Thursday, December 30, 2010

RAJA YG X KISAH KETUANAN BERI CUTI UMUM

Assalamualaikum,

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yang menang piala suzuki.

Dan aku turut seronok bila 31 Dis. 10 diumum cuti umum.

Itulah baiknya bila kita ada raja yang tidak kisah sangat hal ketuanan

Rajagopal

Wednesday, December 29, 2010

ROBENGAH BANJARNEGARA DAN ADAB KENCING BERAK

Assalamulaikum,

Meluat dengan berita yang dikuatiri benar mengenai seorang menteri senior Malaysia merogol pembantu rumah Indonnya, maka di sini aku perturunkan adab kencing dan berak.

Preamble: menjadi amalan aku sebelum mula kerja di opis aku, selesaikan beberapa amalan. Antaranya baca satu hadis satu hari. Kitab hadis yang aku gunakan ialah Bahrulmazi karangan Syeikh Al Marbawi.

Di sini diperturunkan adab berkenaan mengikut Al Marbawi Vol. 1 m.s. 42; masaalah no. 113.

Adab adab kencing dan berak:

1. Hendaklah pergi jauh daripada orang kerana yang demikian itu thabit padanya memperbuat akan dia oleh Rasulullah s.a.w.
2. Biarlah berlindung diri daripada mata orang dengan rumpun rumpun atau balik tunggul atau lainnya
3. Mengucap   اللُّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ O Allah. I seek refuge in You from the male female evil and Jinns".


4. Jangan mengangkat kain dari jauh bahkan maulah kemudian daripada sampai ke tempat qadha hajat dan hendak duduk
5. Sebelum menyingkap kain hendaklah pandang kiri dan kanan barangkali ada orang
6. Menutup kepala dengan apa apa kain
7. Jangan bercakap cakap waktu kencing dan berak itu
8. Jangan instinja' dengan kanan
9. Sental tangan ke tanah atau lumur basuh dengan tanah kemudian daripada membasuh berak
10. Istinja' dengan batu kemudian ikut dengan air
11. Jangan mengambil air sembahayang tempat membasuh berak dan kencing
12. Kangkangkan dua peha waktu kencing
13. Apabila keluar dan berubah dari tempat qadha hajat itu hendaklah mengucap       (a)  غُفْرَانَكَ "(O Allah) I seek forgiveness and pardon from You".


(b)    الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي ("All Praise be to Allah, who removed the difficulty from me and gave me ease (relief)". )


14.Memercik kain yang bertentang dengan zakar itu dengan air
15. Jangan pakai cincin atau suatu yang ada nama Allah ke jamban
16. Jangan kencing berhadap kepada angin dan memberi belakangnya
17. Jangan kencing berdiri
18. Jangan kencing berak dijalan jalan raya yang ditempuhi orang daan di bawah bawah naung kayu yang bernaung orang padanya, dan jangan didalam air tenang kerana membinasakan dengan yang demikian itu
19. Bertelekan atas kaki kiri
20. Menghabiskan kencing dengan berdehem dehem dan memicit zakarnya



 

Tuesday, December 28, 2010

CIRCUMVENT UMNO YG BERNAMA KHUSRIN

Assalamualaikum,


Perlantikan khusrin sebagai S/U Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah satu usaha UMNO untuk circumvent kerajaan PR.


Membuat undang undang, dan kemudian melanggar undang undang yang mereka buat sendiri memang kepakaran UMNO.

Jelas, apa yang UMNO perlukan sebagai tambahan dalam hal ini ialah

circumcision

Monday, December 27, 2010

TAHNIAH MALAYSIA BALUN INDON

Assalamualaikum,

Tahniah malaysia balun Indon 3-0 dalam piala suzuki.

Yang kurang hajau rosakkan pogram dg gunakan laser pointer tu pun patut kena balun

Friday, December 24, 2010

LOKAP PENUH SESAK

Assalamulaikum,

Ada cadangan untuk menyediakan pusat tahanan untuk penganut ajaran sesat.

Kalau macam tu, lokap akan penuh sesak.

Sebab ramai penganut satu ajaran yang sesat, tetapi penganutnya bebas malah tuduh orang lain sesat.

Ajaran ini berasal daripada revolusi peranchis

Namanya nasionalisme

Thursday, December 23, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....13 (ANGSA BERTELUR EMAS)

Assalamualaikum,

Pada 27 Mei 2010 aku dan isteri pergi pasar borong. Selalunya menantu yang jalankan tugas tersebut, tetapi ada hal yang tidak boleh dielakkan, maka terpaksalah aku pergi. Juga biasanya pergi pasar hari ahad atau sabtu, tetapi kerana sesuatu tersebut, hari khamis pun terpaksa dilakukan.

Semasa kami masuk ke lebuh raya Silk, aku terdengar bunyi kedebum dibelakang. Aku boleh dengar kerana tingkap semua diturunkan supaya bau barang barang pasar tersebut tidak tinggal dalam kenderaan.

Selepas kira kira 50 meter, aku bunyi krepek krepek krepek. Bunyi seperti pemecah batu digunakan. Aku jeling sebelah luar arah passenger kalau kalau ada orang sedang membaiki jalan. Tiada pula. Kemudian aku terbau bau hangit, seperti getah terbakar.

Bunyi krepek krepek krepek semakin kuat, dan aku dapat rasakan pemanduan aku semacam beralun. Aku sekarang tau ada sesuatu yang tidak kena. lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.

Bila aku lihat, rupanya tayar belakang sebelah  passengger telah pancit. Maka aku tahu, aku kena tukar tayar spare. Tetapi bila nak ambil tayar spare, aku tidak tahu di mana tayar spare tu. Alat jack untuk mengangkat kenderaan pun aku tidak tahu gunakan. Selama 7 tahun aku gunakan UNSER, semuanya aku tidak tahu.

Kemudian lihat owner's manual. Ooo, di sini rupanya tayar spare, tapi nak keluarkan tyre spare pula tidak tahu. Nasib baik berhenti satu pick up truck. Dia tanya tayar spare ada bang? Ada, aku jawab.


Yang pakai baju hijau tu bodo aje rupa, aku dengan yang pakai baju biru tu belek sana, belek sini untuk keluarkan tayar spare, tapi yang baju hijau tu selamba aje keluarkan. Ooo macam tu rupanya keluarkan! Dia orang dua orang ni memang kerja mereka cari kereta rosak untuk dibantu dengan dikenakan charge.

Bila dah keluar tayar yang pancit tu, naa, tu dia, besaqnya benda yang masuk dalamnya.

Nasib baik kau tolong aku. Bayau RM 50.00 aku tak ghalat.


Tuesday, December 21, 2010

YOU PREACH CHAUVANISM

Assalamualaium,

When I joined the service of university teaching about 30 years ago, I came to the company of a few friends, who, during our discussions about the politics then, would always preach malayness and that UMNO is an institution, solely and the only , for the malays to rely and depend on.

I couldn't care less then about insinuations, which, they would constantly utter about politicians outside UMNO, especially Lim Kit Siang, the DAP supremo. I still remember, they constantly and incessantly labelled him as chauvanist.

well, what is the meaning chauvanist?

When looked up the on-line dictionary it gives me this definition: Prejudiced belief in the superiority of one's own gender, group, or kind

Let me just tell you, that those friends that I made company with then all declared themselves as nasionalis, meaning they subscribe to the ideology of nationalism. To me, other than the tauhid ideology as preached by the Prophet Muhammad s.a.w. are all ajaran sesat, nationalism included.

What made me very sore is, while accusing other people who do not subscribe to BN's ideology as chauvanists, these very people are extremely chauvanistic to the very core. They use a vehicle of mass media to hurl accusations and and insinuations to all those who they dispise. And since they have ammunation no more, they unashamedly turn to extremely senstive and explosive materials to the harmony of this country such as malay rights are being challenged, malays are suppressed in penang, the position of the malay rulers are being questioned, article 153 of the constitution is rediculed and so on and so forth.

As history has taught us, these are the very people who annihilate those malay rights and privileges over these years. I need not elaborate on this.

The only reason for this outburst of racial rhetorics is they are extremely afraid of being pushed out of the throng of political power. A food of nationalism is fear. If they preach fear, then, they believe voters would crowd and crawl to them again.

By labelling opponents as chauvanists, then they think they can drive fear into voters' medulla oblongata.

But the term chauvanist is race-free.  It can be chinese chauvanism or Indian chauvanism or whatever.

you preach malay chauvanism

Monday, December 20, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....12 (HAL NGV LAGI)

Assalamualaikum,



Sambungan....

Setelah kereta Vitara tu dihantar ke wokshop, aku kena bayau RM 600.00. Cina tu tukar itu, tukar ini, tukar bateri dan macam macam lagi. Kereta pun diambil bawa balik. Wah, dah boleh start dah. Apa yang si orang NGV tu bengap sangat, itu tak boleh, ini tak mau.

