Friday, September 16, 2011

TEKNIK CANGGIH BELAH RAMBUT DITEMUI DI M'SIA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Prof. Clive Kessler, seorang profesor emeritus di bidang sosiologi dan antropologi daripada univ New South Wales, Sydney, Aultralia membuat ulasan mengenai satu teknik membelah rambut yang sangat canggih yang ditemui oleh seorang profesor di Malaysia.

Sebenarnya clive, bukan oleh seorang profesor, tetapi dua orang profesor, seorang bertaraf emeritus sama seperti awak clive. Teknik canggih ini berpaksi kepada perkataan daulat yang sering menjadi sebutan orang Melayu sekiranya dikaitkan dengan ketuanan, kesultanan dan kerajaan.

Selalu diperkatakan kerajaan berdaulat, atau bila berhadapan dengan paduka sultan, perkataan yang dihamburkan ialah daulat tuanku. Apakah itu daulat? Hal ini sudah dibincangkan sebelum ini di sini. Daulat ialah kuasa pemutus, dan tidak ada kuasa pemutus yang lebih tinggi lagi daripada seseorang atau sebuah negara yang berdaulat. Istilah politik dikenali sebagai sovereign.

Apabila Sultan Abdullah menanda tangani perjanjian Pangkor, baginda telah menyerahkan daulat kepada British. Sebab itu beliau perlu menerima nasihat, tetapi dalam erti sebenar arahan resident, dan bukan sahaja menerima arahan, tetapi bertindak mengikut arahan tersebut. Bila daulat diserah atau bertukar tangan, maka negara, atau pemerintahan tersebut telah dijajah.

Jajah tidak perlu dilakukan berserta takluk. Sebab itu hotak manusia boleh dijajah. Jadi bila daulat diserah dengan menanda tangani perjanjian Pangkor, maka negara telah terjajah. Tetapi tidak ditakluk.

Sebab itu apabila berlaku peristiwa Pasir Salak di mana JWW Birch dibunuh, sultan yang telah dicabut daulatnya ini dibuang negeri ke Seycelles. Mana muka nak letak kalau mengaku negara tidak dijajah tetapi sultan dibuang negeri oleh kuasa asing?

Begitu jugaa kes seorang bekas Sultan Terengganu yang diturunkan takhta oleh British, iaitu Tengku Ali Ibni Almarhum Sulan Sulaiman. mengapa boleh berlaku, sebabnya ialah daulat sultan sudah dicabut, dan negara terjajah.

Tetapi dalam teknik canggih membelah rambut ini yang dihasilkan dengan jerih oleh pendeta malaysia, tercabutnya daulat tidak semesti negara terjajah, sama seperti tercabut uban sahaja.

Teknik canggih membelah rambut ini dikenali dengan pelbagai nama, Kadang kadang ia dikenali sebagai mangkuk ayun hair-splitting technique, atau cap ayam hair-splitting technique, atau hampeh hair-splitting technique, atau haprak hair-splitting technique atau pooraahh hair-splitting technique.

Wednesday, September 14, 2011

ITU AMOI SULAH KAWEN LA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته








Kau ingat lagi kan ada satu amoi buat ucapan dalam satu surau kemudian ditohmah beri tazkirah lepas solat tarawih dua ramadhan lepas. Yang tu, tu... YB Serdang.

Amoi ni dah kawen la.


Selamat pengantin baru Dr. Saw Chien + YB Teo Nie Ching

Lepas ni YB amoi bagi tazkirah dalam kelambu la,

tak yah gi surau. 

VETERAN SITC

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dua orang veteran Sultan Idris Training College, di Tanjong Malim. Di sebelah kiri ialah Hj. Muin bin Hj. Mohd Nor, 85 tahun. Sebelah kanan ialah Hj. Abdullah Bin Nordin 73 tahun.

Hj. Muin graduate daripada SITC tahun 1948, yang mana sepatutnya lebih awal lagi, tetapi disebabkan perang dunia ke 2, pengajian beliau telah tertangguh untuk beberapa tahun. Hj. Muin adalah seorang pelajar cemerlang yang namanya ada terpahat pada plaq di museum UPSI sekarang.

