Friday, May 22, 2009

2 DARIPADA 3 HAKIM MASUK NERAKA

Assalamualaikum,

Hadis mengatakan 2 daripada 3 hakim masuk neraka.

Thursday, May 21, 2009

MANOHARAN WANTS BUMIPUTRA STATUS

Asalamualaikum,



SHAH ALAM, May 20 – Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader M. Manoharan today called for all those born in Malaysia after independence to be accorded Bumiputra status, saying that this would truly unite Malaysians and give 1Malaysia some meaning.

“I have a masterplan for Selangor. If we solve these three problems – Tamil schools, Hindu temples and graveyards or crematoriums – then we will have solved 90 per cent of Indian problems,” he said.

Wednesday, May 20, 2009

MB N SEMBILAN NI APA HAL?

Assalamualaikum

MB N Sembilan kata dua ADUN PKR nak meltak jawatan. Apa hal orang tua ni?

Media hari ini melaporkan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa Barisan Nasional (BN) negeri mempunyai maklumat ada wakil rakyat pembangkang merancang pelbagai alasan untuk meletak jawatan kerana sudah tidak berupaya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR yang disebut-sebut itu ialah ADUN Sikamat, Aminuddin Harun dan ADUN Ampangan, Rashid Latiff.


Tak tau ke ada ADUN NS yang sedang problem?

Tuesday, May 19, 2009

DUN PERAK BUBAR!

Assalamualaikum,


Semua petunjuk sekarang menuding kepada pembubaran DUN Perak. Ia mungkin dilakukan sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan mengenai rayuan Zambry bahawa dialah sebenar benar dan benarnya menteri besar Perak.

Samada keputusan rayuan tersebut menyebelahi Zambry atau pun tidak, apa yang jelas ialah DUN Perak akan dibubarkan. Kalau Zambry menang pun, BN akan mohon perkenan bubarkan DUN Perak.


Sebabnya? Sonang yo, pilihan yang ada pada UMNO/BN ialah tutup kedai daripada menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya bisnis dijalankan kerana ego dan kedegilan. Sekurang kurang ia dapat meminimakan kerugian.

Monday, May 18, 2009

LAHIRNYA MALAYSIAN MAKKAL SAKHTI PARTY

Assalamualaikum,

Melihat perubahan dalam citarasa rakyat Malaysia terutamanya daripada keturunan India yang selama ini sangat alergi dengan PAS, tetapi sekrang dengan senang hati menyokong PAS dan PR, maka UMNO/BN mencari cara untuk meneutralkan keadaan ini. Maka lahirlah Malaysian Makkal Sakhti Party.

Sekarang ini belum jelas ke mana kah arah condong parti baru ini, tetapi dengan kelajuan seperti pelesit ia diluluskan, maka telahan boleh dibuat ke arah mana ia akan condong nanti. Kita sama sama saksikan nanti kesan penubuhan parti ini kepada politik negara.

DILEMA UMNO/BN DI PERAK

Assalamualaikum,

Semakin hari semakin mengegar suara rakyat inginkan DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula di negeri tersebut. Tekanan terhadap istana semakin memuncak sekarang, samada datangnya dari rakyat marhaen, ngo, parti politik atau badan badan yang peka dengan perjalanan politik negara.Semua survey yang dilakukan oleh pelbagai pihak menunjukkan seluruh rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya semula diadakan.

UMNO/BN sekarang berada dalam dilema yang sangat besar. Dan mereka tidak punyai pilihan yang banyak. Kesan daripada pilihanraya Bukit Gantang menunjukkan bahawa UMNO sememang ditolak oleh rakyat, dan seperti yang dijangka oleh ramai pemerhati politik, sekiranya pilihanraya negeri Perak diadakn sekarang, maka UMNO/BN akan bungkus dan kaput.

Pilihan yang ada mungkin mereka akan sedia menggadaikan tiga ekor katak yang melompat tempoh hari, dan adakan tiga pilihanraya kecil DUN sahaja. Ini akan mengelakkan pilihanraya menyeluruh bagi Perak. Masalah bagi UMNO ialah, sekiranya tiga ini dikorbankan, maka mereka masih lagi mungkin tidak boleh menang, kerana meluapnya perasaan benci pengundi kepada ketiga tiga makhluk ini.

Ada juga pendapat dalam UMNO yang mengatakan mereka boleh menang di Changkat Jering dan Behrang memandangkan majoriti pengundi adalah orang Melayu, dan orang Melayu masih lagi menyokong UMNO di Perak. Tetapi mereka yang setuju dengan aliran pemikiran begini masih lagi tidak begitu yakin, kerana tiada apa apa jaminan yang orang Melayu dalam kedua dua DUN ini akan terus kekal menyokong UMNO walau apa pun onar dan cemar yang dilakukan oleh parti tersebut.

Satu lagi dilema UMNO ialah sekiranya pilihanraya diadakan, sama untuk 3 DUN sahaja atau keseluruhan Perak, di manakah hendak diletakkan yang tiga ini. Dua daripada mereka telah dipalit dengan tuduhan rasuah, yang menjadikan sebab besar mereka ini perlu diketepikan daripada senarai calon. Lebih besar lagi ialah sekiranya mereka diletakkan bertanding di mana mana DUN sekali pun, kemarahan rakyat yang amat sangat akan menghamput mereka. jadi, dalam apa suasana sekali pun, sekiranya berlaku pilihanraya di Perak ketiga tiga ini pasti diketepikan.