Selang dua tiga hari, kereta yang baru direpair ni tak mau start lagi. Stranded apabila aku parkir di sebuah surau. Nasib baik dekat dengan rumah. Kereta tu tersadai di tempat itu mungkin dua hari. Kemudian bila aku datang cuba start, tiba tiba  chet chet cheeet, vrooom injin hidup. Boleh pula dia start. Bawa balik ke rumah.

Bila aku parkir di luar rumah, matikan injin, nak start semula dah tak mau. Tersadai lagi dua hari. pada hari ahad, aku panggil seorang mekanik untuk repair kereta tu. Dia datang untuk start. Bila dia putar ignition key, chet chet cheeet. Injin tak hidup. Lepas itu dia pergi belakang kereta dan dia ketuk ketuk dengan tangan dia.
Kemudian dia start semula. Chet chet cheeet... vroom, injin hidup!

Aku tanya kau ketuk kat mana? dia kata kat sini. Aku tanya lagi, jadi apa yang rosak? Fuel pump.

Jadi selama ini yang aku hantar kereta pergi wokshop ini, pergi wkoshop itu, tukar ini dan tukar itu, semuanya tu auta saja. Habis aku kena kelentong. Bila mekanik yang ini betulkan fuel pump tu, sampai hari ini boleh start.

Lepas kereta tu boleh start, aku hantar repair NGV pula dibengkel lain. Bayar lagi dekat RM 500.00. Wah lepas repair ini, NGV boleh guna. Itu pada 16 Jun 2010. Boleh bawa pergi tempat kerja. Bila dah guna dua tiga hari, NGV dah tak mau jadi lagi.

Terpaksa guna petrol juga. Malas la aku nak betulkan kereta lagi.

Beli lah kereta baru. Si Hussein yang menjadikan vitara dia punya sekarang.

ANCAK HUKUMNYA HARUSS

Assalamualaikum,

Ancak adalah haruss

Di sebuah negeri

Friday, December 17, 2010

PENDIKAR TAHI

Assalamualaikum






Zaman Hang Tuah memang terdapat ramai pendekar. Dan pendekar yang terhebat dan tersohor sekali ialah tiada yang lain melainkan Hang Tuah itu sendiri.

Seperti kata menteri undang undang, ahli parlimen PR bodoh dan ada tahi lembu di atas kepala mereka. Betul kata menteri itu. Pendekar pendekar semuanya bodoh seperti yang ditunjukkan oleh Hang Tuah. Diperintahkan kepadanya menyelam ke dalam perigi tahi, maka Hang Tuah yang taat bodoh itu pun menyelam ke dalam perigi tahi.

Tahi memenuhi kepala pendikar itu.

maka jadilah Hang Tuah itu pendikar tahi.

di kampung aku pendikar ini dikenali sebagai pendikau

ada juga tempat lain yang sebut pandikar


ANWAR KALAHKAN NAJIB

Assalamualaikum,


Thursday, December 16, 2010

DATIN SERI ASMAH ABDUL RAHMAN, SIAPA TU?

Assalamualaikum,

Gempaq satu dunia bila pesawat BAE 146-200 ditahan oleh pihak keselamatan indonesia di Surabaya. Baru tak tau yang pesawat tersebut membawa rombongan 80 orang dari Melaka di Dili di Timur Leste.

Dalam tu ada Ali Rustam.

Dalam tu ada Datin Seri Asmah Abdul Rahman. Bini dia.

Baru aku tak tau

Wednesday, December 15, 2010

PAKU DIHENTAK TEPAT DIKEPALANYA

Assalamualaikum,

Satu tindakan preemptive yang bijak dialkukan oleh Mahfudz bila dia meramalkan BN akan melakukan coup de tat sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum 13.

Mahfudz menganalisis perkara terssebut berdasaran bahasa isyarat yang dihamburkan oleh najib baru baru ini. Tetapi timbalannya pula yang gelabah dengan cara yang lucu dan tiada mutu.

Berita harian melaporkan tipiyem kata:

"Jadi tidak timbul soal coup d’eta , (dan) jika sudah diandaikan begitu, tentu sudah berlaku (coup d’eta apabila BN kalah di negeri tertentu), tapi ini tak berlaku," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan kilang pengeluaran sel dan panel solar berkuasa tinggi Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd (TCMSB) di Kawasan Perindustrian Kanthan, dekat sini,(Ipoh) semalam.



Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dia lupa BN telah orkestrakan satu coup de tat di Perak. Kalu tak, mana mungkin zambry tu menteri besau

Tuesday, December 14, 2010

KONONNYA TECHNICAL INTELLIGENCE

Assalamualaikum,

Surat kabau pengampu dan tiga  kartun yang keluar gambar mereka seolah gembira kononnya wikileak menunjukkan bahawa anwar ibrahim memang terlibat dengan kerja sodom.

yang hasadnya mereka ini, cerita yang dilabelkan maklumat dari technical intelligence mereka tukar kepada singapura ada rakam aksi anwar buat kerja sodom. Sukanya mereka bila dapat buat dusta besar tu.

Wikileak jelas menujukkan Malaysia dan Singapura sama sama bengap untuk membaca dan menganalisis suasana politik semasa, walaupun mereka dibantu oleh sistem dan rangkaian perisikan.

Yang terkinja konon dapat satu lagi peluru untuk menembak anwar lagi bertimpa timpa bengap. Si bengap superlative ditimpa oleh kumpulan bengap superlative.

Aku sangat yakin insyallah apa yang dibisikkan kepada ku oleh Almarhum Utstaz Fadzil Noor semasa aku bertanya kepada beliau mengenai hal ini, beliau menjawab

tidak

Monday, December 13, 2010

SPOT THE POT & ROT

Assalamualaikum

DATO’ SERI HAJI HARUN BIN HAJI IDRIS

(1964 – 1976)

Lahir : 21 Julai 1925 di Petaling Jaya, Selangor.

Pendidikan : Victoria Institution, Kuala Lumpur, Middle Temple & United Kingdom.

Karier Terdahulu : Penasihat Undang-Undang Selangor.

MB Selangor : 19 Mac 1964 - 24 Mac 1976

TAN SRI DATO’ HAJI MUHAMMAD BIN HAJI MUHAMMAD TAIB




Lahir : Kampung Sungai Manggis, Kuala Kalumpang, Kalumpang, Hulu Selangor.

Pendidikan : B.A. (Hons) Universiti Malaya (1979)

Karier Terdahulu : Guru

ADUN : Batang Kali

MB Selangor : 14 Ogos 1986 - 14 April 1997




TAN SRI DATO’ SERI (DR.) HAJI ABU HASSAN BIN HAJI OMAR


Lahir : 15 September 1940 di Bukit Belimbing, Kuala Selangor.

Pendidikan : Universiti Hull, England.

Karier Terdahulu :

Pegawai Tadbir dan Diplomatik mulai 1964 - 1978.

Ketua Penolong Setiausaha Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Timbalan Setiausaha, Kementerian Tanah & Pembangunan Wilayah Persekutuan.

Parlimen : Kuala Selangor (sejak 1978)

ADUN : Permatang (1997)

MB Selangor : 6 Jun 1997 - Ogos 2000.




DATO’ SERI (DR.) Mohamad Khir Bin Toyo



Lahir : 6 Ogos 1965 di Sungai Burung Tanjung Karang.

Pendidikan : Universiti Malaya (Pergigian)

ADUN : Sungai Panjang.


MB Selangor : 2000 - 2008




SENARAI ANUGERAH

SENARAI ANUGERAH DARJAH KEBESARAN SULTAN SELANGOR

D.K.
Sultan Ibrahim Ibni Armarhum Sultan Iskandar Sultan of Johor Darul Ta’zim
Sultan Muhammad V Sultan of Kelantan Darulnaim



SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.)



Tan Sri Ismail Omar



Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad



DATO’ SETIA — SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.)



Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj



Tan Sri Dr Nayan Ariffin





Conferred the DPMS: Sime Darby Property Bhd managing director Datuk Tunku Putra Badlishah Tunku Annuar

DATO’ PADUKA MAHKOTA SELANGOR (D.P.M.S.)


Teng Chang Khim, Datuk Tunku Putra Badlishah Tunku Annuar, Lt Gen Datuk Wira Allatif Mohamed Noor, Lt Gen Datuk Pahlawan (Dr) Abd Razak Md Yusoff, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman, Md. Nasir Md. Arshad, Datuk Wahab Hamid, Mislan Tugiu, Zainal Abidin Aala, Che Asmah Ibrahim, Dr. Mohamed Yusof Abdul Wahab, Mohd Rafik Shah Mohamad



DATO’ SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (D.S.I.S.)



First Admiral Datuk Khairuddin Khalid, Brig Gen Datuk Ahmad Anuar Ahmad, Prof Datuk Dr. Ramlah Adam, Datuk Chandran Muthuveeran, Bakhtiar Hussin, Azizan Mohamad Sidin, Prof Yaakob Che Man, Misri Barham, Prof Mohd Zambri Zainuddin, Assoc Prof Ab Halim Tamuri, Wan Azman Wan Omar, Norazlina Zakaria, Wan Shaharuddin Wan Mahmood, Zulkifli Sharif, Eu Hong Chew, Teow Leong Seng



SETIA MAHKOTA SELANGOR (S.M.S.)



