Friday, October 22, 2010
IT IS OPPORTUNE TO VISIT IBRAHIM ALI
I think now it is very opportune for people like Lim Kit Siang, Teresa Kok, Amoi Neo, Elizabeth wong, and the rest of the crew to pay a visit to Pak Him.
KERANA KEBULOQ, DIGAGAHI
Bila lihat mee bandung, menyelerakan. Bila lihat keadaan sekeliling gerai, memualkan.
Tapi sebab dah kebuloq, ku tokak juga.
DIPERDUNGU DAN KENA TIPU
Thursday, October 21, 2010
HARIMAU TERBANG DI S'PURA
MAKCIK MAKCIK UMNO TOLAK KETUANAN
Wednesday, October 20, 2010
BAGUS! ITU TANDA SISWA MATENG
Kalau ada mana mana siswa/siswi mana mana IPT mengambil bahagian dalam perhimpunan UMNO, atau apa jua aktiviti yang dikaitkan dengan UMNO, itu bagus namanya.
Itulah petanda pelajar kita matang
Itulah tanda pelajar kita berterima kasih, dan reti mengenang budi
Yang tidak boleh ialah terlibat dengan pembangkang
PAHAM?
Tuesday, October 19, 2010
UKOQ
Paling akhir aku mengukoq baju di sebuah institusi ialah semasa di tingkatan enam rendah di MCKK. Entah di mana silapnya ada ke depa lantik aku sebagai salah seorang prefect. Jiwa anti establishment telah sedia ada, kalau jadi prefect kena bodek pula. Macam mana pun aku setuju untuk dibuatkan blazer warna maroon. Tukang jahitnya datang dari penang.
Tapi jiwa aku memang tidak senang apabila jadi prefect. Di awal tingkatan enam atas, aku resign daripada prefect. Guru yang incharge hal prefect namanya Mr. Norton. Orang Malaysia keturunan India kut. Kategori Brahmin agaknya. Masa aku jadi prefect Mr. Norton ni bukan main mesra dengan aku. Terutama bila aku mengiri dia buat inspection hari sabtu atau selepas lights out waktu malam.
Bila aku dah resign daripada prefect, ada sekali berselisih dengan Mr. Norton. Hello Mr. Norton, sapa ku. Dia palingkan muka tak mahu pandang muka aku. Kurang hajau punya cikgu. Tak hormat anak murid ke?
Tetiba semalam institusi di mana aku kerja sekarang buat juga ukoq baju.
Ia mengingatkan aku kepada Mr. Norton.
NAJIB TOWER? PANDAI LA KAU, KIT SIANG
Kit Siang label kan Menara Warisan yang nak dibina serrratuss 100 tingggkaaat berharga liiiimmma billlion tu sebagai Najib Tower.
Pandai la kau Kit Siang
MODEL EKONOMI M
Monday, October 18, 2010
TERKIAL TERANGKAN KENAPA TIADA BONUS
Kasihan apabila aku dengar si para DJ terkial kial menerangkan kenapa bajet tahun ini tidak beri bonus.
Itulah sebabnya, inilah sebabnya.
Mengapa perlu diterangkan lagi. Kan ke semua orang dah tahu....
Sebab tak beri bonus ialah tidak ada duit.
Kan kita dah tau, GLC ni rugi sekian bilion.
GLC tu rugi sekian bilion
Diamond (translate le) kena beri sekian jjjuuuta
Cari duit untuk negara tak pandai
nak telingkupkan duit negara pandai