سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Penyakit bermula di sini. Seperti yang selalu didengar
Wednesday, May 15, 2013
Tuesday, May 14, 2013
CERMINLAH
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setelah secara de facto BN kalah pru 13, yang digemburkan ialah polarisasi kaum, serta tsunami cina. Mereka hendaklah cermin muka sendiri, yang mengapi api perkauman ialah mereka. Yang menghina bangsa lain ialah mereka, tetapi cuba dilukiskan bangsa lainlah yang mengapikan perkauman, terutama cima.
Hanya fikiran yang waras sahaja yang boleh nampak auta umno ini, sebab itu TG Haji Hadi tidak setuju dengan idea penyatuan PAS dan UMNO dikala umno sedang lemas.
Hanya yang ketagihan kelazatan dimercu kuasa sahaja yang berbuih buih suruh bersatu, bersatu.
Monday, May 13, 2013
SI BUTA AJAK MEREDAH
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menjadi wakil kepada ulama besar dunia bagi mentarbiyah umat manusia di sebelah Asia Tenggara ini belum dapat menjamin seseorang itu terus berada di jalan yang benar. Ini kerana apabila kelazatan kejayaan mula dikecap, maka ketagihannya tidak dapat dinyah semudah mungkin. Bertitik tolak atas kelazatan ini, ditambah dengan indoktrinasi berterusan media bahawa Lim Kit Siang itu hantu raya dan ibu segala hantu, maka bancuhan ketagihan kelazatan dan pencetakan di minda sub concious membentuk pemikiran bahawa penyatuan PAS dan UMNO itu adalah ibu ubat kepada segala permasalahan orang Melayu.
Kelibat awal dikesan semasa ura ura unity government diketengahkan, diikuti dengan kesengkokolannya bersama JATI, langsung bersama mursyidul khas BN ke Gaza, maka nyata anutannya telah melakukan migrasi ke racism, nasionalisma othrodoks dan kebencian kepada DAP dan hantu raya bernama Lim Kit Siang. Nampak jelas bahawa yang cuba mentarbiyah manusia ke arah penghayatan Islam universal tenggelam dalam gamitan ketuanan melayu, gementar bikinan terhadap kononnya penularan kelunturan aqidah umat Islam Malaysia serta kononnya melonjakknya resapan LGBT. Pada masa yang sama merasa selesa, bersifat approval dan pemaaf terhadap kesonglapan dan perompakan harta negara, penindasan seribu bentuk terhadap yang bukan sehaluan, penipuan serta seribu kelaku haram jadah yang diratibkan oleh mereka yang sedang diampu.
Sekarang berasa selesa dan bangga bersama dengan mereka yang merampas mandat rakyat secara menipu, berasa at home dengan si jongos yang kalah di Shah Alam dan Pasir Mas dan dengan mereka yang mengacu ngacu parang panjang bagi menghidupkan semula banjir darah 13 Mei.
Kerana battle cry nya ialah penyatuan PAS dan UMNO hendaklah dinilai dan aktifkan secara berterusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)