Thursday, December 29, 2011

KENAL BAKAU?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ramai orang pelat. Tidak boleh menyebut perkataan tertentu. Sabtu lepas aku beli satu kanopi berwarna maroon. Tapi tokeh cina tu suruh pekerjanya ambil malun aa.
Tahun 2004, semasa menghadhiri satu conference, kami dibawa melawat hutan bakau di Perak. Orang kampung aku pun rata rata pelat. Kalau orang bernama Bakar, dipanggilnya Bakau. Samalah dengan hutan ni.
Kami dibawa meninjau penuaian kayu bakau, atau penebangan kayu bakau untuk tujuan komersial. Sekarang kayu bakau di kawasan ini sudah boleh dieksploitasi semula.

Kayu bakau sekarang mempunyai nilai komersial yang tinggi, kerana ia boleh dijadikan kayu arang. Kalau dulu semasa aku bersekolah di negeri kelahiran ku, aku terpaksa menggosok pakaian sekolah sendiri. Dan sterika menggunakan kayu arang.
Sekarang kegunaan paling utama kayu arang ialah bukan untuk menggosok kain baju, tetapi menjadi toner printer.


Kayu rang bukan lagi untuk menggosok baju
Juga bukan untuk diconteng ke muka

Wednesday, December 28, 2011

TEMASUK.....2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apabila aku buat entry pasal Temasuk.....1, maka kahum kerabat aku pun mengomen dan mengomel sampai berbuih sama seperti buih mulut labi labi. Tapi natijahnya ialah mereka hendakkan cerita Temasuk.....2

Well, masa ayahanda ku masih hidup, beliau ada membeli sekeping tanah seluas hampir dua ekar di satu tempat tersorok dan sentiasa ditenggelami air yang bernama Busut Licin. Tanah ini dibeli daripada seorang yang bernama Mat Dali.

Busut Licin ni memang la tempat jin berokestra. Kawasannya dipenuhi oleh belukar gelam, sentiasa ditenggelami oleh air dan berada dihujung dunia. Sempadannya bernama Pengkalan Badak, memang tempat tu pun dulu macam badak, pekak sepanjang masa.

Setahu aku, apabila Mat Dali ini selesai merantau, dia dan keluarganya kembali tinggal di kampungnya yang bernama Solok Jenuang. Apabila ayahanda aku telah ke rahmatullah, setelah difaraid, tanah ini diagih kepada aku. Maka aku pun pergi mencari di mana duduknya tanah ini.

Dengan pertolongan seorang kawan, akhirnya aku bertemu dengan tanah ini, yang dipenuhi semak samun tetapi pokok gelamnya telah ditebang. Aku diberi tahu oleh orang kampung  yang tinggal di tepi hutan itu bahawa pokok gelam itu dicuri orang batangnya.

Semasa aku mencari duduknya tanah ini, orang ini memberi tahu aku bahawa dulu Mat Dali tinggal dalam sebuah pondok di tanah tersebut seorang diri, sehinggalah ke akhir hayatnya.

Aku berfikir fikir, bukan kah Mat Dali duduk di Jenuang? Mengapa pula dia buat pondok dalam belukar ditanah yang telah dijualnya?

Dalam aku berkira kira itu, tahulah aku jawapannya: Mat Dali ni telah

TEMASUK

MENTADAK

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Semasa aku di Penn State, Pennsylvania, sering aku dan isteri shopping di satu gedung namaya david weis. Seronok shopping di sana sebab konsepnya masih lagi belum sampai ke sini. Gedung ini terletak di sebelah ladang corn, atau jagung.

Satu hari semasa di parking lot david weis, aku lihat seorang mat salleh lelaki berserta anaknya memungut sesuatu, dan bila aku amati, dia memungut seekor mentadak mentaduk yang mungkin telah tersesat haluan dan tersadai di parking lot tersebut. Mat saleh ini mengambil mentadak ini dengan penuh cermat dan memberi tahu sesuatu kepada anaknya dan kemudian kedua dua nya berjalan ke ladang corn tersebut kemudian melepaskan mentadk tersebut ke dalam ladang itu.
Perlakuan tersebut sungguh mencuit hati aku.
  Sehingga hari ini aku sentiasa punyai simpati kepada haiwan, ditambah pula bila almarhum ustaz Ghazali Hasbullah dalam ceramahnya mengatakan zalim kalau membela haiwan dalam sangkar. Apakan daya almarhum ayahanda aku suka membela merbuk dalam sangkar yang digantung di rumah kami di kampung.
Tapi aku ada juga membela burung yang dibiar bebas berterbangan ke mana ia suka. Setiap pagi aku akan memberi makan burung burung ini.



Tuesday, December 27, 2011

RUBY RUPANYA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Baru le aku tak tau permata yang bertatah dipakai tu ruby tak terpermenai nilainya

Sunday, December 25, 2011

HENSAP

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته