Saturday, May 10, 2008

MASJID DATOK MACHAP, MELAKA Part I



Assalamualaikum,




saja janjikan untuk menceritakan tentang tiga masjid, jadi pada posting kali ini saya datangkan 1st instalment.
(maaf. Mutu reproduksi gambar lama tak memuaskan)



Negeri Melaka, Malaysia, adalah sebuah negeri yang unik. Ia terkenal dengan pahlawan Hang Tuah yang menjadi legenda ssehingga ke hari ini. Terdapat satu pekal kecil di Melaka yang dikenali sebagai Durianb Tunggal. Tidak ada apa yang specialnya mengenai pekan kecil ini. Cuma berhampiran dengan pekan ini terdapat satu empangan yang paling besar di Melaka yang dikenali sebagai Empangan Durian Tunggal.

Pada bulan Disember 1990 hingga Januari 1991, empangan ini mengalami satu perkara pelik dan menyusahkan rakyat, iaitu ia kering. Kalau anda perhatikan gambar di bawah ia menunjukkan empangan tersebut sedang kontang.


Untuk membuat kajian mengenai kejadian ini, saya membawa pelajar-pelajar saya ke kawasan empangan ini pada pertengahan 1991.

Pada masa air memenuhi empangan ini, ia menenggelamkan satu kawasan yang luas sehingga sampai ke kawasan Kampung Machap lama. Di situ terdapat satu masjid yang dibina oleh Jailani Mendik Mechap atau lebih dikenali sebagai Datok Machap. Masjid ini diberitakan dibina dalam tahun 1902. Apabila air empangan menenggelamkan kawasan sekitarnya, masjid ini telah terputus daripada kawasan kampung secara fizikal, dan ia tidak digunakan lagi.



Rombangan kami telah berpeluang pergi ke masjid tersebut melalui kawasan yang dulunya diteggelami air, tetapi kering semasa kami berada di situ. Apabila kami sampai di masjid tersebut, ia kelihatan sungguh terbiar dan tidak terurus. Yang menarik pandangan saya ialah dikeliling kawasan masjid tersebut dipenuhi oleh colok yang biasanya digunakan oleh orang Cina untuk upacara sembahyang.

Saya tahu, di masjid terbiar itu berlaku aktiviti pemujaan, dan saya rasa ia adalah pemujaan untuk mendapatkan nombor bagi judi nombor ekor.


Apabila ketinggian Empangan Durian Tunggal dinaikkan, lebih banyak lagi kawasan yang ditenggelami air, dan sekarang, masjid tersebut terletak digigi air.

Kekesalan saya ialah saya tidak bersembahyang sunat di masjid tersebut semasa rombongan kami berada di situ dalam tahun 1991.

BUKAN KAH KETUANAN MELAYU ITU RACIST?

