Friday, October 1, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....5

Assalamualaikum,

Poning kepala aku memikirkan medical si ROS gagal. Pergi hubungi FOMEMA di Seremban. Aku buat urusan fomema di Seremban sebab orang tidak ramai berurusan di situ dan ada doktor panel yang menyediakan khidmat x-ray. Dulu berurusan di Pusat Bandar Damansara. Serik aku.
Fomema Seramban suruh aku buat rayuan. Tetapi katanya, hanya doktor sahaja yang boleh buat rayuan. Doktor sudah buat error, patient tak sihat dibenarnya buat medical. Yang aku si majikan ini pun buat error, pekerja tidak sihat pun suruh buat medical.
Pergilah aku dudup dadap merafak ke Dr. Chen Man Hin. Dia kata dia akan buat rayuan.
Beberapa hari dia suruh si ROS datang sebab nak ambil urin test dia lagi. Aku bawa si Ros buat urin test. Bayau lagi.
Kau orang tau tak si Ros ni janda muda. Baru 24 tahun. Sama baya dengan anak perempuan aku yang paling junior.
Oleh kerana tidak ada news lepas tu, aku merafak lagi ke Fomema Seremban. Kali ini jumpa orang lain pula. Orang ini kata hal drug tidak boleh rayu. Lagilah buat hati aku susah.
Aku telefon pula Fomema Pusat di Pusat Bandar Damansara, bercakap dengan seorang namanya Aminah. Dia dengan gah dan sombong tak tentu fasal kata MOH (ministry of health) telah buat pekeliling perkara yang berkaitan dengan drug dan pregnancy tidak boleh rayu.
Aku tidak puas hati, pergi lagi dudup dadap ke Pusat Bandar Damansara, jumpa dengan si Aminah ini, dia cakap, kan saya dah kata, hal drug dan pregnancy MOH arah tidak boleh rayu.
Aku rayu macam mana pun dia tak layan.
Teringat pula seorang kawan bekas driver bas U Malaya. Menantu dia timbalan menteri kesihatan (kabinet yang lepas, kabinet sekarang aku tidak pasti jawatan si menantu ini). Dudup dadap aku merafak tempat driver bas U Malaya lepak, akhirnya dapat nombor hp kawan ini.
Syeikh, kataku masa telefon kawan ni, minta jasa baik guna anta punya kabel, ....ceritanya macam ni........ boleh tolong?
Habuk pun tarak.
.......akan sambung..... kalu ada foto si Ros nanti aku upload

THE ECONOMIST KATA UMNO AKAN KALAH PRU

Assalamualaikum,

The Economist meramalkan UMNO akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Baca di sini.
Bukan tu saja, kajian mereka juga mendapati ketidak stabilan yang berlaku sekarang adalah disebabkan UMNO mencuba dengan apa cara jua, halal bisa, haram pun bisa, untuk terus berkuasa.

