Saturday, March 27, 2010

BERDOA KELUARGA KITA TERHINDAR

Assalamualaikum,

Cerita membuang bayi kecil bukan lagi baru bagi negara ini. Pelbagi pihak mencadangkan itu dan ini, tetapi nampaknya tiada menampakkan sebarang hasil.

Perkara ini berlaku berkisar pada tiga faktor. 1.Ugama 2.Budaya 3.Kualiti indiviidu.

Bagi orang Islam, ugama mestilah mestilah menjadi pegangan yang paling utama. Dalam ugama ada dosa dan pahala. Generasi sekarang telah tidak takut dengan dosa. Mengapa tidak takut?kerana telah terlalu biasa melakukan dosa, orang keliling melakukan dosa, sehingga pemimpin negara pun secara terangan melakukan dosa.

Ramai orang menyalahkan kurang pendidikan ugama sebagai puncanya. Tetapi, sistem pendidikan kita tidak menekankan ugama. Kalau ada sekolah ugama pun, itu adalah atas usaha dan jerih ibu bapa. Tetapi pendidikan tersebut hanya setakat darjah 6 paling tinggi.

Masuk sekolah menengah, anak anak terbiar, tanpa sebarang bimbingan. Selepas habis persekolahan harian, sekitar jam 2:00 petang, anak anak terbiar tanpa sebarang program yang boleh membantu mereka. Apatah lagi kalau ibu dan bapa bekerja. Anak anak terpaksa mengendalikan diri sendiri tanpa sebarang program yang memberi acuan kepada masa hadapan mereka.

Kalau kita hendak hantar anak kita ke sekolah menengah agama, sekolah sekolah ini sentiasa penuh dan hanya menerima anak anak yang 8A, atau yang keputusan cemerlang. Yang 1 A atau tiada A dinafikan hak untuk masuk ke sekolah menengah ugama.

Sekolah sekolah rendah ugama pula adalah antara sekolah sekolah yang paling daif di negara ini. Ada yang menumpang premis lain. Keadaan bilik darjah yang panas dan bising. Bising kerana dua tiga bilik darjah berkongsi ruang yang sama.

Masa belajar yang sangat terbatas. Masuk jam 2:30 petang, balik jam 5:30 petang. Bagaimana boleh ilmu agama dikuasi dengan baik oleh mereka.

Guru guru sekolah agama pula adalah antara guru guru yang paling malang. Gaji kecil, sukar menjadikan mengajar agama sebagai karier, peluang kenaikan gaji daif, dan itu, dan ini.

......akan sambung

Thursday, March 25, 2010

PEKERJAAN HAJI.....45

Assalamualaikum,

Duduk Dalam Masjid



Apabila anda pergi ke masjid (Masjidil Haram atau Masjid Nabawi) semasa mengerjakan haji, kerap nanti anda merasakan perlu duduk dalam masjid sementara menunggu masuk waktu solat. Ini biasanya berlaku antara waktu magrib dengan isya'. Tetapi ada juga jemaah lain yang duduk dalam masjid dari subuh sampai ke isya'.

Apakah yang perlu anda buat sekiranya anda duduk dalam masjid? Adakah anda hendak berposing dan tersengeh seperti pak haji dalam gambar di atas?

Seeloknya anda berniat i'tiqaf dalam masjid. Dengan berniat sahaja anda telah dapat banyak pahala. I'tiqaf tu apa? Biasanya ia adalah kita bersunyi dalam masjid dengan melakukan amal ibadat.

Apakah amal ibadat yang patut dilakukan? Banyak. Seperti solat solat sunat. Berzikir. Baca Qur'an. Tetapi bukan bercakap cakap kosong mengenai perkara perkara keduniaan yang tidak memberi manfaat kepada akhirat.

Pernah seorang dari Selatan India (saya tahu sebab beg galasnya menyatakan demikian) berada di sebelah saya pada satu malam, antara selepas magrib dengan isya'. Dia solat sunat dua rakaat dua rakaat dari mula selesai magrib hinggalah azan isya'.

Saya cuba mengkhatamkan Qur'an semasa berada dalam masjid. Pada satu malam, antara magrib dan isya', saya telah sampai ke penghujung pembacaan Qur'an saya. Tinggal 3 Qul. Tiba tiba datang seekor kucing menggesel geselkan badannya kepada saya.

