Saturday, August 9, 2008

JALUR GEMILANG DI TEMPAT DUDUK BELAKANG

Assalamualaikum,
Sekarang sudah pun masuk trimester pertama bulan Ogos. Kita sama sama tahu bulan Ogos adalah bulan Malaysia menyambut kemerdekaannya. Pada tahun tahun yang lepas, pihak pemerintah berhempas pulas mempromosi sambutan menyambut kemerdekaan dengan pelbagai pendekatan. Yang laing jelas ialah semua media kepunyaan negara akan dikerah untuk menjadikan sambutan tersebut sesuatu yang paling gamat diwarwarkan. Kita saksikan kenderaan mengibarkan jalur Gemilang seawal 1 Ogos dan berterusan sepanjang bulan Ogos.
Tetapi kegemparan sambutan merdeka pada tahun ini muram sekali. Saya hanya dapat melihat sebuah sahaja kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang. Sambutan ulangtahun kali ini pun tidak digahkan segalak yang mungkin. Nafas sambutannya nampak kelelahan. Keghairahan menantinya nampak semacam kematian pucuk. Kegirangan nampak seperti murungan. Kenapa ni?
Adakah kerana liwat 2 dan Saipol? Adakah kerana digerhanakan oleh Permatang Pauh? Atau Genghis Khan yang bengis berkuda ganas mengamuk dari Mongolia?

Friday, August 8, 2008

ANTARA 'AIB DAN MALU

Assalamualaikum,
Tujuan utama liwat1 dan liwat 2 adalah untuk mengaibkan DSAI dan menghalang beliau daripada maju dalam bidang politik. Tetapi dalam kedua dua percubaan, DSAI tidak berjaya diaibkan, malah yang merasa malu ialah orang UMNO sendiri. Saya masih ingat dalam kegawatan episod liwat 1 dalam tahun 1999, dan semasa jentera PAS sedang rancak berkempen untuk menghadapi pilihanraya 10, kami di Bandar Baru Bangi Selangor sering berhadapan dengan tentangan dari puak yang totok dalam UMNO di sana. Tetapi liwat 1 telah menyebabkan ahli ahli UMNO di sana merasa malu yang sangat besar, sehingga mereka mengghaibkan jasad mereka daripada pandangan umum. Dan ada satu lorong di sana , yang berhampiran dengan Surau Al Ehsan, yang dipenuhi oleh ahli totok UMNO, tetapi oleh kerana mereka merasa malu yang teramat sangat, ramai diantara mereka yang telah beralih angin serta meninggalkan UMNO sehingga hanya seorang sahaja yang tinggal kekal dengan UMNO. Di lorong ini, setiap kali pilihanraya, mereka akan mendirikan kemah sebagai bilik gerakan mereka. Tetapi dalam pru10, pintu bilik gerakan mereka pun tidak diketemui.
Liwat 2 membawa padah yang lebih parah lagi kepada UMNO berbanding dengan liwat 1. Dalam liwat 1, Mahathir, samada kita setuju atau tidak , mempunyai clout, di peringkat nasional juga internasional. Dengan itu, imej Malaysia hanya parah di negara negara di mana Mahathir memang tidak disukai, seperti Australia dan USA. Namun di negara-negara lain, seperti di timur Tengah, di Afrika dan negera-negara membangun yang lain, nama Mahathir masih lagi dikagumi. Tetapi dalam liwat 2, nama A.A. Badawi tidak sinonim dengan political clout, dan tidak gah seperti Mahathir. Dengan itu, liwat 2 ini membawa imej busuk kepada beliau dan Malaysia pada pandangan dunia. Nampak sangat seolah olah Malaysia ni suka sangat berkuda lelaki dengan lelaki, yang mana itu adalah jijik. Dan kejijikan itu terpalit kepada ketua negara yang gambarnya selalu keluar dalam media. Jadi bila disebut berkuda lelaki dengan lelaki, imej yang keluar bukan imej DSAI, tetapi imej orang ni. Macam manalah orang UMNO tak malu.
Liwat1 hampir menanggalkan UMNO dari tampuk pemerintahan kalau tidak diselamatkan oleh permainan taktikal yang kotor. Tanpa liwat 2 pun UMNO hampir tanggal dari pucuk pemerintahan.
Dengan liwat 2?