Col Suriakala Suriabagavan, Col Nazri Abu Bakar, Capt Azhari Abdul Aziz, Kolonel Ramlan Kasbi, ACP Abd. Jalil Hassan, Dr Yahaya Abu Ahmad, Lim Mooi Eia, Mohd Shahzihan Ahmad, Zainor Rashid Hassin, Adnan Abu Bakar, Mohd Ikhsan Mukri, Jauriah A.Ghani, Ahmad Fasal Zakaria, Mustafa Din, Mohamed Faroz Mohamed Jakel



SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.I.S.)



Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj, Abu Bakar Mohd Daud, Chek Zan Kasah, Ir. Mohamad Dalid, Badarudin Mohamed Rafik, Cmdr Mazlan Yasin, Cmdr Abdullah Baki, Lt. Col Emilia Kamarudin, Supt. Abdul Aziz Abdul Majid, Supt. Sammugam Virasamy, Zabidah Awang, Lim Sok Kiang, Datin Wan Rabiah Wan Mohd Yusof, Zailani Kadir, Adailami Mohd Amin, Abdullah Marjunid, Omar Yaacob, Tan Pee Gak



AHLI MAHKOTA SELANGOR (A.M.S.)



Tengku Mohamed Tengku Harun, Lt. Col Ganase Jaganathan, Lt. Col Mohd Ali Husin, Lt. Cmdr Mohamad Nizam Wan Chik, Lt. Cmdr Mohamad Hamdan Mohd Shamsuddin, Lt. Cmdr Qasim Said, Lt. Cmdr Muhamad Nazer Abdullah, Lt. Col Ng Kim Sai, DSP Bakhtiar Md. Rasid, Dr Sansul Bahri Ahmad, Muhamad Salimi Sajari, Anuar Hamzah Tohar, Mohd Khairuddin Md. Som, Siti Ammarah Ahmad, Zabidah Safar, Mohd Basori Umar, Idzahar Rasidi, Mohd Tahir Bujang, Md Azhari Abu Hanit, Mohd Rakbi Mat Saud, Saad Ishak, Shukri Ishak, Dr Supermaniam Mylagan, Tarlochan Singh Dilbara Singh, Edward Rajendra J.S. Henry Kandiah, Wee Hong Im, Lim Chong



SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (A.I.S.)



Sa’hari Nasi, Hadib Daud, Abdullah Shaidin, Hanafisah Jais, Latifah Mohd Isa, Assoc Prof Rosmin Talib, Haridass Nagalingam, ASP Ganesen Muthu, Ar. Mohamed Halim Hashim, Lailatun Abdul Hamid, Rose Zairani Marmuji, Anuar Bujang, Khairi Mohd Alwee, Saw Lye Hock, Rosmawati Mohammad, Ahmad Kamruzaman Mehat, Michael Leow Kean Teck, Ruslin Abdul Karim, Mohd Johar Ismail, Thanabalan Nadarajah



BINTANG PERKHIDMATAN CEMERLANG(B.P.C.)


Abdul Aziz Mohd Khairudin, Siti Jaronah Tarkib, Datin Aslinah Mohd Arifin, Kamaruzaman Ibrahim, Shaharuddin Abu Yamin, Mat Isa Harun, Thanaletchumy P.Muniandy
JAKSA PENDAMAI (J.P.)
Datuk Seri Indah Di Raja Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Lee Lam Thye, Puan Sri Thamayanthi Dewi Ampikaipakan

Friday, December 10, 2010

PENDIKAU

Assalamualaikum,


Ini adalah contoh pendikar ketuanan. Ada accent yang sebutnya sebagai pendikau. ada pula yang sebut sebagai pandikar.

DIA IRAS MELAYU

Assalamualaikum,

Apa pasal PERKASA cukup marah dengan budak ni? Apa tuan segala ketuanan sangat phobia dengan budak ini. Bukan ke dia ada rupa melayu? Kot kot ada darah melayu. Boleh nanti lantik jadi tuan.



Thursday, December 9, 2010

FULLER CREAM MILK

Assalamualaikum,

Perkataan Indon walaupun sebutannya sama, namun maksud kadangkala adalah berlainan. Bila orang Malaysia kata tol, bermaksud bayaran yang perlu dibayar setelah gunakan lebuhraya. Pada orang Indon, tol tu bermaksud lebuhraya. Kita kata kereta, bermaksud car, dia kata kereta bermaksud train. Kita kata bisa bermaksud sakit yang bersangatan, dia maksud boleh. Kita kata tewas bermaksud kalah, dia maksud mati. Kita kata susu bermaksud milk, dia kata susu bermaksud breast.

Semasa pemeriksaan kesihatan untuk menunaikan haji tahun lepas, bacaan gula dalam darah aku adalah pada aras terendah dalam kategori normal. Doktor tanya ada rasa gayang gayang tak? Aku jawab tidak. Lepas tu aku pikir lagi, memang ada rasa tak stabil, kadang kadang. Memang aku dan isteri kontrol pengambilan gula dalam makanan kami. Tetapi oleh kerana bacaan gula ni rendah, aku berkira kira menambahkan intake gula. Caranya masa breakfast minum nescafe yang dimaniskan dengan susu pekat.

Susu pekat yang kami beli dibuka dengan menarik penutupnya. Kami tidak lagi beli susu pekat yang perlukan can opener untuk membukanya. Dan setiap kali membuat nescafe aku sendiri yang membuatnya, sebab orang lain buat semuanya tidak sedap seperti nescafe yang aku buat sendiri.

Satu pagi apabila semua bahan untuk membuat nescafe telah ku sediakan, maka aku mencari susu pekat untuk dicampur dalam nescafe aku. Bila buka peti ais, tin susu pekat telah kosong .

Aku pun memanggil pembantu rumah.

Siti, buka susu!

Wednesday, December 8, 2010

WAN AZIZAH PERDANA MENTERI MALAYSIA

Assalamualaikum,

Kau jangan le terkejut dengan tajuk entry ini. Diharap kau juga baca laporan the Economist mengenai senario politik Malaysia beberapa bulan akan datang ini. Perkara yang rasanya ramai orang setuju dengan laporan tersebut ialah Anwar Ibrahim hampir pasti disumbat ke penjara untuk pertuduhan Liwat II.

Laporan tersebut menjangkakan BN akan hilang lebih banyak kerusi lagi sekiranya pilihanraya kilat diadakan. Sebabnya kau baca lah dalam laporan tersebut. Juga yang aku selairan dengan laporan ini ialah pilihan raya umum akan diadakan selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Antara sebab yang aku rasa BN akan kecundang ialah kerana naiknya aras sophiscation di kalangan pengundi baru. Mereka ini tidak berjaya ditambat oleh UMNO/BN untuk mengundi parti itu, kerana mereka tidak merasakan takut dengan acah acahan UMNO mengenai ketuanan Melayu. Things have changed.

UMNO boleh kekal menang di tempat tempat di mana level of sophiscation ini kekal rendah, seperti di kampung kampung dan di pedalaman. Sebab itu aku kurang setuju dengan pendapat presiden PAS yang menjangkakan Melaka, Johor  boleh jatuh ke PR. Negeri Sembilan punyai kebarangkalian yang tinggi untuk dirampas oleh PR.

Mungkin untuk membentuk kerajaan belum cukup bagi PR selepas pilihan raya 13, namun suasana pada ketika itu memungkinkan apa sahaja berlaku. Sekarang BN serba salah untuk sumbat Anwar dalam penjara atau tidak. Sumbat susah, tak sumbat lagi susah. Bila di buat lat talilat, sumbat je lah dia dalam penjara.

Pada ketika itu kemarahan pengundi memuncak. BN kalah pilihanraya. Wan Azizah kembali mengepalai PR.

Angkat je lah dia jadi PM

Tuesday, December 7, 2010

ALFIL

Assalamualaikum,

Sekitar Feb. 2003, surau tempat kami sembahyang dikepung oleh ratusan polis, pekerja PBT, pekerja bomba dan entah apa apa lagi. Kejadian sekitar 2:00 petang itu menyaksikan binaan surau tersebut yang sememang rapuh dan tidak ada mutu dirobek oleh alat pemecah pihak PBT. Surau yang sangat ala kadar itu, yang walaupun berada dilantai parkir sebuah blok rumah pangsa, didirikan solat jumaat selama ini.

Semasa binaan surau tersebut dirobek robek, dan musyaf Al Qur'an dipunggah oleh pekerja PBT yang turut disertai orang bukan Islam, kami ahli kariah surau tersebut menangis dan bersolat hajat sambil terus menerus membacakan surah alam tarakai....

Kami tahu, arahan merobohkan surau tersebut datangnya dari kuasa politik tertinggi di Selangor, serta local warlord bertaraf yb tempatan. Yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa. Seperti Rasulullah berdoa dalam qunut baginda selama sebulan apabila para huffaz berjumlah sekitar 70 orang yang baginda kirim untuk tujuan berdakwah dibunuh semuanya oleh musyrikin.

