Thursday, July 16, 2015

KUNCI SYURGA

Assalamualaikum

Mengikut salah seorang daripada penggerak GHB, motif mereka lebih tinggi daripada hudud. Mulia sekali kedengarannya. Dalam posting lepas, aku menyarankan agar disegerakan penubuhan parti politik baru ini kerana ia akan secara otomatik mengeluarkan mereka dari PAS tanpa perlu kepada kontroversi mereka ditendang keluar.

Setakat perkembangan hari ini, yang paling gembira ialah DAP, kerana skrip yang terungkai melebehi daripada apa yang mereka rencanakan sejak awal. Rancangan awal ialah berambuskan PAS daripada PAKATAN, jadikan PASMA sebagai ganti PAS, kemudian bentuk pakatan baru tanpa PAS. Tetapi muktamar PAS yang lepas tanpa direncana menjadikan GHB terbentuk, dan ini lebih disayangi mereka berbanding dengan PASMA. Mungkinkah PASMA nanti akan hanyut ditelan GHB?

Rencana mereka mudah dibaca dan menjadi semakin terang dengan pengumuman pimpinan PKR menyokong GHB. Natijahnya ialah satu gabungan baru akan dibentuk terdiri daripada PKR, DAP dan GHB, tentunya tanpa PAS. Dengan itu bacaan seterusnya iala GHB akan diarah bertanding di mana PAS bertanding, dengan matlamat untuk membunuh PAS.

Jelaslah, mereka yang terserpih daripada PAS ini sebenarnya adalah ahli politik yang tulin political animal. Mereka bukan pejuang Islam. Ramai diantara mereka adalah bekas beberapa taifah semasa mereka belajar, dan mempunyai ideologi sendiri, cuma apabila mereka terlontar ke dunia sebenar, taifah mereka tidak mampu menyediakan wadah untuk mereka perjuangkan ideologi mereka, dengan itu mereka perlu menempek ke wadah yang sedia ada untuk mencakar naik bagi merealisasikan ideologi mereka. Apabila berhalangan, atau bermasalah, tidak jadi hal begi mereka melompat ke sana dan ke sini, walau telah menyelam dalam wadah yang ditumpangi 30 atau 40 tahun.

Mereka menjeritkan GHB adalah pengganti PAS, bermaksud selama ini perjuangan mereka adalah memperkudakan PAS selagi itu menguntungkan mereka, sebaik sahaja matlamat ini tergugat, tidak ada sebarang kilanan mereka mengenyah PAS. Ada diantara mereka ditawar kedudukan yang meliurkan dalam DAP, tetapi kalau masuk DAP, mereka tidak boleh pegang top post. Lebih baik buat parti sendiri yang baru.

Niat mereka kian teserlah, iaitu belasah PAS. Telah berkicau untuk melarikan beberapa ADUN PAS di Kelantan agar menyertai mereka supaya kerajaan Kelantan sekarang dapat ditumbangkan melalui cara berpaling tadah.

Cuma, untuk beranding dalam pilihan raya, jentara parti adalah amat penting, di sinilah PKR tidak punya, dan lebih malang lagi bagi parti tersebut, ketuanya disumbat dalam penjara. Tanpa aura tok ketua, kau sukar menyinar. GHB memang tidak punyai langsung.

Sehubungan dengan perkembangan ini mungkin ada diantara Melayu yang menyertai DAP akan ditawarkan tempat bertanding yang selamat nanti, dah gahlah seantero dunia apabila mereka menang, kerana bagi mereka kunci syurga adalah pada teras dan asas ideologi DAP,

sekularisme