Assalamulaiukum,

Belum pun selesai perbincangan Permuafakatan Melayu yang bersidang di Johor Bharu pada 2-3 Mei 2008 merenjis habuk rokok mereka, telah timbul bantahan daripada kerabat BN mengenai Ketuanan Melayu. Naib Presiden MCA , Ong Tee Keat dilaporkan berkata istilah tersebut membawa maksud orang Melayu adalah tuan, dan orang lain (bangsa lain) adalah hamba. Kita hendaklah melihat isu ini dari segi sensitivit semua kaum. Pada saya apa yang luahkan oleh naib presiden MCA itu adalah satu kegusaran yang biasa timbul apabila tindakan sesuatu pihak dilihat dan kelihatan mengancam pihak lain. Di sini, hasil daripada laungan ketuanan Melayu ini ialah bangsa lain di Malaysia merasa terancam.
GAPENA, yang menjagohi isu ini, melalui ketua satunya , Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein cuma menerangkan keadaan mengikut pandangannya, yang bukan menjadikan perkara ini semakin jernih. Mengikut beliau, istilah ketuanan ini tidak boleh diertikan mengikut kamus, tetapi hendaklah mengikut tafsirannya. Tafsiran beliau ialah: tuan rumah. Sebagai tuan rumah, setiap tetamu akan dilayan dengan bersopan-santun dan berbudi bahasa. Istilah ketuanan dalam erti sebenarnya adalah tuan rumah, bukannya tuan yang menguasai hamba. Salah faham kepada maksud istilah ini menyebabkan ia menjadi isu sensitif, katanya.
Kalau kita ambil makna tuan rumah sekali pun, ketuanan Melayu akan membawa maksud orang Melayu adalah tuan kepada negara ini, sementara bangsa-bangsa lain ialah tetamu. Kita tahu tetamu tidak boleh membuat sesuatu di rumah yang dikunjungnya secara sesuka hati, ada batas-batas yang perlu dijaga. Ini dengan sendirinya meletakkan status tetamu lebih rendah daripada status tuan rumah.
Yang tidak difahami oleh puak ini, atau pura-pura tidak memahami , ialah bahawa apabila kita mengakui bahawa yang diistilahkan sebagai tetamu tadi adalah warganegara, seperti yang termaktub dalam MyKad atau kad pengenalan Malaysia, maka mereka mempunyai semua hak seperti yang dipunyai oleh setiap bangsa dalam negara ini. Sebab itulah mereka diberi hak membuang undi, yang merupakan satu hak yang sangat besar nilainya dalam kehidupan bertata negara.
Tetapi kalau kita junamkan darjat mereka menjadi tetamu sahaja, maka semua bangsa akan merasa terhina dan akan menggelogakkan rasa ketidak puasan. Ini adalah bibit-bibit perpecahan yang sangat besar implikasinya kepada kestabilan negara ini.
Sedangkan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, semua bangsa di Malaysia telah bersetuju untuk hidup aman damai, dan tidak ingin mencabar dominance Melayu dalam perkara-perkara yang telah sama-sama dipersetujui.
Kekalahan UMNO dalam pilihan raya 12 adalah kesalahan UMNO, bukan kesalahan orang Melayu. Generasi pengundi baru telah memberi isyarat bahawa UMNO bukan lagi institusi Melayu, tetapi satu sarkas yang semakin memalukan Melayu. Tidakkah GAPENA faham isyarat tersebut?

Friday, May 9, 2008

POSTING AKAN DATANG

Assalamualaikum,

Kalau dah cerita pasal songkok, apabila sampai masanya nanti saya akan bercerita pasal serban pula. kalau tak, rasanya tak lengkap. Juga dalam posting akan datang, saya akan membentangkan kepada anda kisah tiga buah mesjid. Wassalam

SONGKOK

Semasa saya seorang mahasiswa di Universiti Malaya Kuala Lumpur sekitar awal 1970an, saya sering berlaku satu kekecohan dalam majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia. Kekecohan tersebut ialah pihak universiti berkenaan mensyaratkan para graduan memakai songkok bagi majlis konvokesyen. Universiti tersebut mempunyai sebilangan pelajar yang bukan Melayu, dan semua pelajar, Melayu atau pun bukan dikkehendaki memakai songkok dalam majlis-majlis tersebut.
Berlaku bantahan daripada para graduan yang bukan dari kalangan Melayu mengenai arahan ini dan mereka tidak mahu memakai songkok. Ada diantara mereka yang langsung tidak bersama sama dalam majlis konvokesyen kerana diarah memakai ssongkok.
Saya rasa pada ketika itu, ramai yang berpendapat kalau memakai songkok, maka mereka menjadi orang Melayu atau telah menerima budaya Melayu. Mungkin ini tidak disenangi oleh sebahagian rakyat Malaysia pada ketika itu.
Sekarang kita saksikan ramai ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang telah memenangi kerusi yang mereka tandingi telah memakai songkok dalam upacara mengangkat sumpah dan upacara rasmi yang lain. Kita YB Teng, yang dilantik menjadi speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dengan rela hati dipakaikan songkok, dan beliau kelihatan segak sekali. Begitu juga YB Ronnie Liu, exco kerajaan Negeri Selangor juga kelihatan tidak kekok memakai songkok, dan yang lain-lain terdiri dari orang India atau Bumiputra lain.
Apa yang berlaku ialah masyarakat Malaysia telah menerima budaya Melayu bersongkok sebagai budaya Malaysia. Dengan memakai songkok ia tidak menjadikan pemakainya Melayu, tetapi ia menjadikannya orang Malaysia. Apabila para pemimpin masyarakat bukan Melayu di Malaysia menerima pemakaian songkok, maka masyarakat bukan Melayu yang lainnya dengan mudah menerima anjakan ini dan tidak lagi timbul bantahan seperti pada zaman 70an.
Tembok pemisah antara Melayu dengan keMalaysiaan telah pecah sekarang dan seluruh rakyat dengan senang menerima kebanyakan daripada budaya Melayu sebagai budaya penduduk Malaysia tanpa sebarang unsur paksa. Tidak perlu lagi unsur racism ditonjol dan dipaksakan oleh mereka yang memperjuangkan ketuanan Melayu seperti yang dilaungkan di Johor Bharu pada 2 dan 3 Mei yang lepas.
Imej PAS, yang kebanyakannya dianggotai oleh orang Melayu juga turut berubah apabila majoriti YB PAS memakai songkok dalam masjlis rasmi. Kalau dulu PAS adalah parti lebai kampung dengan kopiah putihnya, tetapi sekarang ia berimej profesional yang komited dengan perjuangan Islam