Sambil menitiskan air mata, kami berdoa dan bersolat hajat. Hanya kepada Allah sahaja kami mengadu. Ada diantara kami yang membawa aduan itu sampai ke hadapan kaabah.

Sambil meneliti tajuk utama akhbar pada hari ini, aku bertanya, ada kaitan ke dengan doa kami?

Monday, December 6, 2010

KODEH

Assalamaualaikum,

Pertama aku nak permudah anda yang membaca title entry ini. Ia bermaksud code. Tetapi kalau anda di Indon, mereka sebut code ni sebagai kode. Nak jelas lagi aku letak kodeh.

Pernahkan anda minta pertolongan atau rekomen daripada ahli politik atau orang besar besar yang memegang kuasa? Kalau anda pernah, maka anda perlu faham kodeh ini.

Kalau sekiranya surat anda di tulis tangan oleh orang besar sebagai: Disokong

 Maka kau jangan percaya permohonan anda itu akan disokong. Kalau ditulis Disokong dan Dipanjangkan,


Ha, itu besar kemungkinan akan ditolong.

Tetapi perhatikan pula sokongan itu ditulis dengan dakwat apa. Kalau Disokong dan Dipanjangkan dakwat biru, mungkin, boleh dapat, tetapi kena beri percentage. 
Kalau Disokong dan Dipanjangkan dakwat merah, aku pun tidak tahu apa makna kodeh ni, mungkin kena beri 20%, atau 30% atau sebagainya.


Lebih bagus kalau ditulis dengan pensel. Kompom dapat apa yang anda mohon tu.













Saturday, December 4, 2010

WAJAH HARGA MINYAK

Assalamualaikum,

Malaysia merakamkan pelbagai reaksi apabila diumumkan harga minyak naik





Ada yang senyum apabila harga minyak naik




Yang ramainya ialah sugul seperti mamat atas ni




Friday, December 3, 2010

LANTERA :WHAT IS THAT SUPPOSE TO MEAN?

Assalamualaikum,

Ada satu kumpulan nasyid, rasa aku dari Indon, namanya SNADA. Dia ada lagu tajuknya Jagalah Hati, atau hati , macam tu le.

Senikata awalnya bunyi macam ni:

Jaga la hati
Jangan kau kotori
Jaga la hati
lantera hidup ini

LANTERA? Apa ke bende nya tu? Dua tahun aku mencari apa makna lantera ini. Sehinggalah pada satu hari satu stesyen radio memainkan lagu ini lagi.

Penyanyi pun sebut lantera hidup ini.

Tiba tiba pop! baru le aku tak tau!

Lantera itu datang daripada perkataan lantern.

Lantern tu pelita la.

Awat hang tak habaq awai awai



Wednesday, December 1, 2010

KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU

Assalamualaikum,

Dengar cerita Ali Rustam akan dihangkat menjadi menteri kerajaan pusat, maka dengan itu secara otomatis jawatan ketua menteri Melaka kosong.

Tetapi jangan risau, orang Melaka sudah pun memilih penggantinya.


hensem kan?

Tuesday, November 30, 2010

JANGAN ADA LAGI YG TAK PAHAM

Assalamualaikum,

Timbul lagi perbahasan mengenai ketuanan melayu. Setelah Dr. Wan Azizah mencadangkan supaya konsep ketuanan Melayu itu ditinggalkan, PERKASA pula menggelarkan doktor gigi itu sebagai pelcur politik. Kemudian pertubuhan itu memberi definisi ketuanan Melayu. Katanya ketuanan Melayu ialah untuk menjaga kedaulatan raja raja Melayu.

Jelas PERKASA ini pun tak paham apa itu ketuanan Melayu. Di sini aku perturunkan makna sebenar ketuanan Melayu supaya jangan ada lagi yang tidak paham.

Ketuanan Melayu bermakna UMNO terus pegang kuasa politik di Malaysia

Paham tak?

Monday, November 29, 2010

GAJAH RACIST YANG BERANG

Assalamualaikum,

Semasa saya berada di sekolah menengah rendah, nama sekolah tersebut ialah Lower Secondary School II. Lepas itu saya ke MCKK. Tetapi bukan ke pelik nama sekolah aku dulu tu. Bukan sahaja namanya pelik, ia juga pelik kerana tidak punyai premis. Ia menumpang premis sebuah sekolah lain. Nama sekolah tersebut ialah: Sekolah Menengah Gajah Berang.

Kan ke pelik tu, gajah naik berang.

Yang lagi pelik ialah seorang guru di sekolah gajah ini dilaporkan membuat kata kata racist.Baca sini. Cerita ini timbul kerana ada lagi kes guru yang menghambur kata kata racist sehingga dibawa usul di parlimen untuk membahaskan hal ini.

Mereka yang menghambur kata kata sehingga melukakan hati warga Malaysia lain yang bukan daripada bangsa Melayu adalah kerana dalam subconcious mereka telah penuh dengan maki dan nista racist yang ditanam oleh racist Melayu melalui kempen membenci lawan politik mereka.

Satu saja cara untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada mereka, pada pendapat mereka: timbulkan kebencian kepada bangsa lain di Malaysia ini.

Walaupun mereka adalah warga negara Malaysia

Sunday, November 28, 2010

28-4, 4-28 DAN THIRD FORCE

Assalamualaikum,

Pandangan ahli politik veteran perlu juga diberi peruah oleh mereka yang minat dengan perkembangan politik. Misalnya Lim Kit Siang mengingatkan ahli DAP tetang apa yang berlaku di Terengganu 1999. Pada pilihan raya tahun tersebut PAS telah menang di Terengganu 28-4.

Tetapi mengikut beliau, PAS sendiri tidak menjangka akan dikalahkan dalam pilhanraya 2004 dengan angka yang sama tetapi terbalik 4-28.

Syed Husin Ali pula mengingatkan ahli PKR tentang third force. Ini juga boleh memberi kesan kepada prestasi dalam pilihanraya akan datang sekiranya tidak dibrek.

Kau dengau tu

Friday, November 26, 2010

KHUTBAH PERDANA

Assalamualaikum,

Oleh kerana ramai orang hendak kepada yang perdana, maka tajuk posting kali ini aku namakan khutbah perdana. Walaupun mungkin khutbah perdana ini hanya berlaku setahun sekali di Arafah semasa wukuf.

Semasa mendengar khutbah di pekan tempat aku bertugas sekarang, aku sentiasa rasa terkulat. Aku telah menghadhiri khutbah 4 buah masjid di sekeliling pekan ini, semuanya hampeh. Oleh kerana telah terbiasa dengan khutbah yang merangsang keintelektualan, maka rasa tercari cari khutbah yang sedemikian sentiasa berada dalam fikiran dan antisipasi diri aku. Namun hampeh.

Dengan khatib yang membaca khutbah dan bukan berkhutbah, dengan bacaan yang merangkak rangkak, dengan bacaan Bahasa Malaysia pun tonggang langgang, apatah lagi bahasa Arab, maka itulah sebabnya pada khutbah hari ini, seperti juga jumaat jumaat yang lepas lepas,... aku perhatikan hampir semua orang sangat setuju dengan pak khatib. Mereka mengangguk ngangguk. Angguk dan terus angguk.

Dengan hangat tengah hari dan hangat badan jemaah, serta kipas yang berputar laju, anggukan mereka menerbangkan mereka ke nirwana yang menitiskan liur.

Thursday, November 25, 2010

APA KE BENDA 'ULTRA-KIASU' TU?

Assalamualaikum,

Ada penulis yang sikit sikit ultra-kiasu. Sikit sikit ultra kiasu.

Hei, aku tak paham la. Kau tau tak, aku tak paham. Nak cakap, cakap aje le terang terang, supaya semua orang boleh paham.

Kau paham tak?

Wednesday, November 24, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....11 (PENANGAN NGV)

Assalamualaikum,

Maka aku pun setuju untuk pasang NGV pada kereta Vitara tu. Bila dah tunggu satu hari, malam tu operator ngv tu sms: tried to reach u. pls call me.yr car is ready.krisha

Wah aku pun rasa seronok, sebab kereta dah siap. Esoknya aku pun dudup dadap pergi ke kedai ngv tu untuk ambil kereta. Bila aku sampai, kedai tu masih tutup lagi. Pukul 9:00 barulah perempuan kerani dia terhegeh hegeh sampai dan buka sebahagian pintu kedai. Dia kata kenapa tak call dulu sebelum datang? Aku jawab aku call kau tak jawab. kau tidur lagi ye? Dia songeh.

Mana kereta aku? Dia tak boleh jawab. Dia call seseorang, lepas tu dia jawab ada satu wiring belum siap lah. Lu pigi minum dulu la, lepas tu call. Aku pun pergi minum. Lama kemudian aku call, tak ada yang jawab. Setelah penat call baru ada orang jawab. Dia kata ada sedikit problem. Kereta tak boleh start. Do you immobilizer installed? Aku kata no!

