Thursday, February 16, 2012

9 KALI JOHAN DUNIA DPT PHD KEHORMAT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terima sms daripada hj amir hamzah shafii mengatakan bahawa almarhum hj ismail hashim jadi johan tilawah alqur'an peringkat dunia sebanyak 8 kali. Terima kasih diucapkan kepada tuan haji kerana mungkin telah gugel untuk membetulkan fakta, kerana malam sebelumnya dalam usrah kami bincang bahawa almarhum itu johan sebanyak 7 kali.

Sayangnya almarhum tidak sampai hayatnya untuk menggondol johan 9 kali

Kau bayangkan, se antero dunia tidak dapat mengalahkan almarhum ini, dia masuk sahaja pertandingan, jadi johan. Tahun yang dia tidak masuk, maka orang lain baru ada peluang untuk jadi johan. Aku rasa kalau tilawah ini diadakan diperingkat inter galaksi pun, almarhum akan johan juga.

Begitulah cemerlang dan terbilangnya almarhum itu.

Dengan kepakaran yang sebegitu hebat, sehingga akhir hayatnya pun tidak ada universiti di Malaysia yang sodi menganugerahkan kepada almarhum ijazah kehormat. 

Dengan kepakaran dan bakat yang begitu melangit yang dianugerah Allah kepada almarhum, aku rasa bukan 1, tetapi sepatutnya beliau menerima tidak kurang 100 PhD kehormat.

Barulah kena pada tempatnya.

Janganlah beri ijazah kehormat kepada orang yang buat koleksi sanggul palsu

TERBAKAU DI PANTAI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Markos, kata ku kepada kawan ku yang nama sebenarnya Kassim, tetapi nama glamor dia adalah markos sempena presiden filipina pada ketika itu, kau tiup api, aku beritahu dia. Sebenarnya cerita ini sambung daripada cerita yang aku ceritakan pada tahun 2009 di sini.

Maka aku dan markos makan le ikan bakau yang paling sedap sekali di dunia. Tetapi cuti maulid yang lepas aku dan isteri berdua sahaja makan ikan bakau di Umbai.

Ikan siakap ternak yang tidak lagi semanis yang sepatutnya. Sementara menunggu ikan siap di bakau, aku jeling jeling kerusi meja tempat kami berada tu...
kerusinya berkeladak, alas meja berdaki hentah berapa generasi digunakan.
Pilihan ikan terhad, tetapi orang ramai datang, termasuklah aku laki bini. mau tak mau, tekak kembang ke tidak, ku kerabat juga.

Pernah si kasim bawa aku makan ikan bakau di punggur, tidak jauh dari umbai. Nak pergi ke gerai kena melalui tempat lembu lepak. Tahi lembu bersepah sepah.

Aku rasa bawah meja kami makan pada ketika itu ada tahi lembu kering. 

Nasib baik pergi makan waktu malam.









Monday, February 13, 2012

BERTUKAR BENTUK JADI SARAP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Ada seorang orang besau di tempat aku tinggal, kontrak sampah didapati secara cungkil gigi. Bila kontrak habis, nak sambung cara open tender ditentang. Maka syarikat lain dapat kontrak. Apa yang dibuatnya, ugut dan sabotaj syarikat yang dapat kontrak sehingga sampah di kawasan perumahan menjadi bersarap sarap.

Ada pula mat tempe hadiahkah penyapu untuk pbt sapu sampah. Akhirnya dia dan tempe tempenya masuk bakul sampah menjadi sarap.

Tidak lama lagi banyak lagi yang tak belajau lajau kesilapan terdahulu akan berlumba lumba masuk tong sampah.

Dan menjadi sarap