BALIK KAMPUNG, TANAM KACANG

Assalamualaikum,
P.Ramlee telah mendendangkan kalau kita tidak punya kerja, maka sepatutnya kita balik kampung, tanam kacang. Rupanya idea P. Ramlee ni kekal sehingga ke hari ini. Kita dihamburkan dengan persepsi tentang kegawatan ekonomi, harga barang naik. Minyak naik, harga beras naik, harga ayam naik, harga roti canai naik, harga tambang bas naik. Semua naik. Sehari dua ni di Selangor minyak masak telah mula sukar didapati, itu satu algi petanda harga barang tersebut akan naik. Tiga minggu lagi, umat Islam akan menyambut ramadhan, yang ini pasti harga pelbagai barang akan naik. Selepas menyambut ramadhan, umat Islam akan menyambut Idul Fitri, lagi sekali harga barang akan naik.
Apakah yangdicadangkan oleh pak pak menteri apabila harga barang naik? mereka cadangkan kita tanam kacang belakang rumah. Mereka cadangkan kita tanam terung belakang rumah. Atau kita terus balik kampung dan terus berkebun. Inilah cara mereka untuk mengatasi harga barang naik.
Kalau ada dikalangan anda yang telah wujud semasa krisis inflasi dalam tahun 70an, lagu yang sama juga didendangkan kepada rakyat, iaitu, apabila berlaku inflasi, harga barang naik, penyelesaiannya ialah tanam kacang. Nant, kalau harga barang naik lagi, senang sahaja. Tanam kacang.
Ini menunjukkan minda dan kemampuan berfikir mereka ni tidak berkembang. Malah beku. Kalau nak gunakan istilah Arab yang mereka selalu labelkan kepada orang yang tidak sehaluan dengan mereka, keadaannya ialah jumud. Bagaimana otak yang seperti ini rakyat angkat ke jawatan yang penting?
Kita disuruh berjimat, tetapi mereka membelanjakan harta negara dengan sewenang wenangnya. Beberapa posting yang lepas saya telah sentuh tentang projek terbengkalai di Selangor, tetapi bukan Selangor sahaja, malah seluruh Malaysia ini kalau kita perhatikan pelbagai projek gajah putih yang menjahanamkan perbendaharaan negara terus dilaksanakan. Selepas dilaksanakan tu, kita akan terima laporan kerugian. MAS rugi. Proton rugi. Bank Islam rugi. Itu rugi. Ini rugi. Untuk menampung kerugian tersebut, harta dari perbendaharaan negara digunakan.
Tetapi apabila harga barang naik rakyat disuruh tanam kacang. Apa, ingat rakyat ni hari hari makan kacang ke?
Apa perlu mereka lakukan ialah, kalau mereka punyai medulla oblongata, ialah menambahkan kekayaan negara. Create wealth. Tugas mengatasi inflasi ialah tugas pemerintah, bukan tugas rakyat. Tambahkan lagi peluang pekerjaan, bertindak secara kreatif supaya pendapatan negara dijana setinggi mungkin dan kemudian harta negara, dan pendapatan negaraitu dititiskan kepada rakyat. Bukan dilonggokkan dalam poket kamu.
Rakyat disuruh tanam kacang. Mereka menanam cerucuk besi.
Raykat lapar terlentang. Mereka kekenyangan sambil mencungkil gigi.

