Isu arak meletakkan PAS Selangor (PS) dalam bahang yang panas. Belum lagi reda gegaran mengenai pengguguran dua ahli kanan PS, timbul pula isu ini. Sudahlah PS berada dalam keadaan junior partner, kini ia pula dihimpit dengan isu arak.
PAS sudah terbiasa dengan keadaan diperlukan, bukan diremehkan seperti sekarang. Kan dulu semasa Tun Mahathir ditendang keluar daripada UMNO kali pertama, beliau merangkak mencari PAS untuk promosi? Begitu juga Tengku Razaleigh, Rais Yatim, Ibrahim Ali? Begitu juga DAP meleleh liur mengharap simpati PAS, parti Keadilan, dan sekarang PKR, semuanya memerlukan PAS. Tetapi sekarang PAS diperlekeh, terutamanya di Selangor. Sedangkan PS dipimpin oleh pakar motivasi terkemuka.
Semuanya menunjukkan pakar motivasi ini perlu diberi tutorial. Macam Hasbullah Pit beri turorial. Dalam menangani sesuatu isu, PS sepatutnya:
1. Menilai dulu isu tersebut semasaknya, adakah ia isu besar atau isu kecil. Adakah ia isu sensitif atau tidak. Melibatkan kepentingan kaum, bisnes atau sebagainya. Dalam isu arak ini tidak dinilai dulu ke oleh PS atau ia duduk dalam kepala PS aje?
2. Psych. Kawan dan lawan perlu di psych dulu sebelum isu diketengahkan. Tapi sebab PS tak psych dulu, maka kawan pun tentang, lawan ketawakan.
3. Retorik. Kan PS diketuai oleh orang yang terbiasa dengan retorik, tetapi kenapa tidak digunakan sepenuhnya. Bukan kah kesan persepsi akan berbeza kalau rescheduling jualan digunakan berbanding dengan pengharaman?
4. Tact. Mungkin PS tidak cermat dalam menangani isu ini. Juga tidak bersedia, sehingga apabila ia dimuntah kembali oleh pimpinan Selangor, ada ahli majlis PBT diberitakan pada awalnya hendak membawa proposal isu ini dalam mesyuarat majlis, tetapi kemudian chicken out.
5. Timing. Tak belajar ke pasal timing? Bila timing tidak betul, perkara yang sepatutnya boleh lulus pun jadi sangkut. Sekarang semua dah sangkut.
Saya ingin memilih perkataan yang paling lembut untuk menunjukkan keadaan PS ni. Saya tidak jumpa perkataan tersebut. Yang tetap datang satu perkataan sahaja.
Bebal