Saturday, March 6, 2010

PEKERJAAN HAJI.....38

Assalamualaikum,

Toilet


1=Bab ul Abdul Aziz 2=Bab ul Fatah 3=Bab ul Umrah 4=Bab ul Fahd

L= toilet lelaki P=toilet perempuan

Sekiranya anda berada di dalam masjid Haram, pastikan anda berada dalam keadaan selesa dari segi keperluan toilet. Oleh kerana kawasan masjid adalah sangat besar dan luas, sekiranya anda memerlukan toilet, ia menjadi suatu perkara besar yang mungkin sukar diselesaikan.

Oleh itu adalah amat membantu anda sekiranaya anda tahu di mana kedudukan toilet di sekitar masjid Haram.

Perlu diingat bahawa toilet berada di perkarangan masjid. Sewaktu musim haji, sekiranya anda perlu ke toilet, kalau boleh jangan masuk ke toilet setengah jam sebelum azan waktu solat, ini adalah kerana kawasan tersebut akan jam dipenuhi manusia. Sekiranya anda perlu juga untuk ke toilet, pastikan anda sanggup beratur dalam queue yang panjang, dan bersedia juga untuk menghadapi suasana orang yang tidak peduli untuk queue.

Apabila anda berada dalam Masjidil Haram, pastikan anda tahu di mana kedudukan pintu utama. Pintu tersebut saya tandakan 1,2,3,4. Berhampiran dengan pintu pintu tersebut terdapat toilet.

Bagi jemaah perempuan, kalau boleh, elakkan memasuki toilet setengah jam sebelum azan, dan antara magrib dengan isya'. Ini adalah kerana orang yang masuk dan keluar adalah terlalu banyak diluar kemampuan kemudahan toilet tersebut untuk menampungnya.

Keadaan ditambah buruk lagi dengan perlakuan jemaah yang tidak menggunakan pemikiran civic dan tidak menghormati jemaah lagi. Bayangkan ruang tangga untuk turun dan naik ke dalam kawasan toilet itu mampu meloloskan 10 orang berganding bahu serentak. Itu apa yang saya agak. Tetapi kalau 100 atau 200 atau 500 orang secara serentak bergerak masuk ke dalam ruang toilet, ia akan menjadikan tempat tersebut sebagai death trap. Lebih parah lagi sekiranya berlaku pergerakan turun dan naik tangga. Ada jemaah seramai 500 orang nak turun tangga ke toilet. Dari arah yang berlawanan pula 500 jemaah lagi nak naik keluar dari ruang toilet. Kawasan tangga mampu menampung hanya 10 orang secara serentak. Maka biasanya akan berlaku himpit mengimpit, tolak menolak.

Keadaan ini sering berlaku pada toilet perempuan. Ia bertambah teruk lagi apabila ada pula suami atau kawan yang menunggu orang yang masuk toilet tadi. Ruang yang berhampiran dengan pintu turun naik ke toilet adalah sangat terhad. Kalau semua orang berdiri, dan tiada ruang kosong, mungkin boleh menampung 100 orang. Bayangkan kalau 500 orang yang menunggu diluar. Orang yang hendak keluar toilet tidak boleh keluar kerana ruang keluar telah disekat oleh kumpulan yang menunggu.

Bila yang hendak keluar tidak boleh keluar, yang hendak masuk toilet pula tersekat, tidak boleh masuk. Maka di sini boleh berlaku kekecohan dan ia menjadi bahaya kepada keselamatan jemaah. Saya cadangkan jemaah perempuan jangan gunakan toilet yang berhampiran dengan Bab ul Abdul Aziz. Biasanya toilet ini terlalu sesak di waktu puncak.

Pengalaman bagi jemaah perempuan yang pernah menggunakan toilet, kebanyakan jemaah akan bertumpu pada toilet yang paling hampir ditemuinya. Jadi untuk mengelakkan anda perlu queue, pergi ke baris toilet yang dihujung dan di dalam lagi, di sana biasanya toilet tidak sangat direbutkkan.

Bagi jemaah lelaki pula apabila anda sedang queue menunggu toilet, tunggulah dihadapan pintu toilet. Sebab kalau anda menunggu jauh daripada pintu toilet, apabila orang yang didalam toilet tersebut telah selesai urusannya, dan anda bersedia untuk masuk tetapi perlu melangkah dua tiga langkah, maka mungkin ada yang potong langkah anda dan dia pula yang masuk dulu.
berwudhu dalam toilet lelaki



Friday, March 5, 2010

PEKERJAAN HAJI.....37

Assalamualaikum,


Obat


Sekiranya anda berminat untuk menunaikan haji atau umrah, maka hal hal yang berkaitan dengan kesihatan anda perlu diberi perhatian. Biasanya ramai orang mempunyai masalah kesihatan, dan, biasanya semakin umur anda meningkat, maka masalah kesihatan juga boleh timbul bermacam macam.

Biasanya kalau anda pergi pemeriksaan kesihatan sebelum berangkat ke tanah suci, anda akan ditanya: ada darah tinggi?ada kencing manis?ada sakit jantung?