Thursday, August 7, 2008

DSAI Bertanding Di Permatang Pauh

Assalamualaikum,
Saya mencari cari section 377C dalam buku Penal Code saya, tetapi sayang, naskhah tersebut telah ketinggalan zaman kerana hanya mengandungi section 377A sahaja. Perkembangan terkini dalam Kanun tersebut tidak terkandung. Walaupun saya bukan seorang lawyer, namun saya tetap menyimpan beberapa naskhah kanun dan akta yang releven untuk tujuan research saya.
Walau apa pun, daripada apa yang berlaku pada hari ini, kita rasa DSAI berpeluang untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh prk PP. Itu yang saya maksudkan unsur shrewdness, kalau unsur tersebut ada, maka DSAI saya percaya tidak akan boleh bertanding di prk PP. Mungkin juga asas pendakwaan agak lemah yang menampakkan beberapa lubang dalam pendakwaan tersebut.
Belitan hujah yang dibuat oleh DSAI mengenai sekiranya perlakuan liwat 2 bersifat consensual maka mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa, dijawab oleh menteri dalam negeri. Saya ambil petikan jawapan tersebut: KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan is not being charged because he is the key witness in the sodomy case against PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, said Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar.
He said that in a criminal justice system, when a person comes forward to report on a matter, the person would be protected.

"Usually, the victim would be given protection,"
(The Star online).
Ada beberapa perkara yang perlu kita perhatiankan: 1. dalam pertuduhan, perlakuan liwat 2 dikatakan consensual, maka bagaimana pula Saiful diistilahkan sebagai victim? maknanya, tanpa sebarang pertimbangan rasional seperti yang dikehendaki oleh pertuduhan, perlakuan consensual boleh pula menghasilkan seorang victim. Sepatutnya tidak ada victim, kerana kedua dua rela merelai. (2). Menteri tersebut mengatakan Saiful be given protection. Oleh itu, kita sekarang telah mengetahui dengan jelas yang Saiful sedang diberi perlindungan. Ini bermaksud, orang yang diberi perlindungan ini tidak akan boleh berjumpa dengan kebanyakan orang, dan tindak tanduknya mestilah diselia dan sentiasa diarahkan. Juga kita tidak pernah dengan Saiful bercakap secara live di tv atau dihadapan media. Ini menunjukkan apa yang keluar di media yang kononya dari Saiful, sebenarnya bukan dari orang ini. Dari siapa sukar kita tentukan. Kalau Saiful menulis di blognya atau diblog tunangnya, kita tidak tahu siapakah yang sebenarnya menulis. Kalau Saiful mengeluarkan kenyataan dengan menulis menggunakan tulisan tangan, kita tahu, kata-kata yang ditulis itu telah disediakan untuknya terlebih dahulu. Kalau Saiful kata dia sedia bersumpah, kita tidak tahu siapakah yang arahkan dia berkata demikian. Yang kita tahu dia adalah patung wayang kulit yang pergerakkannya ditentukan oleh tukang dalang.
Yang lain berlangsung seperti yang telah diskripkan, cuma tarikh 16 Sept. 2008 itu terpaksa dianjak, kerana perkembangan terkini.

Wednesday, August 6, 2008

DAPAT KE ANWAR BERTANDING

Assalamualaikum,
Walaupun akan dihadapkan ke mahkamah esok, tetapi saya percaya DSAI akan bertanding di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Apabila tarikh penamaan calon diumumkan pada 16 Ogos dan hari pembuangan undi pada 26 Ogos, saya rasa tarikh-tarikh tersebut akan memberi ruang kepada beliau untuk bertanding.
Sekiranya esok dia direman dan ditangkap serta tidak boleh dilepas dan tidak boleh dijamin, maka ini akan menjadikan Malaysia sangat hodoh di mata dunia, sama hodohnya dengan Zimbabwe dan Kenya. Tetapi kemungkinan berlakunya perkara yang saya sebutkan di atas tetap ada. Cuma, pada tilik saya, unsur shrewdness itu tidak ada. Ini satu satunya ruang yang akan memberikan nafas kepada DSAI.
Kalau tetap juga ia dihalang daripada bertanding, mungkin demokrasi telah dikuburkan di Malaysia.
Sama sama kita saksikan perkembangan esok.