Thursday, May 8, 2008

SENARIO POLITIK MALAYSIA SEMAKIN EXCITING

Assalamualaikum,

Senario politik Malaysia sedang memasuki satu fasa yang menyeronokkan sekarang. Apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa akan berlaku perubahan kuasa pada 16 September 2008 nanti, maka ramai pemimpin UMNO yang gelabah. Tiga pemimpin mereka , Tengku Razaleigh, Khir Toyo, dan Mahathir menggegar pandangan UMNO supaya mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Kalau kemungkinan pertukaran kerajaan ini sangat kecil, maka mengapakah pemimpin-pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan keresahan mereka kepada terjadinya perkara yang mereka gerunkan itu.
Kegerunan ini ditambah lagi dengan kenyataan Jefery Kitingan yang kemungkitan Pakatan Rakyat disertai pula oleh satu lagi komponen yang berpengkalan di Sabah. Cakap-cakap sepereti ini tidak boleh ditepis begitu sahaja oleh mana-mana pihak, kerana segala sesuatu sekarang sedang brewing untuk terjadi.
Kekalutan dalam parlimen mengenai perkara yang ditimbulkan oleh Karpal Singh tentang siapakah penulis ucapan Agung pada sesi permulaan sidang jelas menunjukkan kegelabahan yang tidak tentu punca ahli-ahli parlimen BN. Ditambah lagi dengan isu Jamry di Perak yang juga turut dihebahkan oleh Karpal Singh, juga turut melahirkan gelabah BN yang tidak berhujung disamping kita diingatkan semula dengan senario kebiadapan UMNO dalam isu perlantikan dua menteri besar di Perlis dan Terengganu.
Mogok lapar yang dilancarkan oleh Raja Petra yang sedang ditahan di penjara Sungai Buloh adalah juga satu tamparan pembungkum kepada UMNO kerana ini adalah sesuatu yang tidak sekali mereka jangkakan. Dengan perkembangan ini isu Altantuya tidak akan boleh disapu ke bawah karpet semudah itu dan mau tidak mau ia akan mengheret ramai pihak pancaran spotlight media.
Dengan perkembangan perkembangan ini, senario politik Malaysia menjadi semakin exciting. Pastikan anda mengikuti berterusan.