Pada musim 2009 yang lepas, heboh tentang H1N1, dan kami para jemaah pun pening kepala dibuatnya, sebab, vaksin H1N1 belum ada di Malaysia pada ketika itu, tetapi pegawai tabung haji sendiri, disebabkan oleh naive nya, mencanangkan kami boleh ambil vaksin di sekian sekian tempat. Bila pergi, habok pun tarak.

Jadi, sekiranya anda memang ada masalah kesihatan, maka sediakan secukupnya obat obatan yang berkaitan. Memang di tanah suci ada klinik Tabung Haji dan pegawai perubatan Tabung Haji, tetapi amat membantu kalau anda sendiri menyediakan keperluan secukupnya.

Semasa melapor diri di Pejabat Tabung Haji, ada syarikat syarikat yang menghadiahkan beberapa barang kepada jemaah haji. Antaranya ialah berus gigi dan ubat gigi. Panadol.Mouth wash. Pil Chi Kit Tek On.

Pada mulanya saya ingatkan pil Chi Kit Tek On ni tak berguna, tetapi daripada pengalaman, sekiranya anda tersalah makan dan perut meragam, maka pil ini sangat memabantu melegakannya.

Satu hal lagi yang tidak perlu lagi diberi tahu oleh pihak Tabung Haji kepada jemaah haji tetapi jemaah sendiri biasanya bertindak proaktif ialah mengenai minyak. Walau pun negara Arab Saudi itu telah sedia kaya dengan minyak, namun jemaah haji malaysia, tanpa perlu dinasihat oleh Tabung Haji membawa minyak ke Arab Saudi.

Minyak Cap Kapak.

Thursday, March 4, 2010

PEKERJAAN HAJI.....36

Assalamualaikum,

Solat Jenazah

Sekiranya anda pergi menunaikan haji atau umrah, ada baiknya anda belajar cara cara solat jenazah. Ini adalah kerana boleh dikatakan hampir setiap selepas solat fardhu, solat jenazah dilakukan.

Saya cadangkan sangat sangat di sini agar anda tidak sekali kali meninggal solat jenazah ini, walaupun ia sunat. Ini adalah kerana fadilatnya yang sangat besar. Juga sekiranya anda berpeluang membantu jenazah dibawa masuk atau keluar daripada masjid, lakukanlah, atau rebutlah peluangnya, kerana fadilatnya juga tersangatlah besar.

Biasanya jenazah dibawa melalui Bab ul Abdul Aziz, jadi sekiranya anda berada di sekitar ruang tersebut, rebutlah peluang untuk membantu mengusung jenazah, walaupun anda menolaknya hanya dengan sebatang jari.

Solat jenazah terdiri daripada empat takbir dan satu salam. Anda juga perlu ingat, bahawa solat jenazah tidak ada ruku' atau sujud.

Semasa saya mengikuti kursus haji sebelum ke tanah suci baru baru ini, ustaz yang mengkursuskan kami memberi tahu, di kampungnya, yang saya faham ialah sekitar Tanjung Karang, Sungai Besar atau Sabak Bernam, dalam solat jenazah, imam sujud.

Bila disiasat sebabnya ialah

nama imam tersebut Sujud


Sunday, February 28, 2010

PEKERJAAN HAJI.....35

Assalamualaikum,

Kafan

Di luar Bab ul Fatah ada paip air yang mengeluarkan air zam zam. Jadi sekiranya anda hendak air zam zam, anda boleh ambil daripada paip tersebut secara percuma. Memang dahulu sebelum kerja kerja pembesaran masjid di kawasan Bab ul Fatah dilakukan, terdapat tempat mengambil air zam zam secara pukal berhampiran di situ.

Telah kerap saya perhatikan ada orang yang membasahkan kain putih dengan air zam zam. Saya tidak tahu apakah tujuan mereka melakukan perkara tersebut. Tetapi ada kawan yang giat dalam jemaah tabligh memberi tahu saya jemaah sebuah negara membuat perkara sedemikian kerana air zam zam tidak boleh dibawa masuk ke negara itu kerana air sungai sebuah sungai di sana dikatakan paling suci didunia. Maka tiada ada air lain yang patut menandinginya.

Kain yang direndam dengan air zam zam itu dikeringkan dan dibawa pulang ke negara mereka. Sampai di sana, kain itu direndam semula dalam air biasa, dan hasilnya itulah air zam zam bagi mereka.


Satu hari saya lihat dua orang perempuan merendam kain putih dengan air zam zam yang didapati daripada sebuah paip. Saya hampiri seorang daripada mereka yang saya jangka berumur sekitar 50an.

You speak english?
Yes

Why do you soak the cloth in zam zam?
To take it home and use it later as
kafan.
You know
kafan?
Yes.



Belum pun sempat saya bertanya lebih lanjut, ada seorang lelaki lain yang juga sedang mengambil air zam zam di situ memarahi perempuan tersebut kerana merendam kain putih tersebut. Katanya:

Haram!Haram!

Beberapa hari kemudian, saya lihat jemaah dari sebuah negara lain pula menjemur kain putih yang panjang di dalam masjid pada waktu lengang selepas asar yang saya faham kain tersebut juga telah direndam dengan air zam zam.