A CONCERTED EFFORT

Assalamualaikum,

Have you read postings on some blogs that PAS Pulau Pinang will not be a party in the election machinery of the coming Permatang Pauh by election? That news was soon refuted by Salehudin Ayob by stating that PAS will cooperate fully. And an allegation that the Menteri Besar of Selangor launched the shadow cabinet of the PR. The tabloid that carried the story stated that the full list of the shadow cabinet can be accessed on MP Kulasegaran's blog. I did just that, and I found out that there was a statement saying that the blog is not the origin of the shadow cabinet list.
I can sense the malicious intent of the effort when MP Teresa Kok was conferred the post of Menteri Asas Babi. Not content with such cowardice, a flint to fire the anger of the populace when Kit Siang was conferred the post of deputy prime minister with 15 malaysian chinese ministers againts 8 malays, 6 malaysian indians and 2 sikhs.
I think there is a very concerted effort being forged here to drive a wedge among the components of PR and among the ranks of their supporters. Which indicates how desparate they have become.
Do you remember in 1990 election when the headgear with a cross worn by Tengku Razaleigh was sensationalized and thrown out to the public as a bait to sway public support away from Parti Semangat 46? Well, they did it, and were successful.
Well, this time around they threw the liwat 2, and encountered a lot hitches, and looked certain to doom. The shadow cabinet effort is manifestation of severe depletion of ideas.

SIAPA YANG CAKAP BOHONG?

Assalamualaikum,

Semalam kita baca berita mengatakan mufti Perlis ada menerima tawaran untuk diangkat menjadi calon BN di pilihan raya kecil Permatang Pauh(prk PP). Lepas tu ada pula pihak yang menafikan berita tersebut. Sebelum pru12 dulu ada pihak yang membuat kenyataan parlimen tidak akan dibubarkan, tetapi besoknya parlimen dibubarkan. Ada yang kata ekonomi malaysia kukuh, tetapi 2008, kita tidak dapat bonus. Kata harga minyak ikut petunjuk harga dunia. Bila harga minyak dunia turun, harga minyak di Malaysia tak turun turun. Kata memperjuangkan bangsa, tetapi bila bermesyuarat bergaduh kerana memperjuangkan jawatan.
Siapa yang cakap bohong ni?

Tuesday, August 5, 2008

HOKI YANG REDUM

Assalamualaikum,

mereka yang mencintai skan hoki telah pun bersuara dan menghantar memorandum kepada pihak yang bertanggung jawab untuk menyatakan rasa kecewa mereka terhadap tahap mutu sukan tersebut yang semakin meredum. Saya rasa kita perlu bersimpati dengan orang hoki ni. Dulu dalam tahun 70an, malaysia adalah salah satu daripada powerhouse sukan hoki, dan sepatutnya prestasi sukan tersebut semakin lama semakin meningkat,tetapi ini tidak. Prestasinya semakin lama semakin meredum. Bagaimana lah perasaan mereka yang mencintai sukan ini tidak remuk dan redam, apabila setiap kejohanan yang dimasuki pasukan kita dibelasah. bukan dikalahkan. Dan nampaknya, semacam tidak ada usaha untuk melonjakkan prestasi sukan ini semula.

Tetapi sebenarnya, bukan hoki sahaja yang meredum prestasinya, tetapi sukan sukan lain juga terlibat sama. Lihat apa yang berlaku dalam mutu bolasepak Malaysia diperingkat antarabangsa. Redum. Lihat Takraw. Redum. Lihat itu redum. lihat ini, redum. Jadi cocoklah pencinta hoki menghantar memorandum supaya kegelosoran ini dapat dibrek kan.

Saya rasa puncanya ialah apabila mereka yang bukan ahli dilantik memegang jawatan penting dalam persatuan, maka itulah jadinya. Ahli politik UMNO/BN janganlah pegang jawatan penting dalam mana-mana persatuan sukan, buat menjahanamkan mutu sukan sahaja. Kalau kamu nak berpolitik, masuklah medan politik. Kalau nak bersukan, masuklah medan sukan. Jangan gunakan kedudukan politik untuk menentukan perjalanan sukan. Itulah jadinya. Mutu sukan negara redum jadinya.

Kalau yang bertahta, teruskan bertahta,tak perlu bertatih di padang sukan.

Monday, August 4, 2008

AGAK AGAK DAPAT BONUS KE?

