Saturday, April 26, 2008

SIARAN LANGSUNG PERSIDANGAN PARLIMEN

Menteri penerangan yang baru memberi tahu bahawa kos menyiarkan persidangan parlimen secara langsung ialah RM 1 juta sejam. Ini bermakna kos penyiaran tersebut ialah RM 16,666.66 seminit. Nampaknya dari nada pernyataan menteri tersebut, beliau ingin menyatakan betapa mahalnya harga yang perlu dibayar oleh perbendaharaan negara kepada satu aktiviti yang sepatutnya dilihat sebagai penting bagi negara, tetapi nada menteri tersebut membawa kepada suasasan seolah ia adalah satu pembaziran. Mungkin ini adalah kerana kalau sekiranya sungguh ada siaran langsung perbahasan di parlimen nanti, maka mau tidak mau siaran tersebut terpaksa menyiarkan perbahasan yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat, dan dengan ini akan memberikan mereka kepada liputan media, sedangkan amalan Barisan Nasional ialah mendiskriminasi semua pembangkang dalam semua aspek, paling utama ialah pendedahan kepada media utama.
Apa perlu diketahui oleh Barisan Nasional, pemimpin dan penyokong mereka ialah perbahasan di parlimen ada kepentingan negara, dan ia sememangnya patut disiarkan secara langsung oleh peralatan penyiaran negara dan segala perbelanjaannya sememang patut ditanggung oleh perbendaharaan negara. Soal berapa harganya tidak perlu diheboh hebohkan kerana negara sememangnya mampu untuk menyediakan peruntukan.
Ia berbeza dengan perhimpunan agung UMNO. Perhimpunan tersebut adalah perhimpunan sebuah parti politik, dan sekiranya perhimpunan tersebut hendak mendapatkan liputan media yang disiarkan dalam sisitem penyiaran yang dipunyai oleh negara, maka parti tersebut hendaklah membayar harga penyiaran tersebut sekurang kurangnya pada harga seperti yang dinyatakan oleh menteri penerangan tersebut.
Sekiranya katakanlah sejak tahun 1980 perhimpunan agung UMNO telah diberi liputan siaran langsung oleh alat media kepunyaan negara, dan setiap perhimpunan tersebut diberi 4 jam liputan, maka jumlah jam liputan sehingga 2007 ialah 28 tahun dharab 4 bersamaan 112. Pada harga RM 1 juta satu jam, maka UMNO perlu membayar kepada perbendaharaan negara sebanyak RM112 juta untuk harga penyiaran perhimpunan agung mereka.

Thursday, April 24, 2008

PTPTN Mengikut Syara'?

Bagi anda yang ada anak yang belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi, bantuan PTPTN rasanya perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan pelajaran tersebut. Ini adalah kerana sistem biasiswa atau pun dermasiswa tidak lagi diwujudkan dalam banyak keadaan, dan seorang pelajar average akan memerlukan pinjaman ini untuk membiayai kos pelajarannya.
Baru-baru ini ada menteri yang membuat komen bagi menyoal samada PTPTN ini selari dengan syarak' atau pun tidak, kerana pelajar yang meminjam diperlukan membayar semula pinjaman tersebut dengan ditambah satu jumlah lagi lebih daripada jumlah yang dipinjam. Tambahan ini disebut sebagai service charge. Soal yang timbul adakah ini riba'?
Jawapan kepada soalan ini sepatutnya diberikan oleh Majlis Fatwa Negara, akan sebarang bentuk kekeliruan yang timbul dapat dipadamkan dengan muktamad. Sekiranya fatwa mengenainya dibuat, maka pelajar dan ibubapa tidak akan berasa waswas samada mereka dijerumuskan oleh kerajaan ke dalam kancah riba' disebabkan pinjaman ini.
Riba' secara asasnya ialah apabila kita meminjam sesuatu dan pinjaman tersebut dibayar dengan benda yang sama dan pada masa bayaran yang telah ditetapkan jumlah tambahan dikenakan terhadap pinjaman tersebut.
Walau apa terminologi yang digunakan pun, riba' akan tetap riba'. Adakah kita sanggup menjerumuskan generasi muda Islam ke dalam kancah ini disebabkan kita tidak menyediakan mekanisma pinjaman yang diselaraskan dengan syara'? Oleh itu pihak yang berautoriti paling tinggi dalam masalah hukum Islam perlulah tampil untuk menyelesaikan keresahan orang ramai.