Wednesday, September 29, 2010

SUSAHNYA NAK DAPAT LESEN TADIKA, TASKA

Assalamualaikum,

Lagi kita dikejutkan dengan musibah yang menimpa kanak kanak dalam jagaan TASKA. Dan dengan mudah pula dituding dengan mengatakan TASKA tu tak ada permit. TASKA ini tak ada permit.
Juga dikatakan yang pengasuh di taska ini tiada latihan. Pengasuh di taska itu tidak terlatih.
Kau orang tahu tak macam mana susahnya pengusaha TASKA dan TADIKA didera oleh pelbagai pihak berkuasa sekiranya pengusaha memohon lesen TASKA atau TADIKA?
Kalau nak mohon lesen, kena jumpa pihak berkuasa tempatan. Kena jumpa Jabatan kerajaan yang berkenaan. kena jumpa bomba. Kena jumpa dan dapat kelulusan pihak itu. kena jumpa dan dapat kelulusan pihak ini.
Aku dah 20 tahun menguruskan hal ini, naik muak dengan kerenah pelbagai pihak ini.
Kalau nak minta lesen taska misalnya, mula mula kena ambil borang di Jabatan kebajikan Masyarakat. Kau ingat senang ke nak jumpa pegawai (konon pegawai, tapi kerani cabok je). Bila pergi dia cuti. Pergi lagi dia kursus. Bila telefon tak ada yang jawab. Bila ulang dan ulang, baru dapat borang.
Lepas tu isi borang. Pergi jumpa bomba pula. Pernah permohonan aku setahun borang dah masuk, bomba tak buat apa apa pun. Bila bomba datang tengok, dia suruh buat emergency escape route. Lepas tu dia datang tengok lagi. Mau makan 2 tahun lagi.
Panggil tukang. Buat apa yang dia orang suruh. Bila siap, bomba kata ini tak kena. Itu tak kena. Bila buat muka tempeh, barulah dia keluarkan surat kelulusan bomba.
Bawa surat tu ke PBT. tunggulah lagi 5, 6 bulan. Baru keluar surat jawapan. Kemudian PBT suruh buat pelan itu dan pelan ini. Peta itu dan peta ini. Buat kertas kerja. Buat bajet dan macam macam lagi.
Lepas tu baru PBT beri kelulusan. kemudian berurus lagi dengan Jabatan kerajaan yang berkenaan. Bila PBT bagi lulus, kalau nasib kurang baik, lulus bulan Oktober, lesen mati bulan Disember.
Bila nak hidupkan lesen, itu satu deraan lagi. Tak boleh ke guna MyEg bila nak renew lesen?
kau tau, kalau nak hidupkan atau renew lesen TASKA , serupa dengan lesen memandu kereta kita mati, lepas tu kena masuk driving school semula dan ambil test lagi. Kalau nasib baik dapatlah lesen kau diluluskan. Begitulah kena dera bila nak hidupkan lesen TASKA. Untuk hidupkan lesen, kena sediakan semula perkara yang dibuat semasa mohon kali pertama. Silap sikit, reject.
Dulu adalah pengusaha TASKA dan TADIKA buat pertemuan dengan Shahrizat, hasil pertemuan tersebut, menteri itu pada ketika itu berjanji untuk mempermudahkan proses mendapat lesen TASKA dan TADIKA. Tapi habok pun tarak.
Sebab itu, kalau anda lihat TASKA atau TADIKA, saya jangka daripada 10, rasanya 9 beroperasi tanpa lesen. Sebab, kalau nak tunggu dapat lesen, budak budak yang nak ke TASKA atau TADIKA tu nanti dah masuk universiti, lesen masih belum dikeluarkan lagi.
Bila berlaku insiden yang menyayukan, salahkan TASKA.
Pihak berkuasa berlepas tangan.

Tuesday, September 28, 2010

BERBUIH MULUT NAJIB

Assalamualaikum,

Berbuih dah mulut PM terangkan apa itu 1Malaysia, tetapi nampaknya bukan rakyat semakin paham, malah semakin tidak paham. Macam sorang menteri tu. Kau bacalah tulisan menteri ni, memang dia tak paham sedangkan tok ketuanya dah berbuih mulut bagi terang.
Nampak betul dia tak baca konsep 1malaysia tu betul betul. memang 1Malaysia maukan rakyat berfikir sebagai orang Malaysia dulu, lepas tu baru diambil kira etnik masing masing. Bukan aku atau Kit Siang pandai pandai cakap, tapi itulah roh 1Malaysia yang telah tertulis dalam konsepnya.
Dikatanya pula kalau istihar Malaysian dulu, kemudian baru kumpulan etnik, melanggar perlembagaan. Apa ni pak menteri!

TERINGAT NASAIE

Assalamualaikum,

Pada pertengahan tahun tahun 1980an saya ada seorang kawan bernama Nasaie. Si kawan ini menceritakan kepada saya sebaik sahaja ia keluar daripada kursus yang dianjurkan oleh BTN, dia memandang orang Cina di Malaysia dengan pandangan yang sangat benci. Mau saja dihantamnya orang Cina yang ditemuinya.
Semasa zaman Mahathir kenapa kau sokong puak tu?
Sekarang puak yang dulu kau sokong gigit tangan kamu

Monday, September 27, 2010

MENDOAKAN ROH ADUN GALAS

Assalamualaikum,

Almarhum ADUN GALAS diberitakan telh kembali ke rahmatullah. Didoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang baik di sini Allah.
Al Fatihah!