Kemudian nampak dia panggil mekanik india bikin kereta tu. Tak boleh. Mekanik nigeria. tak jadi juga. Habis kereta aku kena barai. Aku terus ambil kereta dia yang dia beri pinjam dan bawa balik. 3 hari kemudian, dia call dia kata kereta tu dia tak boleh bikin. Come here and tow your car out dia kata.

Aku datang. Kereta aku jadi tak tentu arah. Dia kata dia tak boleh buat apa. enjin tak boleh start. Dia suruh aku bawa ke mana mana workshop. Sebelum bawa ke workshop lain, duit pasang ngv dia minta dulu. kalau tidak kunci kereta aku dia tak beri. Oleh kerana tidak mau bergaduh. Aku bayar RM 3700.00

Lepas tu cari kereta tow. Tarik kereta tu ke satu workshop lain. NGV aku kena bayar. Kos tow kena bayar. Repair kereta kena bayar. Tapi NGV tidak boleh guna.




ANWAR TIDAK AKAN MASUK PENJARA LAGI

Assalamualaikum,

Apabila Anwar Ibrahim disumbat di penjara Sungai Buluh kesannya ialah BN hilang 2/3 majoriti. Itu pun berlaku setelah segala usaha kuku besi dan tipu daya dikerah habis habisan untuk mempertahankan BN. Tapi kenapa BN menang besar sebaik Dollah jadi PM? itu kan ke inertia daripada kekukuan mahathirisme yang menghalang 600,000 pengundi daripada mengundi.

Kalau sekiranya sekali lagi Anwar disumbat ke dalam penjara, boleh dikatakan kompom Putrajaya akan bertukar tangan kepada PR. Ini adalah kerana ada sesuatu yang BN pun tahu yang sedang menunggu tindakan selanjut daripada BN. Sesuatu inilah yang menakutkan BN.

Senjata UMNO yang bersandar kepada segala umpan dan makanan nasionalisme semakin pudar. Mereka menggunakan umpan kemarahan orang ramai, kebencian orang ramai terhadap musuh politik dan yang serupa dengan sifat busuk tersebut untuk menarik sokongan kepada mereka. Tetapi untuk menghidupkan sifat sifat ini, UMNO bermain dengan api yang berbahaya, terutamanya api perkauman yang sekiranya tercetus, salahnya akan disandar kepada UMNO.

Menghentam dan memfitnah dengan pelbagai cara hanya menaikan kemualan generasi pengundi baru kepada mereka. Yang termakan dengan pendekatan ini adalah generasi senior yang semakin pupus, jadi ruang menjala UMNO semakin mengecil.

Dengan wujudnya IPT yang banyak, terutama IPT swasta, ia menjadikan sukar bagi UMNO untuk merekrut penyokong totok. Kalau dulu IPT boleh dikontrol sepenuhnya dari segi mendapatkan rekrut, namun ruang tersebut semakin sukar kerana jaringan yang hendak diumpan sekarang semakin meluas. PLKN juga tidak dapat menggalas tugas ini kerana menghadhirinya tidak diwajibkan kepada semua warganegara yang termasuk dalam kategori sepatutnya diPLKNkan.

Dengan itu, wujud kelas dalam masyarakat yang berjaya membebaskan pemikiran mereka daripada belenggu pemikiran UMNO ini. Dan anggota kelas ini mendiami kawasan kawasan perumahan  baru yang semakin membiak di negara ini. Pemikiran mereka yang berada dalam ketegori ini sentiasa diperbaharui dengan maklumat terkini yang semakin cepat sampai berbanding dengan maklumat TV1 dan TV3 dan utusan.

Sebab itu dalam beberapa pilihanraya kecil yang komposisi pengundinya termasuk dalam ruang tanggukan UMNO, maka BN boleh menang. Tetapi sekiranya pengundi berada diluar lingkup tanggukan BN, parti itu kalah. Dan mereka yang berada di luar kawasan tanggukan BN ini semakin melebar dan semakin bertambah.

Itulah sebabnya Ahmad Maslan terpaksa menerkam untuk mengecilkan PKR dengan mengatakan parti tersebut hanya ada 25,000 ahli, bukan 600,000 seperti yang kononya dikatakan oleh Anwar. Dan Mahathir pula turut menyebuk dengan mengatakan orang sudah tidak percaya kepada Anwar lagi. Ini bertujuan untuk membentuk pemikiran pengundi agar hilang kepercayaan kepada parti tersebut serta pemimpinnya.

Tetapi pengundi generasi baru sukar dicetak otak mereka untuk menerima apa yang dimahukan oleh UMNO. Mereka tidak lagi takut untuk membuat perubahan.

Sekiranya Anwar dipenjarakan lagi, maka ledakan yang akan berlaku jauh lebih menghancurkan BN berbanding dengan sesi dipenjarakan yang lepas. Sekiranya Anwar hendak dipenjarakan, ia perlu dilakukan sebelum pilihanraya umum yang semakin dekat ini. Sekiranya Anwar tidak dipenjarakan, maka ia juga akan merungkupkan BN.

Hotak yang merancang Liwat II tahu apa pilihan yang ada dihadapan mereka. Tetapi pilihan tersebut amat menggerunkan.

Friday, November 19, 2010

CANGKUK AJAIB

Assalamualaikum,



Kalau  butang baju tanggal satu, 10 tahun aku tunggu untuk dijahitkan semula. Kalau hantar kedai, kedai pun tak hingin nak jahitkan sebab dia ada banyak kerja lain lagi nak buat. Kalau cangkuk seluar putus benang, dua tahun aku tak pakai seluar tu.

Mau tak mau, jahit sendiri. Kan ke ajaib tu!

Thursday, November 18, 2010

MENCANAK; TU SHJ YG KAU PANDAI

Assalamualaikum,





Ada ke kedai tutup sebab hari raya Eid ul Adha dia komplen. Yang dia pandai dan telah terbukti itulah yang dia tunjuk

WUKUF DI DATARAN MERDEKA

Assalamualaikum,

Pada suatu hari, semasa bertemu almarhum Ustaz Hassan Shukri di bangunan pejabat KoHilal beberapa tahun yang lepas, beliau mengajak saya minum. Saya jawab saya puasa. Beliau berkata, itulah, banyak orang tidak tahu, hari ini haram puasa.

Hari tersebut ialah sehari sebelum hari raya Eid ul Adha di Malaysia. Tahunnya saya tidak ingat lagi. Tetapi dalam tahun 1990an. Pada hari tersebut, jemaah haji sudah pun menyambut Eid ul Adha, tetapi kita di Malaysia merukyahkan hari tersebut sebagai  9 Zulhijjah.

Saya tidak mahu contest fatwa yang dikeluarkan mengatakan hari Eid ul Adha tahun ini jatuhnya semalam, Rabu 17 Nov. 2010. Yang saya hendak timbulkan ialah bagaimana seorang DJ sebuah setesyen radio mengatakan bahawa hari selasa 16 Nov. 2010 sebagai hari wukuf.

Wukuf itu hanya di Padang Arafah sahaja, dan pada tahun ini jemaah haji sudah wukuf di Arafah pada hari Isnin 15 Nov. 2010. Bagaimana kau boleh kata hari selasa pula hari wukuf?

Mungkin kau wukuf di dataran merdeka kot?

AZIZULHASNI EMAS, TAHNIAH

Assalamualaikum,

















Tahniah Azizulhasni yang berjaya menang emas, dan Joshua Ng yang berjaya menang perak.

Monday, November 15, 2010

BANDAR BURUK BANGIK

Assalamualaikum,

Sabtu lepas membantu adik mengendalikan majlis perkahwinan anak perempuan beliau. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan dengan izin Allah cuaca sangat membantu majlis yang dilangsungkan dengan sangat sederhana tersebut.

Majlis ini dilangsungkan di sebuah kampung, dan kampung ini sentiasa BARU kerana nama kampung ini ialah Kampung Paya Baru. Macam mana kau nak perendahkan dia pun, ia tetap baru, walaupun paya.

Telah menjadi adat yang kemestian, sekiranya seseorang itu menghadhiri majlis kenduri kawin di negeri tempat majlis kenduri kawin ini, maka hadhirin yang datang akan dibekalkan dengan sedikit pemberian sebagai buah tangan.

Sekiranya anda ada dua tiga jemputan kenduri kawin yang perlu dihadhiri dalam satu hari, dan anda tidak berhajat untuk menjamu selera disatu satu majlis itu, maka anda hulurkan envelop sebagai tanda sumbangan anda, beritahu tuan rumah saya tidak dapat makan sama, maka tuan rumah mesti akan membekalkan buah tangan pemberian ini.

Begitu juga kalau anda kirim, bermakna anda tidak dapat ke majlis tersebut, tetapi menyampaikan sumbangan anda kepada majlis melalui kawan, maka akan menjadi kemestian kiriman anda ini dibalas dengan buah tangan majlis.