Hj. Abdullah graduate tahun 1958, pernah bekerja sebagai guru, dan menyambung pelajaran ke Universiti Malaya 1970-73, dan selepas itu memegang pelbagai jawatan yang berkaitan dengan pendidikan.

Hj. Abdullah adalah bekas murid kepada Hj. Muin. Setiap tahun Hj. Abdullah akan menghantar kad raya kepada cikgunya Hj. Muin, termasuk hari raya tahun ini. 

Hj. Muin adalah bapa mertua aku.

Gambar dirakamkan semalam semasa Hj. Abdullah berkunjung menziarahi gurunya sempana hari raya di rumah aku.

Tuesday, September 13, 2011

TAUFEK JUAL KANGKONG DAN KONGKANG

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Aku kenal PJ PAS negeri Sembilan YB Taufek. Pernah minum teh tarik dengan dia di sebuah gerai di Senawang. Bila aku terbaca berita dia buat press conference untuk lelong kangkong dan lelong kongkang, aku berlari mencari teks Sejarah tingkatan 5 anak aku.

Langsung buka ke muka surat 103, pada rajah faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada seksyen 4.2.1, salah satu faktor berbunyi:

UMNO tidak menuntut kemerdekaan

Lepas itu buka pula muka surat 104 perenggan ketiga:

British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union. Mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British.

Siapa pengarang buku teks ini?

Siapa lagi kalau tidak yang seiras flom

HAMIRDIN IMAM MASJID TG MALIM

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Subuh tadi aku masuk masjid Tanjong Malim seperti biasa. Sebelum tu aku habiskan mendengar azan subuh di radio ikim yang menperdengarkan azan Syeikh Ali ketua muazzin Masjidil Haram. Aku kira azan sudah dikumandangkan di masjid itu. Masuk sahaja aku lihat saf depan sekali hampir kosong, lalu aku ke situ dan solat sunat dua rakaat. Selesai solat, iqamah tidak dikumandangkan. Aku solat lagi dua rakaat.

Selesai solat, aku menungu iqamah, tetapi tiba tiba bilal yang telah menjadi kawan aku menghampiri aku dan memberi salam. Bilal ini aku pun tidak hafal lagi namanya, tetapi kalau dia jadi bilal waktu zohor, sebelum qamat beliau akan memberi peringatan siapa siapa yang ada henfon sila matikan diulang siapa siapa yang ada henfon sila matikan.

Dalam 2010 semasa beliau sudah hampir ke Makkah mengerjakan haji, aku dan dia berdoa untuk dia. Dia menangis dan aku pun menangis sama sama. 

Dia kata pada aku minta jadi imam, aku fahamlah, ini imam bertugas tidak datang ni. Aku jawab boleh la. Maka jadilah hamirdin imam masjid Tanjong Malim. Nasib baik pihak berkuasa agama tidak minta tauliah.

Aku sentiasa memahirkan surah surah yang aku kira aku jadikan spare sekiranya diangkat jadi imam secara mengejut seperti pagi ini. Pagi ini aku bawa surah AsSaf.

Setengah penghujung.

Hiasan. Suasa dalam masjid Tg. Malim selepas solat zohor

Monday, September 12, 2011

JADIKAN GEOGRAFI WAJIB DI SEKOLAH

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jadikan geografi wajib di sekolah. Siapa punya bangang jadikan matapelajaran sejarah wajib di sekolah? Sekarang terbukti semua mereka yang masuk sistem sekolah Malaysia kena tipu selama 50 tahun bila belajar sejarah.

Aku menunggu pihak pihak yang berkenaan di saman oleh rakyat Malaysia yang masuk sistem persekolahan Malaysia selama ini bila diajar sejarah salah.

Kata tok tok pendita termasuk tok tok ulul amri Malaysia tak pernah kena jajah lah.

Yang kau sibuk berjuang minta kemerdekaan dulu apa pasal?