Monday, August 17, 2009

GEMPAK: UMNO PUNYAI HELI BURUK

Assalamualaikum,


Ini adalah gempak yang tidak gempak. Menteri menggunakan kemudahan negara untuk tujuan parti. Seolah parti mereka yang bernama UMNO tuan punya kepada semua harta negara.

Ini adalah jelas penyalah gunaan kuasa, yang mana dulu Anwar Ibrahim telah dipenjara kerana kononnya rasuah.

Ini adalah satu contoh daripada beribu ribu contoh penyalah gunaan kuasa yang dilakukan oleh menteri dan orang UMNO.

Kalau anda kakitangan kerajaan, dan gunakan kemudahan negara untuk peribadi, SPRM akan cekup anda.

Tapi SPRM mana nak cekup pak menteri.

KOTA KINABALU 16 Ogos – ‘‘Saya okey, tiada masalah dan tidak terkejut,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menceritakan pengalaman apabila helikopter yang dinaikinya terpaksa melakukan pendaratan tidak dijadual di Tuaran hari ini.

Helikopter Nuri yang membawa Timbalan Perdana Menteri dan 14 yang lain melakukan pendaratan tidak dijadual di Impian Jadi Resort, Tuaran akibat cuaca buruk.

Muhyiddin dalam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.


Kelewatan akibat cuaca buruk itu memaksa Timbalan Perdana Menteri membatalkan rancangan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.