Itulah adat dan cara majlis kawin kampung aku dan tempat tempat lain di negeri tersebut.

Tidak seperti tempat aku tinggal sekarang. Sekarang aku bukan lagi orang kampung, tetapi sudah bertetel orang bandar. Tempat tinggal aku namanya Bandar Buruk Bangik. Kalau kau pergi majlis kawin di Bandar Buruk Bangik ni, kau hulurkan envelop dan beritau tuan rumah, saya tak dapat makan sama, tuan rumah akan songlap envelop engkan dan buat donno aje. Kau  balik tangan kosong.

Begitu juga kalau kirim, tuan rumah songlap envelop dan buat donno aje, tak de le nak beri buah tangan. Berkali kali aku kena macam ni. Tahun lepas aku buat kenduri kawin anak. Aku tinggal 3/6G. Jemput jiran 3/6F. Sekoq pun tak datang. Bila dia orang yang 3/6F buat kenduri, jemput aku, aku datang tapi sebab nak kejar tempat lain, tak sempat makan.  Envelop aku dia songlap, buah tangan habok pun tarak.

Ada satu ustaz, imam pulak tu, bila aku hulur kad jemputan, dia buat muka sangat susah hati. Aku dah tau dah, dia tak kan datang. Sungguh pun, dia tak datang.

Lebih, baik la kampung aku, walau pun kampung dan paya, ia tetap BARU.

Tapi tempat tinggal sekarang, walau pun bandar, ia tetap buruk

SULTAN SINGAPURA MURKA

Assalamualaikum,

Apabila Hang Nadim menggunakan sedikit sahaja daripada keintelektualan yang Allah anugerah kepada beliau untuk memperkenalkan teknologi batang pisang bagi menumpaskan serang ikan todak terhadap pantai Singapura, maka kasihlah sultan kepada budak cerdik ini.

Tetapi parti yang memerintah tidak suka keintelektualan budak ini, kerana ia tentu akan menggugat kuasa politik yang ada pada parti yang memerintah. Maka sikap dan perangai  bangsat Melayu diteroka dan dimain dan dibakar sepenuhnya. Oleh kerana mereka boleh menemui sultan sesukanya, dan boleh berbisik bisik pula dengan Sultan Singapura. maka dibisikkan fitnah kepada sultan Singapura.

Tuanku, ia bahaya. Tuanku, ini jangan buat. Tuanku majlis ini jangan pergi. Tuanku, itu dah melanggar fatwa. Tuanku, Hang Nadim ni bahaya kepada pemerintahan tuanku. Bunuh saja Hang Nadim ni tuanku.

Maka Hang Nadim dibunuh. Maka Hang Nadim mati.

Yang hidup dan terus hidup ialah

Perungkap suka menghasut, memfitnah, mengadu ngadu, mengadu domba, membohong, memalsu, menipu, menyonglap, membunuh fizikal, membunuh karektor, membunuh maruah dan segala yang bangsat terus subur hingga ke hari ini.

Hang Nadim mati. Pemerintahan sultan Singapura pada ketika itu hidup. Singapura kemudian merungkup.

Thursday, November 11, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....10

Assalamualaikum,

Apabila dapat tawaran bertugas di tempat baru yang jauh dari kediaman, aku berkira kira macam mana transport ke tempat kerja baru. Beli kereta baru ke, atau apa ke. Mula mula berkira kira untuk beli satu kereta baru, kemudian tukar fikiran, kemudian nak beli, kemudian tak jadi beli.

Fikior punya fikior, aku rasa tak perlulah beli kereta baru, kereta Vitara bini aku yang pada masa itu aku gunakan untuk ke ofis dah cukup untuk jadi transport aku. Untuk jimatkan kos, aku terfikir untuk pasang NGV pada Vitara tu. Aku pun google NGV. Dapat satu NGV installer di Kelang. Aku pun call dia.

Dia kata what car? Aku jawab Vitara. Dia kata injection or carburator? Aku pun tak tau Vitara tu gunakan injection ke atau carburator, dah 12 tahun gunakan pun tak tau. Fikior punya fikior, aku jawab carburator. Dia jawab RM 2,700.00

Lepas tu aku shopping shopping lagi, tanya sana dan tanya sini, akhirnya aku pergi ke satu kilang install NGV di Bandar Baru Bangi. Dia bagi quotation RM 3,600.00. Wah, aku kata pada diri sendiri, kat Kelang 2,7 sini 3,6 lebih baik aku pergi Kelang, jimat RM 900.00

Selang lima enam hari, aku sampai di NGV installer di Kelang. Dia pun check Vitara. Dia kata you said carburator, but injection la. Aku jawab ye Kah? Dia kata, injection RM 1,000.00 more than carburator. Aku jawab RM 3,700.00. Yes, kata dia. Si dia ini India dari India kot yang tak tau cakap melayu.

Fikior punya fikior, kat Bangi 3,6 sini 3,7 tapi aku dah sampai sini. Nak sampai tadi dudup dadap aku sesat. Aku beritau dia, ok lah buat.

Ingatkan aku save RM 900.00, rupanya rugi RM 1,000.00

PINJAM DRPD PANGLIMA 7

Assalamualaikum,

Aku pinjam daripada posting Panglima 7, sebab material ini bagus.
HARI HARI HINGGA 10 ZULHIJJAH DAN  KELEBIHANNYA

1 ZULHIJJAH    kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH   doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH   doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 ZULHIJJAH   Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 ZULHIJJAH   Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH   Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH   pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH  Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH  turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari ini juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH  adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

ZULKIFLI GASAK DZULKEFLI HAL MAKAN BABI

Assalamualaikum,

Zul begasak dengan Zul hal makan babi.

Siapa yang babi dalam hal ini?

Wednesday, November 10, 2010

DIA PULA SURUH MASUK PAS

 Assalamualaikum,

Mengikut adik sepupu saya yang sekarang telah arwah, semasa beliau bertugas sebagai seorang komando yang menyerang gerila komunis di Malaysia sekitar tahun 80an, untuk memerangkap gerak kerja komunis ini, pihak tentera menyediakan cover agent.

Menurut beliau, seorang agen telah diarah berkebun di tepi sebuah hutan, untuk jangka masa yang lama. Kemudian pihak komunis mula mengesan agen ini dan secara sedikit sedikit menghampiri agen ini. Agen ini kemudian berkawan dengan komunis sehingga komunis percaya kepadanya.

Apabila kepercayaan ini telah diperolehi, maka pihak komunis memberi arahan kepada agen ini, yang disangka komunis sebagai pekebun bodoh, untuk melakukan itu dan ini. Dengan itu, gerak kerja komunis ini dapat dibocorkan oleh egen ini, terutama tentang pembelian makanan  dan kontak .

Akhirnya pihak tentera dapat menyerang hendap komunis tersebut dan berjaya menghapuskan unit komunis tersebut.  Yang bercerita kepada saya terlibat sama dalam serangan tersebut.

Begitu juga banyak agen yang ditanam dalam parti politik, terutamanya dalam parti politik yang dilabel pembangkang. Ada keluar gambar seorang semalam dalam tv suruh Zaid Ibrahim masuk PAS.

Dia dah kencingkan dan berakkan PAS, suruh pula orang tu masuk.

Tuesday, November 9, 2010

MELAKA BANJIR

Assalamualaikum,

Kau ingat lagi kan, Kota Tinggi, Segamat, Muar dan banyak tempat lagi ditenggelami banjir pada disember 2006 dan januari 2007. Orang Johor yang begitu menebal kerak UMNO mereka terpinga apabila sedar bahawa banjir tidak kenal parti. Sepatutnya banjir hentam Kelantan sahaja seperti biasa, kerana kelantan diperintah oleh parti pembangkang PAS yang hina. Mana boleh banjir tenggelamkan Johor, sedangkan Johor ni adalah negeri suci kerana tonggak UMNO.

Tetapi banjir tidak kenal parti.

Apabila berlaku banjir di Johor, UMNO dan BN yang tidak sangka banjir telah derhaka kepada mereka terkapai dan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Maka turunlah petugas baju merah, iaitu unit amal PAS yang bertungkus lumus membantu setiap mangsa tanpa mengira parti dan aqidah politik. Hatta kagumlah orang Johor yang totok UMNO berkarat , tak sangka yang PAS ini rupanya orang baik. Tidak seperti yang dihajau dan ditohmah oleh media .

Bila Kedah kena banjir dua tiga hari lepas, UMNO dan BN pun melukah di air keruh. Mereka berlakon kononyna hantar bantuan, dan kononnya kerajaan negeri yang diperintah oleh parti hina PAS tidak memperdulikan rakyat. Kelihatan tersangat kartun bila seorang YB menaiki traktor mengharung banjir di Kedah sambil mengagihkan bantuan. Yang kau bawa tu YB beras dua tiga kampit. Rakyat bukan nak beras YB oiii, mereka nak duit. Kalau YB bagi 300.00 tak cukup YB.  Kalau betul YB perihatin, YB berilah setiap rakyat RM 3,000.00 seorang daripada poket YB sendiri. Barulah namanya YB berjiwa rakyat.