Wednesday, April 23, 2008

DEB DAN HOVERKRAF TERBANG

Sebaik sahaja selesai beberapa kekusutan politik negara berkaitan dengan Pilihan raya ke 12 (PRU12), ada diantara rakyat Malaysia yang berdemonstrasi mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan kononnya menjadi tulang belakang untuk melonjakkan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Mereka yang menunjuk perasaan ini beranggapan bahawa dengan jatuhnya Pulau Pinang ke tangan DAP dengan dengan pengisytiharan cara tender terbuka untuk mendapatkan projek kerajaan negeri Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, maka DEB telah dikhianati dan dengan itu orang Melayu juga telah dikhianati.
Sebenarnya apa berlaku ialah DEB dijadikan satu tirai atau smoke screen untuk berselindung bagi mengaut kekayaan negara untuk beberapa individu yang berkait rapat dengan UMNO sahaja. Oleh kerana mereka orang Melayu, maka dikatakanlah bahawa dasar tersebut adalah untuk kepentingan Melayu, dan sekiranya dasar ini dihapuskan, maka kepentingan Melayu juga akan juga terhakis dan dengan itu juga ketuanan Melayu akan terlepas.
Selama ini, apabila mereka menguasai pemerintahan, dasar ini digunakan untuk mengagihkan kekayaan negara kepada beberapa kerat kelompok di kalangan mereka sendiri. Caranya ialah dengan menyediakan projek yang biayanya disediakan oleh negara. Kebanyakan projek ini bersifat construction. Maka projek construction ini akan diagihkan tanpa tender kepada mereka yang menjadi kerabat pada harga yang inflated. Mereka yang mendapat tender ini tidak semestinya mempunyi syarikat construction, apa yang diperlukan ialah samada letter of approval, atau letter of order atau letter of intent sahaja. Dengan surat-surat ini, mereka yang dapat tender ini boleh melantik contractor lain untuk menjalankan projek pada harga lebih rendah, dan mereka akan dapat habuan dari perbezaan harga tender dengan harga sub-contract. Dengan itu mereka menjadi kaya, dan DEB adalah maha penting dalam modus operandi ini.
Yang rugi ialah pertama: negara, kerana perlu mengeluarkan kos projek yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar. Pihak kedua yang rugi ialah orang Melayu sendiri yang tidak terlibat dengan kegelojohan ini. Mereka rugi kerana projek-projek ini tidak menghasilkan spin off effect dan tidak mendatang nilai value added. Sebuah bangunan yang didirikan akan menggunakan wang negara dan kemudian tidak boleh menjana kewangan baru, malah memerlukan suntikan dana pula untuk pelbagai tujuan, contohnya untuk tujuan selenggaraan.
Ini berbeza kalau wang tersebut digunakan untuk membina kilang, atau dilabur dalam bidang research & development. Disini, perbelanjaan awal akan menghasilkan peluang pekerjaan, dan akan menghasilkan pendapatan yang berterusan yang akhirnya boleh membayar semula keseluruhan kos yang telah dilaburkan. Kalau DEB digunakan untuk memajukan bidang ekonomi yang membawa pulang ekonomi, seperti penciptaan dan pembinaan hoverkraf terbang oleh Gig Technology Holdings Sdn Bhd, ini akan membawa masuk pendapatan kepada negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Bayangkan kalau Malaysia mempunyai beribu ribu syarikat yang beroperasi seperti syarikat ini dalam menghasilkan barangan baru yang dipasarkan keseluruh dunia, maka kesan spin off nya akan begitu besar sehingga boleh menjadikan Malaysia gergasi ekonomi dunia.
Tetapi mereka yang heboh dengan DEB ini hanya ingin dapat projek buat parit, potong rumput dan projek yang setaraf dengannya dengan cara makan percentage.

