Friday, December 28, 2012

ANTRI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa sampai di kaunter imigresen lapangan terbang Jakarta, mereka berlari sambil mengatakan antri. Dulu aku tidak tahu apa maknanya, sekarang aku dah faham, mereka maksudkan beratur, atau queue. Semasa berada di Makkah, antara cabaran utama yang dihadapi ialah rata rata orang ramai tidak reti untuk beratur, mereka hanya reti untuk berebut rebut.

Aku kecewa bila seorang jamaah Malaysia pun yang berada di belakang aku semasa mengambil pakaian dari kedai dobi, turut meniru perangai tidak tahu antri, dah merengus bila ditegur.

Semasa bersekolah di MCKK, memang pelajar diajar dan dilentur supaya sentiasa beratur untuk pelbagai urusan, terutamanya untuk berkumpul dan bersolat jumaat di masjid bersebelahan.

Bila masuk belajar di Universiti Malaya tahun 1973, aku beranggapan pelajar pelajar universiti mestilah berdisiplin dan mengutamakan beratur. Tetapi bila aku perhatikan bas 238 Sri Jaya masuk ke dalam kampus dan berhenti di perhentian yang dikerumuni pelajar, belum lagi bas berhenti, penumpang yang terdiri rata rata kalangan pelajar berpusu pusu dan berebut rebut menaiki bas. Ada yang naik dari pintu depan, ada yang naik dari pintu belakang. Aku cuma perhatikan sahaja.

Kemudian aku diajak oleh Sohan Singh, seorang classmate Geography, untuk balik kampung menggunakan khidmat bas sambung sambung. Aku perhatikan dia menaiki bas melalui pintu belakang.

Satu hari aku pun balik kampung gunakan bas sambung sambung. Dari UM naik bas Sri Jaya 238 berhenti di Foch Avenue. Masa tu belum ada Pudu Raya. Cuma ada hentian Foh Hup sekitar Pudu Raya sekarang. Dari Foch Avenue berjalan kaki ke stesen Foh Hup. Bila bas sampai, Sohan Singh ajar serbu bas dari belakang, kalau tidak, tak dapat tempat duduk. Aku pun praktikkan ilmu Sohan Singh ni.

Sampai Seremban, hentian bas di sana hancing serta busuk dengan bau kencing dan taik yang menimbun. Di situ rebut lagi bas ke Tampin, melalui pintu belakang juga. Dari Tampin, rebut lagi tempat duduk untuk bas ke Melaka.

Bas dari bandar Melaka ke kampung aku barulah tidak berebut, dan tidak perlu antri, kerana penumpangnya tidak ramai.

Dua hari kemudian, untuk kembali semula ke UM, dari Tampin ke Seremban, rebut untuk dapat tempat duduk, dari seremban ke KL rebut lagi. Dari Foch Avenue ke kampus, barulah tidak perlu rebut.

Segala ilmu civic mindedness yang diasuh di MCKK hancai bila masuk universiti.

FATUL, ORG TAU LA.....


سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Orang tau la apa yg tersirat.


Thursday, December 27, 2012

MOTO SENSASI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba tiba enjin kereta tersenggut dan power semakin berkurang. Aku cuba tekan minyak, namun kereta tidak bertenaga, kemudian power hilang langsung, dan akhirnya enjin mati secara tiba tiba.  Aku dan Mat Jani keluar dari kereta, dan ku lihat enjin kereta berasap. Kereta aku tersadai.

Aku dalam perjalanan untuk ceramah STPM di Kuala Selangor dalam tahun 1984. Kereta itu tersangkut di Asam Kumbang, dan perlu di top overhaul.

Kira kira seminggu sebelum kejadian tersebut, almarhum ayahanda ku meminta RM 500.00 daripada aku. Katanya nak beli motosikal honda cup. Aku beritahu almarhum, aku tidak punya duit sebanyak itu pada ketika itu. Beliau diam sahaja.

Kereta Toyota Corolla aku yang rosak itu sudah siap. Total bill: RM 500.00

Tadi kata tak ada duit RM 500.00, sekarang boleh pula bayar RM 500.00

Ayahanda ku beli juga moto tersebut dari sumber wang yang aku tidak tahu dari mana, dan digunakan motor tersebut ke akhir hayatnya.


Kesesalan ku: mengapa aku tak beri RM 500.00 yang dimintanya?

Wednesday, December 26, 2012

ALI BUKIT KATIL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bukit Katil ada dua Ali.
Satu dah bertukar jadi masjid






Satu lagi menyorok atas katil di puncak bukit tu