Assalamualaikum,
Kan ke pembentangan belanjawan 2009 akan dibuat tak lama lagi. Anda ingat boleh dapat bonus ke tahun ni? Tahun lepas, dengan keadaan ekonomi yang dilaungkan mantap, fundamental ekonomi kita yang kukuh, pelaburan asing yang meningkat, dan itu dan ini, tetapi bonus tak dapat juga.
Dalam tahun 2008, kita telah disogokkan dengan alasan kononnya sebab harga minyak dunia meningkat dengan mendadak, maka harga runcit petrolium terpaksa dinaikkan. Ekonomi kita diramal berkembang pada kadar yang lembab, inflasi naik dari 3.2% kepada 7.2%. Kos pengurusan meningkat, dan itu dan ini.
Ditambah lagi dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh kian menjelang, yang mana, kalau mengikut kebiasaannya, duit akan turun dari langit berbilion bilion ringgit bagi penduduk di situ, maka tentulah sebagai rakyat yang perihatin, sepatutnya kita kesihan kepada kerajaan.
Kalau tahun lepas dalam keadaan ekonomi kita yang sentiasa dihamburkan sebagai kukuh, kita tidak dapat bonus, tentulah pada tahun ini, dalam keadaan ekonomi kita yang disolek kelihatan kukuh, kita perlu menadah tangan setinggi mungkin, kalau kalau duit yang nak turun di Permatang Pauh tu, melimpah sama ke seluruh Malaysia.
Mungkin ke?

SARKAS DI SUNGAI BESAR

Assalamualaikum,

Alkesah dimaklumkan ada ahli UMNO Sg. Besar, Selangor yang diinterview oleh tv kerana dipanggil oleh bpr disebabkan ada laporan yang dibuat mengatakan berlakunya unsur-unsur rasuah dalam mesyuarat mereka. Itu perkara biasa yang bukan saya nak sentuh di sini, sebab kalau rasuah, gaduh, tipu itu semua dah koman sangat, tak perlu lagi kita hebohkan.
Yang saya nak sentuh ialah permainan sarkas yang mereka lakukan. Dalam intervies tersebut, yang diinterview tu mengaku bahawa sebelum mesyuarat cawangan-cawangan, telah diadakan satu mesyuarat yang dipanggil pre-mesyuarat atau pre-council atau apa saja. Dalam pre-mesyuarat ini, telah ditentukan si A dilantik ketua cawangan, si B jawatan ini dan seterusnya. Apabila mesyuarat sebenar berlangsung, maka apa yang berlaku ialah satu lakonan sarkas yang mana si beruk dipalu dengan tali cemeti untuk menari mengikut serakah ketua sarkas. Itulah amalan mereka zaman berzaman. Ahli memang tidak dibenar berfikiran bebas, dan amalan demokrasi yang mereka amalkan ialah demokrasi sarkas.
Dalam kes mesyuarat di Sungai Besar ni, apabila lakonan yang dilakonkan tidak mengikut arahan cemeti, maka bpr dipanggil. Kalau ikut arahan cemeti, berapa banyak sogokan pun, bpr tak diperlukan. Inilah amalan yang merosakkan negara. Dan ini telah diamalkan turun temurun dan dalam keseluruhan peringkat pemilihan mereka.
Kalau mesyuarat tu sarkas, tentulah yang bermesyuarat tu badut.