Tuesday, April 22, 2008

LARIAN OBOR

Larian obor olimpik akhirnya melalui Kuala Lumpur. Apa yang perlu kita ingat ialah larian tersebut memuliakan api, yang menjadi lambang kebesaran ugama orang Greek pada masa olimpik dimulakan. Juga perlu kita ingat bahawa larian obor itu bukan setakat semangat kesukanannya yang diambil kira, tetapi akar umbi larian tersebut juga perlu diberi penekanan. Ia berakar umbi dalam kepercayaan ugama yang memuliakan api.
Apabila kita membuat larian obor, maka dengan sendirinya kita memuliakan api tersebut sebagai barang sembahan yang dimuliakan, iaitu dengan menghidupkan semula tradisi keagamaan greek . Dengan itu kalau orang greek dulu dan sekarang memulia dan menyembah api, dan kita sama tumpang sekaki untuk memberikan penghormatan tersebut, maka samalah keadaannya seperti kita juga menyembah api. Kalau semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. api yangt dimuliakan Majusi padam, maka sekarang kita membawa api yang dimulia dan disembah oleh pelbagai pihak kuffar atas nama semangat kesukanan.
Saya rasa sudah berbuih ulamak di Malaysia berusaha cuba menyelamatkan umat Islam di Malaysia daaripada diperdaya oleh perbuatan syirik, namun itulah perkara yang diminati oleh ramai orang Islam. Kalau ulamak Malaysia memfatwakan bertafakur di hadapan tugu negara itu syirik, maka sedikit sekali orang yang ingin mengakurkan diri dengan fatwa tersebut. Kalau ada ulamak yang memfatwakan haram menyimpan berhala, maka ramai orang yang dengan bangga menyimpan patung yang akhirnya jadi berhala di pelbagai tempat. Walau apa pun, sekiranya pemerintah itu bukan peka dalam usaha menjaga aqidah masyarakat Islam, maka perkara-perkara kurafat seperti sememangnya disuburkan.
Tidakkah mereka faham bahawa api yang dioborkan dan dimuliakan dan dilarisambungkan itulah yang akan membakar mereka di akhirat kelak?

Monday, April 21, 2008

PENGHASILAN BERAS NEGARA SEMASA KRISIS MAKANAN

Ada pihak yang mencadangkan agar penanaman padi di negara ini diusaha sebanyak lima kali dalam masa 2 tahun. Ini adalah satu cadangan yang baik, malah telah pun dilaksanakan dalam skim penanaman padi di kawasan Penanaman Muda di Kedah. Walau apa pun, semua pihak sekarang ini telah menyedarai bahawa industri tani yang menghasilkan makanan adalah satu industri yang sangat penting bagi penduduk dunia.
Bagi kita di Malaysia, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan industri penghasilan beras ini, namun negara kita masih lagi belum boleh mencapai tahap self sufficient dalam bidang ini. Dengan itu kita masih lagi mengimpot sebahagian daripada keperluan kita dari negara luar.
Soalanya mengapakah setelah sekian lama kita berusaha untuk mencapai status self sufficient dalam penghasilan beras ini masih lagi kita mampun mencapainya. Menteri yang menerajui kementerian yang bertanggung jawab silih berganti, namun kita masih lagi berada di tahap lama. ini jelas menunjukkan selama 50 tahun kita sebenarnya tidak mempunyai satu wawasan yang jelas mengenai dasar penghasilan sumber makanan yang penting ini.
Kita malu misalnya untuk mengakui bagaimanakah USA, sebuah negara yang bukan menjadikan beras sebagai makanan asas bagi rakyatnya boleh menjadi pengekspot beras yang penting di dunia, sedangkan negara kita yang memerlukan beras setiap hari, tidak mampu untuk mencapai keadaan tersebut.
Dalam keadaan sekarang, disebabkan oleh pelbagai faktor, bahan asas makanan menjadi semakin mahal dan sukar didapati. Ini telah mula dirasai oleh beberapa negara di dunia. Apakah keadaan tidak mungkin merebak ke negara kita?
Padi Huma
Salah satu daripada variety padi yang terdapat di negara kita ialah padi huma atau padi bukit. Padi dari jenis ini boleh ditanam lereng-lerang bukit dan tidak memerlukan tanah rata yang sentiasa diairi untuk membolehkannya hidup. Jenis padi ini telah lama diusahakan oleh masyarakat bumiputra di Sabah dan juga di Sarawak, juga turut disahakan oleh masyarakat Orangt Asli di Semenanjung Malaysia.
Sekiranya padi jenis ini ditanam secara komersial dan secara besar besaran, ia mampu untuk menambahkan lagi jumlah penghasilan yang keluarkan oleh negara. Sekiranya semua kawasan yang sekarang ini tidak diusahakan dengan apa-apa tanaman, iaitu kawasan belukar dan semak samun yang tidak mendatangkan sebarang hasil kepada negara ditukarkan kepada kawasan penanaman padi jenis ini, sudah tentu penghasilan beras negara boleh meningkat, dan dengan itu negara kita boleh berada di kedudukan yang paling bersedia untuk menghadapi masalah kenaikan haraga makanan dunia.
Cuma adakah kita benar-benar mau membuat persedian untuk menghadapi masalah makanan yang semakin meruncing ini?