Friday, June 27, 2008

Mengimbas kembali Cerita Lama Semasa Di Makkah

Assalamualaikum,

Pertama kali saya mengerjakan umrah ialah dalam tahun 1982. kemudian dalam tahun 1987, saya, isteri dan anak saya Farah yang pada masa itu berumur 6 tahun, pergi mengerjakan haji. Dalam tahun 1992, saya sekali lagi ke Makkah untuk mengerjakan umrah bersama isteri saya dan anak bernnma Ilyana.
Pada masa itu saya pergi dengan syarikat namanya Elmona, dan saya tempah pakej yang bajet, jadi saya tingal 3 orang lelaki sebilik, saya, seorang warga emas bernama Yahya, yang menggelar dirinya PAk Yah, dan seorang lagi bernama Lajim dari Gemas. Saya ingin mengaitkan umrah 1992 ini dengan umrah yang baru sahaja saya lakukan. Semasa mengerjakan umrah 2008 ini, saya menghadhiri majlis ilmu yang dikuliahkan oleh Tuan Guru Kadir Mandili, yang membuka kitab hadis. Dalam salah satu kuliahnya, dia mengatakan bahawa kaabah itu berada betul-betul di bawah Baitul Makmur.
Sebelum daripada ini, saya juga telah terbaca dalam salah satu kitab lama, yang saya tidak ingat lagi namanya, yang mana kitab tersebut mengatakan kaabah itu berada betul-betul di bawah 'arasy. Malaikat di langit tawaf mengelilingi arasy dan manusia di bumi tawaf mengelilingi kaabah, dalam satu pergerakan yang saya agak bersifat synchrosized. Saya bercerita hal ini dengan rakan sebilik saya semasa kami berada dalam bilik dan bersembang.
Sehari dua lepas itu Haji lajim ada mengatakan bertemu dengan kawannya yang dari Tampin atau Gemas di makkah, juga kerana mengerjakan umrah. Sehari atau dua selepas pertemuan tersebut, Haji Lajim menceritakan kepada kami yang anak kepada kawannya ini telah melihat sesuatu yang aneh. Anak tersebut berumur saya kira 6-8 tahun. Saya sendiri tidak melihat kanak-kanak tersebut.
Apa yang berlaku ialah: Anak tersebut telah melihat kaabah berkeadaan sangat tinggi sehingga mencecah awan. Lalu anak ini berkata: mak, mak, lihat kaabah tu... merujuk kepada gesaan dia untuk menunjukkan keadaan kaabah itu seperti yang dilihatnya. Ibu itu menoleh dan melihat ke arah kaabah sambil berkata: ada apa? anak itu pun tadi mengalih pandangannya semula ke kaabah dan berkata: eh, tadi dia tinggi! Selepas itu ia menceritakan apa dilihatnya kepada ibunya. Bapa anak ini pula menceritakannya kepada Haji Lajim, dan sampailah cerita itu kepada kami.
Kekuasan dan Rahmat Allah telah mengizinkan anak yang bersih itu melihat keagungan NYA.