السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Masjid Raya Bandung.
Showing posts with label MASJID. Show all posts
Showing posts with label MASJID. Show all posts
Thursday, February 11, 2016
Monday, October 28, 2013
MENGAPA MESTI KUNING? TANYANYA
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa mencari kediaman besan ku, simpang yang sepatutnya aku masuk, tidak ku perasan, kerana pasar borong yang menjadi penandanya telah selesai berbisnis, maka kesibukannya telah tiada untuk menarik perhatian ku.
Maka terlajaklah sampai masjid yang sedang dibina ini di Taman Yayasan.
Mengapa kubahnya mesti kuning, rungut Al Brangi. Bukan kah ada tempat sembahyang satu agama menggunakan warna kuning? Bukankah warna hijau sudah diterima secara universal melambangkan Islam? Rungutnya lagi.
Aku pula komen, kenapa latar belakang papan tanda nya mesti berlatar biru? mengapa paip air dilatar depan mesti diwarna biru?
Wednesday, August 28, 2013
Thursday, May 30, 2013
INGAT SIAPA YG RUNTUHKAN SURAU/MASJID DI SGOR?
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
2003. Surau Jublee Perak di Bandar Baru Bangi diruntuhkan. Bukan di Bangi sahaja, tetapi ada beberapa tempat lagi surau dan masjid diruntuh dan dirampas. Siapa punya kerja?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
2003. Surau Jublee Perak di Bandar Baru Bangi diruntuhkan. Bukan di Bangi sahaja, tetapi ada beberapa tempat lagi surau dan masjid diruntuh dan dirampas. Siapa punya kerja?
Monday, April 1, 2013
MINYAK PUNYA DALAM ADA MASJID
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Papan tanda tu kata Pengkalan Minyak Ayer Molek Melaka Dunia Bandaraya Warisan
Itu dunia punya dalam ada warisan punya bandaraya
Itu pangkalan punya minyak ada molek punya ayer
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Papan tanda tu kata Pengkalan Minyak Ayer Molek Melaka Dunia Bandaraya Warisan
Itu dunia punya dalam ada warisan punya bandaraya
Itu pangkalan punya minyak ada molek punya ayer
Monday, March 25, 2013
KAU TAHU APA PERNAH DISAKSIKANNYA?
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Masjid ini pernah menyaksikan satu perkembangan politik negara satu masa dulu. Tahu apa dia?
Wednesday, December 26, 2012
ALI BUKIT KATIL
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bukit Katil ada dua Ali.Satu dah bertukar jadi masjid
Satu lagi menyorok atas katil di puncak bukit tu
Monday, December 3, 2012
Monday, October 29, 2012
MASJID AYER MOLEK .....2
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa aku menziarahi kubur Almarhum Hj. Ithnin b. Hj. Naman pada hari Tasyrik pertama 'Eidul Adha ini, sempat aku memerhatikan Masjid Ayer Molek dari tempat aku bertinggung untuk menghadiah Al Fatihah dan doa kepada almarhum.
Almarhum adalah bekas pengerusi masjid tersebut selama 15 tahun sebelum melepaskan jawatannya. Apabila almarhum kembali ke rahmatullah, tidak ada satu tanda penghargaan pun daripada jawatan kuasa masjid sebagai menghargai jasa beliau berkhidmat kepada masjid berkenaan.
Apabila jenazah beliau dimandikan, aku perhatikan tukang memandikan jenazah memandikannya dengan cara yang cincai.
Itu lah tahap kepala hotak orang Ayer Molek.
Tuesday, October 23, 2012
MASJID LANCANG KUNING
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sumber cerita: http://www.riaumagazine.com/sinopsis-lancang-kuning/
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terpesona dengan kesergaman sebuah masjid berkubah kuning sebaik menjejak kaki di lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II di Pekan Baru, Riau, aku bertanya pak supir yang memandu bas airport. Masjid apa tu? Lancang Kuning, jawabnya.
Riau adalah negeri orang Melayu. Kisah Lancang Kuning telah difilemkan semasa aku diperingkat umur juvenil.
Cerita ringkas Lancang Kuning:
Lancang kuning berasal dari kata
“lancang” (perahu kebesaran kerajaan) dan uning” (warna kebesaran
kerajaan). Lancang Kuning adalah nama perahu besar kerajaan yang
digunakan sebagai kendaraan air oleh raja-raja Melayu Riau. Adapun
legenda atau cerita rakyat ini diangkat dari nama itu, karena legenda
ini menceritakan peristiwa yang terjadi dalam lingkungan kerajaan.
