Saturday, July 21, 2012

PUASA BERLUMUR DODOL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Aku kira sekitar 1963, dalam bulan ramadhan rumah emak aku di Paya Baru sibuk dengan aktiviti mengacau dodol kira kira pertengahan bulan ramadhan. Sebenarnya bukan bulan ramadhan yang itu sahaja, tetapi setiap ramadhan orang kampung aku akan bertungkus lumus untuk mengacau dodol.

Pada tahun 1963 tu aku berumur sekitar 11 tahun, dan dikira mempunyai kudrat yang mencukupi untuk dikerah sebagai buruh kasar tukang kacau dodol. Selalunya emak aku akan membuat dodolnya, diikuti pula pada hari lain oleh nenek aku sebelah bapa, Hjh Saminah yang tinggal serumah dengan emak dan bapa aku. Kemudian pada hari lain pula emak saudara aku, almarhumah Tijah pula buat kacau dodol.

Dalam ketiga tiga kes ini, aku menjadi tonggak pengharapan untuk mereka mengacau dodol, kerana adik adik masih kecil, dan bapa aku almarhum Hj. Ithnin, sememang telah menjadi trademark dia, apabila ada kacau dodol di rumah kami, beliau akan menghilangkan diri.

Biasanya kacau dodol ni dimulai sebaik selepas sahur, kawah ditenggek, api dihidupkan menggunakan kayu getah kering, dan kemudian santan dimasukkan. Bila santan telah terbit minyak, tepung beras yang telah di boh dimasukkan, kemudian gula pasir dan diikuti oleh gula melaka atau gula coklat. Dan kacauan perlu dilakukan secara terus menerus.

Mula mula kacau masih ringan, kemudian bertambah berat sebab tepung sudah masuk, bertambah berat lagi bila gula dimasukkan. Dodol akan menjadi lebih berat terasa untuk dikacau bila ia mengental, maka disitulah berlakunya perjuangan yang maha pahit.

Kacauan perlu diteruskan, kalau tidak dodol tidak menjadi. Hari semakin meninggi, badan terasa lembik dan loyak. Orang yang yang nak membantu kacau tidak kelihatan. Yang mengacau dodol aku bersaorangan dibantu sekali sekalo oleh emak dan mereka yang sengaja mencari nahas mengintai ngintai kacau dodol tersebut.

Kira kira asar, barulah dodol tu dikira masak. Diangkat dan dimasukkan ke dalam anyaman mengkuang atau dalam bekas bekas lain yang boleh dipotong bersama dengan dodol bila nak memakannya.

Pada ketika itu aku telah lembik lagi loyak, tinggal sedikit sahaja masa berpuasa sebelum sampai waktu berbuka. Tiba tiba muncul bapa aku, muncul bapa saudara aku, Abdul. muncul si anu dan muncil si ini.

Aku dah terbanteng dan terbongkang kelelahan dan kepenatan.

Thursday, July 19, 2012

CATU AIR DI MALIM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa dalam perjalanan pagi tadi hujan lebat selebat lebatnya sekitar Rawang, dan aku ambil keputusan untuk berehat di R&R Rawang. Sambil rihat, terus tertido. Hujan sungguh lebat, sehingga sukar untuk memandu di lebuh raya dengan selamat.

Aku sentiasa mendoakan agar negara kita menerima hujan, kan ia satu rahmat daripada Allah swt. Terutamanya negeri Selangor, semuga hujan turun dengan banyaknya di Selangor.

Tapi sibengap lagi nawas menjejeh mengatakan Selangor kekurangan air, dan air akan dicatu. Bila disangkal dengan menunjukkan empangan melimpah ruah, sibengap lagi nawas kata, bukan air tu, tapi air terawat.

Ee, air tu tak sakit kau nak rawat apsal?

Tempat yang hujan tetapi air tidak cukup yang aku tahu hanyalah di Malim. Bukan Tg Malim, tapi malim sarjana.

Pam rosak. April lepas. Skrg dah ok

Wednesday, July 18, 2012

DIKTATOR TOLOL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Secara tidak dirancang aku bertemu dengan seorang kawan bertaraf datok di Seri Malaysia Aloq Setaq tahun lepas. Si datok ni yang aku faham pada masa itu sedang menghadhiri pertemuan para penulis. Ini semua umno yang usahakan. komplen datok tu kepada aku. Tiba tiba pas pula klem dia yang punya. dia ngomel lagi.

Baru baru ni si datok ni kata pemimpin tolol. Aik! berani kau melawan tokeh kau ke datok? Nasib baik kata kata datok ni tidak disambung dengan soalan siapa kata aku diktator?

Tuesday, July 17, 2012

M'SIA NEGARA PORNO?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dengan serakah tanpa kenal malu dan taubat, Malaysia dibanjirkan lagi dengan pelbagai cerita dan tohmahan porno yang dicipta oleh si bijagan untuk membunuh karier lawan.

Rakyat Malaysia yang waras meluat dan meloya dengan usaha terbaru untuk mengangkangkan cerita Liwat III pula

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/17/another-sodomy-trial-in-the-making/

Monday, July 16, 2012

RINGGIT MAKIN LEMAH, BIYEN APA KOMEN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Keadaan tukaran ringgit berbanding dolar singapura semakin lemah sekarang, sehingga mencapai RM 2.51 untuk 1 dollar singapura. Tetapi kenapa kita didendang kononnya ekonomi malaysia mantap dan mantop, pelabur memilih malaysia untuk melabur, tetapi semakin lama digenggam biyen, semakin punoh ekonomi. Macam orang felda baru tahu, dapat hanya 800 saham, tak sampai pun satu lot. ptuih.