Kedah kena banjir kau pekenakan Ustaz Azizan ya, kau jaga!

Tidak lama lagi Melaka pula kena banjir!

Monday, November 8, 2010

STRANGULATED HERNIA

Assalamualaikum,

Perut merupakan tempat yang sentiasa mengajak kita kepada memenuhi kehendak tekak. Bila perut lapar, tekak akan mengajak kita makan apa yang kita suka dan teringat untuk makan. Itulah penangan perut.

Juga ada orang yang bukan sahaja suka mengisi perut, tetapi suka juga makan perut. Semasa bujang dan menyewa rumah di No. 17 Jalan Gegambir, Medan Damansara, Kuala Lumpur, seorang housemate yang namanya Rahman, suka sangat makan perut. Kalau makan satey, dia akan order satay perut setiap kali. Ada sekali aku cuba cuba makan satey perut tu,... pruuut, aku ludahkan semula yang telah terkunya sedikit. Bau tahik. Macam mana kau  boleh makan, Man?

Aku tidak tahu Rahman ni hidup lagi atau pun tidak.

Ada juga orang yang suka makan perut ayam. Yang ini lagi teruk. memang betul betul bau tahi.

Raja Mokhtarudin, bekas pensyarah, akan berasa amat menyesal sekiranya terkunyah perut yang dibuat makanan.

Nov. 2006, aku sekeluarga menziarahi keluarga sebelah isteri di Paya Kumbuh, Sumatra. Tiba di satu rumah, kami dijamu dengan masakan perut lembu campur nangka. Aku sememang tidak makan perut, jadi lauk itu tidak ku jamah. Tetapi seluruh keluarga aku makan lauk tersebut. Apabila kami sampai di Baruh Gunung, si Adik muntah muntah. Kemudian diikuti oleh anak kecil si tuan rumah yang menjamu tadi. kemudian diikuti oleh yang lain lain. Seluruh keluarga aku kena cirit birit, melainkan aku. Semua nya mengatakan makan lauk perut itu tadi.

Tau lah aku, perut yang dijadikan bahan masakan tadi tidak dibersihkan dengan secukupnya. Hasilnya ialah keluarga aku yang menerima padah.

Itulah sebabnya aku tidak makan perut; sebabnya ialah ia tempat tahi.

Jun 2008, semasa mengerjakan umrah, perut ibu aku membusung keluar. Dengan taqdir Allah, dapat cepat diselamatkan dengan dilakukan operation besar di hospital AnNur di Makkah.

Yang dibedah ialah perutnya. Terbelit dan membusuk.

Aku lihat dalam laporan discharge, bukan dia kata potong perut, tapi....

Strangulated hernia

MASJID ASSYAKIRIN JENDERAM

Assalamualaikum,


 Kelihatan seperti masjid biasa je.


Tapi kalau lihat ada tile yang tidak selesai dipasang, itu tandanya ada benda yang tidak kena


Kalau kau nak tau, Jenderam tu bersebelahan dengan Putrajaya

 

Sunday, November 7, 2010

AJAU PAS MENARI

Assalamualaikum,

Seperti biasa bila kalah pilihan raya macam macam analsis yang keluar, semua tunjukkan analisis ini dan analsis itu. Semua tunjukkan ini sekian peratus dan itu sekian peratus. Semuanya setelah keputusan diketahui. Sebelum ada keputusan, sebelum ada penamaan calon, sebelum ada pilihanraya, tidak ada pun yang menyatakan macam mana nak menang pilihanraya, apakah faktor yang memberi kemenangan.

Politik, dan proses pilihanraya adalah satu exercise persepsi. Apa yang perlu ialah persepsi anda itu disolekkan supaya kelihatan menawan kepada pengundi, dan pengundi tidak keberatan untuk memilih anda atau parti anda. Itu sahaja.

Sekiranya BN menang di Galas dan Batu Sapi, ia adalah sesuatu yang bukan diluar jangkaan. Kalau BN kalah di Batu Sapi, itu adalah satu kejutan besau. Kalau BN kalah di Galas sedang Ku Li mengemudi jentera pilihanraya, itu adalah petaka bagi BN. Kalau BN menang di Galas, itu tidak berada diluar jangkaan.

Semua faktor yang telah dianalisis oleh semua penganalisis tentang mengapa PAS kalah di Galas, saya tidak tolak. Cuma apa yang saya ingin beri pimpinan PAS paham, kalau mereka mau paham ialah tidak semua pengundi mempunyai keinteletualan tinggi sehingga memahami filosofi perjuangan PAS yang berteraskan 'aqidah. Untuk memilih PAS dalam pilihanaraya berdasarkan perjuangan PAS memerlukan tahap keinteletualan yang tinggi dan ia sangat akademik. Yang memisahkan antara PAS dan UMNO adalah satu pemisah yang sangat akademik. Tidak semua pengundi yang mampu berada ditahap yang sedemikian.

Kebanyakan orang dan pengundi lebih mementingkan perut dan material. Kalau PAS boleh isi perut mereka secukupnya, dan boleh mendatangkan kemajuan material kepada mereka, maka PAS menjadi pilihan mereka. Maka apa yang PAS perlu lakukan ialah menyolek diri mereka agar kelihatan berjaya mengisi perut dan memajukan material pengundi.

Untuk lakukan ini, kerajaan PAS seperti di Kelantan dan Kedah hendaklah boleh membuat duit. Buat duit banyak banyak. Bukan ambil duit dari rakyat dan mengenakan cukai cukai kepada rakyat. Untuk buat duit inilah pemimpin PAS bengang. Tidak tahu macam mana caranya. Pernah saya nyatakan perkara ini kepada pemimpin ranking PAS kira kira lima enambelas tahun yang lepas, tetapi pandangan awal beliau amat negatif sekali, sebab katanya, kita tidak boleh buat itu dan kita tidak bolehbuat ini sebab riba'. Itulah namanya pemimpin benak. Bukan kah Islam sediakan fiqh? Majukan fiqh semasa agar kemajuan dicapai, riba' dikecai.

Kelantan dan Kedah punyai ribuan potensi yang membolehkan kerajaan negeri masing masing buat duit dengan banyak. Dalam tulisan yang dulu dulu saya dah cadangkan agar ajak dewan perniagaan Cina untuk beri pertunjuk bagaimana nak buat duit. Tentunya dengan jalan yang halal. Saya cadangkan sedemikian adalah kerana mereka yang punyai business acumen sahaja yang mampu melihat disebalikm tabir bagaimana untuk buat duit.

Bila dah buat duit, belanjakan untuk kemajuan material rakyat. Rakyat yang sememang menari dengan rentak material, maka kemajuan material yang perlu digunakan untuk menyolek persepsi parti dan perjuangan.

Menari jenis ini memang perlu diajau

Thursday, November 4, 2010

SELAMAT MENGUNDI

Assalamualaikum,

Diucapkan kepada pengundi GALAS dan BATU SAPI selamat mengundi pada hari ini.

Wednesday, November 3, 2010

SERAK KATAK

Assalamualaikum,

Ada seorang bekas pensyarah perempuan Melayu di jabatan Inggeris sebuah IPTA yang punyai suara yang merdu pada pendengaran ku. Memang suara dia sedap didengar, begitu juga adik atau kakak kepada beliau ini yang juga seorang kolumnis akhbar juga mempunyai suara yang merdu.

Hari itu aku lihat dalam TV seorang artis perempuan yang aku kira sudah menjangkau usia 50an diinterbiu kerana sedang dalam persiapan untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji. Artis itu menitiskan air mata kerana sayu dengan seruan Allah kepadanya agar mengerjakan haji. Aku yang lihat di kaca tv juga menitiskan air mata. Artis perempuan ini punyai suara yang merdu.

Kalau anda solat di Masjidil Haram pada masa kini, berkemungkinan anda akan diimami oleh Syeikh  Sudais. Seluruh dunia mengakui suara Sudais ini merdu.

Tapi dua tiga hari ada orang yang bersuara serak katak berlakon seolah suara mereka merdu. Yang serak katak ini termasuklah MP pakai kopiah putih nak tunjuk apa tak tau lah, MP khianat dalam perjuangan, bekas regu tenis, bekas timbalan ketua menteri, bekas mufti dan macam macam bekas lagi.

Semua yang mereka suarakan adalah sama dengan suara ngongngeng katak.

DEPAVALI & GALAS

Assalamualaikum,

Pengundian di Pilihanraya kecil GALAS dan Batu Sapi esok, 4 Nov. 2010. Depavali pula 5 Nov. 2010. Jadi pengundi yang berada jauh dan merantau, sanggup balik, terutama untuk mengundi di Galas. Ambil cuti satu hari, dapat cuti 4 hari.