Suatu hari, Datuk Laksamana pemimpin
Bukit Batu Bengkalis di Riau, memanggil dua panglimanya, yaitu Panglima
Umar dan Panglima Hasan menghadap ke istana untuk diberi tugas ke
Tanjung Jati menumpas perompak atau lanun yang selalu mengganggu kawasan
tersebut di Senggoro kawasan mana tempat mata pencarian nelayan Bukit
Batu. Dengan ketaatannya, Panglima Umar langsung berangkat melaksanakan
tugas ini, meskipun harus meniggalkan istrinya yang cantik bernama
Zubaidah. Sementara itu Panglima Hasan tidak ikut berangkat melaksanakan
tugas itu, karena ternyata berita adanya perompakan di Tanjung Jati itu
hanyalah rekayasa siasat Panglima Hasan sendiri agar Panglima Umar jauh
dari isterinya Zubaidah dan Datuk Laksamana.
Selama kepergian Panglima Umar,
diam-diam Panglima Hasan berusaha merayu Zubaidah agar mengkhianati
suaminya dan menjanjikan kehidupan lebih baik, namun Zubaidah bertahan
dengan kesetiaan dan marwahnya. Situasi ini membuat hati Panglima Hasan
semakin marah dan brutal. Panglima Hasan mencari akal menghabisi
Zubaidah. Nah,bertepatan ketika peluncuran Lancang Kuning ke air,
tiba-tiba Lancang Kuning berhenti tidak bergerak sama sekali, maka
Panglima Hasan memutuskan mengambil Zubaidah sebagai tumbal untuk
galangan lancang. Dengan bergalangan tubuh Zubaidah, maka lancang
berhasil diluncurkan ke laut dan Zubaidah pun mengakhiri hidupnya di
bawah lancang.
Tak lama setelah kematian Zubaidah,
Panglima Umar yang baru pulang dari Tanjung Jati mendapat fitnah yang
dibuat oleh Panglima Hasan sendiri, bahwa Datuk Lasemana lah yang
membunuh Zubaidah dengan menjadikan tubuh Zubaidah sebagai tumbal
galangan lancang. Hasutan Panglima Hasan ini termakan oleh Panglima Umar
dan membuat Panglima Umar menjadi kalap dan amat marah. Tanpa pikir
panjang Panglima Umar membunuh Datuk Laksemana. Detik-detik menjelang
ajalnya Datuk Laksemana memberi sumpah kepada Panglima Umar, bahwa
apabila Panglima Umar melewati Tanjung Jati, akan tenggelam bersama
kapalnya.
Setelah itu barulah Panglima Umar sadar
akan fitnah itu, pertikaian dengan Panglima Hasan pun terjadi, dan
berakhir dengan kematian Panglima Hasan yang tragis di ujung keris
Panglima Umar.
Panglima Umar pun pergi menjalankan
kutukan dari Datuk Laksemana, berlayar keperairan Tanjung Jati dan
tenggelam. Sejak saat itu pulau Bengkalis dikenal daerah yang sangat
sepi dari penduduk dibandingkan masyarakat di daerah Riau lainnya sampai
sekarang.
Sumber cerita: http://www.riaumagazine.com/sinopsis-lancang-kuning/
Thursday, October 18, 2012
MASJID BAITUR RIDHA, SIAK
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kawasan ini tidak termasuk dalam nasionalisme keris ke?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa ke Riau, minggu lepas, sempat aku merayau rayau ke alam Melayu Siak. Kira kira 1 jam sebelum sampai ke pekan Siak, sempat kami berhenti untuk ambil foto masjid ini yang di namakan Masjid Besar Baitur Ridha, Kecamatan (mukim) Tualang, Kabupaten (daerah) Siak. Tempat di mana masjid ini berada ialah Ninas.
Kawasan ini tidak termasuk dalam nasionalisme keris ke?
Monday, September 24, 2012
Saturday, July 7, 2012
JERING KEDEKUT
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tetapi kalau dia kikir, tetapi menabung sampai boleh buat masjid, kira boleh la tu.
Tetapi belum aku jumpa lagi kalau yang kikir itu bukan orang
Tetapi batu
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selalu orang melabelkan kalau seseorang itu kedekut, dia tu tangkai jering. Sebabnya tangkai jering walaupun sudah kering, namun putus terpisah daripada jeringnya tidak sekali.