Wednesday, May 7, 2008

MENGEMBALI KEDAULATAN KERAJAAN NEGERI

Oleh: Azmi Ahmad Baharom

Bagi mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu dan kedaulatan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia, adalah peting untuk parlimen Malaysia mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu dan rakyat negeri dalam menentukan halatuju perkembangan dan pembangunan negeri tersebut.
Dalam aspek ini adalah penting untuk memastikan pengambilan sebarang tanah dan hak kerajaan negeri perlu mengambilkira masa depan dan kedaulatan negeri tersebut

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Kedudukan Kuala Lumpur sebagai ibunegara Malaysia kini menjadi tandatanya apabila Putrajaya dijadikan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.
Tanpa menyatakan status Kuala Lumpur yang telah diambil dari kerajaan negeri Selangor lebih 35 tahun yang lalu tanpa kelulusan sebenar dari Dewan Undangan Negeri Selangor. Lebih memeranjatkan lagi mantan perdana menteri menggunakan keadaan Sultan Selangor yang sedang memegang kerusi Yang Dipertuan Agong untuk menyerahkan Putrajaya kepada kerajaan pusat tanpa melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor. Situasi ini sungguh memeranjatkan kerana Selangor Darul Ehsan kehilangan Kuala Lumpur dengan Putrajaya dalam temph 25 tahun.
Situasi ini tentunya kurang menyenangkan kerana rakyat Selangor sendiri kehilangan sumber kewangan dan sumber asli untuk dibangunkan bagi seluruh rakyat negeri.
Kehilangan ini boleh dikaitkan dengan kehilangan suara dalam DEwan Undangan Negeri.


WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Harris Salleh bertanggungjawab menyerahkan Pulau Labuan kepada kerajaan Persekutuan dengan tujuan untuk membangunkan pulau itu kepada kewangan persisir pantai dan menjadi hub penting pertahanan Negara.
Dalam masa yang sama kerajaan Sabah akan mendapat pulangan dalam bentuk imbuhan dan lain-lain kemudahan yang kurang jelas.
Akibatnya rakyat Sabah mengundi untuk memilih parti lain memerintah negeri Sabah.


LANGKAWI SEBAGAI PULAU BEBAS CUKAI
Tidak seperti Labuan, Langkawi yang juga menjadi pulau bebas cukai tidak diambil oleh kerajaan pusat.
Kenapa Mahathir tidak berani bertindak?

KEDUDUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KUASA NEGERI-NEGERI DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA

Oleh: Azmi Ahmad Baharom
Kedudukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia dihormati dan dijamin sebagai rakan dalam perkongsian yang membentuk Persekutuan Malaysia dalam satu semangat persekutuan yang berasaskan raja berpelembagaan.
Apabila kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak melihat dan membandingkan bandar-bandar yang menjadi ibunegara kuasa besar dan juga negara luar yang menggunakan istilah wilayah persekutuan, ide ini menjadi penarik dan diwar-warkan sebagai satu alternatif kepada pembukaan satu dimensi baru dalam proses pendudukan kuasa persekutuan di peringkat negara.
Bagi menjayakan ide ini, perbandingan dengan negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Brazil India dan Pakistan menunjukkan kosep wilayah persekututan sesuai digunapakai di Malaysia.
Malang sekali, konsep ini gagal menilai cirri-ciri yang terdapat dalam pembentukan wilayah persekutuan negara yang tersebut di atas.
Amerika Syarikat umpamanya mempunyai pusat pentadbiran persekutuan dengan nama Washington mengambil sempenan bapa kemerdekaan dan presiden pertama George Washington sebagai lambing kuasa kerajaan persekutuan. Ini melibatkan District of Columbia dalam negeri Maryland dan Arlington dalam negeri Virginia.
Bagaiamanapun sebelum perang saudara Amerika dizaman Abraham Lincoln, Arlington diambil kembali oleh kerajaan negeri Virginia.
India pula sebuah republik yang menukar Delhi kepada pusat pentadbiran pusat. Sama seperti kerajaan komunis Cina yang meletakkan Beijing dan Shanghai sebagai sebuah wilayah kuasa autonomi.
Brazil memindahkan ibunegara dari Rio de Jaenerio ke Brasial sebagai satu langkah untuk memaju dan membangunkan kawasan pendalaman dalam lembangan Amazon.
Langkah yang sama seperti Pakistan memindah ibunegara dari Karachi ke Islamabad dan Nigeria dan Lagos ke Abuja adalah contoh tindakan ini.
Bagi Malaysia yang mempunyai kuasa kerajaan negeri dibawah kuasa Sultan dan raja yang terlibat secara langsung dalam pentadbirang kerajaan negeri dan Yang Dipertuan Agong sebagai pemerintah persekutuan Malaysia, adalah tidak wajar untuk mempunyai satu wilayah khusus bagi tujuan kawalan kerajaan pusat.
Disamping kehilangan sumber kutipan cukai, rakyat Wilayah Persekututan juga sebenarnya kehilangan suara dalam dewan undangan negeri. Kerugian ini sebenarnya besar kerana, tidak seperti rakyat di negeri lain.
Perlindungan ini tidak ketara. Bagaimanapun peluang untuk mendapat perkhidmatan yang lebih baik tidak ada. Kedudukan Menteri Wilayah PErsekutuan itu sendir merupakan satu pembaziran kerana perlu mewujudkan satu jawatan khusus dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pula sebagai orang paling berkuasa dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan ini.