Berhampiran dengan saya ada 3 orang jemaah perempuan dari Indonesia. Seorang daripadanya cuba mengusap kucing tersebut, tetapi dicakar oleh kucing. Dia cuba lagi, kucing itu cakar lagi. Cuba lagi, dicakar lagi, siap dengan deramnya. Jemaah perempuan itu berhenti daripada percubannya.

Kucing tersebut terus menggesel geselkan badannya kepada saya sehinggalah saya khatam membaca Al Qur'an. Sebaik sahaja selesai, kucing itu pun berjalan membawa dirinya entah ke mana.




TUANKU 153

Assalamualaikum,

Semasa pilihanraya 1990, kumpulan kami hampir bertumbuk dengan kumpulan pemuda umno kerana hal sebuah gerbang. Dalam hiruk pikuk itu, seorang daripada kumpulan umno ini menjeritkan, kita lihat pilihanraya nanti, siapa menang dialah raja....

Teringat juga saya sebuah pemerintahan yang dikuasi oleh satu keluarga. Jumlah ahli keluarga ini saya jangka sekitar 500o ahli. Semua ahli keluarga ini dapat habuan daripada khazanah negara, kerana harta negara adalah harta raja, siapa yang jadi raja, dialah yang membolot harta negara.

Maka sebab itulah orang umno sentiasa merasakan mereka raja. Khazanah negara secara otomatis mesti masuk ke kantung mereka. Kalau tidak masuk ke kantung mereka, apa guna mereka masuk umno.

Tetapi suasana sudah berubah. Rakyat dan pengundi telah semakin faham konsep warga negara serta hak hak yang ada pada setiap warga negara. Rakyat tidak lagi menerima pandangan bahawa umno itu melayu, dan melayu itu umno. Rakyat tidak lagi rasa takut untuk meninggalkan umno, kerana yang sebenarnya mendapat habuan secara mudah ialah mereka yang dalam kumpulan umno, sama seperti ahli keluarga diraja yang menguasai pemerintahan sebuah negara tadi.

Rakyat yang miskin terus terabai. Masalah sosial semakin menjadi jadi sehingga menjadikan orang melayu lemas selemasnya. Semakin lama umno diangkat menjadi raja, semakin rosak dan binasa orang melayu. Maka orang melayu mula menjarakkan diri mereka dari umno.

Untuk mengelakkan ini, mereka yang ultra dalam pendirian bahawa umno itu tuan, dan umno itu raja, menggunakan artikel 153 untuk menahan gelongsor yang semakin ketara dalam sokongan terhadap mereka untuk menakutkan dan menggertak orang melayu agar kembali menyusun sembah: daulat tuanku umno.

Langkah pertama yang mesti diambil untuk menahan gelongsor ini ialah dapatkan dengan apa cara sekali pun majoriti 2/3 di parlimen. Double agen yang ditanam dalam pakatan lawan telah menunjukkan identiti mereka, dan mereka telah lakukan seperti yang dirancang. Cuma itu tidak cukup.

Saya menjangkakan double agen yang ditanam adalah banyak, tetapi ternyata mereka tidak mampu melakukannya. Juga ribut yang digelorakan oleh double agen ini di parlimen adalah sebenarya bayu yang sangat sepoi. Tidak lama lagi kesemua mereka akan longlai apabila mereka menjadi sepah tanpa madu lagi.

Lawak Titi Tinggi, sijil KPN, hingusan wang ihsan dan banyak lagi adalah pelincir yang menambah laju lagi gelongsor yang sedang dialami.

Tidak ada warga malaysia yang hendak mencabar 153.

Hanya si ultra rasis yang mengacah kita supaya kita menjungjung duli tuanku 153 untuk tambah boyot mereka.

Tuesday, March 23, 2010

PEKERJAAN HAJI.....44

Assalamualaikum,

Bangun Malam

Sekiranya anda seorang yang rajin beribadat, saya percaya anda pernah membuat atau melakukan solat tahajjud. Solat tahajjud ini adalah satu daripada solat solat sunat, dan biasanya dilakukan ditengah malam , seeloknya sepertiga terakhir malam.

