Tahulah aku yang si bangla tu tidak lagi menggilap rak rak tersebut, sebab itu kebanyakan rak rak yang aku perhatikan berkeadaan udam dan tidak gemerlapan.
Kan ke kelihatan pucat aje rak tu

Kemudian beberapa tahun yang lepas aku solat di Masjid Negara di Kuala Lumpur, dan aku perhatikan rak Qur'an di situ diperbuat daripada stainless steel. Aku perhatikan menarik juga rak yang sebegini. Teringin juga untuk menempah rak Qur'an bagi kegunaan di rumah aku.
Ini adalah pemandangan dari hadapan rak tersebut.

Ini adalah pemandangan rak tersebut dari sebelah belakangnya.

Ok gak

Thursday, October 27, 2011

LEMBU TERNAK LEMBU KAT N9

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Baru baca berita tentang lembu ternak lembu kat N9.

JUMPA KEPALA DALAM SAMPAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa aku bawa pelajar buat fieldworld di sebuah perangkap sampah kira kira 10 tahun dulu, tidak pula kumpulan kami bertemu dengan apa apa perkara yang pelik.

Tetapi sehari dua ini satu perkara maha maha tidak pelik berlaku di mana satu kepala ditemui di celah celah sampah. Kepala ini langsung diangkat menjadi pemimpin agung

Yang jumpa tu kau tau siapa kan. Si ultra chauvanist berselempang berkeris.

Now you know the rest of the story

Monday, October 24, 2011

QIBLATAIN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
قَدۡ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجۡهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبۡلَةً۬ تَرۡضَٮٰهَا‌ۚ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ‌ۚ وَحَيۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُ ۥ‌ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ لَيَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا يَعۡمَلُونَ

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. [Al Baqarah 143]

Ini adalah Masjid Qiblatian. Semasa Rasulullah solat dalam masjid ini turun ayat Quran yang mengarahkan baginda mengarahkan arah solat ke Masjidil Haram. Maka pada ketika itu baginda mengalihkan arah solatnya ke Masjidil Haram, jadilah dalam masjid tersebut baginda solat mengarah 2 Qiblat.
Suasana dalam Masjid Qiblatain. Orang solat sunat di dalamnya.

Pintu Masjid Qiblatain. Kukuh kelihatannya
plaque Masjid Qibltian


Kepala paip dalam tempat wudhu' pun bagus kelihatannya

Sekiranya anda mengerjakan haji atau umrah, masjid ini memang menjadi iternerari ziarah yang dianjurkan oleh pakej anda

ELEH, HANDBAG BIKIN BESEPAH KAT RUMAH AKU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Handbag sebegini mungkin harganya USD 150,000.00 sebuah. Tapi aku ada nampak bini aku punya handbag cenggini le besepah sepah.

Sebab jenama yg bini aku punya mungkin BIKIN, bukan BIRKIN