Ada juga orang sebut kedekut tu sebagai kikir
Tetapi belum aku jumpa lagi kalau yang kikir itu bukan orang
Tetapi batu
Friday, June 15, 2012
Thursday, June 7, 2012
HAMIRDIN TERAPUNG
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku sudah berapa kali buat posting pasal masjid terapung, seperti di sini ,atau di sini, atau di sini.
Memang telah menjadi trend di Malaysia ini, pihak berkuasa dan berduit berlumba lumba buat masjid dan bina masjid di atas permukaan air. Sebagai contoh ialah masjid Kristal yang menjadi latar di belakang pak haji yang tersongeh tu.
Ada kawan kawan aku yang segera melompat untuk melabelkan sebahagian masjid sperti ini sebagai masjid dirar.
Aku tidak mau komen lebih lebih dalam hal ini.
Bina masjid memang bagus, malah digalakkan. Cuma yang dipentingkan dalam Islam ialah solat itu didirikan, maka dengan sendirinya masjid itu akan turut didirikan. Namun, kalau mendirikan solat itu tidak ditekankan dan seriuskan oleh setiap pihak, maka, cicak lah yang memakmumkan solat dalam masjid.
Sekirannya disibukkan dengan membina masjid terapung, namun iman tidak dibina sehingga menjadi lampung, maka gah sahaja yang dapat diagung
masjid terapung kekal kosong
Monday, March 12, 2012
ADA JUMPA MASJID PARAMESWARA?
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Puas aku mencari masjid yang tua di Malaysia ini, namum tidak ada masjid yang berumur 500 tahun atau lebih. Masa paramewara memeluk Islam dulu kenapa beliau tidak bina masjid yang betul betul kukuh yang dapat bertahan sehingga hari ini? Tak reti nak buat masjid kukuh ke?
Yang dapat kita saksikan sekarang ialah masjid masjid yang tidak begitu banyak ratusan tahunnya yang masih tegak berdiri, seperti Masjid Bandar Seremban ini.
Memang, masjid ini mempunyai ciri unik dan gaya yang tersendiri, menjadikannya salah satu masjid yang mesti dipelihara dari segi binaan dan seni binanya, disamping menjaga keimarahannya.
Belum lah begitu lama sangat umur masjid ini, tapi antara dia, aku dan engkau, dia lagi tua, ber.
Sebab itu masjid ini bertaraf warisan
Tuesday, January 3, 2012
MASJID TENGGELAM
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekarang kalau kau nak ke masjid ini, aku rasa perlu berkayak.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dalam tahun 1991, Empangan Durian Tunggal di Melaka kering dan kontang. Aku bawa student untuk lihat keadaan di empangan itu. Maka kami pun masuk ke kawasan yang dulunya ditenggelami air.
Kami sampai digerbang ini. Kau boleh perhatikan aras air adalah tanda gelap pada tiang gerbang tersebut. Juga kau boleh perhatikan dilatar belakang gambar tersebut ada sebuah mesjid yang hanya kelihatan menaranya.
Apabila air penuh masjid ini tenggelam atau sebahagian besar kawasannya ditenggelami air. Sekarang pun begitu. Dulu aku pernah buat entry pasal masjid yang tenggelam ni, tapi sebab cerita sedap, ulang pun kira ok jugak.
Wednesday, December 7, 2011
MASJID AL ALAMI, MITC
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Beberap bulan yang lepas seoarang shahabat sms dr x tulis hal politik lagi ke? well, sebenarnya aku tulis mengikut hayun hatiku. Hal politik semuanya aku dah baca dan sudah terlah, jadi segala perkembangannya telah dalam genggaman aku. Ia menjadi sesuatu yang boring kerana semuanya bersifat predictable.
Di sini aku nak promosikan rekabentuk masjid Melaka yang mengekalkan ciri Cheng Ho.
Yang dipromosi ialah masjid, bukan mydin
Monday, December 5, 2011
SURAU ARRAUDHAH KG BKT DARAT
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa dalam perjalanan balik daripada menyelia praktikum pelajar sekitar Mac dulu, aku singgah untuk mengambil gambar surau ini.
Namanya Surau ArRaudhah, Kampung Bukti Darat, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah Melaka.
Tidak ada yang spesiolnya, cuma ia sebuah surau sederhana, cukup untuk orang kampung mendirikan solat berjemaah.
Subscribe to:
Posts (Atom)