Tuesday, May 6, 2008

Sambung....Kedaulatan Melayu

Kalau kita baca resolusi Kongres Permuafaktan Melayu seperti yang didapati dari Utusan Malaysia, jelas sekali mereka yang berjuang untuk kedaulatan Melayu ini bersikap sangat racist dan sekular. Pada poin Perlembagaan dan Politik jelas mereka bermatian mau mempertahankan perlembagaan Malaysia daripada dipinda yang mana hasil pindaan tersebut boleh melemahkan kedudukan orang Melayu. Tetapi semasa perlembagaan Malaysia dipinda untuk menghadkan kedudukan raja-raja sebelum ini tidak ada pun mereka menyuarakan bantahan. Malah, perlembagaan Malaysia itu sendiri menjadi satu dokumen yang jatuh keluhurannya apabila sekarang ini ia menjadi perlembagaan yang paling banyak mengalami pindaan di dunia.

Sebarang usaha untuk mendaulatkan Melayu tanpa mendaulatkan Islam adalah sesuatu yang tidak boleh mendatangkan hasil yang baik. Malah kalau kita baca resolusi mereka mengenai Islam kita akan menjadi ketawa kerana sifat kebadutannya. Resolusi tersebut ingin menghadkan pembinaan rumah ibadat ugama lain, tanpa menyedari UMNO telah banyak merobohkan surau dan merampas masjid semata-mata kerana pandangan politik yang berbeza.

Dicadangkan di sini agar mereka yang berjuang atas chauvanisme Melayu ini meninggalkan pegangan tersebut dan ambillah kesederhaan Islam untuk menjamin ketuanan Melayu atau kedualatan Melayu. Sebab utama ialah rakyat telah beralih pegangan politik, daripada politik perkaumanan kebangsaan Melayu UMNO kepada kesyumulan Islam yang diterajui PAS dan kesamarataan dan keadilan sosial yang diterajui oleh kesemua komponen Pakatan Rakyat. Kegerunan mereka kepada Malaysians’ Malaysia adalah satu fatamorgana yang bersifat sangat ilusi yang hanya wujud disebabkan dakyah sendiri yang telah menebal dalam fikiran.

UMNO dan chauvanisme Melayu adalah sebuah kapal yang sedang tenggelam. Rakyat telah berpindah kepada kesyumulan Islam dan keterbukaan keadilan sosial semua kaum. Untuk terus berada dalam kapal UMNO adalah satu pilihan suicidal.

Monday, May 5, 2008

Kedaulatan Melayu?

Assalamualaikum,

Lanjutan daripada apa yang terbit dari perbincangan dalam Kongres Permuafakatan Melayu yang diadakan di Johor Bharu pada 2 dan 3 mei 2008, maka timbullah idea untuk mengenengahkan sesuatu yang dinamakan Kedaulatan Melayu. Sebenarnya penganjur perjumpaan ini dan juga mereka yang sealiran dengannya masih lagi tercari-cari apakah yang sebenarnya yang dikehendaki oleh naluri mereka. Pada satu masa mereka melaung laungkan ketuanan Melayu, pada tahun 1999 sewaktu hampir dengan pilihan raya umum ke 10, mereka melaungkan survival Melayu dan senarai ini akan terus menerus ditambah dan ditambah.