Ini juga menggusarkan UMNO/BN, sebab, kerana hotak mereka telah sentiasa kotor dan bolor, mereka sentiasa memandang, kalau kalau ada lagi yang nak lompat ke parti mereka. Sekiranya yang telah lompat ini diketepikan, maka siapalah nanti yang terliur untuk lompat ke dalam UMNO/BN kerana nasib yang tiga ini pasti akan jadi pengukur penting.

Jadi, satu satunya cara untuk UMNO/BN kekal sebagai perampas kuasa rakyat ialah dengan mengadakan undi tidak percaya. langkah pertama ialah mahkamah kena isytihar Zambry menteri besar sah dan benar dan ori. Bila itu terjadi, yang lain akan menjadi mudah.

Atau dengan melanggar undang undang dan perlembagaan, buat sidang tergempar.

Perhatikan perkembangan dalam minggu ini.

MINGGU INI AKAN MENYAKSI BN MENDERA ATAU MESRA

Assalamualaikum,

Diingatkan sekali lagi bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan bagi memulihkan demokrasi dan perjalanan undang undang serta perlembagaan di negeri tersebut.

Minggu ini akan menyaksikan sama BN mendahulukan rakyat atau mendahulukan tembolok mereka yang pelahap. Adakah slogan wan malaysia, rakyat didahulu dan prestasi diutama dihayati oleh mereka atau itu sebagai satu smoke screen untuk mengabui mata rakyat.

Beberapa peristiwa minggu lepas sepatutnya menunjukkan kepada kita bahawa BN sedang merancang sesuatu, dan kelihatan semua instrumen negara berkomplot menjayakan rancangan mendera rakyat ini.

Kita hairan dan tertanya tanya bagaimana permohonan Zambry untuk stay of execution keputusan mahkamah tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah diproses dalam masa 3 jam dan keputusan dibuat oleh seorang sahaja hakim, dan hakim tersebut tidak pun memberi apa apa penerangan bagaimana ia mencapai keputusan tersebut.

Kita juga tercari cari apa yang tersirat apabila permohonan rayuan Nizar untuk membatalkan penghakiman stay of execution telah ditunda daripada 18/5/2009 kepada 21/5/2009.

Juga kenapa Zambry menjadi minyak emas yang ditatang oleh semua instrumen negara. Adakah instrumen tersebut bekerja dan dibayar gaji oleh BN atau bekerja untuk negara dan dibayar gaji oleh perbendaharaan negara?

Apabila Nizar diisytihar MB sah, maka, walau pun dengan kebenaran mahkamah, sesiapa sahaja yang berlakon sebagai MB Perak tetap bernilai tidak sah.

Adakah semua instrumen negara sengaja melanggar undang undang?

Atau mereka telah lemas dalam kekusutan ini sehingga tidak lagi mampu membeza antara nasi dengan tahi?

Sehingga dengan pelahap membaham tahi?

Sunday, May 17, 2009

UTHAYAKUMAR BAYAR NAZAR

Assalamualaikum,


Setetlah dibebaskan daripada tahanan ISA, pemimpin Hindraf Uthayakumar membayar nazarnya dengan mencukur rambut dan janggut yang telah sengaja dibiar tumbuh panjang tidak terurus semasa dalam tahanan.

Selepas rambut dan janggutnya dihanyutkan air sungai yang mengalir berhampiran Batu Caves, beliau dan penyokongnya bersembahyang di kuil di sana.

Aku botak bila selesai bertahallul.

PM RAKYAT DIKEJAR 3 HANTU

Assalamualaikum,


Tidak ada perdana menteri malaysia yang menghadapi paling sukar suasana semasa memegang tampuk pemerintahan selain daripada Najib. Mungkin ini tidak dijangka oleh beliau terlebih dahulu, namun adalah bijak bagi beliau mengi'tiraf keadaan ini sekarang.

Najib yang baru sahaja menobatkan dirinya sebagi perdana menteri rakyat sebenarnya dalam keadaan tersepit yang amat sangat, kerana ia dihambat oleh hantu. Bukan seekor hantu yang menghambat beliau, tetapi 3 ekor.

Hantu pertama. Hantu ini namanya hantu mongolia. Atau hantu genghiz khan. Setakat ini Najib boleh mengelak ngelak lagi, tetapi sekiranya hantu ini pergi buat pengaduan di mahkamah antarabangsa, maka ia akan meletup bertaraf antarabangsa.

Hantu kedua. Hantu ini namanya hantu suasa. Pada mulanya hantu ini bernama hantu perak. Tetapi oleh kerana ika telah menglami susut nilai, ia cuma hantu suasa sahaja. Hantu initelah menyebabkan najib tercebur dalam satu quicksand yang sukar baginya untuk timbul dan keluar daripadanya.

Hantu ketiga. Nama hantu ini ialah hantu beruk. Hantu ini adalah seekor beruk yang bergayut dibelakang najib dan sentiasa mengarah ngarah akan segala sesuatu yang Najib hendak lakukan. Kalau tidak ikut apa kehendak hantu beruk ini, maka Najib akan dikokang belakangnya. Masalahnya hantu ini bertaraf tun.

Macam mana kau nak capai wan malaysia?