Mereka akan balik dan mengundi secara beramai ramai di Galas. Itu yang BN penin tu, sebab mereka tak kan undi BN

Tuesday, November 2, 2010

EH, MELAKA MAJU LA

Assalamualaikum,



Negara negara yang terdapat dalam OECD (Organization for Economic Cooperation and Development) adalah negara maju. Yang corot sekali dalam senarai mereka ialah Turki yang punyai per kapita GNP sebanyak USD 13,000.00

Melaka pula USD 14,261.00

Kan ke Melaka dah maju? Tak kesah le kalau Melaka isytihar sendiri. Janji angka dah tinggi

RAMBUT SEMERDU SUARA

Assalamualaikum,




Ku harap rambut mu semerdu suaramua

Monday, November 1, 2010

ASSALAMUALAIKUM TUAN!

Assalamualaikum,

Semasa saya belajar di tingkatan 1 atau 2, sekitar 1966/1967 saya berusaha sendiri untuk mencari tempat tution, atau pada masa itu dikenali sebagai kelas tambahan. Di kampung bersebelahan ada tempat seperti ini, diusahakan oleh mereka yang telah berjaya ke universiti untuk membantu anak anak orang kampung. Saya dan seorang kawan bernama Jantan masuk kelas ini.

Seorang tenaga pengajar, yang juga pengasas adalah bekas guru, yang telah berjaya ke universiti. Kami memanggil dia cikgu. Kemudian masa berlalu dan pelbagai liku yang telah ditempuhi, yang mana salah satu jawatan kemudiannya yang disandang oleh cikgu ini ialah D.O.  Di mana aku tidak tahu. Tetapi orang memanggil cikgu saya ini dengan panggilan TUAN D.O., atau secara mesranya TUAN sahaja.

Pertengahan tahun 1980an, saya bertemu kembali dengan cikgu ini. Pada masa bertemu itu, beliau masih ingat saya, dan saya masih ingat beliau. Pertemuan itu pula di beberapa majlis perubatan Islam. Saya perhatikan semua mereka yang berkaitan dengan pembelajaran perubatan tersebut memanggil beliau TUAN.

Oleh kerana saya telah kenal lama dengan beliau ini, dan saya telah serasi dengan memanggil beliau cikgu, maka pada satu ketika, semasa dalam mundar mandir setelah selesai sesi belajar, saya terserempak dengan beliau lantas saya tuturkan assalamualaikum cikgu!

Serta merta saya perhatikan air mukanya berubah, daripada ceria kepada sedikit kurang selesa. Kemudian ada pula orang lain yang menyapa beliau sebaik setelah sapaan saya tadi. Orang itu kata assalamualaikum TUAN! Maka si TUAN ini kembali ceria dan mesra.

Maka saya tahu. Things have changed. Saya sudah buat silap dengan memanggil dia dengan panggilan yang saya rasa mesra, tetapi degrading kepada orang yang menerima panggilan tersebut.

Selepas daripada itu, apabila saya bertemu dengan beliau, saya terus menyapa dengan mesra dan suara yang agak mudah beliau dengar, dan kemudian kemesraan terpancar selepas sapaan itu. Setiap kali saya bertemu beliau saya akan kata:

ASSALAMUALAIKUM TUAN!

PAS MENANG DI GALAS

Assalamualaikum,

Aku tak pergi pun GALAS. Sebabnya ialah tidak perlu pergi. Dengan duduk depan laptop je aku buat ramal pilihan raya kecil GALAS. Kau nak percaya, percaya la. Kau tak nak percaya pun bukan kau kena bayau.

Macam ni. Pengundi PAS dah tetap, tak lari lagi. Pengundi Umno dah tetap, tak lari lagi. Kedua dua kem ni kontrol sekitar 50% setiap satu parti daripada undi Melayu. Undi orang Asli gi ke UMNO. Undi India gi ke UMNO. Undi Cina 60% gi ke PAS. Kalau peratus ni naik, menggelupur UMNO. Dengar cerita adik Teoh Beng Hock kena tahan. Itu akan swing undi Cina kepada PAS.

Ku Li jadi duri bagi UMNO. Orang Kelantan respect Ku Li. Orang kelantan respect Tok Guru. Mereka tak mau kacau duo tokoh ni. Tapi UMNO bengap pergi tarik royalti apa pasal? Senyap senyap orang main isu ini.

Lepas tu apa pulak Ahmad Maslan yang jadi tukang cakap apa ke hal harga rumah PPRT terlalu tinggi? Tak ada menteri ke yang boleh jawab.

Lepas tu kelantan menang final bola pula. Habis lah UMNO

Friday, October 29, 2010

MASJID ANNUR, PEKANBARU


Assalamualaikum,





Semasa ke Pekanbaru, Riau, Sumatra bulan September yang lepas, sempat juga menziarahi tempat tempat menarik. Antaranya ialah Masjid An Nur seperti gambar di atas.

Semasa menziarahi itu aku teringin sekali untuk solat sunat di dalam masjid tersebut, tetapi oleh kerana perut telah terlalu berkeroncong, dan taksi itu telah dijanjikan supaya menunggu sebentar sahaja, maka kami meluangkan sedikit masa sahaja di situ.

Perhatikan kubah masjid tersebut, berwarna hijau. Kubah masjid Nabi pun warna hijau. Kubah putrajaya pun hijau. Belum lagi aku jumpa kubah masjid warna merah.

Figur di foreground tu ialah Mak Hajjah

Pun lengan bajunya hijau


JAWAPANNYA HARUSS

Assalamualaikum,


Kau tengok gambar pun kau tau ini berlaku di negeri mana di Malaysia ni.
Ini cerita orang sedang pasang ancak. Kau tau ancak? Itu adalah amalan zaman orang Melayu beragama Hindu seperti orang Bali.






Kalau di negeri ini ditanya apa hukumnya beramal dengan ancak ini, kemungkinan besar jawapannya:
Harus





Thursday, October 28, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....9

Assalamualaikum,

.....sambungan daripada siri 8
Apabila Pak Muz... kata bakal TKI (merujuk kepada Tenaga Kerja Indonesia) semuanya dah kembali ke tempat masing masing kerana bulan puasa dan akan menyambut hari raya, aku dapat rasa duit aku akan terbang.
Tiba tiba si SITI Markona (bukan nama sebenar) memberi tahu bahawa anaknya ingin bekerja di sini. Maka si anak ini disuruh hubungi Pak Muz... untuk diuruskan paper work nya. Kenapalah dulu kau tak beri tau, kalau kau beritau nak kerja, tak perlu hantar RM 3,500.00 kepada tekong ni.
Si anak ni namanya WATIK. Dia perlu travel dari rumahnya di Banyuwangi, Jawa timur ke Surabaya, sama jaraknya antara KL dengan Kota Baru. Bila dah sampai di Surabaya, dia tidak bawa pula KTP (kad tanda pengenalan; macam ic kita). Balik semula ke Banyuwangi, dan kemudian kembali ke Surabaya. Kan ke multiple error tu.
Kemudian kami tunggu. Tunggu punya tunggu, tiada sebarang berita. Bila call Pak Muz... dia tidak boleh beritau si WATIK nak ke Malaysia berapa hari bulan, kapal terbang apa, flight no. apa.
Cuma dia sms, bila udah check in nanti dikabarin
Aku ingin tau, dia ni naik AirAsia ke? Si Watik ni kata MERPATI air. Turun di mana? LCCT ke, KLIA ke, Subang ke? Kalau tak tau di mana turun tak ke menjajau aku kena hayak nanti nak tunggu dia.
Tunggu punya tunggu, si WATIK ni sms emaknya SITI MARKONA yang dia akan datang 4 okt. Naik Merpati Air, turun di KLIA. Pada mulanya flight tu dijangka mendarat 2:00 ptg. Aku call KLIA, mereka maklumkan Merpati Air akan sampai jam 7:00 malam.
Bila dah dekat jam 7:00, call KLIA lagi, dia orang maklumkan, flight delay. Tak tahu bila sampai.
Lepas isyak bini aku dah siap sedia untuk pergi KLIA, aku relak lagi. Dia kata kenapa tak siap? Aku jawab percaya ke flight tu dah nak sampai?
Call KLIA lagi, dia orang bagi tau, flight merpati dijangka sampai jam 01:00 pagi. Mak datuk, dari asalnya 2:00 ptg jadi 01:00 pagi pulak daahh!
Akhirnya pesawat merpati tu mendarat jam 01:15. Kami tunggulah si WATIK ni keluar.
Tunggu punya tunggu tak ada. Tunggu lagi , tak ada. Sampai habis semua orang keluar, si Watik ini tak keluar. Emaknya sudah meleleh air mata. Jam dah 03:00 pagi
Aku tanya yang jaga information tu, dia tak layan, asyik bercakap telefon tak tahu dengan siapa. Selepas 20 minit aku paksa dia berhenti cakap telefon, dan tanya dia hal passenger tak keluar. Dia beri nombor imigresen yang didalam airport .
Bila aku call, pegawai perempuan yang sangat eksyen jawab: siapa nama pasenger? Aku Jawab WATIK HANDAYANI.
Watik kena tahan. Sekarang nak keluarkan dah lewat. Esok call boss saya di bangunan AMC no. tel 03-87763681
Puuh.