Cuma yang nyata dari apa yang boleh diperhatikan di sini ialah kesemuanya mempunyai sikap racist, iaitu satu sikap hodoh yang mengagungkan bangsa, walaupun berada di pihak salah, zalim dan kejam. Dari apa yang dilaporkan hasil daripada perbincangan kongres ini ialah mereka semuanya menyatakan pandangan yang mempunyai racist overtone. Sikap hodoh dan pandangan hodoh yang memalukannya didokong oleh cendikiawan yang berpaut pada dagu UMNO. Kalau UMNO kalah dalam pilihanraya maka sibuklah mereka menjaja kuih racist melayu dengan mengatakan bahawa ketuanan Melayu telah terhakis, kuasa politik Melayu telah terhakis, hak istimewa orang Melayu seperti yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia dicabar dan sebagainya.

Apabila UMNO kalah dalam pilihanraya, maka mereka pun berkokok supaya orang Melayu bersatu. Pada mereka bersatu itu hanya boleh dibuat dengan satu cara sahaja, iaitu sokong UMNO, kalau tak sokong UMNO maknanya orang Melayu tidak bersatu dan berpecah belah. Apabila orang Melayu berpecah belah mengikut tafssiran mereka, maka masa hadapan orang Melayu akan malap semalapnya.

Tetapi apabila UMNO menang, dan ramai daripada Melayu yang berada didalam UMNO itu melakukan pelbagai kesalahan sehingga boleh merugikan massa Melayu, puak-puak ini diam tidak berdecit. Siapakah yang menumbangkan Bank Bumiputra, kalau tidak mereka yang berada dalam UMNO? Siapakah yang menjadikan bahasa Melayu melukut kalau tidak UMNO sendiri? Siapakah yang menjadikan Islam, ugama yang dianuti oleh orang Melayu sebagai satu ugama tempelan sahaja kalau tidak UMNO? Siapakah yang menyebabkan masalah sosial di kalangan remaja Melayu semakin meruncing dan parah kalau tidak UMNO?Siapakah yang mendatangkan budaya hedonisitik yang menjadikan ramai orang Melayu lebih berfoya foya? Siapakah yang mendatangkan budaya makan percentage dalam projek pembangunan sehingga menyebabkan sebahagian orang melayu yang ada kabel UMNO kaya, tetapi yang berusaha secara benar merempat? Siapakah yang menyebabkan rasuah semakin menjadi jadi di Negara ini kalau tidak UMNO? Siapakah yang menggunakan akta penambilan tanah dan kemudian membeli tanah orang Melayu dengan harga lebih murah daripada sekeping karipap bagi sekaki persegi tanah dan kemudian menjual tanah tersebut kepada bangsa lain dengan harga beratus kali lebih tinggi kalau tidak UMNO?

Bagi kumpulan ini, kesemua ini boleh dimaafkan sebab mereka Melayu dan mereka menang pilihan raya. Sebab itulah bagaimana besar pun kesalahan yang dilakukan, selagi taat kepada UMNO dan pemimpin UMNO, maka atas nama Melayu, mereka sedia diampunkan?
bersambung.......

Sunday, May 4, 2008

BANJIR ALOR GAJAHPART II

AssalamualaikuM,

sambung dari posting semalam......

Bagi Kawasan Taboh Naning pula bukit-bukit seperti Bukit Tinggi, Bukit Payong, Bukit Batu Ampar dan Bukit Kelana, sepatutnya ditumbuhi oleh hutan hujan tropika atau pu belukar seperti yang didapati 35 tahun dulu, tetapi oleh kerana ia telah dipeneuhi oleh aktiviti manusia, maka fungsi hidrologi yang sepatutnya dimainkan oleh tumbuhan in tidak berlaku sekarang. Dengan itu Sungai Simpang Ampat menerima terlalu banyak air larian permukaan apabila berlaku jujan.