MEDOAKAN ADUN GALAS SEGERA SEMBUH

Assalamualaikum,

Saya mendoakan kepada Allah Subhana wa Taalah agar ADUN GALAS, Che Hashim Sulaima agar segera sembuh daripada penyakit yang menimpa beliau.

Doa anda juga dipohon

Sunday, September 26, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....4

Assalamualaikum,

Janurai 2010, Apabila isteri discharge daripada sebuah hospital swasta di sebuah negeri utara Semenanjung, dia dibekalkan dengan satu botol ubat batuk yang tidak habis dimakan semasa dalam hospital.
Ubat batuk ini sangat berkesan. Isteri saya batuk mungkin jangkitan daripada berada di Tanah Suci semasa mengerjakan haji. Bila makan ubat batuk ini, cepat sembuh.
Maka si isteri ini pun rekomen ke sana rekomen ke sini mengenai ubat batuk ini. Semua ahli keluarga yang batuk, maka ubat batuk hospital ini, baik belaka semuanya.
April 2010. Faris, cucu,batuk. Tetapi kerana ia baby, tidak diberi ubat batuk yang ini, cukup dengan ubat batuk dari padeatrician dia.
Oleh kerana si ROS, seorang pembantu rumah tenaga kerja Indon (TKI) menjaga si Faris, dia pun dijangkiti batuk juga.
Maka sang isteri pun rekomen kepada ROS. ROS kau makan ubat batuk ibuk ni.
Si ROS pun makan, tetapi sebab batuknya kuat, sehari makan belum sembuh lagi. Pada masa yang sama, pemeriksaan medical tahunan si ROS telah sampai masanya, walaupun ada 2 bulan lagi sebelum permitnya mati.
Jadi, seperti yang saya telah jadualkan, saya bawa dia untuk pergi medikal di Seremban. Dr. Chen Man Hin. Si ROS pula oleh kerana nak medikal, pagi tu sebelum pergi dia tonggang lagi ubat batuk tu.
Dua minggu selepas medikal tu, keluar keputusannya. Klinik Chan Man Hin telefon.
ROS gagal medikal.
Dalam urine ada dadah.
Morphine.

NAZI BUNUH YAHUDI

Assalamualaikum,

Kalau anda tanya pelbagai pihak, hal pembunuhan perang dunia II, orang akan beri jawapan yang tepat dan spesifik, bahawa yang bunuh yahudi adalah Nazi. Ulang sekali lagi. Yang bunuh yahudi ialah NAZI.
Bukan orang German.
Kalau ada mamat nyanyuk kata Melayu hilang kuasa kalau PR perintah, ia adalah kata kata orang nyanyuk.
Yang hilang kuasa UMNO
Ulang sekali lagi. Yang hilang kuasa UMNO

MENELANJANGKAN: SATU LAGI MAKANAN NASIONALISME

Assalamualaikum,

Ada satu mamat. Dulu mamat ni menteri besau selangor. Kasihan si mamat ni diaib dan ditelanjangkan sebelum dipaksa turun tahta daripada menteri besau. Siap dengan konon skandalnya didedahkan di Java Post, Indon.
Java Post? apa ke jadah gunakan akhbar luar negara? Dalam penelanjangan tersebut si mamat ni dikatakan punyai anak haram jadah, siap diberikan nombor pendaftaran surat beranak anak tersebut.
Kau fikir kalau kau atau aku mampu ke buat kerja macam ni? gugur bintang di langit pun tidak mampu, tetapi puak puak nasionalis ini itulah kerja mereka. mengaibkan orang. mengaibkan lawan. memfitnah.
Contoh terkini kau baca kat sini.