RENTETAN UMRAH: KENANGAN LAMA

Assalamualaikum,

Saya ada seorang kawan bernama Hj. Hamzah Bin Hj. Osman. Dalam tahun 1993 saya, isteri dan seorang anak menunaikan umrah. Semasa kami beratur di kaunter imigresen di Jeddah, secara tidak diduga saya bertemu dengan Tuan Hj. Osman dan isteri, iaitu ibu bapa kepada Hj. Hamzah, yang juga turut beratur. Saya pergi dengan syarikat Elmona, sementara Hj. Osman dengan syarikat Utas. Mereka berdua tidak berapa faham untuk mengisi borang imigresen, maka saya bantu mereka.
Semasa di Makkah, saya secara tidak sengaja bertemu lagi dengan Hj. Osman, saya rasa lebih daripada 1 kali. Pada satu pertemuan, beliau menyatakan telah kehilangan semua wang. Kemudian saya bertanya di mana beliau tinggal, dan kemudian mengingati tempat tersebut. Apabila balik ke hotel, saya usahakan membuat collection dengan rakan-rakan, dan dengan kutipan yang ada, saya mencari apartment Hj. Osman. Alhamdulillah, saya bertemu dia dan dapat menyerahkan kutipan tersebut. Saya masih ingat apa yang dia kata: Dapat cari tempat saya ye? Orang terang hati!
Masa berlalu, dan saya beberapa kali bertemu dengan Hj. Osman, samada di rumah Hj. Hamzah atau di kampungnya, di Belimbing Dalam, Alor Gajah. Dalam tahun 2005, saya rasa teringin sangat untuk mencium Hj. Osman. Saya pun tak tahu kenapa.
Dalam bulan Julai 2005, Hj. Osman datang menziarahi anaknya, Hj. Hamzah. Ada satu majlis di rumah Hj. Hamzah, saya tidak ingat lagi majlis apa, tetapi saya hadhir. Saya bertemu dengan Hj. Osman. Saya peluk dia, dan saya cium dia. Saya amati Hj. Osman, dia pun kelihatan semacam ada satu kelainan.
Pada 10 Ogos 2005, sebulan kemudian, Hj. Osman kembali ke rahmatullah. AlFatihah.

Sunday, August 3, 2008

HAI LA BLOG

Assalamualaikum,
Baru malam ni saya tahu yang ada satu blog menggunakan address saya tetapi sebenarnya blog tipu. Dia punya template lain la. Dan baru malam ni juga saya tahu yang tulisan saya diperbahaskan dalam blog lain, tetapi bukan dalam blog saya.
Hai la blog.Macam macam kau jadi!

MENGELAK BERLAKUNYA SINDROM HILLARY RODHAM CLINTON DI PERMATANG PAUH

Assalamualaikum,
Kita sama sama sudah maklum apakah keputusan persaingan pemilihan calon untuk jawatan presiden USA dari parti Demokrat. Barrack Obama telah mengalahkan Hillary Rodham Clinton. Lama sebelun keputusan tersebut menjadi rasmi, unjuran telah menunjukkan yang R Clinton akan kalah kepada Obama, dan kem Clinton telah diberitahu supaya mengaku kalah kepada Obama supaya segala usaha dan ongkos yang dibelanjakan untuk kempen tersebut tidak perlu disia siakan sedangkan keputusan lebih kurang boleh diagak akan memihak kepada siapa.
Tetapi HR Clinton ni degil dan tebal egonya, dinasihat supaya jangan berkempen lagi, dan tumpukan usaha untuk memenangkan parti demokrat dalam pilihanraya November nanti tidak dihiraukannya. Akhirnya dia kalah, dan Obama sekarang calon demokrat untuk jawatan presiden USA.
Itulah sindrom Hillary Rodham Clinton. Ini juga yang cuba difahamkan oleh sebahagian daripada pemimpin UMNO kepada pucuk pimpinan mereka supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh kerana, mengikut Mahathir, sukar untuk UMNO memenanginya.
Adakah UMNO akan terjebak dengan sindrom ini atau berpijak di bumi nyata?
Permatang Pauh menunggu jawapannya.

APA YANG DIDAPATI DARIPADA SEMINAR BLOGGERS DI MELAKA

Assalamualaikum,
Bagus juga saya menghadhiri seminar bloggers di Melaka. Saya sememangnya hendak bergiat aktif di Melaka kalau orang Melaka terima, dan dengan menghadhiri seminar tersebut saya harap dapat bertemu dengan kenalan baru di sana. Seperti yang saya jangkakan, seminar tersebut dipenuhi oleh anak muda yang minat aktif dalam ruang cyber, dan memang pun itu citarasa mereka.
Seminar tersebut tentunya jadi lebih berkesan kalau ada majlis taaruf yang memperkenalkan bloggers dengan mengetahui nama blog masing masing.
Tahniah kepada korang budak budak Melaka.