Selain dari itu Sungai Simpang Ampat juga menerima air larian yang berlebihan dari Bukit Gajah Mati, Bukit Dinding, Bukit jelong di samping Bukti Batu Bendinding. Kalau diteliti sistem Sungai Simpang Ampat ini, ia bertemu dengan Sungai Siput berhampiran dengan Kampung Paya Dalam, dan Sungai Siput ini sendiri menreima air larian yang berlebihan dari Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa.. Semasa saya membawa sekumpulan pelajar untuk membuatk kajian di kawasan ini sekitar 2001-2002, tumbuhan pada Bukit Terbakar itu sendiri telah banyak dihapuskan oleh aktiviti mausia, disamping memang pada ketika itu berlaku kebakaran pada bukit tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan aktiviti penduduk kampung yang menjalankan usaha menternak ikan semilang menghadapi masalah kerana sekiranya hujan tidak turun untuk jangka masa yang panjang, maka bekalan air bagi kolam-kolam tersebut akan merosot dengan banyaknya. Sebaliknya kalau berlaku hujan, air larian permukaan akan dihasilkan terlalu banyak pula.

Itu adalah sebahagian daripada cirri muka bumi dan tumbuhan yang memainkanm peranan yang besar dalam masalah banjir. Kalau nak diperincikan suasana ini , ia akan menjadi terlau detail pula.

Imej satelit menunjukkan kawasan di sekitar Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa adalah kawasan yang telah dimajukan dan tidak mampu algi memainkan peranan hidrologi yang berkesan. Oleh itu adalah sesuatu yang memang dijangkakan kalau air larian yang banyak dihasilkan di kawasan ini, dan air ini memenuhi sistem Sungai Siput daun juga Sungai Simpang Ampat.

Bagi pekan Masjid Tanah pula, imej satelit jelas menunjukkan Bukit Apit dan Bukit Samak telah ditanggalkan tumbuhannya, jadi kalau keadaannya sedemikian, bagaimanakah kawasan sekeliling Masjid Tanah dapat membantu kawasan rendah yang disaliri oleh Sungai Baru yang lau ditengah-tengah pekan tersebut.

Faltor ketiga yang juga perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa Melaka ialah satu proses fizikal yang berlaku secara asli yang dikenali sebagai hakisan dan mendapan. Apabila kawasan-kawasan bukit tadi ditangalkan tumbuhan mereka, maka iklim tropika lembab akan bertindak ganas dengan melakukan aktiviti hakisan, iaitu menanggalkan tanih dari tempat di mana mereka berada. Tanih yang dihakis ini kemudian diangkut melalui sistem saliran dan apabila sampai masanya dimendapkan. Pemendapan ini adalah satu proses utama dan isu utama bagi iklim tropika lembab.

Oleh kerana terlalu banyak kawasan yang menjadi tededah hasil daripada kegiatan antropogenik tadi, maka kadar hakisan dan mendapan juga meningkat dengan banyaknya. Sebab itulah Sungai Siput yang bermula dari Taboh Naning dan Alor Gajah menjadi cetek dan tidak mampu menampung luahan air yang banyak. Dengan itu kita akan saksikan kawasan-kawasan yang dilalui oleh sistem sungai ini, seperti kampung Cherana Puteh, kampung lanjut, Kg. Taboh, Simpang Ampat, Kg. Padang, Solok Ulu Panjang, Kg. Paya Dalam, Padang Kambing, Brisu, Kg. Lendu, Kg. Batu Alang, Kg. Sungai Siput, membawa kepada Kg. Pengkalan Paoh adalah tempat-tempat yang mudah dinaiki air sekiranya keadaan yang menghasilkan banjir berlaku.

Fakor keempat yang perlu juga diambil kira ialah climate change yang sedang berlaku sekarang. Hujan yang turun pada 30 April 2008 adalah merupakan hujan yang sangat lebat, dan dengan keadaan rupabumi Alor Gajah yang telah sedia berkeadaan sedemikian, maka banjir memang sukar dielak.

Oleh itu, projek empangan Sungai Jerneh tidak boleh dicanang sebagai satu usaha magis yang akan menghentikan banjir di Alor Gajah.