Sekiranya anda pernah mengerjakan solat tahajjud, itu adalah sesuatu yang sangat diajukan oleh agama Islam. Untuk mengerjakannya sekali sekala mungkin kita berkemampuan untuk melakukannya, tetapi untuk melakukannya secara berterusan adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Ini adalah kerana, untuk memaksa diri bangkit daripada tidur pada waktu dinihari adalah sesuatu yang sukar. Seperti kata kata Pak Yazid, seorang pendakwah: bagaimana nak sembahyang tahajjud, sembahyang subuh pun tak terkejut.

Tetapi yang peliknya ialah semasa kita berada di tanah suci, kita akan rasakan diri kita menjadi mudah untuk bangun tengah malam dan pergi ke Masjidil Haram. Masuk waktu subuh adalah sekitar 05:20 pagi, dan azan pertama dikumandangkan 1 jam sebelum azan subuh iaitu kira kira 04:20 pagi. Sekiranya anda bagun daripada tidur semasa azan pertama dikumandangkan, anda sebenarnya adalah antara orang dikira lambat bangun malam.

Rata rata jemaah haji telah sedia meninggalkan hotel masing masing sebelum azan pertama dikumandangkan, hanya orang yang seperti saya sahaja yang pergi ke masjid selepas azan pertama tetapi sebelum azan masuk waktu subuh.

Pernah semasa saya mengerjakan haji menggunakan khidmat muassasah, rakan rakan sebilik saya telah bangun daripada tidur seawal jam 2:00 pagi. Oleh kerana bilik air hanya satu, maka bergilir gilir untuk menggunakannya, sedangkan aku terus berdengkur. Sekira kira jam 3:30 pagi, bilik saya menjadi sunyi sepi, kerana semua rakan sebilik telah ke masjid, tinggallah aku seorang.

Dalam keadaan yang sedemikian, saya punya masa yang cukup banyak untuk berurusan di balik air, dan sekira kira jam 4:15 pagi saya telah memasuki masjid, walaupun ruang yang saya gemari telah mula penuh dengan orang.

Tiba tiba saya nampak rakan sebilik saya disuatu sudut masjid. Sedang berdengkur tidur. Saya kata dalam hati, kalau kau nak tidur, buat apalah datang masjid awal, tidur dalam bilik hotel lagi bagus.

ASAL USUL GLOKAL

Assalamualaikum,

To meet client needs around the world and around the clock, APCO Worldwide has 29 offices in major business, financial, political and media capitals throughout the Americas, Europe, the Middle East, Africa and Asia. Our clients rely on our ability to act decisively whenever their interests are at stake, so we work with clients on a global and local level to help them achieve their business goals. This is what we call our "glocal" approach, a global perspective informed by local knowledge. In addition, we work with select, best-in-class partners that we can engage for specialized market coverage.


Margery Kraus
  • Margery Kraus
  • founder & chief executive officer
  • +1.202.778.1000
    • 700 12th Street, N.W., Suite 800
    • Washington, D.C. 20005
    • U.S.A.


Monday, March 22, 2010

ESEI: ROYALTY VS ROYALTY

Assalamualaikum,

Seorang putera bertaraf royalty membuat pendedahan bahawa syarikat carigali petrolium negara ini menemui satu kawasan simpanan minyak yang besar. Mungkin terbesar di dunia. Seperti biasa, pihak yang disebut sebagai yang menjumpa menafikan berita terjumpanya kawasan simpanan tersebut.

Putera bertaraf royalti ini juga sekarang sedang mengkelar kelar UMNO dengan isu royalti minyak. Mana tidaknya, selama ini royalti telah dibayar kepada pihak yang telah ditentukan oleh perjanjian untuk mendapatnya. Tetapi apabila Terengganu di perintah oleh PAS, dengan secara tipu dan salah dan menyalahi undang undang, royalti disekat. Kemudian diganti dengan wang ihsan.

Untuk melawan putera bertaraf royalti ini, UMNO cuba ilmu retorik. Bukan royalti katanya. Dalam perjanjian tidak sebut royalti. Yang disebut ialah bayaran tunai. Oleh kerana putera ini bertaraf royalti, beliau amat arif tentang royalti. Apa pun kau sebut, ia tetap royalti.

Bila istilah royalti tidak diguna dalam perjanjian, UMNO nampak. Tetapi bila 3 nautikal miles tidak sebut dalam perjanjian, UMNO kata ada sebut.

Yang paling kalut dalam isu royalti ialah Malaysia telah jadi absolute monarchy.